Minggu

KITÂB AL-HAFT AL-SYARÎF

KITÂB AL-HAFT
AL-SYARÎF
  ا      ب ا

(Percakapan yang mulia tentang penciptaan makhluk)
Di antara Kelebihan: MAULAANA JA‘FAR AL-SADIQ A.S (M. 148 H)
Diriwayatkan oleh: Al-MUFADHDHAL BIN ‘UMAR AL-JA‘FI (M.150 H?)
*****
◘◘◘◘ ◘◘◘◘◘ ◘◘◘◘◘◘◙ ◘◘◘◘◘ ◘◘◘◘ ◘◘◘◘
al-Haft al-Syarif
2
Diterjemahkan dari buku aslinya Kitab Al-Haft
al-Syarif
Karya Abu Abdillah al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi
Cetakan Bahasa Arab: Dar al-Andalus, Beirut, (cetakan
Kedua), 1978 M
____________________________________________
____________________________________________
Hak terjemahan dilindungi undang-undang
All rights reserved
_____________________________________________
Cetakan Pertama: Disember, 1994
_____________________________________________
_____________________________________________
Edisi Bahasa Arab
Kitab Al-Haft Al-Syarif, cetakan ke 2, Beirut, 1978
___________________________________________________
Edisi Bahasa Melayu
.
Copyright @
al-Haft al-Syarif
3
PRAKATA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Hamdulillahi Rabbi l-‘Alamin. Selawat dan salam kepada
Muhammad dan keluarganya yang suci serta para sahabat yang terpilih.
Sesungguhnya Kitab al-Haft al-Syarif adalah riwayat Abu Abdillah al-
Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi al-Kufi berkaitan dengan dialognya
dengan Abu Abdillah Ja‘far al-Sadiq a.s mengenai permulaan
penciptaan makhluk.
Beliau adalah di kalangan mereka yang dipercayai (thiqah) oleh
Imam Ja‘far al-Sadiq a.s (mati 148 H). Beliau telah dilahirkan di Kufah
kemungkinan pada akhir imamah Muhammad al-Baqir (mati 114H).
Tidak ada rujukan yang mencatatkan tentang tarikh kelahirannya dan
kematiannya. Asad Haidar menyatakan bahawa al-Abu Abdillah
Mufadhdhal adalah seorang yang thiqah dan sahabat yang rapat dengan
Imam Ja‘far al-Sadiq a.s, hidup pada akhir kurun yang pertama dan
kedua hijrah, umurnya 80 tahun1.
Ada juga yang berpendapat bahawa beliau telah meninggal dunia
pada masa Imam Ja‘far al-Sadiq a.s. Dan ada juga yang menyatakan
bahawa beliau telah hidup semasa empat imam daripada Imam al-Baqir
a.s (mati 114 H), Imam Ja‘far al-Sadiq a.s (mati 148 H), Imam Musa
Kazim (lahir 129 H) dan permulaan Imam Ali al-Ridha a.s (lahir pada
148 H)2.
Jika pendapat yang menyatakan bahawa beliau hidup semasa
empat imam a.s yang bermula dengan Imam Muhammad al-Baqir a.s
(mati 114 H) sehingga imam Ali al-Ridhai yang dilahirkan pada tahun
148 hijrah dan mati pada 203 H menjadi renungan, maka tidak
hairanlah jika beliau meninggal dunia ketika usia 80 tahun iaitu selepas
kematian Imam Ja‘far al-Sadiq a.s (Mati 148). Jika beliau telah
meninggal dunia pada tahun 150 H, maka ia adalah cukup untuk
mengatakan bahawa beliau telah hidup semasa empat imam a.s. Apa
yang paling penting ialah riwayat beliau secara langsung daripada Imam
Ja‘far al-Sadiq a.s. seperti riwayat Sulaim bin Qais al-Hilali al-Kufi
daripada Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib.
Kitab al-Haft al-Syarif telah diterbitkan pada tahun 1977 dan pada
tahun 1978 M di Beirut, diedit oleh Dr. Mustafa Ghalib. Terbitan buku
dengan jodolnya yang asal Kitab al-Haft al-Syarif ini adalah sebagai
penentangan beliau kepada buku yang sama yang diterbitkan oleh
1 Asad Haidar, al-Imam al-Sadiq, iv, hlm 421, Beirut, 1980.
2 Ibid
al-Haft al-Syarif
4
Matba‘ah Kathulikiyyah, Beirut pada tahun 1960 yang diedit oleh Dr.
Aref Tamer dengan mengubah nama asal buku itu kepada Kitab al-Haft
wa al-Azillah. Iaitu perkataan wa al-Azillah telah ditambah tanpa asas.
Dr. Mustafa Ghalib telah menyifatkan perubahan nama buku itu dan
isinya yang ditambah dan dikurangkan itu sebagai tidak amanah.
Lantas beliau membuat kajian lebih 30 manuskrip tentang buku ini dan
beliau mendapati jodol asalnya adalah Kitab al-Haft al-Syarif.
Buku ini menerenagkan tentang sejarah penciptaan makhluk yang
dimulai dengan alam bayang-bayang (Azillah), alam bentuk kabur
(Asybaah) dan alam roh (Arwaah). Allah menjelaskan bagaimana Dia
mendidik mereka untuk mengenali diri-Nya, para nabi, para imam a.s
kelahiran para nabi dan para imam, pembunuhan al-Husain secara
batin, penciptaan Adam dan tujuh Adam, syurga, neraka, Iblis,
binatang-binatang, mukmin dan kafir serta percampuran mereka, hakhak
ikhwan, azab dalam bentuk masukhiyyah (perubahan rupa) dan
lain-lain.
Terjemahan buku ini adalah khusus untuk mereka yang berpegang
kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas atau mazhab Ja‘fari yang
berfikiran terbuka SAHAJA. Adapun pengikut-pengikut Ahlu s-Sunnah
wa al-Jamaa‘ah diharamkan sama sekali dari membacanya,
memilikinya, menyimpannya, menyentuhinya atau membuat isyarat
kepadanya di dalam semua keadaan.
Penterjemah:
13hb. Disember, 1994.
al-Haft al-Syarif
5
KANDUNGAN
PRAKATA 3
Mukadimah kitab 11
BAB 1: Makrifat tentang penciptaan makhluk dan perkara pertama yang
diciptakan Allah 14
BAB 2: Makrifat tentang bayang-banyag, bentuk-bentuk kabur dan rohroh
serta bagaimana Dia telah mendidik mereka dan memperkenalkan
diri-Nya kepada mereka 19
BAB 3: Makrifat tentang kitaran, golongan dan susunan dalam bentuk
kemanusiaan 20
BAB 4: Makrifat tentang penderhakaan makhluk dan sebab-sebabnya
serta bagaimana mereka telah melupai apa yang mereka telah ingat 22
BAB 5: Makrifat tentang pengutusan para rasul kepada makhluk-Nya
24
BAB 6: Makrifat tentang Iblis dan daripada apakah Dia telah
menciptakannya 25
BAB 7: Makrifat tentang Iblis-Iblis dan bagaimana mereka bertukar
menjadi syaitan-syaitan? 27
BAB 8: Makrifat tentang bagaimana apabila Kami mendatangkan
seseorang saksi dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu
sebagai saksi ke atas mereka itu 28
BAB 9: Makrifat tentang penyaksian pada batin dan melakukan
penyaksian di sisi mukminin 29
al-Haft al-Syarif
6
BAB 10: Makrifat tentang keserupaan manusia dengan binatang dan
keserupaan binatang dengan manusia secara perubahan rupa dan
bagaimana ia berlaku 30
BAB 11: Makrifat tentang sebab-sebab campuran di antara mukmin dan
kafir serta berapa kali mereka berulang 32
BAB 12: Makrifat tentang mukmin yang diuji, bagaimana dia
dikembalikan kepada perubahan rupa dan disusun padanya 33
BAB 13: Makrifat tentang kebersihan jiwa, pilihan dan apa yang
dilucutkan daripada mukmin daripada amalan-amalan yang zahir
apabila dia meningkat kepada kedudukan ini 34
BAB 14: Makrifat tentang apa yang wajib bagi mukmin yang telah
mencapai dan tamat hakikat makrifatnya ke atas saudaranya yang
mukmin yang belum mencapai dan belum tamat hakikat makrifat 36
BAB 15: Makrifat tentang pembalikan darjat kafir sedikit demi sedikit
iaitu pembalikannya dalam kekafiran sebagaimana berakhirnya mukmin
dalam keimanan, maka dia akan menjadi Iblis 37
BAB 16: Makrifat tentang percampuran mukmin dengan kafir dan
bagaimana mereka bercampur? 38
BAB 17: Makrifat tentang Iblis dan kenapa ia dinamakan iblis, syaitan,
mukmin dan kafir, kenapa mereka dinamakan dengan nama-nama ini?
39
BAB 18: Makrifat tentang sebab-sebab azab di dalam masukhiyyah 40
BAB 19: Makrifat tentang kesempurnaan mukmin dan berakhirnya
dengan keimanan sehingga dia tidak perlu lagi kepada makan dan
minum. Dia naik ke langit dan turun ke bumi 42
BAB 20: Makrifat tentang bencana kafir, kesempurnaan dan
kesudahannya dengan kekafiran dan susunan dalam perubahan rupa
45
BAB 21: Makrifat tentang kafir dalam susunan satu demi satu dan
bagaimana dia tidak kembali daripada kekafirannya 47
BAB 22: Makrifat tentang Iblis dan adakah dia zahir atau batin? 48
al-Haft al-Syarif
7
BAB 23: Makrifat tentang perkahwinan Umm Kalthum pada batin 49
BAB 24: Makrifat tentang apa yang disembelih, apa yang dibunuh yang
menyalahi bentuk manusia 54
BAB 25: Makrifat tentang permulaan penciptaan mukmin yang arif 56
BAB 26: Makrifat tentang roh-roh mukminin sama ada ianya satu atau
dua? 58
BAB 27: Makrifat tentang hari mereka dibangkit, hari waktu tertentu,
adakah ia satu hari sahaja atau beberapa hari selepas itu? 59
BAB 28: Makrifat tentang masukhiyyah yang kedua dan perbezaan di
antaranya dan masukhiyyah yang pertama 60
BAB 29: Makrifat tentang matahari, bulan, penciptaan dan
perumpamaannya, perumpamaan malam dan siang 63
BAB 30: Makrifat tentang bintang-bintang yang lima dan bintangbintang
yang cahayanya menembus, sebutan langit yang ketujuh,
penghuni-penghuninya dan keadaan-keadaannya 64
BAB 31: Makrifat tentang ‘Arasy dan tiang-tiangnya 65
BAB 32: Makrifat tentang gunung-gunung yang kukuh, lautan-lautan
yang dalam dan hijab-hijab Adamiyyiin 66
BAB 33: Makrifat tentang Adam yang lain dan zamannya 67
BAB 34: Makrifat tentang mukmin, bagaimana mereka dilahirkan, di
mana tempat tinggal mereka dan bagaimana mereka dikembalikan
selepas kematian mereka 68
BAB 35: Makrifat tentang kelahiran kafir 69
BAB 36: Makrifat tentang roh-roh yang ditahan di badan 70
BAB 37: Makrifat tentang kelahiran para nabi, para wasi, mereka yang
terpilih, para wali, abwaab dan hijab-hijab 70
BAB 38: Makrifat tentang pembunuhan Imam 74
al-Haft al-Syarif
8
BAB 39: Makrifat tentang pembunuhan al-Husain pada batin 74
BAB 40: Makrifat tentang pembunuhan al-Husain secara batin pada
zaman Bani Umayyah 78
BAB 41: Makrifat tentang kisah Salman bersama Umar ketika diarah
oleh Amir al-Mukminin supaya membahagi-bahagikan hartanya dan
penjelasan keadaan yang berlaku 84
BAB 42: Makrifat tentang berapa lamakah kafir tinggal dalam susunan
masukhiyyah selepas kematian, pembunuhan dan penyembelihan 94
BAB 43: Makrifat tentang keturunan kafir dan apa yang menimpanya
daripada kebaikan, kejahatan, kefakiran, penyakit, bala, bahaya pada
hartanya dan apakah sebabnya 96
BAB 44: Makrifat tentang adakah kafir dihina oleh mukmin dan mukmin
dihina oleh kafir? 97
BAB 45: Makrifat tentang perbuatan mereka yang zalim kepada para
wali dan tanda hama daripada manusia 98
BAB 46: Makrifat tentang susunan masukhiyyah pada kafir dan
susunan nasutiyyah pada mukmin serta kelebihan di antara keduanya
100
BAB 47: Makrifat tentang adakah mukmin menjadi hamba kepada kafir
dan kafir menjadi hamba kepada mukmin serta apakah sebabnya? 102
BAB 48: Makrifat tentang berapa lamakah mukmin akan sampai
sehingga menjadi seorang yang ikhlas, kemudian dia naik ke langit dan
turun ke bumi 105
BAB 49: Makrifat tentang apa yang dikenali sebagai penyakit dan bala
yang berlaku kepada mukmin dan kafir serta sebab berlakunya kepada
mereka berdua 107
BAB 50: Makrifat tentang bagaimana mukmin menjadi kaya atau miskin
di dunia sementara kafir demikian juga 111
BAB 51: Makrifat tentang sedikit bilangan mukmin dan banyak bilangan
kafir 113
al-Haft al-Syarif
9
BAB 52: Makrifat tentang roh-roh cahaya 114
BAB 53: Makrifat tentang pondan dan sebabnya 114
BAB 54: Makrifat tentang mukmin adakah dia dikembalikan dalam rupa
perempuan mukminah dan adakah dikembalikan perempuan
mukminah dalam rupa lelaki mukmin? 116
BAB 55: Makrifat tentang lelaki kafir adakah dikembalikan kepada
perempuan kafir dan adakah perempuan kafir dikembalikan kepada
lelaki kafir? 117
BAB 56: Makrifat tentang susunan binatang-binatang ternakan adakah
yang jantan dikembalikan kepada betina dan yang betina kepada jantan
atau ia tidak dikembalikan? 120
BAB 57: Makrifat adakah mukmin menjadi hamba kepada kafir atau
adakah kafir menjadi hamba kepada mukmin dan bagaimana mukmin
dikembalikan kepada kemerdekaan? 121
BAB 58: Makrifat tentang susunan kafir yang baik dengan keluarganya
dan orang lain serta apakah sebabnya? 122
BAB 59: Makrifat tentang huruf-huruf, fasal, wasal dan percakapan
123
BAB 60: Makrifat tentang tujuh Adamiyyiin, pusingan dan bilangan
mereka 125
BAB 61: Makrifat tentang tujuh Adamiyyiin 125
BAB 62: Makrifat tentang tabiat, keanehan dan ragam 127
BAB 63: Makrifat tentang seseorang dan dirinya dengan empat tabiat,
empat tiang dan empat rukun 130
BAB 64: Makrifat tentang ciptaan Allah yang bermacam-macam 131
BAB 65: Makrifat tentang kesahihan tujuh Adam 135
BAB 66: Makrifat tentang apa yang telah berlaku pada bayang-bayang
dan bentuk-bentuk yang kabur 154
al-Haft al-Syarif
10
Bab 67: Makrifat tentang hak-hak Ikhwan dan kelebihan mukminin
serta ditambah padanya tentang khabar percampuran 163
Biblografi 173
Indeks 175
al-Haft al-Syarif
11
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta dan ganjaran bagi
mereka yang bertakwa. Selawat dan salam kepada Muhammad penutup
para nabi dan keluarganya yang suci.
Segala puji bagi Allah yang awal-Nya tidak ada permulaan, tidak
ada pada azali-Nya penghujung, tidak ada bagi-Nya lawan dan sekutu,
suci daripada isteri-isteri dan anak-anak. Dia telah menciptakan
manusia sebaik-baik kejadian, Dia melarang dengan lembut dan tadbir.
Dia telah mendirikan tujuh langit dengan perintah-Nya yang ia tidak ada
sebelumnya.
Dia telah membentangkan bumi-bumi dan mengalirkan di antara
keduanya tujuh lautan, menjadikannya benteng yang kukuh untuk
langit-langit-Nya. Dia menghiaskannya dengan bintang-bintang, lalu
menjadikannya petunjuk untuk makhluk-Nya. Dia telah menciptakan
gunung-ganang, lalu Dia menjadikannya pasak-pasak. Dia telah
menciptakan untuk kamu makhluk zahir dan batin.
Dia telah mendidik makhluk-Nya beberapa perkara secara zahir dan
menentukan mereka dengan darjat-darjat ilmu kebatinan. Maha Suci
Allah Maha Tinggi dan Maha Besar.
Kemudian kami telah melihat kepada ilmu-ilmu kebatinan yang
datang daripada para imam yang cerdik, maka kami telah mendapati
ilmu kebatinan sesuai dengan ilmu zahir. Ilmu batin dan ilmu zahir
tidak ada perselisihan di antaranya kecuali [jika seorang itu] mengikut
hawa nafsu dan cenderung kepada pendapat sendiri.
Kami telah mendapati manusia sepakat di dalam tanzil, tetapi
mereka berselisih faham tentang takwil disebabkan kesamarankesamaran
yang telah mempengaruhi hati mereka yang menentang. Lalu
mereka menggunakan hawa nafsu kerana kejahilan mereka di dalam
takwil. Justeru setiap orang berkata mengikut hawa nafsunya.
Menentang siapa sahaja yang menyalahinya tentang al-Qur’an.
Manakala satu kurun berlalu, maka ia diikuti oleh satu kurun
berikutnya.
Lantaran itu, kami telah melihat dan mengkaji perbuatan mereka,
maka kami telah mendapati ilmu yang paling baik adalah ilmu yang
datang daripada Allah dan daripada Rasul-Nya secara nas. Dan kami
telah mendapati takwil daripada Ahlu l-Bait sesuai dengan al-Qur’an
kerana mereka telah membuat kesimpulan (istinbat) daripada ilmu yang
membingungkan kebanyakan akal manusia, melemahkan fahaman dan
hati mereka untuk menanggungnya. Manakala mereka tidak mampu di
al-Haft al-Syarif
12
dalam perkara ini, maka mereka mulai menentang ahlinya, apatah lagi
ketika mereka ditegah manfaatnya.
Perkara pertama yang wajib kita perhatikan adalah di dalam
urusan-urusan tauhid yang menjadi milik manusia di dunia dan
akhirat, maka kami merujuk untuk mengetahuinya kepada Ahlu l-Bait
yang suci dan zuriat mereka yang diutus. Rasulullah s.a.w telah
bersabda: Sesungguhnya kedua-duanya (kitabullah dan ‘itrahku) tidak
akan berpisah sehingga mereka berdua dikembalikan di Haudh.
Pada mulanya tidak ada sesuatu bersama Allah, kemudian
kehendak-Nya telah berlaku di sebalik iradat-Nya, sebab-sebabnya yang
mana aku akan menjelaskannya di dalam kitab ini sedikit demi sedikit
dan sebab demi sebab daripada kata-kata para imam a.s tentang rahsia
ilmu Allah, ilmu Rasul-Nya dan apa yang sampai kepada kita daripada
mereka yang dipercayai (al-Thuqaat) yang membawa ilmu khusus yang
dinaskan dan diriwayatkan daripada mereka yang terdahulu.
Di antaranya Muhammad bin al-Fadhl, salah seorang perawi ilmu
batin yang dipercayai tentang ilmunya dan yang paling warak pada
zamannya. Kemudian ‘Umar bin Zaid, kemudian Yusuf bin Ya‘qub,
kemudian Yunus bin al-Mausuli, kemudian Abdullah bin Hilyah al-
Kattaani, kemudian Sayyidu-naa Muhammad bin Sinan, penyimpan
ilmu ini, kemudian Muhamamd bin al-Mufadhdhal, kemudian Ibn Abi
‘Umair, beliau adalah seorang yang banyak berpusa dan bertenaga pula.
Kemudian Safwaan bin Yahya al-Saabiri, Ibn Abi ‘Imraan, Ahmad
Abu Muhammad bin Basir, Ya‘qub bin ‘Alqamah. Semua mereka telah
mengambil istinbat daripada ilmu keluarga Muhammad dan mereka
telah bersetuju di atas riwayat-riwayat ini daripada Yunus bin Zibyaan
di dalam semua perkara. Umar bin Udhinah, Daud binKathir al-Ruqiyy
yang mempunyai kepercayaan imam, al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi
iaitu beliaulah bermulanya riwayat ilmu batin daripada Abu Abdillah a.s.
Kemudian Ibn Rabii‘ al-Syaammi, Abu Hamzah al-Thumaali yang
tidak terlepas daripada riwayat-riwayatnya sama ada yang menentang
atau yang bersetuju kerana kebenaran nasihatnya dan amanahnya.
Ramai ahli hadis meriwayatkan daripadanya. Abu al-Hasan al-
Khurasaani, seorang pendebat yang bermata merah dan beliau adalah
sebaik-baik suadaranya.
Abu Khalid al-Kaabili, al-Jabir al-Ja‘fi yang mana Imam Ja‘far a.s
telah memberi ilmu yang banyak kepadanya. Jumhur ahli hadis dari
Hijaz dan Iraq seperti Sufyaan dan kumpulannya dan setiap mereka,
meriwayat daripada Abi Ja‘far, daripada Ali bin al-Husain tentang
permulaan penciptaan makhluk, makrifat tentang tujuh Adam,
bagaimana berakhirnya masa setiap Adam? Susunan mereka pada
bentuk-bentuk dan kesudahan nasib mereka.
al-Haft al-Syarif
13
Diriwayatkan khabar-khabar ini daripada al-Sadiq a.s dan daripada
kumpulan sahabatnya seperti dua anak lelaki Ya‘qub; Yunus dan Yusuf,
Ibn Abdillah Hannaf, Ibn Sadid dan Mubasysyir.
Setiap orang daripada mereka mempunyai kelebihan-kelebihan
(manaaqib) dan merekalah yang telah memindahkan ilmu ini daripada
Abu Abdillah al-Sadiq a.s tanpa khilaf dan perbalahan. Sesungguhnya
khilaf adalah dari segi perawi-perawi sedangkan Ahlu l-Bait Muhammad
s.a.w tidak ada khilaf di antara mereka dari segi tanzil, tafsir, takwil
tentang halal dan haram, malah mereka benar-benar mengetahui
tentang halal dan haram.
Dan apa yang terserlah daripada ilmu tauhid dan makrifat
kebenaran adalah daripada mereka secara keseluruhannya. Kerana
hadis yang pertama adalah daripada al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi
daripada al-Sadiq a.s, justeru beliaulah yang dimaksudkan sementara
perawi-perawi yang lain mengambilnya daripadanya.
al-Haft al-Syarif
14
BAB 1
☼Makrifat tentang penciptaan makhluk dan perkara pertama yang
diciptakan Allah (fi ma‘rifati ibtida’ al-Khaliqah wa awwalu syai’in
khalaqa-hu-llahu ta‘aalaa)☼
Al-Mufadhdhal rahima-hullah telah berkata: Aku telah membaca di
hadapan Abi Abdillah a.s firman Allah a.w “Katakanlah: “Berjalanlah di
bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (sesuatu) dari
permulaannya, kemudian Allah menciptakannya sekali lagi.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Allah mengazab
siapa yang dikehendakiNya dan memberi rahmat kepada siapa yang
dikendakiNya dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan”3
Abu Abdillah al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, jika
manusia mengetahui permulaan asal penciptaan makhluk, nescaya dua
orang lelaki tidak berselisih pendapat tentang agama (Lau‘alima al-
Naasu mabtada’a asl al-Akhalqi ma ikhtalafa rajulaani fi al-Din). Aku
telah berkata kepadanya: Sayyidii4 wa Maulaaya, tidak ada makrifat
bagiku melainkan apa yang anda telah ajarkannya kepadaku, justeru
jelaskanlah kepadaku.
Maka beliau a.s telah berkata: Ia dijelaskan di dalam ayat itu
sendiri, tetapi kebanyakan manusia tidak memikirnya. Sebahagian
manusia berkata: Sesungguhnya pahala dan balasan (al-Thawab wa al-
‘Iqab) berlaku di dunia sebagaimana firman Allah a.w “Dia mengazab
siapa yang dikehendakiNya dan memberi rahmat kepada siapa yang
dikendakiNya dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan”5
Tidakkah anda mengetahui bahawa azab dan rahmat sebelum mereka
dikumpulkan (yuhsyaruu) dan dikembalikan di dunia ini di dalam
bentuk kemanusiaan (al-Nasutiyyah), perubahan rupa (al-Masukhiyyah),
susunan (al-Taraakiib) dan kepadaNyalah mereka akan dikembalikan.
Aku telah berkata: Memang benar Sayyidii, aku tidak terfikir
tentangnya melainkan pada hari aku ini. Kemudian beliau a.s telah
melihat kepada Yunus bin Zibyan dan berkata: Wahai Yunus, apakah
pendapat ahli Kufah tentang permulaan penciptaan makhluk? Beliau
telah berkata: Mereka berkata bahawa Allah telah menciptakan Iblis
sebelum Adam. Maka beliau a.s telah berkata: Dengan Allah [aku] pohon
3 Surah al-Ankabuut (29): 20-21
4 Tuanku
5 Ibid
al-Haft al-Syarif
15
pertolongan[Nya] dari kata-kata mereka kerana mereka telah
membohongi Allah sedemikian rupa, sesungguh Allah telah menciptakan
cahaya (al-Nuur) sebelum kegelapan (al-Zulmah), menciptakan kebaikan
(al-Khair) sebelum kejahatan (al-Syarr), menciptakan syurga sebelum
neraka. Dia telah menciptakan rahmat sebelum azab, menciptakan
bentuk-bentuk yang kabur (asybaah) sebelum roh-roh (al-Arwaah),
menciptakan roh-roh sebelum badan-badan (al-Abdaan), menciptakan
badan-badan sebelum kematian (al-Maut).
Dia menciptakan kematian sebelum kebinasaan (al-Fanaa’),
menciptakan kebinasaan sebelum susunan-susunan (al-Taraakiib),
menciptakan susunan-susunan sebelum Kiamat, menciptakan Kiamat
sebelum kebangkitan (al-Nasyr), menciptakan kebangkitan sebelum
pembalasan, menciptakan pembalasan sebelum bersesalan (al-
Nadaamah), menciptakan bersesalan sebelum dikumpulkan di Mahsyar,
menciptakan Mahsyar sebelum bumi digantikan dengan bumi yang lain
dan langit digantikan dengan langit yang lain dan “terserlah” Allah Yang
Maha Perkasa. Aku telah berkata: Sayyidii, Apakah perkara yang
pertama diciptakan oleh Allah a.w?
Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya perkara yang pertama
diciptakan oleh Allah adalah cahaya bayang-bayang (al-Nuur al-Zilli). Aku
telah berkata: Daripada apakah Dia telah menciptakannya? Beliau a.s
telah berkata: Dia telah menciptakannya daripada kehendak-Nya
(masyi’ati-hi), kemudian Dia telah membahagi-bahagikannya. Tidakkah
anda telah mendengar firman-Nya di dalam Kitab-Nya: “Apakah kamu
tidak memperhatikan (penciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia
memanjangkan bayang-bayang dan kalau Dia menghendaki, nescaya Dia
menjadikan tetap bayang-bayang itu, kemudian Kami jadikan matahari
sebagai petunjuk atas bayang-bayang itu, kemudian kami menarik
bayang-bayang itu kepada Kami dengan tarikan yang perlahan-lahan”6,
Dia telah menciptakannya sebelum Dia menciptakan air, bumi dan
‘Arasy.
Aku telah berkata: Di atas contoh manakah Dia telah
menciptakannya? Beliau a.s telah berkata: Dia telah menciptakannya di
atas contoh bentuknya, kemudian Dia telah membahagi-bahagikannya
kepada bayang-bayang tertentu, lantas sebahagian bayang-bayang itu
melihat kepada sebahagian bayang-bayang yang lain, lalu mereka
melihat diri mereka dan mengetahui bahawa mereka tidak wujud
sebelum ini dan mereka diberikan makrifat yang terhad dan mereka
tidak pula diberikan makrifat yang khusus tentang kebaikan dan
kejahatan. Kemudian Allah telah mendidik mereka (addaba-hum).
Aku telah berkata: Bagaimana Dia telah mendidik mereka? Beliau
a.s telah berkata: Dia telah bertasbih kepada diri-Nya (sabbaha nafsa-
6 Surah al-Furqaan (25): 45-46
al-Haft al-Syarif
16
hu)7, lalu mereka bertasbih kepadaNya (fa-sabbahuu-hu), Dia telah
memuji diri-Nya (hamida nafsa-hu), lalu mereka memujiNya (fa-hamiduuhu).
Dia telah membenarkan diri-Nya (haqqaqa nafsa-hu), lalu mereka
telah membenarkanNya (haqqaquuhu). Jika tidak, mereka tidak
mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan mereka, mereka tidak
mengetahui cara memuji Nya dan bersyukur kepadaNya. Mereka tidak
mengetahui bagaimana mereka bercakap dan bagaimana mereka
berdiam diri. Beliau a.s telah berkata: Mereka telah memahami
percakapan tentang Allah.
Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Fitrah Allah yang
telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidak ada perubahan pada
fitrah Allah, itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui”8 Kemudian beliau a.s telah berkata: Bayang-banyang itu
sentiasa dalam keadaan sedemikian, memujiNya, bertahlil dan bertasbih
kepadaNya selama 7000 tahun. Maka Allah menerima kesyukuran
mereka, lalu Dia menciptakan daripada tasbih itu langit yang ketujuh.
Kemudian Dia telah menciptakan bentuk-bentuk yang kabur (al-
Asybaah) daripada tasbih bayang-bayang (al-Azillah) dan menjadikannya
bayang-bayang pula.
Kemudian Dia telah menciptakan hijab yang tinggi (al-Hijab al-A‘laa)
daripada tasbih-Nya sendiri. Kemudian Sayyidii a.s telah membaca
firman-Nya: “Dan tidak mungkin bagi seorang manusiapun bahawa Allah
berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di
belakang tabir (waraa’hijab) atau dengan mengutus seorang utusan lalu
diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki.
Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana”9
Iaitu bentuk-bentuk kabur (al-Asybaah) yang diciptakan daripada
tasbih bayang-bayang yang ketujuh. Adapun makna firman-Nya
“waraa’ hijab” (Di belakang tabir) Iaitu bentuk-bentuk kabur yang
diciptakan daripada bayang-bayang yang ketujuh. Kemudian Dia telah
menciptakan untuk mereka syurga yang ke tujuh daripada langit yang
ketujuh. Kemudian Dia berfirman: “Di sisinya syurga tempat tinggal”10
Iaitu syurga yang paling tinggi.
Kemudian Dia telah menciptakan Adam yang pertama (Adam al-
Awwal) dan Dia telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) daripadanya dan
zuriatnya. Allah telah berfirman: “Siapakah Tuhan kamu? “Mereka
menjawab: Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari
apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami”11 Dan beliau a.s telah
berkata: Hijab (tabir) yang mana Dia telah menciptaknnya daripada
7 Subbuhun qudduusun rabbu-naa wa rabbu l-malaikati wa r-Ruuh.
8 Surah al-Ruum (30): 30
9 Surah al-Syuura (42): 51
10 Surah al-Najm (53): 15
11 Surah al-Baqarah (2): 32
al-Haft al-Syarif
17
tasbih-Nya sendiri dan Dia telah memberitahu kepada mereka bahawa
hijab pertama adalah yang paling alim di kalangan mereka, maka di
sana ia wajib menjadi hujjah ke atas makhluk-Nya: Kemudian Allah
berfirman kepada mereka: “Adakah kamu mengetahui bahawa Akulah
Tuhan kamu Yang Maha Tinggi”. “Aku mampu menciptakan makhluk
seperti kamu sedangkan kamu tidak mampu menciptakan [sesuatu]
seperti Aku” Maka mereka telah berkata: Ya, wahai Tuhanku, maka
itulah perjanjian yang diambilnya daripada mereka.
Kemudian Allah telah menciptakan seumpamanya tujuh Adam
(sab‘ah aadamiyyiin) dan Dia telah menciptakan bagi setiap Adam langit
dan syurga sebagaimana aku telah menerangkannya kepada anda.
Justeru orang pertama yang menyahuti perjanjian itu adalah Adam yang
pertama, kemudian Adam yang kedua dan seterusnya, kemudian
kelebihan [Adam] yang pertama ke atas [Adam] yang kedua, kemudian
beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Dan mereka yang paling dahulu
beriman. Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah)” 12
Dia telah menciptakan cahaya (al-Nuur) yang kedua [selepas cahaya
yang pertama] dan menjadikannya lebih baik daripada cahaya yang
ketiga. Dia telah menciptakan bayang-bayang (al-Azillah) daripada
kehendak-Nya di atas apa yang Dia kehendaki, kemudian Dia telah
mendidik mereka seperti cahaya yang pertama. Dia telah menciptakan
untuk mereka langit yang kedua dan syurga yang kedua dan berfirman:
Beritahulah kepadaku di langit tentang mereka jika kamu benar? Mereka
telah berkata: Tiada ilmu ada bagi kami melainkan apa yang kamu
ajarkan kami”. Kemudian Dia telah berfirman kepada hijab yang kedua:
Beritahulah nama-nama mereka, daripada apakah mereka diciptakan;
daripada apakah langit, syurga, bayang-bayang dan bentuk-bentuk yang
kabur diciptakan.
Dia telah mengambil perjanjian daripada penghuni langit yang
pertama untuk hijab yang pertama. Dia telah mengambil perjanjian yang
kedua daripada penghuni langit untuk hijab yang kedua. Kemudian
Sayyidii a.s membaca firman-Nya: “Dan ketika Kami mengambil janji dari
kamu dan Kami angkatkan gunung Tursina di atasmu” 13 Dan Tursina
adalah hijab yang pertama. Adapun firman-Nya: “Peganglah teguh-teguh
apa yang Kami berikan kepadamu”14 adalah makrifat tentang
penyaksian (al-Ma‘rifah fi al-Syahadah), maka jadilah dia [berada] antara
langit dan langit yang lain dan hijab yang kedua sebagai penyampai
daripada Allah apabila Dia menaiki langit yang ketujuh.
Demikian juga apabila Dia turun ke langit yang kedua [ketiga] dan
keempat untuk mendidik mereka. Justeru hijab itu menjadi hujjah
kepada penghuni langit yang ketujuh dan ia merupakan hijab yang
12 Surah al-Waaqi‘ah (56): 10-11
13 Surah al-Baqarah (2): 63
14 Ibid
al-Haft al-Syarif
18
pertama. Maka langit-langit dijadikan pintu-pintu, kemudian beliau a.s
membaca firman-Nya: “Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintupintunya”
15 Kemudian Dia telah menciptakan cahaya yang kedua
sebagaimana Dia telah menciptakan cahaya yang pertama daripada
bayang-bayang, bentuk-bentuk yang kabur, roh-roh, langit dan syurga.
Dia telah menciptakan hijab yang ketiga sebagaimana hijab yang kedua
dan mengambil perjanjian mereka untuk-Nya sebagaimana Dia telah
memberitahu kepada penghuni langit.
Dan Adam yang ketiga menyahuti [seruan-Nya] sebagaimana Adam
yang kedua dan aku telah mejelaskannya kepada anda tentang cahaya,
bayang-bayang dan bentuk-bentuk kabur di dalam pendidikan mereka.
Allah telah menciptakan cahaya yang keempat, kemudian cahaya yang
kelima, cahaya yang keenam dan cahaya yang ketujuh sebagaimana aku
telah menerangkannya kepada anda. Kemudian beliau a.s telah berkata:
Tidak seseorangpun boleh mengabaikan bulan-bulan haram. Aku telah
berkata: Berapakah bilangan bulan-bulan Haram, wahai Maulaaya?
Beliau a.s telah berkata: Empat. Aku telah berkata: Bagaimana ia
menjadi [bulan] haram? Beliau a.s telah berkata: Kerana hijab yang
pertama lebih hampir kepada Allah daripada hijab yang kedua, dan hijab
yang kedua adalah lebih hampir daripada hijab yang ketiga sehinggalah
hijab yang ketujuh. Begitulah tentang bentuk-bentuk yang kabur,
bayang-bayang dan roh-roh. Kemudian Dia telah menciptakan cahaya
yang kelima sebagaimana aku telah menceritakannya kepada anda.
Kemudian Dia telah menciptakan cahaya yang keenam seperti
cahaya sebelumnya. Dia telah menciptakan cahaya yang kelima
daripada perintah-Nya. Dia telah menciptakan cahaya yang keenam
daripada fahaman-Nya. Kemudian Dia telah menciptakan cahaya yang
ketujuh, Dia telah menyuruh dan melarangnya. Beliau a.s telah berkata:
Cahaya yang paling lemah adalah cahaya yang ketujuh kerana cahaya
keimanan dan keyakinannya paling sedikit. Namun begitu Allah telah
menciptakannya menurut contoh cahaya pertama yang terdiri daripada
bayang-bayang dan bentuk-bentuk yang kabur sehingga hijab menjadi
teguh untuk mereka sebagai hujjah. Semua mereka adalah hujjah dan
yang pertama mereka adalah hujjah ke atas yang akhir mereka.
Semua mereka telah membuat penyaksian di hadapan Tuhan. Dan
mereka pula disaksikan oleh makhluk-makhluk langit yang terdiri
daripada tujuh cahaya. Kemudian Dia telah menjadikan setiap cahaya
yang terawal adalah lebih baik daripada cahaya yang akhir dengan
kadar [masa] 50 ribu tahun. “Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang
Paling Baik”16 Dan cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah
15 Surah al-Baqarah (2): 189
16 Surah al-Mu’minuun (23): 14
al-Haft al-Syarif
19
adalah sebaik-baik Pelindung17Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaikbaik
Penolong”18. Wa s-Salam.
BAB 2
☼Makrifat tentang bayang-banyang, bentuk-bentuk kabur dan rohroh
serta bagaimana Dia telah mendidik mereka dan
memperkenalkan diri-Nya kepada mereka (fi ma‘rifati ‘ilal al-
Azillah wa al- Asybaah wa al-Arwaah wa kaifa addaba-hum wa
‘arrafa-hum bi-nafsi-hi)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Kemudian Dia telah menciptakan
pada setiap langit itu sebuah syurga dan pada setiap syurga itu mata air
(‘ainan) yang bernama Salsabil sebagaimana firman-Nya: “Sebuah mata
air syurga yang bernama salsabil”19 Iaitu tujuh syurga dan tujuh mata
air. Sesungguhnya setiap langit menanggung penghuninya dan
menjadikannya tempat yang sesuai bagi mereka kerana Allah telah
menciptakan amalan mereka dari air mata yang tujuh bertempat di
syurga dan ia diciptakan dari ilmu penghuninya.
Kemudian Allah telah menenggelamkan bayang-bayang dan bentukbentuk
yang kabur pada mata-mata air. Kemudian Dia telah menjadikan
setiap langit satu cahaya pada mata airnya, lalu ia bertukar menjadi roh
pada badan-badan. Dan al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya
dinamalan Azillah (bayang-bayang) kerana ia sentiasa pada bayangan
cahaya Allah. Adapun ia dinamakan al-Asybaah (bayang-bayang yang
kabur) kerana ia adalah zat Allah. Dinamakan al-Arwaah kerana ia
berihat kepada makrifah Allah.
Dinamakan al-Samaa’ (langit) kerana Allah telah menamakannya
daripada [hasil] amalan mereka dan mengangkatnya (tinggi) pula.
Kemudian Allah telah menciptakan tujuh hari dan pada setiap langit
satu hari. Kemudian Allah telah memfardukan ke atas setiap langit jenis
tasbih dan tahlilnya. Dia telah menjadikan setiap langit itu satu pintu
(baban) dan menjadikan hijab-hijab (al-Hujub) sebagai wasilah (jalan)
kepada setiap penghuni langit. Kemudian Dia bertasbih kepada diri-Nya,
maka merekapun bertasbih kepadaNya.
Dia telah memuji diriNya (majjada nafsa-hu), maka mereka pun
memujiNya. Dia bertahlil kepada diri-Nya, maka merekapun bertahlil
kepadaNya. Dia terus mendidik mereka sedemikian untuk
menjadikanNya hujjah ke atas mereka. Kemudian Dia telah menciptakan
badan-badan untuk roh-roh daripada cahaya-Nya dan menjadikan
17 Surah Ali ‘Imraan (3): 173
18 Surah al-Anfaal (7): 40
19 Surah al-Insan (76): 18
al-Haft al-Syarif
20
setiap cahaya di langit menurut kadarnya. Semuanya merupakan roh
yang bercahaya (ruh nuraniyyah) dan badan daripada cahaya (badanan
min nur).
Apabila Dia menaikkan [kedudukan] satu badan ke langit, maka Dia
memakaikannya (badan yang utama itu) hijab (tabir) daripada cahaya
(hijaban min nuur). Justeru apabila Allah telah turun ke langit, maka Dia
memakai hijab langit itu dan hijab-Nya adalah daripada cahaya.
Lantaran itu, Dia telah memakaikan badan-badan roh itu dengan
cahaya.
Sesungguhnya Dia telah terserlah (zahara) untuk makhluk-Nya
dengan keadaan ini bagi mendidik mereka supaya memahami apa yang
difirmankanNya. Kerana sesuatu itu tidak dapat difahami tentangnya
melainkan oleh “orang” yang di dalam bentuknya dan jenisnya20.
Kemudian Maulaaya al-Sadiq a.s telah membaca firman-Nya: “Celupan
Allah. Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan
hanya kepada-Nyalah kami menyembah”21
Dia terus mendidik mereka sebagaimana aku telah
menerangkannya kepada anda. Dia terus bercakap kepada mereka
bagaimana Dia telah menciptakan mereka, bagaimana Dia telah
memulakan kejadian mereka dan asal-usul mereka. Manakala mereka
telah mengetahuinya, Dia mulai menceritakan kepada setiap penghuni
langit bagaimana Dia menciptakan badan-badan yang gelap
(zulmaniyyah) iaitu badan-badan yang berjisim (al-Jismaniyyah) dan
bagaimana Dia telah menciptakan iblis-iblis (al-Abaalisah). Wa s-Salam.
BAB 3
☼Makrifat tentang pengitaran, penggulungan dan penyusunan dalam
bentuk kemanusiaan (fi ma‘rifati al-Adwaar wa al-Akwaar wa al-
Taraakiib fi al-Nasutiyyah)☼.
Sayyidii Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala mereka
memahami semuanya, penghuni setiap langit mulai menceritakan
bagaimana Dia menciptakan badan-badan yang gelap dan bagaimana
Dia menciptakan iblis-iblis. Bagaimana Dia menggulungkan mereka
(yukawwiru-hum), menyusunkan mereka (yurakkibu-hum) dan
bagaimana Dia menjadikan malam untuk berehat padanya. Kemudian
Sayyidii a.s membaca firman-Nya: “Dia menyinsingkan pagi dan
menjadikan malam untuk berehat dan (menjadikan) matahari dan bulan
20 Dia telah mengutus nabi dan rasul dari jenis manusia untuk manusia.
21 Surah al-Baqarah (2): 138
al-Haft al-Syarif
21
untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Mengetahui”22
Sehingga Dia memberitahu kepada mereka bagaimana Dia
menjadikan malam untuk berehat, bagaimana Dia menciptakan
matahari untuk mereka, siang, bulan dan malam. Bagaimana iman yang
tersembunyi (al-Iman al-Khafiy) dan kekafiran yang zahir (al-Kufr al-
Zahir), bagaimana Allah suka disembah secara rahsia dan secara terang,
bagaimana mereka dikoyak dan dibunuh tanpa ditinggalkan sesuatu
oleh Allah a.w.
Tidak ada sesuatu di dunia ini melainkan Dia menceritakan kepada
mereka mengenainya dan memperkenalkan mereka kepadanya.
Bagaimana mereka melakukan kesalahan, mereka tergelincir dan
menderhakai[Nya]. Sesiapa yang menderhakai[Nya] akan ditentang dan
sesiapa yang mentaati pada sesuatu [selain daripadaNya] akan
dimansuhkan? Dan bagaimana berlakunya tujuh pusingan?
Abu Abdillah a.s telah berkata: Maka Allah telah mendidik mereka
dan memberitahu kepada mereka tentang kesakitan (al-Aujaa‘) dan
sebab ia berlaku kepada mereka. Dia telah menerangkan kepada mereka
semuanya supaya Dia menjadi hujjah 23ke atas mereka. Kemudian Dia
telah menciptakan dua belas pusingan masa. Sesungguhnya Allah a.w
telah menetapkan penciptaan mereka sehinnga Dia menciptakan badanbadan
untuk mereka daripada tanah (al-Tiin) melalui lima pusingan
masa (khams al-Adwaar). Dan setiap pusingan atau kitaran (daur)
adalah 50 ribu tahun dan berterusan selama tujuh pusingan24.
Di antara tujuh pusingan itu satu pusingan untuk badan-badan
yang berbentuk cahaya (al-Abdaan al-Nuraniyyah) dan enam [pusingan]
untuk musuh-musuh-Nya sehingga mereka kembali kepada keadaan
asal mereka. Kemudian Abu Abdillah a.s membaca firman-Nya:
“Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami
akan mengulanginya”25. Seterusnya Abu Abdillah a.s berkata: Wahai
Mufadhdhal, Apakah pendapat ahli Kufah tentang pusingan yang
berakhirnya dunia? Aku telah berkata: Mereka berpendapat bahawa ia
adalah 7 ribu tahun.
Maka Sayyidii a.s telah berkata: Semoga Allah menghina mereka.
Mereka tidak menceritakan tentang kerajaan Allah Yang Maha Tinggi
melainkan dengan kejahilan mereka. Sesungguhnya mereka telah
membatas kekuasaan-Nya, laknat Allah ke atas mereka. Dan apakah
pendapat mereka tentang hari Akhirat, wahai Mufadhdhal? Aku telah
berkata: Mereka berpendapat, wahai Maulaaya, ia adalah berterusan
tanpa akhirnya.
22 Surah al-An‘aam (6): 96
23 Yang difahami oleh mereka secara pendidikan.
24 7 pusingan x 50 ribu tahun=350 ribu tahun.
25 Surah al-Anbiyyaa’ (21) : 104
al-Haft al-Syarif
22
Maka beliau a.s telah berkata: Mereka jahil tentang urusan Allah,
sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu melainkan Dia
mengetahui awalnya dan akhirnya. Justeru bagaimana urusan akhirat,
matlamat dan kesudahannya tersembunyi daripada-Nya. Tiada tuhan
melainkan Dia, Dia lebih mengetahui, lebih memahami dan lebih besar
keadaannya jika sesuatu di bumi, di langit, di syurga dan di neraka
tersembunyi daripada-Nya termasuk waktu permulaannya dan
kesudahannya.
Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Adapun mereka yang
celaka, maka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka
mengeluarkan nafas dan menariknya dengan merintih, mereka kekal di
dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu
menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana
terhadap apa yang Dia kehendaki. Adapun mereka yang berbahagia,
maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada
langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai
kurnia yang tiada putus-putus”26
Bagaimana kata-kata mereka dapat menghilangkan kekuasaan
Tuhan sedangkan [kekusaaan-Nya] terletak kepada kehendak-Nya.
Bagaimana Dia mahu bahawa “Dia tidak ditanya tentang apa yang
diperbuat-Nya dan merekalah yang akan ditanya”27. Wa s-Salam.
BAB 4
☼Makrifat tentang penderhakaan makhluk dan sebab-sebabnya serta
bagaimana mereka telah melupai apa yang mereka telah ingat (fi
ma‘rifati ‘isyaan al-Khalqi wa ‘ilali-hi wa kaifa nasuu maa
zakaruu bi-hi)☼.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Maulana Abu Abdillah a.s telah
berkata: Allah telah menyempurnakan semuanya dalam masa 50 ribu
tahun. Kemudian beliau a.s telah berkata: Dia telah menciptakan
makhluk-Nya daripada cahaya yang paling lemah dan Dia telah
berfirman: Sesungguhnya Kami telah memberi izin supaya kamu turun
ke bumi “Kami akan menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang
lebih baik amalnya”28. Kemudian Allah a.w berfirman: Sesiapa yang
menderhakai di kalangan kamu, Aku akan menciptakan daripada
maksiatnya seorang musuh untuknya.
Lantas sebahagian mereka memerhati kepada sebahagian yang lain,
maka mereka telah berkata kepada yang paling lemah di kalangan
26 Surah Huud (11): 106-108
27 Surah al-Anbiyaa’ (21): 23
28 Surah Huud (11): 7
al-Haft al-Syarif
23
mereka: Marilah kita berkumpul kepada ketua kita dan kita mentaatinya
di langit-langitnya. Dan kami tidak perlu turun ke bumi. Manakala
mereka telah berkata sedemikian sedangkan mereka tidak mengetahui
bahawa itulah satu maksiat atau penentangan kepada Allah dan mereka
telah berkumpul kepadaNya. Allah pada ketika itu menzahirkan kepada
mereka29 dan mereka “melihatNya” Lalu mereka telah berkata: Tuhan
kami dan Pencipta kami, Engkau telah memberitahu kepada kami
bahawa Engkau akan menghantar kami ke bumi, hantarlah kami ke
langit dan di langit kami memuji Engkau, kami bersyukur kepada
Engkau dan kami menyembah Engkau30.
Dia berfirman: Sesungguhnya kamu semua telah menderhakai Aku
dengan penentangan kamu akan firman-Ku. Tidakkah kamu telah
berkata bahawa Tuhan kami, Engkau lebih mengetahui, kami tidak ada
makrifat, kami menyerah diri kepada urusan Engkau dan kami
mematuhi keredaan Engkau?.
Dia berfirman: Aku berterima kasih di atas kata-kata kamu, tetapi
kamu telah menolak firman-Ku dan perintah-Ku. Pada ketika itu Dia
telah menciptakan hijab (tabir) daripada maksiat mereka. Dia terlindung
daripada mereka (ihtajaba) dan Dia menciptakan setiap orang daripada
mereka tujuh badan yang mereka diami padanya. Kemudian mereka
bertukar kepada selain daripadanya. Beliau a.s berkata: Pada masa itu
mereka telah mengetahui bahawa mereka telah bersalah dan mereka
telah mengabaikan janji Allah kepada mereka supaya tidak
menyalahiNya. Kemudian Abu Abdillah a.s membaca firman-Nya; “Tetapi
mereka melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diberi
peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka
permusuhan dan kebencian sampai hari Kiamat”31
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan sesungguhnya jika
mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah
hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman
mereka), dan jika demikian, pasti Kami berikan kepada mereka pahala
yang besar dari sisi Kami”32 Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya:
“Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan
bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah
iaitu para nabi, para siddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orangorang
yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang
29 Menzahirkan kehadiran-Nya dengan cara yang boleh difahami oleh mereka.
30 Lantaran itu Allah berfirman Surah al-A‘raaf (7): 24 “Turunlah kamu sekalian,
sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain. Dan kamu
mempunyai tempat kediaman dan kesenangan di muka bumi sampai waktu yang
ditentukan”
31 Surah al-Maaidah (5): 14
32 Surah al-Nisaa’ (4): 66-67
al-Haft al-Syarif
24
demikian itu adalah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah Maha
Mengetahui”33
Iaitu apa yang kamu sembunyikan di dalam hati kamu tentang
penentangan kamu terhadap Allah. Kemudian Dia telah memberi
peringatan kepada mukminin di dalam firman-Nya: “Wahai orang-orang
yang beriman, bersiap-siaplah”34 Iaitu berhati-hatilah tentang kata-kata
kamu terhadap Allah. Beliau a.s telah berkata: Allah telah berselindung
daripada mereka (ihtajaba-llahu ‘an-hum), lalu mereka menyesal di atas
apa yang telah berlaku dan mereka terus mengelilingi hijab itu selama
7000 tahun kerana menyesal dengan kata-kata mereka terhadap Allah.
Justeru mereka terlepas peluang melihatNya dan [merasai] kemanisan
firman-Nya.
Mereka mulai bercakap-cakap tentang kelazatan mendengar firman-
Nya tanpa penghujungnya. Apabila mereka telah hilang kerehatan dan
kelazatannya, mereka telah menjadi takut dan terus tercengang tanpa
petunjuk dalam tindakan mereka dan mereka dikuasai oleh penyesalan
yang berterusan. Wa s-Salam.
BAB 5
☼Makrifat tentang pengutusan para rasul kepada makhluk-Nya (fi
ma‘rifati ba‘thi al-Rusuli ilaa al-Khalqi)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala mereka tercengang dan
menyesal dalam urusan mereka, maka Allah memberi rahmat kepada
mereka. Lalu Dia mengutus para rasul kepada mereka dan Muhammad
s.a.w telah datang kepada mereka sebagai penghulu para nabi dan para
rasul s.a.w pada masa yang lama dan baru (qadim al-Dahr wa hadithihu)
di alam bayang-bayang (al-Azillah), di alam bentuk yang kabur (al-
Asybaah), di alam roh (arwaah). Dalam pengertian ini Amir al-Mukminin
a.s telah berkata: Dengan kami urusan dibuka dan dengan kami ia
ditamatkan (bina futiha al-Amru wa bina yukhtamu).
Justeru Rasulullah s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s ke atas
makhluk-Nya sepertilah Azillah (bayang-bayang) dan nama di atas al-
Asybaah dan al-Arwaah. Selepas itu Dia bercakap kepada mereka
melalui hijab. Rasulullah s.a.w adalah hijab yang kabur pertama (al-
Hijab al-Syabahi)35, kemudian menjadi hijab roh (al-Hijab al-Ruuhi),
kemudian [berada] di badan. Sehingga Dia menciptakan untuk mereka
badan-badan yang berdaging dan berdarah. Aku telah berkata kepada
Maulana al-Sadiq a.s: Dari apakah Allah menciptakan maksiat mereka?
33 Surah al-Nisaa’ (4): 69-70
34 Surah al-Nisaa’ (4): 71
35 Dan para imam a.s
al-Haft al-Syarif
25
Beliau a.s telah berkata: Daripada Kata-kata yang diucapkan oleh Iblis
yang dilaknat oleh Allah. Wa s-Salam.
BAB 6
☼Makrifat tentang Iblis dan daripada apakah Dia telah
menciptakannya (fi ma‘rifati Iblis wa min ayyi syai’in khalaqahu)

Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah menciptakan roh tanpa
badan dan Dia telah menciptakan Iblis daripada maksiat mukminin;
kesilapan dan kesalahan mereka. Apabila Dia telah menciptakannya,
maka ia melihat ke langit yang tinggi sedangkan Dia terlindung
daripadanya. Roh-roh cahaya (nuraniyyah) bermacam-macam di dalam
badan dan ia mengeluarkan cahaya, justeru yang dilaknati tidak
mengetahui permulaan makhluk atau daripada apakah mereka
diciptakan dan dia tidak menyaksikannya sebagaimana disaksikan oleh
mereka sebelumnya.
Tidak diberitahu sesuatupun kepadanya, tidak dididik (lam
yuaddab) sebagaimana mukminin dididik. Kemudian al-Sadiq as
membaca firman-Nya: “Aku tidak menghadirkan mereka (Iblis dan anak
cucunya) untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula)
penciptaan diri mereka sendiri; dan tidaklah Aku mengambil orang-orang
yang menyesatkan itu sebagai penolong”36
Sesungguhnya Dia maksudkan di dalam firman-Nya adalah
makhluk ini. Iaitu Iblis dan zuriatnya. Kemungkinan mereka telah
menyaksikan penciptaan bumi. Kemudian beliau a.s telah berkata:
Wahai Mufadhdhal, adakah anda mengetahui kenapakah Iblis
menderhakaiNya? Aku telah berkata: Tidak, wahai Maulaaya. Beliau a.s
telah berkata: Sesungguhnya Iblis dan zuriatnya adalah jahil, mereka
diciptakan daripada kejahilan dan maksiat, lantaran itu mereka tidak
mentaati Allah selama-lamanya, mereka tidak mengetahui jalan
petunjuk, malah mereka mantaati jalan sebaliknya.
Kemudian mereka ditolak tanpa penghujungnya. Seterusnya Allah
telah menciptakan mukminin daripada roh kehidupan (ruh al-Hayaat).
Sekiranya mereka mengadu, maka mereka kembali dan sekiranya
mereka jahil, maka mereka merenung sehingga mereka mengetahui,
sekiranya mereka menderhakai, maka mereka bertaubat. Dan maksiat
36 Surah al-Kahfi (18): 51
al-Haft al-Syarif
26
mukmin yang sengaja [dilakukan] tidak akan berterusan. Sesungguhnya
jika dia melakukan maksiat, maka dia diberikan peringatan supaya dia
menyedari dirinya. Aku telah berkata: Siapakah yang jahil tentang
Tuhannya? Beliau a.s telah berkata: (Yang jahil tentang Tuhannya
adalah] daripada hijab-hijab yang berlainan. Wa s-Salam.
BAB 7
☼Makrifat tentang Iblis-Iblis dan bagaimana mereka bertukar
menjadi syaitan-syaitan? (fi ma‘rifati al-Abaalisah wa kaifa saaruu
syayaatiin)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Iblis manakala
diciptakan, melihat kepada penciptaan mukmin, dia tidak mengetahui
bahawa mereka adalah mukminin, maka dia telah mendapati mereka
mempunyai badan-badan yang tegap. Lalu dia telah berkata kepada
dirinya: Aku adalah lebih baik daripadanya dan daripada mereka semua
(ana khairun min-hu wa min haaulaa’).
Manakala dia bertukar daripada penciptaan yang gelap (al-Khalqah
al-Zulmaniyyah) kepada penciptaan di dalam bentuk yang kabur, dia
mengingkarinya. Dia berkata: Bagaimana ini [berlaku] sedangkan aku
adalah lebih baik daripada mereka yang diciptakan di dalam bentuk
badan-badan.
Sesungguhnya aku boleh mengalir di dalam badan-badan mereka
sedangkan mereka tidak boleh mengalir padaku. Semenjak itu dia dan
zuriatnya memasuki badan-badan yang tidak mempunyai roh. Maka
Iblis yang dilaknati berkata: Kami adalah lebih baik daripada mereka.
Kami boleh menguasai mereka sedangkan mereka tidak boleh
menguasai kami. Kami boleh memasuki badan-badan mereka
sedangkan mereka tidak boleh memasuki badan-badan kami.
Sebagaimana mereka dilengkapi dengan cahaya dan kami dilengkapi
dengan kegelapan.
Semenjak itu Iblis mempercayai bahawa dia dan zuriatnya adalah
musuh mukminin. Dan dia pada masa itu belum dinamakan Iblis. (wa
lam yakun yauma’idhin yusammaa Iblis)37.
Maulana al-Sadiq a.s telah berkata: Tidak ada langit yang bermacammacam
dan tidak ada kadar bayang-bayang, tidak ada bentuk yang
kabur dan roh [pada masa itu]. Manakakala Iblis dan zuriatnya
mempercayai bahawa mukminin adalah musuh mereka, maka Allah
mengutus Muhammad s.a.w kepada para nabi dan mukminin sebagai
37 Namanya Dhamman kerana dia mencela Allah ketika dia tidak mahu sujud
kepada Adam.
al-Haft al-Syarif
27
cahaya-cahaya. Dan Dia telah menempatkan mereka pada langit dunia.
Kemudian Dia telah memperkuatkan mereka dengan Muhammad s.a.w
untuk menunjukkan mereka dan mengajar mereka.
Allah telah berfirman: Wahai Muhammad, turunlah kepada mereka
(inzil ilai-him), kemudian berilah peringatan kepada mereka tentang Iblis
dan zuriatnya kerana mereka telah menyembunyikan permusuhan
kepada mukminin. Beritahulah kepada mukminin supaya tidak
memberitahu kepada Iblis tentang penciptaan mereka dan perintahlah
mereka supaya menyembunyikannya (al-Kitmaan).
Dan dari sinilah kamu diperintahkan supaya melakukan al-Kitmaan
sebagai ujian ketaatan dan kemaksiatan. Kerana Taqiyyah adalah
agamaku, agama bapa-bapaku dan agama moyang-moyangku dan
sesiapa yang tiada taqiyyah padanya, maka tiada agama baginya (al-
Taqiyyah diinii wa diinii aabaa’i wa ajdaadi).
Allah telah berfirman kepada mukminin untuk mendidik mereka:
Sesungguhnya Aku akan menciptakan musuh untuk kamu dan
sesungguhnya dia dan zuriatnya akan menderhakaiKu dan Aku akan
mengazab mereka di dunia dan di Akhirat. Adapun di dunia adalah
dalam bentuk perubahan rupa (al-Masukhiyyah)38 dan di Akhirat pula
adalah neraka.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan sesungguhnya
Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia)
sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka
kembali (ke pada jalan yang benar)”39 Allah telah berfirman kepada
mukminin: Sesungguhnya Aku bukanlah zalim, Aku tidak menzalimi
seorangpun daripada makhluk-Ku dan Aku tidak akan mengazab
seseorang melainkan dengan dosanya.
“Sesungguhnya Aku akan mengambil perjanjian ke atas mereka
bahawa Aku telah menciptakan mereka, memberi rezeki kepada mereka
dan menghidupkan mereka dengan kekuasaan-Ku”. Sesungguhnya
kuasa ini adalah kuasa-Nya yang diberikan kepada mereka. Dengan ini
terlaksanalah perjanjian sebagaimana firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika
Kami mengambil perjanjian dari para nabi dan dari kamu, dari Nuh,
Ibrahim, Musa dan Isa putera Maryam dan Kami telah mengambil dari
mereka perjanjian yang teguh. Agar Dia menanyakan kepada orang-orang
yang benar tentang kebenaran dan Dia menyediakan bagi orang-orang
kafir siksa yang pedih ”40
Al-Sadiq a.s telah berkata: Al-Kitmaan (menyembunyi sesuatu) telah
dimasukkan di dalam perjanjian yang diambil ke atas para nabi dan
para wasi. Maka beliau a.s telah berkata: Sembunyilah perkara itu
38 Untuk mengetahui jenis perubahan rupa manusia, lihat Syeikh Mufid, al-
Ikhtisas, hlm 154-155
39 Surah al-Sajdah ( 32): 21
40 Surah al-Ahzab (33): 7-8
al-Haft al-Syarif
28
kerana Dia telah mengetahui apa yang ada pada hati musuh. Maka aku
telah berkata: Wahai Maulaaya, bagaimana Dia telah mengadakan
upacara sumpah?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Para nabi telah bersumpah dengan Allah,
begitu juga para wasi dan mukminun telah bersumpah dengan Allah
Yang Maha Besar. Dan sumpah mereka di dalam perjanjian itu
berdasarkan makrifat, al-Azillah, Al-Isybaah dan al-Abdaan 41selepas
sumpah perjanjian yang besar sebagaimana firman-Nya: “Dan Kami telah
mengambil dari mereka perjanjian yang teguh”42 Segala puji bagi Allah
Tuhan alam semesta. Wa s-Salam.
BAB 8
☼Makrifat tentang bagaimana apabila Kami mendatangkan
seseorang saksi dari setiap umat dan Kami mendatangkan kamu
sebagai saksi ke atas mereka itu (Fi ma‘rifati idha ji’naa min kulli
ummatin bi-syahiid wa ji’naa bi-ka ‘alaa haulaa’ syahiidan)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Kemudian Allah telah
mengumpulkan roh-roh para nabi, para wasi dan mukminun semuanya,
lalu Dia menulis roh-roh mereka di dalam kitab yang disaksikan oleh
Muhammad s.a.w. Pada hari itu, tiada seorang saksi selain Muhammad
s.a.w. Dia telah menulis[nya] pada loh daripada cahaya dan menutupnya
lalu disimpannya di ‘Arasy. Kemudian al-Sadiq a.s membaca firman-Nya:
“Maka bagaimanakah apabila kami mendatangkan seseorang saksi dari
tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu sebagai saksi ke atas
mereka itu”43
Adakah anda mengetahui bagaimanakah ia diturunkan? Aku telah
berkata: Tidak. Beliau a.s telah berkata: Ia telah diturunkan kepada
Adam dan maksudnya kepada anak-anaknya dan setiap rasul. Dan
Kami telah mendatangkan kamu, wahai Muhammad, ke atas mereka
sebagai saksi iaitu anak Adam. Kemudian beliau a.s membaca firman-
Nya: “Dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah.
Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada
Allah dan hari Akhirat”44
Bayang-bayang, bentuk-bentuk kabur dan roh-roh. Aku telah
berkata: Wahai Maulaaya, sesungguhnya ahli Kufah membacanya
menyalahi apa yang anda membacanya dan mereka menyangka bahawa
penyaksian ini adalah tentang wanita dan talak. Maka beliau a.s telah
41 Sumpah kepada perjanjian di semua peringkat.
42 Ibid
43 Surah al-Nisaa’ (4): 41
44 Surah al-Talaaq (65): 2
al-Haft al-Syarif
29
berkata: Celaka mereka! Mereka jahil tentang ayat kerana mereka telah
meletakkannya bukan pada tempatnya.
Mereka mencintai lelaki dan wanita daripada Allah Yang Maha
Tinggi lagi Maha Besar. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, bagaimana
pula dengan ayat tentang urusan wanita dan talak? Beliau a.s telah
berkata: Firman-Nya “Yang demikian itu, lebih adil dan lebih menguatkan
syahadah” 45“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang
menyembunyikan syahadah dari Allah?”46
“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah. Dan sesiapa
yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang
berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”47
Salam ke atas para rasul dan segala pujian adalah untuk Allah Tuhan
sekalian alam. Wa s-Salam.
BAB 9
☼Makrifat tentang penyaksian pada batin dan melakukan
penyaksian di sisi mukminin (fi ma‘rifati al-Syahadati fi al-Baatin
wa ‘aqd al-Syahaadah ‘inda al-Mu’minin)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya
al-Sadiq a.s: Apakah pendapat anda tentang seorang naasibi 48 yang
berkahwin dengan wanita mukminah? Beliau a.s telah berkata: Apabila
terserlah baginya penentangan suaminya terhadap Ahlu l-Bait a.s, maka
hendaklah dia menderhakainya dan berkata kepadanya: Cerailah aku,
kemudian dia meminta aku menjadi saksi, maka aku menjadi saksi
kepadanya.
Aku telah berkata: Adakah boleh aku menjadi saksi kepadanya?
Maka beliau a.s telah berkata: Tidak ada jagaan (‘ismah) bagi kafir
terhadap mukmin. Aku telah berkata: Bagaiman aku memberi
penyaksian [kepadanya] sedangkan Allah berfirman: “Melainkan orang
yang mengetahui yang hak dan mereka yang mengetahuinya”49 Dan aku
tidak mengetahui tentangnya.
45 Surah al-Baqarah (2): 282
46 Surah al-Baqarah (2): 140
47 Surah al-Baqarah (2): 283
48 Abu Abdillah a.s telah berkata: Naasibi bukanlah orang yang menentang kami
Ahlu l-Bait kerana anda tidak mendapati seorang yang berkata: Aku membenci
Muhamamd dan keluarganya, tetapi naasibi adalah orang yang menentang
kamu sedangkan dia mengetahui bahawa kamu mewalikan kami dan kamu
membebaskan diri kamu daripada musuh-musuh kami. Al-Saduq, Ma‘aani al-
Akhbaar, bab “Ma’na al-Naasibi” hlm. 365
49 Surah al-Zukhruf (43): 6
al-Haft al-Syarif
30
Beliau a.s telah berkata: Ya, anda mengetahuinya, tidakkah anda
mengetahui bahawa Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) di atas
kamu supaya mukmin memberi penyaksian kepada sudaranya yang
mukmin sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin
itu adalah bersaudara”50
Jika ‘iffah dan amanah adalah perkara yang wajib dilaksanakannya
pada setiap penyaksiannya, maka penyaksian mukmin kepada
saudaranya yang mukmin tentang keimanan itu adalah lebih besar
daripada semuanya. Ia merupakan hak yang wajib daripada saudara
mukmin terhadap saudara mukminnya. Lantaran itu, Allah telah
menceritakan kepada mukminin ketika Dia mendidik mereka di alam al-
Azillah semua perkara yang akan dilakukan oleh musuh-musuh mereka
di dunia terhadap mereka.
Justeru Dia telah memerintahkan mereka supaya memberi
penyaksian sesama mereka, demi kejayaan mereka daripada musuhmusuh
mereka dan kepentingan mereka dalam kehidupan. Ia adalah
hak yang wajib ke atas mereka untuk melakukannya. Oleh itu, manakah
hak yang lebih besar daripada hak ini yang memisahkan di antara
seorang lelaki naasibi dan mukminah. Lantaran itu, anda hendaklah
memahaminya. Wa s-Salam.
BAB 10
☼Makrifat tentang keserupaan manusia dengan binatang dan
keserupaan binatang dengan manusia secara perubahan rupa dan
bagaimana ia berlaku (fi ma‘rifati asybaahi al-Naasi fi al-Bahaa’im
wa al-Bahaa’im fi al-Naasi bi al-Masukhiyyati wa min ayyi syai’n
dhalika)☼
Aku telah berkata: Daripada apakah Iblis dan zuriatnya diciptakan?
Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah menciptakan Iblis dan
zuriatnya daripada api. Aku telah berkata: Daripada apakah Adam dan
zuriatnya diciptakan? Beliau a.s telah berkata: Mereka diciptakan
daripada cahaya (al-Nuur), bayang-bayang (al-Azillah), bentuk-bentuk
yang kabur (al-Isybaah) dan roh-roh (al-Arwaah). Dan diciptakan badanbadan
mereka daripada tanah (al-Tiin).
Apabila Allah mengambil perjanjian ke atas Adam dan anakanaknya,
maka Allah telah berfirman kepada para nabi dan para wasi
serta [malaikat] yang terdekat dengan-Nya: Sesungguhnya Aku akan
berselindung di balik tabir-tabir manusia (inni sa-ahtajibu bi-hujubi
adamiyyah). Justeru apabila aku menyeru kamu untuk sujud kepada
50 Surah al-Hujuraat (49): 10
al-Haft al-Syarif
31
Adam, maka jadilah beliau kiblat kamu kerana Aku telah menjadikan
Adam kiblat-Ku (ja‘al-tu Adam qiblatii). Aku akan memerintahkan Iblis
dan zuriatnya supaya sujud kepadanya, tetapi dia dan zuriatnya angkuh
dan menderhakai[Ku], lalu balasan azab-Ku akan menimpa mereka.
Sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, Aku
tidak akan menzalimi seorangpun dan Aku tidak akan mengazab-nya
melainkan dengan hujjah. Beliau a.s telah berkata: Kemudian Allah telah
menyeru para malaikat, para nabi, para siddiiqiin, para wali, mereka
yang terpilih dan mukminin supaya sujud kepada Adam, maka mereka
semua telah sujud kepadanya. Justeru Adam telah menjadi kiblat
mereka (fa-saara Adam qiblata-hum).
Dia telah menyeru Iblis dan zuriatnya supaya sujud kepadanya,
tetapi dia enggan, maka Dia telah berfirman: “Apakah yang menghalang
kamu sujud kepada yang Ku telah ciptakan dengan kedua tangan-Ku.
Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk
orang-orang yang lebih tinggi”51 Iblis menjawab: “Aku lebih baik
daripadanya: Engkau telah menciptakan aku daripada api sedangkan dia
Engkau menciptakannya daripada tanah”52
Api memakan tanah dan ia adalah lebih kuat daripada tanah. Api
menyerupai cahaya dan al-Tiin (tanah) menyerupai turab (jenis tanah).
Abu Abdillah a.s telah berkata: Dia telah menciptakan api daripada
maksiat Iblis dan Dia telah menciptakan al-Masukhiyyah daripada
maksiat zuriatnya. Maka Iblis telah melihat kepada masukhiyyah sambil
berkata: Apakah ini? Dia berfirman: “Ini adalah susunan anda (tarkibuka)
dan susunan zuriat anda dalam bentuk yang disembelih (al-
Mazbuuh), ditunggangi (al-Markuub), dimakan (al-Ma’kuul) dan diminum
(al-Masyruub), malah daripada semua jenis-jenisnya”.
Kemudian Allah memakaikan iblis dan zuriatnya badan-badan
sebagaimana Dia memakaikan Adam dan zuriatnya [badan-badan]. Dan
dari sanalah keserupaan mereka dalam rupa berlaku ketika mereka
memakai badan-badan (manusia)53. Beliau a.s telah berkata:
Kemungkinan seorang lelaki berjumpa dengan anda dalam bentuk
badan [manusia] sedangkan anda menyangka dia adalah manusia (innahu
adamiyyun).
Pada hakikatnya dia adalah seekor kera atau seekor babi atau
seekor anjing atau seekor binatang yang berkaki empat, lantas manusia
menjadi keliru. Lantaran itu, seorang mukmin tidak dapat dikenali dari
seorang kafir dalam bentuk badan.
Iaitu ketika mereka dalam bentuk badan-badan. Apabila berlaku
sedemikian, maka Bani Adam (manusia) tidak mengetahui bahawa
mereka itu adalah daripada zuriat Iblis. Malah mereka menyangka
51 Surah al-Saad (38): 75
52 Surah al-A ‘raaf (7): 12
53 Iblis dan zuriatnya menyerupai manusia pada masa tertentu.
al-Haft al-Syarif
32
bahawa mereka adalah seperti mereka juga. Lalu mereka mulai
menceritakan kepada mereka (Iblis dan zuriatnya) bagaimana Dia telah
menciptakan Adam dan zuriatnya dan bagaimana Dia telah
menciptakan perkara-perkara yang lain seperti langit, bumi, syurga dan
neraka.
Manakala para malaikat telah sujud kepada Adam, maka Iblis telah
mengetahui pada ketika itu bahawa dia dan zuriatnya diletakkan dalam
masukhiyyah. Lantas dia melahirkan perasaan hasad kepada Adam dan
zuriatnya yang dikurniakan syurga dengan kelebihan mereka. Kemudian
dia dan zuriatnya memusuhi mukminin.
Maka Iblis telah melahirkan sujud kepada semua perkara; batubatu,
berhala-berhala, matahari dan bulan, dia mahu jika Allah
berselindung pada perkara-perkara tersebut. Justeru dia sujud kepada
semua perkara selain daripada Allah. Wa s-Salam.
BAB 11
☼Makrifat tentang sebab-sebab campuran di antara mukmin dan
kafir serta berapa kali mereka berulang (fi ma‘rifati ‘ilali al-Mizaaj
baina al-Mu’min wa al-Kaafir wa kam yukirruun)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah tidak memberi taufik kepada
Iblis dan zuriatnya untuk sujud kepadaNya dalam keadaan Dia
berselindung di hijab Adam (huwa muhtajibun bi-Adam) kerana Iblis dan
zuriatnya diciptakan daripada kegelapan (al-Zulmah) dan kesalahan (al-
Khati’ah). Maka Dia telah menciptakan “hawa nafsu” daripada hawa
nafsu mereka, kegelapan mereka dan penderhakaan mereka.
Dia telah menciptakan bumi kerana kekufuran dan permusuhan
mereka. Kemudian mereka telah bercampur-aduk (al-Mizaaj) ketika
mereka berbentuk badan (tarakkabuu bi-al-Abdaan). Mereka telah
bercampur melalui perkahwinan dan penyerupaan badan, lalu mereka
melahirkan anak. Justeru kafir melahirkan mukmin dan mukmin pula
melahirkan kafir. Kemudian Abu Abdillah a.s membaca firman-Nya:
“Dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan
mengeluarkan yang mati dari yang hidup?”54 Dan setiap orang yang
keluar daripada salbi yang diciptakan daripadanya, berulang sebanyak
tujuh pusingan (karraat) pada tujuh badan.
Mukmin disalin satu salinan (yunsakhu naskhan) sementara kafir
diubah bentuknya (yumsakhu maskhan) di dalam beberapa jenis rupa.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan di antara kamu ada
54 Surah Yunus (10) : 31
al-Haft al-Syarif
33
yang diwafatkan dan di antara kamu ada yang dipanjangkan umurnya”55
Dan firman-Nya “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat
yang serendah-rendahnya”56
Iaitu di dalam pusingan yang tidak ada kesudahannya melainkan
mereka yang beriman dan beramal soleh kerana mereka tidak akan
ditukarkan bentuk mereka. Sesungguhnya mereka yang akan
ditukarkan bentuk mereka adalah Iblis dan zuriatnya yang diciptan
daripada kegelapan dan kesalahan. Wa s-Salam.
BAB 12
☼Makrifat tentang mukmin yang diuji, bagaimana dia dikembalikan
kepada perubahan rupa dan disusun padanya (fi ma‘rifati al-Mu’min
wa kaifa yuraddu fi al-Masukhiyyah wa yurkabu fi-ha)☼
Aku telah berkata: Apakah darjat yang pertama di antara darjatdarjat
mukmin yang diuji (al-Mumtahan), dibersih dan disusun (yurkabu
fi-ha) padanya?
Beliau a.s telah berkata: Darjat yang pertama adalah sebagaimana
difirmankan oleh Allah: “Mereka itulah orang-orang yang diuji hati
mereka oleh Allah untuk bertakwa”57 Aku telah berkata: Wahai
Maulaaya, berapakah bilangan ketua? Beliau a.s telah berkata:
Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Maka mereka pernah menjelajah
di beberapa negeri. Adakah mereka mendapat tempat lari?”58 dari
mengenali Allah dan tidak dapat lari dari mengenali Allah melainkan
anda melihat bagaimana Dia telah memperkuatkannya di dalam firman-
Nya: “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang
menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya”59 Aku
telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah makna “Sedang dia
menyaksikannya”?
Beliau a.s telah berkata: Iaitu penyaksian Allah pada alam Azillah
ketika Dia mengambil perjanjian daripada mereka. Aku telah berkata:
Berapakah bilangan ketua (al-Nuqabaa’)? Beliau a.s telah berkata: Dua
belas ketua. Aku telah berkata: Adakah mereka akan meningkat kepada
darjat yang lain pula?60 Beliau a.s telah berkata: Tiada darjat lagi
55 Surah al-Hajj (22): 5
56 Surah al-Tiin (95): 4-5
57 Surah al-Hujuraat (49): 3
58 Surah al-Qaaf (50: 36
59 Surah al-Qaaf (50): 37
60 Darjat yang lebih tinggi
al-Haft al-Syarif
34
selepasnya. Kemudian beliau membaca firman-Nya: “Sesungguhnya ia
adalah seorang yang dipilih dan seorang rasul dan nabi”61
Dia telah memulakan dengan ikhlas sebelum kerasulan, dia
menyuruh keluarganya dengan sembahyang dan zakat. Aku telah
berkata: Wahai Maulaaya, tidakkah keluarganya daripada orang yang
melakukan sembahyang? Beliau a.s telah berkata: Wahai dukacitanya
anda, adakah anda mengerti apakah makna firman-Nya: “Dia menyuruh
keluarganya untuk bersembahyang”62? Aku telah berkata: Iaitu
keluarganya yang mukminin di kalangan Syiahnya.
Mereka menyembunyikan iman mereka, iaitu darjat yang tinggi,
[mengandungi] makrifat, ikrar dengan tauhid bahawa ia adalah yang
tinggi dan paling tinggi. Adapun makna: “Dia menyuruh keluarganya
untuk bersembahyang (solat) dan menunaikan zakat”63 Maka
“sembahyang” (solat) adalah Amir al-Mukminin dan zakat itu adalah
makrifatnya. Adapun Iqamati al-Sallah (menunaikan solat) maka ia
adalah makrifat kami dan iqamah kami. Iaitu sebagaimana firman-Nya:
“Sesungguhnya Dia menentukan rahmat-Nya kepada siapa yang Dia
kehendakii”.64
Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Dia Tuhanmu menciptakan
apa yang Dia kehendaki dan memilihnya”65 Iaitu Amir al-Mukminin Ali
a.s. Firman-Nya: “Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka” 66 Iaitu
Muhammad s.a.w dan Allah lebih mengetahui keadaannya. Wa s-Salam.
BAB 13
☼Makrifat tentang kebersihan jiwa, pilihan dan amalan-amalan zahir
yang dilucutkan67 daripada mukmin apabila dia meningkat kepada
kedudukan ini (fi ma‘rifati al-Safaa’ wa al-Istifaa’ wa ma yusqatu
‘an al-Mu’min min al-A‘maal al-Zaahirah idha irtaqaa ilaa hadhihi
al-Manzilati)☼
Aku telah berkata kepada Sayyidii: Anda telah menjelaskan
kepadaku pengertian kebersihan jiwa (al-Safaa’) dan aku telah
mengetahuinya, tetapi apakah pula pengertian pilihan (al-Istifaa’)?
Beliau a.s telah berkata: Pilihan (al-Istifaa’) adalah melebihi darjat para
nabi sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya Allah telah memilih
61 Surah Maryam (19): 51
62 Surah Maryam (19): 55
63 Ibid
64 Surah al-Baqarah (2): 105
65 Surah al-Qasas (28): 68
66 Ibid
67 Dijatuhkan
al-Haft al-Syarif
35
(istafaa) Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi
segala umat (dimasa mereka masing-masing), iaitu satu zuriat yang
sebahagiannya dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui”68 Maka kamilah zuriat. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
apabila seorang daripada mereka mencapai darjat ini adakah ia
meningkat kepada darjat yang lain?
Beliau a.s telah berkata: Ya, ia akan meningkat kepada darjat hijab
yang kami telah menyebutnya. Kemudian beliau a.s membaca firman-
Nya: “Dan tidak mungkin bagi seorang manusiapun bahawa Allah
berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di
belakang tabir”69 Dan beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan Kami telah
meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa
darjat”70 Aku telah berkata: Adakah wajib di atas kami mengetahui
darjat-darjat ini? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, sesiapa yang
mengetahui kebatinan ini, maka amalan zahir [nya] dilucutkan
daripadanya.
Selama dia tidak mengetahui darjat-darjat ini dan tidak
mencapainya melalui makrifatnya, [maka amalan zahirnya wajib
dilakukan olehnya]. Apabila dia mencapainya dan mengetahuinya
sedikit demi sedikit, darjat demi darjat, maka dia pada masa itu adalah
bebas dan sifat kehambaan (al-‘Ubudiyyah) dilucutkan daripanya71. Dan
dia terkeluar dari batas pemilikan (al-Mamlukiyyah) kepada batas
kebebasan dengan kemahuannya dan makrifatnya. Aku telah berkata:
Wahai Maulaaya, adakah itu terdapat di dalam Kitab Allah? Beliau a.s
telah berkata: Ya, tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Dan
bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu”72
Maka apabila seorang itu mengetahui Tuhannya, maka berakhirlah
apa yang dituntutnya dan tidak ada sesuatu yang lebih menyampaikan
kepada Allah daripada [mengetahui] keesaan-Nya dan makrifat-Nya.
Sesungguhnya diletakkan ikatan dan belenggu kepada mereka yang
mengabaikanNya. Adapun mereka yang telah mencapai dan mengetahui
darjat-darjat yang aku telah memberitahu kepada anda, maka dia
adalah merdeka daripada kehambaan, lalu diangkat daripadanya
belenggu dan ikatan serta amalan zahir.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Tidak ada dosa bagi
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh kerana
memakan makanan yang mereka telah makan dahulu, apabila mereka
bertakwa dan beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh,
kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka
68 Surah Ali ‘Imraan (3): 33-34
69 Surah al-Syuura (42): 51
70 Surah al-Zukhruf (43): 32
71 Pada zahir sahaja dan bukan pada batin
72 Surah al-Najm (53): 42
al-Haft al-Syarif
36
bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang
berbuat kebajikan”73 Dan Maulaaya telah membaca firman-Nya: “Dan
tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk
didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu”74 Aku telah berkata:
Apakah yang anda maksudkan, wahai Maulaaya? Beliau a.s telah
berkata: Peningkatan pada makrifat dan ketinggian pada darjat-darjat.
Wa s-Salam.
BAB 14
☼Makrifat tentang apa yang wajib bagi mukmin yang telah mencapai
dan tamat hakikat makrifatnya ke atas saudaranya yang mukmin
yang belum mencapai dan belum tamat hakikat makrifat (fi
ma‘rifati ma yajibu li l-mu’min al-Ladhi qad balagha wa intahaa
‘ala akhii-hi al-Mu’min al-Ladhi lam yablugh wa lam yantahi ilaa
haqiqati al-Ma‘rifati)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman Allah: “Maka apabila
kamu memasuki rumah-rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada
penghuninya, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat
lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat(Nya) bagimu, agar
kamu memahaminya”75 Maka beliau a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, apakah pendapat ahli Kufah tentang ayat ini? Aku telah
berkata: Mereka berpendapat bahawa ia adalah salam yang diucapkan
oleh lelaki apabila dia memasuki rumahnya. Beliau a.s telah berkata:
Alangkah jahilnya mereka dan alangkah jahilnya hati mereka. Aku telah
berkata: Apakah maknanya?
Beliau a.s telah berkata: Ini adalah tentang Syiah kita dan pada
setiap mukmin yang telah mencapai darjat sahabatnya, maka
sahabatnya yang belum mencapai darjat tertentu supaya menyerahkan
urusannya kepadanya dan wajib ke atasnya mentaati dirinya sehingga
dia meningkatkan tahap amalannya yang bersifat malakuti76, justeru dia
akan menjadi sepertinya di dalam darjat keimanan dan makrifat. Pada
masa itu dia tidak wajib mentaati sesiapapun, malah wajib baginya
mentaati semua saudara-saudaranya77 selain daripadanya sehingga dia
mencapai darjat tertentu (al-bab).
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah itu darjat al-bab? Al-
Sadiq a.s telah berkata: Darjat al-Bab adalah apabila imam mahu
73 Surah al-Maaidah (5): 93
74 Surah al-Nuur (24); 29
75 Surah al-Nuur (24): 61
76 Langit
77 Yang sudah mencapai darjat itu.
al-Haft al-Syarif
37
mengetahui [sesuatu] menurut kehendakinya, tidak ada sesuatu yang
menghalangnya daripadanya. Tidak ada gunung yang tinggi, tidak ada
lautan yang dalam, tidak ada dinding yang meliputinya melainkan dua
matanya dapat melihat kepada apa yang dikehendakinya pada bila-bila
masa. Aku telah berkata: Apakah darjat keimanan?
Beliau a.s telah berkata: Darjat yang paling rendah adalah apabila
Allah tidak menghalang sesuatu daripadanya, sama ada bumi, langit,
bukit, daratan dan lautan tidak menghalang penglihatannya dan dia
tidak jahil tentang urusan Allah a.w. Kerana kejahilan adalah
kekurangan dan tidak ada kekurangan pada seorang imam. Kejahilan
itu adalah kesesatan dan tidak ada kesesatan pada seorang imam.
Sesungguhnya di sisinya hidayah. Justeru ketahuilah asas-asas ini dan
darjat-darjat ini, kerana ia akan meningkatkan [darjat] mukmin, wa s-
Salam.
BAB 15
☼Makrifat tentang pembalikan darjat kafir sedikit demi sedikit iaitu
pembalikannya dalam kekafiran sebagaimana berakhirnya mukmin
dalam keimanan, maka dia akan menjadi Iblis (fi ma‘rifati nuksi al-
Kafir darajatan ba‘da darajatin ya‘ni yankusu fi al-Kufri kama
intaha al-Mu’min fi al-Imaan fa-yasiiru Iblis min al-Abaalisah)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Sayyidii:
Bagaimana kafir meningkat dalam kekafiran sehingga dia menjadi zalim
berhati syaitan? Beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, setiap
kafir mempunyai tujuh badan berbentuk manusia (abdaan adamiyyah)
disusun dalam bentuk tersebut (yurkabu fi-ha) dan diazab. Darjat kafir
yang pertama diuji dengan kekafiran[nya], lantas hatinya mendorong
untuk melakukan amalan-amalan jahat sebagaimana hati mukmin
mendorong untuk melakukan amalan-amalan baik.
Apabila kafir mencapai darjat ini, maka dia menjadi ketua dalan
kezaliman. Dia menjadi seorang yang ikhlas dalam dosa, pembohongan,
kejahatan dan menjauhi kebaikan. Kemudian dia menjadi sebagai
tempat berlindung kepada mereka yang zalim. Kemudian dia menjadi
pintu [kejahatan). Apabila dia meningkat dalam kekafirannya, maka dia
meletakkan setiap dosa dengan pendapatnya 78dan menyeru manusia
kepadanya. Jalan kafir ini di dalam kejahatan sepertilah jalan mukmin
di dalam kebaikan. Apabila mukmin meningkat satu tahap kepada
kebaikan, maka kafir juga meningkat satu tahap kepada kemaksiatan
sehingga dia berakhir di dalam kekafiran.
78 Dia mempunyai tafsirannya yang tersendiri.
al-Haft al-Syarif
38
Ketika itu dia memusuhi Allah a.w, memusuhi para wali-Nya dan
menjadi salah satu pintu kekafiran. Apabila dia mencapai tahap ini,
maka dia berakhir dengan menjadi iblis yang dilaknati. Maka pada masa
itu dia akan disusun dengan rupa yang lain (masukhiyyah) kerana dosadosa
yang dilakukannya, [dia hidup] dalam keadaan dukacita dan
kepenatan. Sesungguhnya perlakuan sedemikian adalah untuk
pembersihan dirinya sehingga mukmin mengetahui imannya dengan
sempurna dan kafir mengetahui kekafirannya dengan sempurna. Segala
puji bagi Allah, Tuhan alam semesta. Wa s-Salam.
BAB 16
☼Makrifat tentang percampuran mukmin dengan kafir dan
bagaimana mereka bercampur? (fi ma‘rifati imtizaaj al-Mu’min bial-
Kafir wa kaifa ikhtalataa?)☼
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah anda akan
menunjukkan kepadaku tentang percampuran mukmin dengan kafir
dan bagaimanakah mereka bercampur? Al-Sadiq a.s telah berkata:
Alangkah dukacitanya anda, sesungguhnya Allah telah menciptakan
bumi daripada keredaan mukminin dan daripada amalan mereka yang
kafir. Justeru Dia telah menjadikan bumi baik dan buruk.
Apa yang baik adalah daripada bauan mukmin, makrifatnya
tentang Tuhannya, ikrarnya dengan keesaan Maulanya, para wali-Nya
dan memusuhi musuh-musuh-Nya. Apa yang buruk adalah daripada
bauan amalan kafir, kejahilannya tentang Tuhannya, keingkarannya
terhadap keesaan-Nya. Permusuhannya terhadap para wali-Nya,
kepatuhannya kepada musuh-musuh Allah. a.w dan keikhlasannya di
dalam kekafiran. Percampuran sebahagian mereka dengan sebahagian
yang lain kerana keserupaan ketika mereka memakai badan-badan di
dalam masukhiyyah sedangkan manusia tidak mengetahuinya.
Kemungkinan seekor anjing telah makan bersama anda sedangkan
anda menyangkanya seorang manusia. Manakala mereka telah
bercampur, makan dan minum bersama, maka berlakulah percampuran
dan perkahwinan. Manakala makan dan minum telah berlaku di
kalangan mereka, maka berlakulah kelahiran (al-Wiladah) berdasarkan
percampuran mereka pada zahir. Adapun pada batinnya, maka baginya
keaadaan yang aneh. Begitulah juga pada alam Azillah [berlaku]
percampuran lautan yang masin dan lautan yang manis. Wa s-Salam.
al-Haft al-Syarif
39
BAB 17
☼Makrifat tentang Iblis dan kenapa ia dinamakan iblis, syaitan,
mukmin dan kafir, kenapa mereka dinamakan dengan nama-nama
ini? (fi ma‘rifati Iblis wa li-madha summiya Iblis wa al-Syaitan wa
al-Mu’min wa al-Kaafir, li-maadhaa tasammuu bi-hadha al-
Asmaa’)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Sayyidii, kenapakah Iblis dinamakan
Iblis? Beliau a.s telah berkata: Kerana dia telah berputus asa daripada
rahmat Allah (ablasa wa yaisa). Berdukacita daripada rahmat-Nya,
terlupa tentang makrifat Allah, jahil tentang keesaan-Nya. Makna Iblis
itu sendiri adalah kejahilan dan baginya nama sebelum itu. Aku telah
berkata: Apakah namanya? Beliau a.s telah berkata: Namanya adalah
“Dhamman” kerana dia telah mencela Allah ketika dia tidak bersetuju
untuk sujud79.
Allah telah menghinanya dan menamakannya “Dhamman”, maka
dia adalah Adiiman (tercela). Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
kenapakah Adam dinamakan Adam? Al-Sadiq a.s telah berkata: Kerana
dia sentiasa di dalam makrifat Allah a.w sama ada di alam Azillah,
Asybaah, Arwaah dan Abdaan tanpa sebarang perubahan. Maka Allah
menamakannya Adam iaitu yang berterusan (mudaawim), yang terpuji
(mahmuud) dan yang bersetuju (muwaafiq). Aku telah berkata: Wahai
Maulaaya, kenapakah mukmin dinamakan mukmin?
Beliau a.s telah berkata: Kerana Allah telah menyelamatkannya dari
perubahan rupa (maskh), maka dia beriman kepada Tuhannya. Dan
berpegang kepadaNya. Mengetahui tentang ketuhanan-Nya, keesaan-
Nya tanpa keangkuhan. Mentaati perintah-perintah-Nya dan menjauhi
maksiat-maksiat-Nya. Sesungguhnya Allah telah bersetuju dengannya di
alam Azillah ketika Dia mengambil perjanjian ke atasnya.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, kenapakah kafir itu
dinamakan kafir? Beliau a.s telah berkata: Kerana dia menentang
(kafara) selepas makrifat di dalam Kitab dan tetap di atas kekafirannya
iaitu penentangan dan keingkaran terhadap ayat-ayat-Nya dan para
rasul-Nya. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, bagaimanakah mereka
berdua telah bercampur-aduk?
79 Kepada Adam
al-Haft al-Syarif
40
Al-Sadiq a.s telah berkata: Percampuran di antara anak Adam
(manusia) dan anak Iblis [berlaku] melalui nikah sebagaimana aku telah
memberitahu anda. Apa yang anda telah melihat daripada mukmin
melahirkan kafir, maka begitu juga kafir daripada zuriat Iblis.
Sesungguhnya nikah telah berlaku kerana kesamaran. Begitu juga anda
telah melihat kafir melahirkan mukmin. Lanataran itu, mukmin adalah
daripada anak Adam.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, bagaimana diketahui mukmin
daripada kafir? Al-Sadiq a.s telah berkata: Diketahui mukmin dengan
imannya dan makrifatnya dengan kebenaran daripada kebatilan.
Justeru sesiapa yang cenderung kepada kebenaran, maka dia adalah
daripada keturunan Adam kerana menerima kebenaran. Sesiapa yang
cenderung kepada kebatilan dan mencintainya, maka dia adalah
daripada zuriat Iblis kerana mengingkari kebenaran dan
meninggalkannya.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Ada beberapa alamat yang lain
pada anak Adam dan zuriat Iblis. Aku telah berkata: Apakah itu? Beliau
a.s telah berkata: Iaitu bermusuhan dengan kebenaran dan ahlinya.
Adapun mereka yang memusuhi kebatilan dan ahlinya, maka dia adalah
daripada zuriat Adam. Aku telah berkata: Cukuplah untukku, wahai
Maulaaya, tidak ada penerangan yang lebih jelas daripada ini, maka ia
adalah cukup, wa s-Salam.
BAB 18
☼Makrifat tentang sebab-sebab azab di dalam masukhiyyah (fi
ma‘rifati ‘ilal al-‘Azaab fi al-Masukhiyyah)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Sayyidii telah berkata kepadaku:
Adakah anda mengetahui bagaimanakah azab ketika masukhiyyah? Aku
telah berkata: Tidak, wahai Maulaaya, maka beliau a.s telah berkata:
Sesungguhnya Allah telah menciptakan Iblis pada setiap bumi dan Dia
telah menciptakan api daripada kekafirannya dan kekafiran zuriatnya
selepas [penciptaan] cahaya. Kemudian Dia telah mengumpulkan pada
api ini berbagai-bagai azab dan bermacam-macam bala bagi mengazab
mereka ketika musukhiyyah.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan sesungguhnya
telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan,
tetapi kamu sentiasa dalam keraguan tentang apa yang dibawanya
kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu berkata: Allah tidak akan
mengirim seorang (rasulpun) sesudahnya. Demikianlah Allah
al-Haft al-Syarif
41
menyesatkan orang-orang yang melampau batas dan ragu-ragu”80 Iaitu
dalam kefasikan, penderhakaan dan kezalimannya berulang kembali
(karratan) dalam masukhiyyah.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah firman ini ditujukan
kepada kafir pada zaman Muhammad secara berulang sehingga Dia
telah memberitahu kepada mereka ketika mereka berada di zaman
Yusuf sebelum keterangan-keterangan yang terdahulu, sebelum mereka
datang kembali pada pusingan ini? Beliau a.s telah berkata: Firman
Allah ini dimaksudkan sebagai peringatan yang pertama untuk
memberitahu kepada mereka bahawa Dia telah memberi peringatan
kepada mereka di dalam susunan yang pertama (al-Taraakiib al-Uulaa)
sebelum kitaran ini.
Dan kamu [kini] adalah dalam kitaran badan sebagaimana firman-
Nya: “Telah dekat terjadinya hari Kiamat. Tidak ada yang akan
menyatakan terjadinya hari itu selain Allah”81 Tafsirnya bahawa badanbadan
yang diubah rupanya (masukhiyyah) tidak diketahui selain
daripada Allah yang telah menciptakan mereka. Kemudian Allah
berfirman: “Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini?
Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis? Sedang kamu
melengahkan(nya)? Iaitu mereka lalai tentang berulangnya
masukhiyyah. “Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia)” 82
Kemudian al-Sadiq a.s berkata: Tidak ada jalan bagi mukmin pada
setiap zaman sehingga dia mengetahui Allah, pintu-pintu-Nya (abwaabuhu)
83 dan hijab-hijab-Nya. Sesungguhnya dia telah sempurna pada
makrifatnya dan berada di dalam darjat mereka yang terselamat dan
bersyukur. Sesungguhnya dia telah berehat daripada belenggu dan
ikatan. Demikianlah Iblis dan zuriatnya jahil tentang Allah dan makrifat-
Nya pada setiap zaman.
Dia jahil tentang pintu-pintu-Nya dan hijab-hijab-Nya. Justeru
kekafiran mereka juga telah sempurna dan mereka berhak disusun di
dalam masukhiyyah. Lalu mereka diazab pada setiap pusingan masa
sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat
dan lebih kekal”84 Dan firman-Nya: “Dan sesungguhnya Kami merasakan
kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab
yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan
yang benar)”85 Wa s-Salam.
80 Surah al-Mu’min (40): 34
81 Surah al-Najm (53): 57-58
82 Surah al-Najm (53): 59-62
83 Mereka yang sampai ke darjat yang tinggi di dalam makrifat.
84 Surah Taahaa (20): 127
85 Surah al-Sajdah (32):21
al-Haft al-Syarif
42
BAB 19
☼Makrifat tentang kesempurnaan mukmin dan berakhirnya dengan
keimanan sehingga dia tidak perlu lagi kepada makan dan minum.
Dia naik ke langit dan turun ke bumi(fi ma‘rifati kamaali al-Mu’min
wa intiha’i-hi bi al-Imaan hattaa yaktafi bi-mu’nati-hi min al-Akl
wa al-Syurbi wa-yas‘ud ila al-Samaa’ wa yanzilu ala al-Ardh)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya:
Apakah batas berakhirnya mukmin? Beliau a.s telah berkata: Apabila
mukmin meningkat ke darjat pintu-pintu [makrifat]. Aku telah berkata:
Adakah mukmin meningkat dari satu darjat kepada darjat yang lain
sehingga dia menjadi malaikat, lalu diangkat daripadanya makan dan
minum serta kepentingan kepada perkara-perkara tersebut, dia naik ke
langit dan turun ke bumi? Beliau a.s telah berkata: Ya, apabila Allah
kehendaki. Aku telah berkata: Dalam bentuk malaikat atau dalam
bentuk anak Adam?
Beliau a.s telah berkata: Dalam bentuk yang dikehendakinya.
Sesungguhnya ramai di bumi ini kamu bercakap dengan mereka dan
mereka pula bercakap dengan kamu sedangkan kamu tidak mengenali
mereka. Sesungguhnya Allah telah mengangkat ikatan dan belenggu
dari mereka. Justeru mereka tidak perlu lagi kepada makan dan minum
dan mereka berjalan di bumi dalam bentuk anak Adam (manusia) begitu
sahaja. Sesungguhnya mereka menghadiri majlis-majlis zikir, bercakapcakap
dengan manusia dan mereka (manusia) tidak pula menentang
mereka.
Apabila mereka mahu naik ke langit, mereka naik saja ke langit
atau mereka mahu tinggal di bumi menurut kehendak mereka.
Sesungguhnya seorang lelaki di kalangan mereka dilihat pada hari ini di
timur dan dia dilihat juga di barat. Sesungguhnya Allah telah memberi
kekuasaan kepadanya dalam perkara ini. Lantaran itu, mukminin
meningkat dari satu darjat kepada darjat yang lain, satu kelebihan
kepada kelebihan yang lain sehingga mereka menjadi malaikat di langit
dan turun ke bumi, lalu kembali pula ke langit.
Wahai Mufadhdhal, tidakkah anda telah melihat seorang daripada
mereka? Aku telah berkata: Tidak, maka Muhammad bin al-Walid telah
berkata: Demi Allah, aku telah melihat seorang lelaki dalam bentuk ini.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Bagaimana anda telah melihatnya, wahai
al-Haft al-Syarif
43
Muhamamd? Dia telah berkata: Aku telah duduk di masjid bertasbih
kepada Allah, tiba-tiba seorang lelaki telah masuk dan memberi salam,
lantas aku telah menjawab salamnya.
Aku telah melihat kepadanya, tiba-tiba terserlah kesan musafir
padanya dan bersama-samanya seekor unta betina dan ia
menambatnya. Dia telah memakai pakaian yang buruk, maka kesan
mukanya dan ketenangannya telah mengagumkan aku. Aku telah
berkata kepada diriku sendiri: Ini adalah seorang lelaki yang beribadat
sepenuhnya kepada Allah, lalu dia berkata: Adakah di kalangan kamu
yang menjadikan aku tetamunya pada malam ini? Maka aku telah
kasihan kepadanya, lalu aku telah berkata: Wahai hamba Allah, aku
menerima anda sebagai tetamuku, justeru duduklah.
Manakala aku selesai bersembahyang, aku telah memberi isyarat
kepadanya dan aku telah berdiri, lalu dia telah berdiri bersamaku.
Kami telah berjalan sehingga kami sampai di rumah. Maka aku telah
menyerunya dan aku telah mengemukakan hidangan yang mengandungi
roti dan daging. Maka akupun makan dan dia makan bersamaku
manakala kami makan dan kami minum, ketika aku mahu mengangkat
hidangan, tiba-tiba makanan di dalam keadaan biasa ketika ia
diletakkan di hadapan kami dan dua keping roti masih tidak dijamah,
maka aku telah merasa takut dengan mendalam dan aku telah melihat
kepadanya dengan harapan.
Manakala kami di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba seorang
khadam datang untuk mengangkat hidangan. Manakala dia melihat
kepada makanan, maka dia mendapatinya tidak dijamah, lalu berkata:
Kenapakah kamu tidak makan, maka aku masih hairan, aku tidak
mahu menjawab. Lantas dia terus melihat kepadaku dan berkata:
Kenapakah kamu berdua tidak bercakap? Aku menunduk
penglihatanku ke bumi.
Manakala dia bercakap, aku melihat kepadanya, maka aku
mendapatinya bukan lelaki yang telah keluar bersamaku dari masjid
kerana dia mempunyai misai yang panjang, justeru aku telah menjadi
lebih takut dari sebelumnya. Aku telah berkata kepada diriku: Aku telah
diuji, demi Allah, dia merasai perasaanku itu, lalu dia berkata: Aduhai
dukacitanya anda, mintalah perlindungan daripada Yang Maha Pemurah
dan katalah sebagaimana dikatakan oleh Maryam: “Sesungguhnya aku
berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sekalipun
kamu (bernama) Taqiyyan”86.
86 Perkataan Taqiyyan di dalam al-Qur’an adalah nama seorang lelaki yang
warak pada zamannya dan bukanlah bermakna seorang yang bertakwa seperti
tafsiran umum. Lantaran itu, tidak hairanlah jika Al-Bukhari, Sahih, vi, hlm.
210 menyatakan bahwa (Surah al-Lail (92):3) telah ditambah perkataan “Maa
khalaqa”, Lantaran itu, ayat asalnya “Wa al-Dhakari wa al- Unthaa” tanpa “Maa
khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Dardaa’, kemudian ia dicatat pula
al-Haft al-Syarif
44
Kemudian dia telah berkata: Janganlah anda kagum dengan aku
kerana mukmin apabila dia sampai kepada beberapa darjat dan
berakhir kepadanya [di dalam keadaan] bersih dan ikhlas, maka makan,
minum dan penyakit-penyakit biasa diangkat daripadanya. Dan dia
menjadi malaikat. Manakala dia suka naik ke langit, dia naik ke langit
dan apabila dia suka turun ke bumi, maka dia turun ke bumi.
Manakala dia telah berkata kepadaku perkara ini, wahai Maulaaya,
ketakutan telah hilang daripadaku, maka kegembiraan pula
mendatangiku. Aku bergembira dengan kata-katanya itu. Kemudian aku
telah memberi isyarat kepadanya untuk sujud kepadanya, maka dia
telah berkata: Janganlah anda sujud kepadaku, aku adalah saudara
anda. Maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku
tebusan anda, tidakkah anda lelaki yang telah memasuki masjid dan
anda telah keluar bersamaku ke rumahku?
Maka dia telah berkata kepadaku: Ya, akupun hairan tentang
perubahan rupanya daripada satu rupa kepada rupa yang lain, maka
dia telah berkata: Janganlah hairan, sesungguhnya aku adalah mukmin
seperti anda, tetapi aku sesungguhnya telah sampai ke kemuncaknya.
Maka aku telah berkata kepadanya: Segala puji bagi Allah yang
telah memperkenankan kepadaku untuk melihat anda pada malam ini,
tetapi aku telah mendengar anda membaca, wahai saudaraku, ayat ini:
“Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha
Pemurah, sekalipun kamu (bernama) Taqiyyan”87 Dia telah berkata
kepadaku: Wahai saudaraku, demikianlah ia diturunkan Allah.
Tidakkah anda mengetahui bahawa Maryam telah didatangi oleh Jibrail,
lalu dia menghembuskan padanya roh Allah.
Dia telah mendatanginya dengan rupa seorang lelaki yang bernama
“Taqiyyan” pada masa itu, Dia adalah ahli ibadat pada zamannya?
Manakala Maryam melihat kepadanya, dia berkata: “Sesungguhnya aku
berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sekalipun
kamu (bernama) Taqiyyan”88 Kemudian dia telah berkata kepadaku:
oleh Muslim, Sahih, I, hlm.565, al-Turmudhi, Sahih, v, v, hlm. 191. Al-Suyuti, al-
Itqaan, ii, hlm. 82 meriwayatkan bahawa ‘Aisyah menyatakan (Surah al-
Ahzab33: 56) pada masa Nabi s.a.w adalah lebih panjang, iaitu dibaca “ Wa ‘ala
al-Ladhiina yusalluna al-Sufuuf al-Uwal” selepas “ Inna llaha wa malaikata-hu
yusallaana ‘Ala al-Nabiy” ‘Aisyah berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah
mashaf-mashaf”
87 Surah Maryam (19): 18. Tafsiran umum
88 Surah Maryam (19): 18 Maksud Taqiyyan di dalam ayat itu adalah seorang
lelaki yang paling warak pada zamannya dan bukanlah bermakna” seorang yang
bertakwa. Kemudian Jibrail dengan rupa seorang lelaki yang bernama Taqiyyan
itu berkata: “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu untuk
memberimu seorang anak lelaki yang suci” Surah Maryam (19): 19. Kemungkinan
tujuan utama Jibrail menyamar sebagai seorang lelaki yang bernama Taqiyyan
yang masyhur dengan kewarakannya pada zamannya adalah untuk
al-Haft al-Syarif
45
Maha Suci Allah, alangkah peliknya makhluk yang terbalik ini (al-Khalq
al-Mankuus). Tidakkah anda mengetahui, wahai saudaraku, bahawa
Maryam telah takut, lalu dia minta berjiran dengannya (Taqiyyan). Inilah
alamat kekafiran mereka.
Aku telah berkata kepadanya: Adakah anda mempunyai kedudukan
untuk ucapan selamat tinggal? Maka dia telah berkata kepadaku: Aku
akan meninggalkan anda selepas satu jam malam89. Kemudian dia telah
memberi wasiat kepadaku dan berkata: Berpeganglah kepada dua
perkara: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh bagi meningkatkan
makrifat dan janganlah anda mengabaikan amalan, kerana makrifat
adalah makrifat Tuhan anda iaitu penghujungnya.
Berbuat baiklah kepada saudara-saudara anda daripada para wali
Allah, kerana kejayaan adalah padanya. Janganlah anda berjumpa
dengan salah seorang daripada saudara-saudara anda melainkan
dengan rendah diri sekalipun dia tidak setanding dengan anda dalam
kemuliaan, harta dan anak.
Jika anda melakukan sedemikian, maka Allah akan mencukupi
anda urusan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah adalah untuk
anda, wahai saudaraku, di sebalik setiap keuntungan. Aku memberi
wasiat kepada anda dan diriku, wahai saudaraku, supaya
menyembunyikan rahsia Allah dan batin rahsia-Nya melainkan kepada
saudara-saudara anda yang bersatu dan dekat dengan makrifat Yang
Maha Tinggi. Kemudian dia telah hilang daripadaku.
Maka al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya dia telah datang
kepadaku sebanyak tiga kali pada minggu ini. Dia telah memberi salam
kepadaku sedangkan aku bersama kamu dan kamu tidak mengenali
mereka. Al-Mufadhdhal telah berkata: Maka Maulaaya telah menyebut
lebih daripada dua puluh orang daripada mereka [yang telah datang
kepadanya], wa s-Salam.
BAB 20
☼Makrifat tentang bencana kafir, kesempurnaan dan kesudahannya
dengan kekafiran dan susunan dalam perubahan rupa (fi ma‘rifati
wabaali al-Kafir wa kamaali-hi wa intiha’i-hi bi- al-Kufr wa
tarkiibi-hi fi al-Masukhiyyah)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya kafir akan sempurna
kekafirannya, diubah rupanya dan diazab. Darjatnya akan meningkat ke
darjat yang lain sehingga kekafirannya sempurna dan berakhir padanya.
menjinakkan Maryam, supaya dia tidak takut melihat lelaki yang dikenalinya,
tetapi Maryam menolaknya “Sekalipun kamu (bernama)Taqiyyan”
89 Selepas waktu maghrib
al-Haft al-Syarif
46
Apabila dia berakhir, dia akan disusun dan diazab di dalam
masukhiyyah. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, bagaimana dia
diazab?
Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya perkara pertama yang
disusun (yurkabu) padanya adalah apa yang halal dimakan (al-Ma’kuul),
maka dia diazab di tangan para wali Allah90. Demikian juga pada tangan
musuh-musuh Allah. Tidakkah anda melihat kafir mendekatkan diri
kepada Allah dengan korban dan penyembelihan kambing, lembu dan
unta betina?
Aku telah berkata: Ya, wahai Maulaaya, maka beliau a.s telah
berkata: Ini adalah azab mereka di tangan musuh. Adapun [azab
mereka] di tangan mukminin adalah apa yang disembelih daripada
lembu, kambing untuk dimakan di dalam perayaan-perayaan, korbankorban,
nazar-nazar mereka dan lain-lain. Kemudian beliau a.s
membaca firman-Nya: “Seolah-olah mereka dihalau kepada kematian,
sedang mereka melihat”91
Mereka tidak mengetahui musuh-musuh mereka, mereka tidak
mengetahui para wali dan mereka tidak mampu bercakap pula.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Mereka memusnahkan
rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orangorang
yang beriman”92 Beliau a.s telah berkata: “Maka rumah-rumah
mereka adalah badan-badan mereka iaitu rumah-rumah roh. Kemudian
beliau a.s membaca firman-Nya: “Rasakanlah sentuhan api neraka”93
Inilah makna penyembelihan (al-Dhabhu), pembunuhan (al-Qatl)
dan perubahan rupa (al-Maskhu)94. Firman-Nya: “Dan perintah Kami
hanyalah satu perkataan seperti kejapan mata”95 Iaitu urusan mereka
dengan satu urusan iaitu makrifat Allah, [makrifat] pintu-pintu-Nya dan
hijab-hijab-Nya. Dan firman-Nya: “Seperti kelipan mata”: Mereka tidak
mengetahui kebenaran sedikitpun. Kemudian beliau a.s membaca
firman-Nya: “Dan mereka berteriak di dalamnya: “Ya Tuhan kami,
keluarkanlah kami, nescaya kami akan mengerjakan amal yang soleh
berlainan dengan yang telah kami kerjakan”96
Mereka berkata: Wahai Tuhanku, keluarkanlah kami daripada
badan-badan yang diubah rupanya (al-Abdaan al-masukhiyyah) dan
daripada azab ini ke badan-badan manusia (al-Naasutiyyah) supaya
kami melakukan amalan yang baik. Tidakkah anda mengetahui jika
90 Disembelih oleh para wali Allah untuk ibadat dan makanan mereka.
91 Surah al-Anfaal (8): 6
92 Surah al-Hasyr (59): 2
93 Surah al-Qamar (54): 48
94 Firman Allah Surah al-Maa’idah (5): 60 “Mereka yang dilaknat dan dimurkai
Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan khinzir”
95 Surah al-Qamar (54): 50
96 Surah Faatiir (35): 37
al-Haft al-Syarif
47
mereka di syurga, nescaya mereka tidak akan berkata: Kembalilah kami,
nescaya kami melakukan amalan yang baik. Demikian juga mereka
berkata: “Ya, Tuhankami, keluarkanlah kami, nescaya kami akan
mengerjakan amal yang soleh”
Dan mukmin pada tujuh badan, maka dia kembali kepada
kebenaran dan beramal. Adapun mereka yang kafir mereka tidak berfikir
sebagaimana mukminin berfikir, mereka tidak akan kembali kepada
kebenaran, malah penentangan mereka makin bertambah. Jika mereka
kembali kepada kebenaran, nescaya Allah menerima mereka.
Orang yang memberi peringatan telah datang kepada mereka,
justeru mereka merasakan azab yang pedih, maka tidak ada penolong
bagi mereka yang zalim. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah
makna: “Telah datang kepada kamu pemberi peringatan”97 Beliau a.s
telah berkata: Apakah pendapat ahli Kufah? Aku telah berkata: Mereka
berpendapat: Para rasul.
Maka beliau a.s telah berkata: Ia bukan seperti pendapat mereka.
Aku telah berkata: Apakah dia, wahai Maulaaya? Beliau a.s telah
berkata: Imamlah orang yang memberi peringatan kepada ahli
kebenaran dan ahli kebatilan. Beliau a.s telah memberi peringatan
kerpada para wali-Nya dan musuh-musuh-Nya. Segala pujian adalah
kepada Allah, Tuhan semesta alam. Wa s-Salam.
BAB 21
☼Makrifat tentang kafir dalam sususnan satu demi satu dan
bagaimana dia tidak kembali daripada kekafirannya (fi ma‘rifati al-
Kafir fi al-Taraakib marratan ba‘da marratin wa kaifa lam yarji‘
‘an kufri-hi)☼
Kemudian Maulaaya membaca firman-Nya: “Sesiapa yang buta
(hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (kelak) ia akan lebih buta dan
lebih tersesat dari jalan (yang benar)”98 Apakah pendapat ahli Kufah
mengenainya? Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, mereka berpendapat
bahawa itu adalah hari Kiamat. Beliau a.s telah berkata: Ia bukan hari
Kiamat. Jika begitu keadaannya, nescaya orang jahil atau orang alim
tidak mengetahui Tuhannya melainkan pada hari Kiamat sedangkan
mereka berdua mengetahui jalan kebenaran daripada kebatilan.
Demi Allah, ia dimaksudkan kepada mereka yang buta pada
susunan yang pertama, maka dia pada susunan yang akhir lebih buta,
lebih tersesat jalan daripada makrifat Allah dan keesaan-Nya.
97 Ibid
98 Surah al-Israa’ (17): 72
al-Haft al-Syarif
48
Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Sekiranya mereka dikembalikan
ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah
dilarang mengerjakannya”99 Itu hanya berlaku kepada mereka yang buta
hatinya? Adapun mukmin, maka dia mendapat taufik dan tidak
meninggalkannya. Adapun kafir, maka dia diikuti dengan kehinaan,
justeru dia tidak memikir, tidak melihat dan tidak mendengar
sebagaimana firman-Nya: “Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah
mereka akan kembali”100
Aku telah berkata: Allah adalah benar. Kemudian beliau a.s
membaca firman-Nya: “Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya”101 Dan firman-Nya: “Dan
bagi masing-masing mereka darjat menurut apa yang telah mereka
kerjakan dan agar Allah mencukupkan bagi mereka (balasan) amalanamalan
mereka”102 Iaitu ketika masukhiyyah. Kemudian beliau a.s telah
berkata: Al-Darajaat adalah badan-badan yang disusun, kerana ia
membutakan kafir sehingga dia sampai ke puncak kekafirannya, wa s-
Salam.
BAB 22
☼Makrifat tentang Iblis dan adakah dia zahir atau batin? (fi
ma‘rifati Iblis wa hal huwa zaahir am baatil?)☼
Abu Abdillah a.s telah ditanya tentang Iblis, adakah ia zahir atau
batin? Beliau a.s telah berkata: Dia adalah zahir dalam susunan, tetapi
batin dalam makrifat. Tidakkah anda melihat kepada zuriatnya dalam
susunan yang mana ianya tersembunyi daripada anda. Sesungguhnya
anda tidak bergaul dengan mereka sedangkan mereka bergaul dengan
anda. Anda tidak mengenali mereka, tetapi kami mengenali mereka.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Jika aku melihat anda di tempat
mereka atau bersama mereka, aku akan melakukannya.
Atau apabila kita keluar ke al-Jabaanah, maka berilah peringatan
kepadaku. Selepas itu, cita-citaku yang utama adalah untuk bertanya
kepadanya. Ketika kami telah berkumpul di Qas al-Rabii‘ iaitu
berdekatan al-Jabaanah, tiba-tiba manusia datang dan pergi, maka aku
telah berkata kepadanya: Wahai Maulaaya, anda telah berjanji
kepadaku untuk memperlihatkan kepadaku masukhiyyah dan anda
telah menyuruhku memberi peringatan kepada anda. Al-Mufadhdhal
99 Surah al-An‘aam (6): 28
100 Surah al-Baqarah (2): 18
101 Surah al-Furqaan ( 25): 44
102 Surah al-Ahqaaf (46): 19
al-Haft al-Syarif
49
telah berkata: Maka beliau a.s telah menyapu dengan tangannya ke atas
dua mataku.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Lihatlah, maka akupun melihat
kepada satu kumpulan [manusia] yang mana aku telah melihat mereka
berjalan ke depan dan ke belakang, kebanyakan mereka telah kembali
kepada anjing, kera, khinzir, serigala dan lain-lain. Maka aku telah
berkata: Wahai Maulaaya, siapakah mereka itu? Beliau a.s telah
berkata: Mereka itu adalah zuriat Iblis, mereka bergaul dengan manusia
sedangkan mereka di dalam masukhiyyah. Maka aku telah berkata:
Tabaraka wa ta‘aalaa. Kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah anda
mengetahui seorang daripada mereka?
Aku telah berkata: Aku tidak menyangka mereka adalah
mamsukhiin (diubah rupa). Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah
mamsukhiin dan mereka adalah hamba-hamba Allah, para sahabat
anda, wahai Mufadhdhal. Aku telah berkata: Innaa li-llah wa innaa ilai-hi
raaji‘uun. Nyahlah mereka.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Pejamlah dua mata anda, wahai
Mufadhdhal, maka akupun memjamkannya, lalu beliau a.s menyapu
dengan tangannya yang mulia di atas dua mataku dan berkata
kepadaku: Lihatlah kepada mereka, maka akupun melakukannya, tibatiba
mereka telah kembali kepada rupa manusia. Seorang daripada
mereka selepas itu berjumpa denganku, maka aku mengalu-ngalukanya
dan dia pula mengalu-ngalukan aku sehingga aku meninggalkannya.
Kemudian aku telah berkata: Wahai Maulaaya, siapakah manusia, jin
dan syaitan?
Maka beliau a.s telah berkata: Manusia adalah mereka yang
mendirikan makrifat Allah, mengakui keesaan-Nya, mengetahui para
wali-Nya dan pintu-pintu-Nya103. Dan aku telah berkata: Siapakah jin?
Beliau a.s telah berkata: Mereka yang bersembunyi pada badan-badan
manusia, sesungguhnya mereka dinamakan jin kerana mereka tidak
dapat dilihat dengan mata kasar. Aku telah berkata: Siapakah syaitan?
Beliau a.s telah berkata: Mereka yang diubah rupanya (musikhuu) di
dalam badan-badan masukhiyyah. Wa s-Salam.
BAB 23
☼Makrifat tentang perkahwinan Umm Kalthum pada batin (fi
ma‘rifati tazwiij umm kalthum fi al-Baatin)☼
103 Abwaabu-hu (pintu-pintu-Nya) adalah mereka yang telah mencapai makrifat
yang tinggi.
al-Haft al-Syarif
50
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata: Sayyidii, aku
mahu bertanya anda tentang sesuatu yang mana ahli Kufah bercakapcakap
mengenainya, tetapi aku, wahai Maulaaya, malu untuk
bertanyakan anda tentangnya. Beliau a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, sesungguhnya aku telah mengetahui apa yang anda citacitakan
dan anda ingin bertanya kepadaku aku tentang perkahwinan
Umm Kalthum.
Aku telah berkata: Ya, wahai Maulaaya, maka beliau a.s telah
berkata: Dengarlah, wahai Mufadhdhal, apa yang aku akan katakan dan
fahamilah. Sesungguhnya itu adalah di alam Azillah, dan Asybaah yang
mana aku akan menjelaskannya kepada anda.
Sesungguhnya Ali a.s telah dizalimi sebanyak enam kali, menurut
sangkaan mereka dan ada yang berpendapat enam kali mereka di dalam
kesamaran terhadapnya. Apa yang tinggal lagi adalah satu pembunuhan
[terhadapnya]. Dan tinggal lagi kezaliman yang lain dalam kesamaran
sebagai menguatkan hujah ke atas musuh-musuh. Allah tidak akan
membunuh para wali-Nya. Tidakkah anda mendengar firman-Nya
tentang kisah Isa: “Mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula)
menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan
dengan Isa bagi mereka”104 Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah
sebab pembunuhannya pada kali yang pertama?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sebab yang pertama adalah Qabil dan
Habil, maka Habil pada masa itu adalah Amir al-Mukminin a.s dan
Qabil adalah Zafir iaitu Iblis daripada semua Iblis. Qabil telah datang
kepada Habil, maka dia berkata: Kahwinilah anak perempuan anda
[kepadaku], lalu Habil menegahnya dari mengahwinkan anak
perempuannya. Pada masa itu Qabil berkata: Demi Allah, aku akan
membunuh anda jika anda tidak mengahwinkan anak perempuan anda
kepadaku. Manakala dia bercita-cita untuk membunuhnya, lalu dia
(Qabil) dikahwinkan dengan Jarrirah anak perempuan Iblis. Maka Qabil
telah menyangka bahawa dia adalah anak perempuan Habil.
Allah lebih mulia dan lebih besar dari melakukan perkara itu
kepada para wali-Nya, tetapi Dia telah melakukannya pada zahir secara
keserupaan (tasybihan) untuk menguatkan hujah ke atas musuhmusuh-
Nya. Maknanya, sebagaimana aku telah menerangkannya
kepada anda, ia telah berlaku di antara mereka berdua105 sebanyak
enam kali. Manakala pada pusingan masa yang keenam, Zafir dilantik
khalifah, lalu dia mengutus kepada Amir al-Mukminin a.s, berkata:
Kahwinkanlah anak perempuan anda dengan aku (zawwij-ni ibnata-ka).
Maka Amir al-Mukminin a.s telah mengutus Salman kepadanya dan
berkata kepadanya: Katakanlah kepadanya, wahai Salman,
104 Surah al-Nisaa’ (4): 157
105 Amir al-Mukminin Ali a.s dan Umar
al-Haft al-Syarif
51
sesungguhnya anda telah kembali kepada kesesatan anda yang lama
(‘ud-ta ila dalali-ka al-Qadim).
Kemudian Salman telah datang kepada Zafir, lalu menceritakannya
kepadanya. Manakala dia mengetahui bahawa Salman telah mengetahui
urusannya, lantas dia memarahinya dan berkata: Ya, aku telah kembali
kepada apa yang anda sebutkan106. (Zafir berkata:] Sama ada dia
mengahwinkan aku atau aku akan menggerakkan air telaga Zamzam,
dan aku akan mengangkat Maqam Ibrahim dari Bait Haram atau aku
akan membunuhnya. Lantas Salman kembali kepada Amir al-Mukminin
a.s untuk memberitahu kepadanya. Maka Ali telah berkata: Bawalah
kepadanya kitab (surat) ini.
Salman telah membawa kitab itu kepdanya. Manakala Umar
melihatnya (Habtar107 wa Adlam108), maka dia mengetahui bahawa Ali
mempunyai sebab untuk megemukakannya kepadanya, lalu dia berkata:
Apakah yang anda sembunyikan? Maka Salman telah berkata: Amir al-
Mukminin telah memberitahu kepadaku supaya membentangkan kitab
ini kepada anda, Zafir telah berkata: Apakah dia? Dia mengeluarkan
kitab dan menyerahkannya kepadanya. Manakala dia membukanya,
maka dia mendapati di dalamnya gambar Habil dan dia melihat kepada
dirinya iaitu dialah Qabil.
Kemudian dia berkata kepada Salman dengan tujuan meminang:
Sesungguhnya aku pinangkan anak perempuannya, kerana dia
menyangka bahawa aku adalah daripada keturunan syaitan (min nasali
al-Syaitaan), tetapi dia mesti mengahwinkan anak perempuannya
kepadaku sehingga terserlah pembohongannya di sisi makhluk dan
tidak dapat menyelamatkannya selain dari pernikahan atau
pembunuhan.
Maka Salman telah berkata: Aku akan memberitahu kepadanya
mengenainya. Salman telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s dan
memberitahu kepadanya apa yang telah berlaku. Ali telah berkata:
Sesungguhnya aku telah mengetahui setiap apa yang dikatakan
olehnya. Dan aku sekarang mengahwinkannya dengan anak
perempuannya Jarrirah sebagaimana aku telah mengahwinkannya pada
masa silam dan mengaburinya. Kemudian Salman telah kembali
kepadanya dan memberitahu kepadanya bahawa Amir al-Mukminin
telah menerima apa yang anda mahukannya.
Lalu Umar mengumpulkan para sahabatnya dan menjanjikan
mereka tentang perkahwinannya. Kemudian Amir al-Mukminin
menyuruh Salman membawa anak perempuannya Jarrirah kepadanya.
Maka Salman telah membawanya kepadanya, lalu Allah membutakan
106 Kesesatan yang silam.
107 Habil =Habtar=Ali
108 Qabil = al-Adlam= Zafir=Umar
al-Haft al-Syarif
52
penglihatannya dan menjadikan di atasnya penutup, maka dia tidak
memahaminya.
Kegembiraan menguasainya, kemudian dia telah berkata kepada
Salman: Sesungguhnya aku berterima kasih kepada anda kerana
melakukan urusan ini dan aku tidak mampu membalas jasa baik anda.
Kemudian Abu Abdillah a.s membaca firman-Nya: “Sesungguhnya Kami
telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat)
ke dagu, maka kerana itu mereka terdongak”109
Beliau a.s telah berkata: Kemudian dia telah masuk kepadanya,
maka dia mendapatinya di atas rupa Umm Kalthum. Di pagi hari, dia
telah mengutus kepada para sahabatnya dan syaitan-syaitannya untuk
berhujah tentang perkahwinanya di sisi mereka.
Manakala mereka berkumpul kepadanya, mereka mengucap
tahniah kepadanya di atas perkahwinannya. Maka Zafir telah berkata:
Cukuplah urusan Ali buat kita dan para sahabatnya. Sesungguhnya jika
mereka daripada Bani Abi Kabsyah110 di atas kebenaran, maka kami
adalah di atas kebatilan, nescaya mereka tidak mengahwinkan kita
dengan anak perempuan mereka. Mereka telah berkata: Benar kata-kata
anda itu.
Dia telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya mereka adalah
tukang-tukang sihir, pembohong-pembohong dan ini adalah kelicikan di
kalangan mereka. Salman telah berkata: Manakala mereka di dalam
keadaan sedemikian, maka aku telah datang kepada mereka, maka
mereka semua telah berkata: Kami di atas kebatilan (nahnu ‘ala al-
Baatil), sahabat anda di atas kebenaran dan kami di sisinya syaitansyaitan
pengkhianat, kenapa dia telah mengahwinkan kami anak
perempuannya Umm Kalthum? Maka Salman telah berkata kepada
mereka dengan firman-Nya: “Iaitu syaitan-syaitan dari (jenis) manusia
dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain
perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)”111
Manakala mereka mendengarnya daripada Salman, maka mereka
memarahinya, sementara Umar pula memarahinya dengan kuat, mereka
bercita-cita untuk membunuhku. Maka aku telah berkata kepada
mereka: Adakah kamu akan membunuh aku pada majlis kamu ini?
Mufadhdhal telah berkata: Demi Allah, ini adalah [amalan] Iblis sematamata
ke atas mereka yang zalim lagi jahat.
Salman telah berkata: Manakala mereka hampir membunuhku,
sebahagian mereka telah berkata kepada sebahagian yang lain: Apakah
yang kita akan lakukan kepada orang asing ini sedangkan anda telah
dapat apa yang anda inginkan? Kemudian mereka bersurai dan
percakapan mereka telah sampai kepada Amir al-Mukminin a.s, maka
109 Surah Yaasiin (36): 8
110 Muhammad s.a.w dan keluarganya
111 Surah al-An‘aam (6): 112
al-Haft al-Syarif
53
dia telah menyuruh Salman supaya datang kepada mereka dan memberi
tahu kepada mereka perkara yang sebenar tentang kesamaran yang
berlaku kepada urusan anak perempuannya sehingga dia menghalang
dari kejahatannya, justeru dia akan merasa terhina dan usahanya
diperkecilkan.
Dia akan mati dalam kehinaan dan malu. Salman telah berkata:
Maka aku telah datang ke rumahnya dan tidak ada seorang di sisinya,
maka aku telah berkata kepadanya: Bagaimana anda telah mendapati
isteri anda? Maka dia telah berkata: Dia sesuai dengaiku, dia mengelak
dari menyalahiku ketika dalam rahsia dan secara terang. Dia seolaholah
daripada kami dan untuk kami. Lalu Salman berkata: Ya,
sesungguhnya dia adalah daripada anda dan kepada anda. Dia adalah
anak perempuan anda bernama Jarrirah, maka masuklah kepadanya,
mudah-mudahan anda mengenalinya sekarang.
Manakala dia mendengarnya, maka dia hampir tidak dapat
mengawal akalnya. Lantas dia memasuki biliknya dan melihat
kepadanya, maka tiba-tiba dia adalah anak perempuannya Jarrirah, dia
tidak mengingkarinya. Maka dia telah meraung dengan kuat sehingga
menggegarkan seluruh rumah, dia telah berkata: Tukang sihir anak
lelaki Abu Talib telah melakukannya.
Ini bukanlah perbuatannya yang pertama, demi Allah, aku akan
bertindak, aku aka bertindak terhadapnya. Maka Salman telah berkata
kepadanya: Janganlah anda mendedahkan perkara yang memalukan
anda kerana ia akan melahirkan keburukan kepada keluarga anda.
Pada pendapatku, anda hendaklah merahsiakan perkara ini. Jika anda
menyembunyikannya, maka orang ramai berkata: Dia telah
mengahwinkan anak perempuannya kepada anda dan jika anda
mendedahkannya, urusan anda akan terdedah kepada mereka.
Maka dia telah berkata: Cukuplah untuk aku, wahai Salman,
sesungguhnya aku mati dalam keadaan marah dan aku akan menerima
apa yang anda katakannya. Biarlah tukang sihir ini berkata apa yang
dikehendakinya. Kerana aku tidak mampu, begitu juga para sahabatku,
menghadapi sihirnya. Justeru dia telah menyembunyikan kisahnya
kepada para sahabatnya kerana takut malu. Dia telah mati di dalam
keadan marah, tanpa rahmat dan keredaan-Nya, Tuhan semesta alam.
Wa s-Salam.
BAB 24
☼Makrifat tentang apa yang disembelih dan apa yang dibunuh yang
menyalahi bentuk manusia (fi ma‘rifati al-Madhbuuh wa al-Maqtuul
mimmaa yukhaalifu suurata al-Insaaniyyata)☼
al-Haft al-Syarif
54
Al-Sadiq a.s telah berkata: Binatang-binatang yang disembelih,
dibunuh, dimakan, diminum, ditunggangi atau yang menyalahi bentuk
manusia, maka hukum Allah adalah adil, Dia melakukan pada
makhluk-Nya apa yang dikehendakiNya dan tidak seorangpun boleh
mempertikaikan perbuatan-Nya. Justeru Dia di dalam perbuatan-Nya
dipuji, Dialah Tuhan semesta alam.
Tidak berlaku penyembelihan, pembunuhan, kehinaan dan
kepenatan ke atas mukmin yang arif dengan keesaan Allah, tetapi
semuanya berlaku secara perubahan rupa kepada kafir yang
menentangNya. Mukmin telah memegang lidah kafir sehingga dia tidak
mampu untuk mempertahankan dirinya kerana keingkaran dan
penentangannya kepada kebenaran dan ahlinya.
Justeru Allah mengazabnya dengan cepat sebagaimana anda
menyaksikan azab rohnya dan susunannya pada setiap sesuatu yang
menyalahi bentuk manusia seperti lembu, kambing, unta, binatang yang
berkaki empat, burung, hama dan setiap yang mempunyai roh yang
merayap. Disembelih, dibunuh, ditunggangi dan yang menakutkan
[makhluk lain], maka dia adalah maskhun dan
naskhun. Apa yang [halal] dimakan daripadanya, maka dia adalah
naskhun112. Dan apa yang tidak [halal] dimakan adalah maskhun113.
Sesungguhnya azab dan kehinaan telah memasukinya sebagaiman
dijelaskan sebelum ini. Apa yang berlaku dalam bentuk naskhun sama
ada penyembelihan atau makanan, maka semuanya adalah keadilan
daripada Allah a.w sebagaimana firman-Nya: “Dan sesungguhnya Kami
merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat”114
Iaitu roh-roh (orang) kafir yang menentang kebenaran dan ahlinya.
Ini merupakan kesempurnaan kekafiran mereka, lalu Allah
mengeluarkan mereka daripada badan-badan yang anda dapat
melihatnya. Dia menyusunnya pada badan-badan masukhiyyah yang
terbalik sebagaimana firman-Nya: “Hai manusia, apakah yang
memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang
telah menciptakan kamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan
menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang. Dalam bentuk apa saja yang
Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. Bukan hanya durhaka saja,
bahkan kamu mendustakan agama”115
Agama (al-Din) adalah Amir al-Mukminin a.s. Dan firman-Nya: “Dan
tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang
terbang dengan dua sayapnya, melainkan umat-umat seperti kamu”116 Al-
Sadiq a.s telah berkata: Binatang-binatang di bumi dan di langit adalah
112 Salinan
113 Perubahan rupa atau bentuk
114 Surah al-Sajdah (32): 21
115 Surah al-Infitaar (82): 6-9
116 Surah al-An‘aam (6): 38
al-Haft al-Syarif
55
umat-umat sebelum kamu (umamun kaanat qabli-kum). Kemudian
beliau a.s berkata: Sesungguhnya musuh kita akan diubah rupanya (layumsakhu)
pada setiap sesuatu yang menyalahi bentuk atau rupa
manusia sehingga apabila seorang daripada mereka kembali, maka dia
akan dibunuh sebanyak 1000 kali pembunuhan, akan disembelih
sebanyak 1000 kali sembelihan dan akan mati sebanayak 1000 kali
mati.
Adapun para wali Allah dan pengikut-pengikut mereka yang
mukminin, maka Allah membebaskan mereka dari masukhiyyah. Dan
Dia telah menjadikan sedemikian sebagai seksaan kepada musuhmusuh
mereka. Sesungguhnya ini adalah azab yang sedikit atau dekat
(adnaa). Adapun azab yang lebih besar adalah ketika berdirinya al-
Qaim117, maka beliau akan membalas dendam terhadap semua musuh-
Nya.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Kafir yang dibalikkan rupanya akan
bertukar pertamannya menjadi binatang ternakan (al-An‘aam) sehingga
dia melalui semua azab di daratan, kemudian dia melalui [semua azab]
di lautan, kemudian di udara sehingga pada setiap sesuatu dia berjalan
dan bertatih sehingga ke tempat yang lebih sempit dari lubang jarum
sebagaimana firman-Nya: “Demikianlah Kami memberi pembalasan
kepada orang-orang yang berbuat kejahatan”118
Maka inilah sebab roh-roh kafir dijadikan pada susunan-susunan
masukhiyyah sehingga datangnya al-Qaim. Al-Sadiq a.s telah berkata:
Perkara yang tidak mempunyai roh kehidupan adalah seperti batu,
pokok, air, garam dan lain-lain di kalangan yang tidak berjalan atau
bertatih. Dan apa yang terkeluar daripada badan-badan mukmin dan
kafir. Setiap perkara yang anda telah melihatnya atau mendengarnya
atau mengidunya dan baginya rasa yang sedap dan bauan yang harum
atau sentuhan yang lembut sama ada makanan atau minuman, maka ia
adalah daripada badan-badan mukminin.
Dan setiap yang menyalahi perkara tersebut yang terdiri daripada
kebusukan, kepahitan atau apa yang dibenci oleh manusia di dalam
hiduannya atau penglihatannya atau pada citarasanya atau pada
sentuhannya di dalam semua keadaan, maka ianya daripada badanbadan
kafir. Justeru tidak ada bagi mereka yang kafir yang lebih baik
daripada bentuk badan manusia yang ada sekarang.
Apabila dia menyempurnakan pusingannya, maka Dia
mengeluarkannya daripada badannya ini kepada badan yang paling
najis dan paling buruk. Iaitu badan-badan yang dibalikkan (al-
Mankusah) yang merupakan penjara baginya. Lantaran itu, al-Sadiq a.s
telah berkata: Dunia adalah penjara bagi mukmin dan syurga bagi kafir.
117 Imam al-Mahdi a.s
118 Surah, al-A‘raaf (7):40 umpamanya.
al-Haft al-Syarif
56
Iaitu di badan-badan ini. Kerana kafir telah mencapai syahwatnya
dengan lidahnya, badannya dan kakinya dalam pemergian dan
kepulangan pada badan ini.
Justeru badan adalah syurganya, kemudian dia keluar kepada azab
yang dekat (al-‘Azab al-Adnaa) dalam bentuk susunan. Adapun mukmin,
maka badannya adalah penjara baginya, dan azabnya hanya di badan.
Apabila Allah mengeluarkannya daripada badan, maka dia kembali ke
tempat asalnya, iaitu kepada roh dan syurga. Al-Sadiq a.s telah berkata:
Aku akan mengeluarkan kamu daripada badan-badan yang kotor
kepada badan-badan yang bersih. Justeru roh-roh mukminin
dikembalikan ke tempat yang mana mereka datang iaitu kepada cahaya
Allah. Kemudian al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah
menciptakan roh-roh mukminin daripada cahaya-Nya.
Dia telah membuat mereka daripada rahmat-Nya. Dia telah
mengambil perjanjian ke atas mereka dengan al-wilayah. Justeru
mukmin menjadi saudara mukmin daripada bapanya dan ibunya. Maka
ibunya adalah rahmat dan bapanya adalah cahaya. Kemudian al-Sadiq
a.s telah berkata: Mukmin melihat dengan cahaya Allah yang mana
daripadaNyalah dia bermula. Salam kepada para rasul dan segala puji
bagi Allah Tuhan semesta alam. Wa s-Salam.
BAB 25
☼Makrifat tentang permulaan penciptaan mukmin yang arif (fi
ma‘rifati ibtidaa’ al-Khalqi al-Mu’min al-‘Aarif)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan
kami sebelum penciptaan makhluk yang lain selama 1000 tahun. Kami
adalah roh-roh di sekitar ‘Arasy (kunnaa arwaah haula al-‘Arasy). Kami
bertasbih kepada Allah (nusabbihu-llaha), maka penghuni langit
bertasbih dengan tasbih kami (wa yusabbuhu ahlu al-Samaa’ bi-tasbihina).
Kemudian kami telah turun ke bumi dan [memasuki] badan-badan.
Kami telah bertasbih kepada Allah a.w, maka penghuni bumi bertasbih
dengan tasbih kami dan dengan lidah kami bercakap setiap lisan
sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya kami benar-benar bersaf-saf.
Dan sesungguhnya kami benar-benar bertasbih”119
Justeru Allah telah menciptakan Muhammad s.a.w, Ali, para wasi,
para imam dan pengikut-pengikut di kalangan Syiah mereka. Dia telah
menciptakan mereka daripada cahaya-Nya dan meletakkan mereka di
dalam rahmat-Nya. Mereka adalah roh-roh yang baik, lagi suci, bersih
daripada bahaya dan halangan. Ia telah menjadi baik dengan
119 Surah al-Saafaat (37): 165-166
al-Haft al-Syarif
57
penerimaan al-Wilayah. Sesungguhnya badan-badan dijadikan sebagai
ujian kepada mukminin dalam pemerintahan kafir lagi zalim kerana
urusan yang terdahulu pada ilmu-Nya. Sesungguhnya Allah telah
berfirman tentang roh-roh mukminin: “Sekali-kaili tidak, sesungguhnya
kitab orang-orang yang baik itu (tersimpan) dalam ‘illiyyiin. Tahukah anda
apakah ‘illiyyyiin itu? Iaitu kitab yang bertulis, yang disaksikan oleh para
malaikat yang dekat (kepada Allah)”120
Iaitu roh-roh mukminin yang arif dengan Muhammad, Ali dan para
wasi, maka mereka “berjiran” dengan Allah iaitu mereka yang mengakui
tauhid kepada Yang Maha Tinggi. Apabila Allah kehendaki, Dia
menciptakan satu badan daripda beberapa badan yang akan didiami
oleh roh yang baik, lalu lelaki itu didorongkan memakan buah-buahan
yang baik dan makanan yang lazat, kemudian ia menjadi air [mani]
padanya, lalu air mani berkumpul. Apabila seorang lelaki bersetubuh
dengan isterinya dan [isterinyanya] hamil, maka janin akan menjadi
sempurna dengan tiga roh; roh kekuatan, roh syahwat dan roh
kehidupan. Justeru nabi s.a.w bersabda: “Mukmin adalah seperti lebah
apabila dia makan, maka dia makan [perkara] yang baik dan apabila dia
meletak sesuatu, maka dia meletakkan [sesuatu] yang baik”.
Apabila janin itu keluar, maka roh yang baik turun, iaitu roh
cahaya keimanan yang diciptakan daripada cahaya Allah, lalu ia tetap di
badan selepas ia jatuh dari rahim dan perut, maka pada masa itu, dia
berdukacita dan menangis, ini adalah antara alamat kebaikan. Kerana
roh yang baik turun daripada roh yang baik dan daripada jiran Yang
Maha pemurah. Lalu dia memasuki badan yang menjadi penjara bagi
roh mukmin.
Lantaran itu, apabila anda melihat bayi ketika dilahirkan, anda
melihtnya berdukacita. Ini adalah antara alamat keimanan. Apabila
makrifatnya tamat dan menghadapi ujian dengan sempurna, maka dia
dikeluarkan daripada badan, lalu diuji. Dia akan ditolak sehingga dia
menyempurnakan makrifat kepada Allah.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Roh-roh mukmin adalah tentera yang
kuat di udara. Roh-roh tinggal di tempat yang tinggi, kerana ia tidak
tinggal di tempat yang sempit seperti rahim dan di dalam kegelapan.
Amir al-Mukminin telah berkata: Roh-roh mukminin tidak mendiami
salbi-salbi dan tidak diliputi oleh rahim, mereka tidak diciptakan
daripada air yang hina, malah mereka diciptakan daripada air yang
ditentukan.
Oleh itu, roh-roh adalah seperti jisim-jisim halus lagi bercahaya,
tidak dapat dicapai melainkan oleh orang yang mempunyai kehalusan
cahaya. Justeru yang tebal tidak akan mencapai yang nipis (halus) dan
yang halus tidak akan mencapai yang tebal. Demikianlah roh-roh
120 Surah al-Mutaffifin (83): 18-21
al-Haft al-Syarif
58
mukminin: Ia seperti jisim-jisim yang berkenalan di kalangan mereka di
syurga dan pergi apabila ia kehendaki, kemudian ia berlindung di
bayang ‘Arasy. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Wa s-Salam.
BAB 26
☼Makrifat tentang roh-roh mukminin sama ada ianya satu atau
dua?(fi ma‘rifati arwaah al-Mu’minin au waahidatun am
ithnataani)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya
al-Sadiq a.s: Beritahu kepadaku tentang roh-roh di badan-badan,
adakah ia satu saja pada mukminin dan mereka yang kafir? Beliau a.s
telah berkata: Sesungguhnya roh-roh para malaikat dan mukminin
adalah satu, tidak ada perselisihan di antaranya. Adapun roh-roh Iblis
dan syaitan-syaitan adalah satu juga.
Sesungguhnya roh-roh mukminin serasi dengan roh-roh para wali
dan para wasi bertaut sesama mereka. Adapun roh-roh Iblis dan syaitan
adalah berlainan dengan roh-roh para wali dan mereka yang terpilih,
kerana roh-roh para wali dan mereka yang terpilih adalah bersifat
cahaya putih tanpa kegelapan sedangkan roh-roh Iblis, jin dan syaitan
adalah bersifat kegelapan, tanpa cahaya.
Aku telah berkata: Apakah makna firman-Nya: “Sedang mereka
merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan”121
Maka beliau a.s telah berkata: Iaitu mereka bergembira di dalam
makrifat, berhadap-hadapan dalam ilmu, tidak bertambah dan tidak ada
kelebihan di kalangan mereka, tidak ada permusuhan dan kemarahan.
Sesungguhnya Allah telah mencabut perkara itu daripada hati mereka
dan mereka telah insaf. Apabila mereka bersetuju di dalam keadaan ini,
maka merekapun berehat.
Ia berterusan sehingga berakhirnya tujuh Adam. Sesungguhnya
aku telah berkata kepada anda bahawa setiap Adam tinggal di bumi
bersama zuriatnya pada masa tertentu sahaja menurut kami. Aku telah
berkata: Wahai Maulaaya, adakah Allah akan menciptakan makhluk
selepas itu? Beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya
anda telah membatalkan kerajaan Allah dan kekuasaan-Nya dengan
pertanyaan anda itu, ia adalah jauh sama sekali. Sesungguhnya Dia
sentiasa menjadi Pencipta, Pemberi rezeki, Pemberi kehidupan dan
121 Surah al-Hijr (15): 47
al-Haft al-Syarif
59
Mematikan [makhluk-Nya]. Anda mahu membatalkan kekuasaan Allah,
kudrat-Nya, perintah-Nya dan larangan-Nya?
Aku telah berkata: Maulaaya, Sayyidii, sesungguhnya ulama
merekalah yang telah berpendapat sedemikian. Beliau a.s telah berkata:
Demi Allah, mereka telah membatalkan kekuasaan Yang Maha Tinggi
dan mereka telah membatalkan suruhan dan larangan-Nya. Mereka
berkata: Apakah itu suruhan dan apakah itu larangan, tidak ada raja
dan sultan? Nyahlah dari sini. Dan dengan Allah dipohon pertolongan di
atas kata-kata mereka, wa s-salam.
BAB 27
☼Makrifat tentang hari mereka dibangkit, hari waktu tertentu,
adakah ia satu hari sahaja atau beberapa hari selepas itu? (fi
ma‘rifati yauma yub‘athuun wa yaum al-Waqt al-Ma‘luum wa hal
yaum waahid am ayyaam mimma yakhlifu llahu ba‘da dhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Sayyidii telah berkata kepadaku:
Bacalah, wahai Mufadhdhal, firman Allah: “(Iaitu) pada hari (ketika) bumi
diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit dan mereka
semuanya berkumpul mengadap ke hadrat Allah yang Maha Esa lagi
Maha Perkasa”,122 maka aku pun membacanya, kemudian beliau a.s
telah berkata: Berhenti di sisinya, wahai Mufadhdhal,… “(Iaitu) pada hari
(ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain” Dia menciptakan yang lain
pula dan menciptakan langit yang bukan langit ini dan menciptakan
makhluk yang lain.
Kuasa-Nya dan kebesaran-Nya berterusan sepanjang abad.
Lantaran itu, Dia telah menceritakan tentang diri-Nya ketika Dia
menyebut ahli syurga dan ahli neraka dalam firman-Nya: “Mereka kekal
di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu
menghendaki yang lain. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana
terhadap apa yang Dia kehendaki”123 Aku telah berkata: Wahai
Maulaaya, ceritakan kepadaku, apakah yang akan diciptakan oleh
Allah?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah akan menciptakan
cahaya selepas itu, menurut kehendak-Nya, yang menyalahi cahaya
yang pertama, kemudian Dia mendirikan Azillah (bayang-bayang)
selepas Azillah yang pertama. Kemudian Dia menceritakan kepada ahli
cahaya yang kedua (ahl al-Nuur al-Thaani) sebagaimana Dia
menceritakan kepada ahli cahaya yang pertama (ahl al-Nuur al-Awwal).
122 Surah Ibrahim (14): 48
123 Surah Huud (11): 107
al-Haft al-Syarif
60
Dia mengambil perjanjian cahaya yang kedua sebagaimana Dia
mengambil perjanjian cahaya yang pertama.
Cahaya yang pertama adalah lebih kuat daripada cahaya yang
kedua dan lebih baik. Maka apabila Dia membahagi-bahagikan mereka
di alam Azillah, Dia mengeluarkan mereka di dalam bentuk Asybaah.
Justeru mereka melihat diri mereka sebagaimana cahaya yang pertama
melihat diri mereka. Kemudian mereka memahami diri mereka bahawa
mereka tidak ada sebelumnya sebagaimana cahaya yang pertama
memahami diri mereka. Cahaya yang pertama adalah lebih baik
daripada cahaya yang kedua.
Allah mendidik mereka (yuaddibu-hum llahu) dan memperkenalkan
diri-Nya kepada mereka (yu‘arrifu-hum bi-nafsi-hi) sejajar dengan
keesaan-Nya. Lalu Dia memuji diri-Nya, maka merekapun memujiNya,
Dia bertasbih kepada diri-Nya, maka merekapun bertasbih kepadaNya,
Dia bertahlil kepada diri-Nya, maka merekapun bertahlil kepadaNya.
Dan ketika itu, mereka melakukan percakapan dan mereka mengenali
Tuhan mereka dan mengetahui bahawa mereka telah diciptakan bahawa
sesungguhnya mereka mempunyai Pencipta, Pemberi rezeki.
Lalu Dia mengambil perjanjian mereka sebagaiman Dia mengambil
perjanjian cahaya yang pertama. Kemudian diciptakan iblis-iblis dan
syaitan-syaitan daripada cahaya dan penciptaan makhluk iaitu daripada
maksiat anak Adam sehingga mereka sempurna pada pusingan mereka,
kemudian mereka dikembalikan semula kepada beberapa pusingan
masa.
Kemudian Dia mengeluarkan mereka di dalam bentuk susunan
(taraakiib) menurut contoh yang pertama. Mukmin adalah dalam bentuk
atau rupa nasukhiyyah dan kafir adalah dalam bentuk masukhiyyah
seperti mereka pada zaman Adam yang pertama. Demikianlah
berlakunya ketetapan Allah pada makhluk-Nya dan takdir-Nya pada
langit, bumi, syurga serta neraka-Nya, Dia sentiasa menjadi Raja,
Perkasa lagi Kuat, wa s-Salam.
BAB 28
☼Makrifat tentang masukhiyyah yang kedua dan perbezaan di
antaranya dan masukhiyyah yang pertama (fi ma‘rifatial-
Masukhiyyah wa al-Farq baina-ha wa baina al-Masukhiyyah al-
Uulaa)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya:
Apakah alamat pada masukhiyyah yang pertama dan masukhiyyah yang
kedua dan apakah perbezaan di antara kedua? Beliau a.s telah berkata:
Alamatnya terletak pada penghalalan (al-Tahlil) dan pengharamannya
(al-Tahrim).
al-Haft al-Syarif
61
Justeru sesuatu yang Dia telah mengharamkan penyembelihannya
atau memakannya, maka ia adalah haram sebagaimana pada zaman
yang pertama sebelum zaman kamu ini dan sebelum Adam kamu ini.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah Adam telah wujud sebelum
tujuh Adam, sebelum bumi kita, sebelum langit kita, wujud bumi dan
langit?
Maka beliau a.s telah berkata: Wahai si pelupa124, sesungguhnya
Allah sentiasa [menciptakan sesuatu]. Sesungguhnya setiap kali Dia
menciptakan bumi, Dia menciptakan makhluk yang menyalahi
penciptaan[Nya] yang pertama. Tidakkah anda melihat kepada
masukhiyyah ini 125 dan jenis-jenisnya, anda tidak melihat padanya
melainkan anda merasa takut kerana Dia telah mengubah penciptaan-
Nya daripada penciptaan yang pertama.
Lantaran itu, Dia telah mengharamkan memakannya dan
menyembelihnya, kerana mereka telah diseksa, disembelih dan dimakan
pada masa itu. Sesungguhnya makanan yang dihalalkan kepada setiap
kaum adalah makanan yang diciptakan daripada maksiat-maksiat
mereka. Jika ia tidak diciptakan daripada maksiat-maksiat mereka,
maka memakannya adalah haram ke atas mereka.
Dan alamat yang lain pula-masukhiyyah tidak halal dimakan atau
disembelih- ia tidak [boleh] dijadikan binatang korban kepada Allah,
malah binatang yang halal disembelih atau dimakan sahaja yang
dijadikan korban kepadaNya, kerana ia keluar daripada mereka dan
daripada maksiat-maksiat mereka. Justeru ia menjadi halal untuk kamu
memakannya atau menyembelihnya atau menunggangnya dan kamu
boleh mendekatkan diri dengannya kepada Allah.
Kemudian Abu Abdillah a.s membaca firman-Nya: “Dan seorang
yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”126 Aku telah berkata:
Wahai Maulaaya, sesungguhnya aku berpendapat bahawa pengharaman
itu berlaku selepas bala dikenakan ke atas mereka sebelum kita. Al-
Sadiq a.s telah berkata: Ya, tidakkah anda melihat, wahai Mufadhdhal,
binatang-binatang yang liar (al-Wuhus); musang dan ular umpamanya
sama ada di darat atau di laut yang tidak halal dimakan atau disembelih
bahawa mereka tidak boleh dijadikan [sembelihan] korban kepada Allah.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Ya, wahai Maulaaya, alangkah
banyaknya jenis-jenis ini! Beliau a.s telah berkata: Fahamilah bahawa
mereka yang telah diazab pada zaman yang pertama telah berehat dari
kepanasan besi127. Kemudian beliau a.s telah merujuk kepada hadis
124 Al-Mufadhdhal
125 Yang diubah rupanya
126 Surah al-An‘aam (6): 164
127 Kerana disembelih dan sebagainya.
al-Haft al-Syarif
62
permulaan penciptaan tujuh Adamiyyiin (Adam). Aku telah berkata:
Apakah yang akan berlaku?
Beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Supaya Allah memisahkan
(golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan (golongan) yang
buruk sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, lalu kesemunya
ditumpukkan-Nya dan dimasukkannya ke dalam neraka Jahannam.
Mereka itulah orang-orang yang rugi”128 dan firman-Nya: “Katakanlah
kepada orang-orang yang kafir itu: Jika mereka berhenti, nescaya Allah
akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu
dan jika mereka kembali lagi sesungguhnya akan berlaku sunnah orangorang
dahulu”129
Iaitu pada masukhiyyah dan taraakiib (susunan-susunan badan).
Al-Mufadhdhal telah berkata: Kemudian Maulana al-Sadiq a.s telah
berkata: Kadar [masa] setiap Adam di bumi adalah 7000 tahun sehingga
mukmin menjadi benar-benar bersih. Kemudian dia menjadi malaikat
(fa-yakunu malikan), sementara Iblis dan zuriatnya yang dilaknati tinggal
dalam susunan masukhiyyah. Kemudian Allah mengembalikan
mukminin dari langit ke bumi, maka mereka berada di dalam susunansusunan
badan selama 1000 tahun sebagaimana dilakukan oleh Allah
pada mereka yang terdahulu sehingga mereka ditempatkan di langit
yang kedua.
Dia melakukan sedemikian kepada penghuni setiap pusingan masa
(ahli kulli al-Daur) dan penghuni setiap Adam (ahli kulli aadam). Dia
melakukan perkara yang sama kepada enam Adamiyyiin sebagaimana
aku telah menceritakannya kepada anda, malah pada setiap Adam
sehingga Adam yang pertama keluar pada zamannya dan ini pula
[Adam] pada akhir zaman, kemudian [Adam-Adam] pada pusinganpusingan
selepasnya130. Demikian juga keadaannya dengan tujuh langit
dan tujuh bumi, tujuh hari dan tujuh malam.
Dia berfirman: “Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian”131 Iaitu
manakala mereka dimasukkan ke dalam badan-badan “Dan Kami
menjadikan siang untuk mencari penghidupan”132 Iaitu manakala mereka
kembali pada waktu siang ke tempat-tempat mereka dari langit. Perkara
itu berlaku apabila mereka mencapai tahap kebersihan jiwa yang tinggi
dengan mendapat kehidupan yang tinggi di syurga yang mana Kami
telah menciptakannya untuk mereka kerana amalan-amalan mereka,
wa s-Salam.
128 Surah al-Anfaal (8): 37
129 Surah al-Anfaal (8): 38
130 Pusingan (al-daur) akan berterusan
131 Surah al-Nabaa’ (78): 10
132 Surah al-Nabaa’ (78): 11
al-Haft al-Syarif
63
BAB 29
☼Makrifat tentang matahari, bulan, penciptaan dan
perumpamaannya, perumpamaan malam dan siang (fi ma‘rifati al-
Syams wa al-Qamar wa khalqi-hima wa ma mithl al-Lail wa al-
Nahaar)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Maulaaya telah berkata kepadaku:
Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya Allah a.w telah menciptakan
matahari daripda hijab yang lebih tinggi, iaitu cahaya yang Dia telah
menjadikannya sebagai hijab (ihtajaba bi-hi). Demikianlah penciptaan
matahari, tetapi Iblis tidak mengetahuinya dan terus melakukan
kesalahan. Ia dinamakan al-Syams (matahari) kerana ia telah mendapat
cahaya daripada Allah dan cahaya itu adalah hijab Allah.
Kemudian matahari dijadikan untuk siang (al-Nahaar) dan Allah
telah memilihnya untuknya. Umpama siang (al-Nahaar) sepertilah
imam, umpama malam (al-Lail) seperti al-Hujjah, umpama matahari
seperti nabi s.a.w. Bulan telah diciptakan daripada hijab yang paling
dekat, maka ia dijadikan untuk waktu malam dan Allah telah
memilihnya untuknya. Ia bertambah dan berkurang sehingga ia kembali
kepada hijab cahaya. Umpama bulan seperti Amir al-Mukminin di sisi
mereka yang arif. Adapun di sisi mereka yang jahil, maka ia bertambah
dan berkurang pada sifat-sifatnya.
Umpama matahari sepertilah Rasulullah s.a.w berpusing,
membesar dan kembali; ia adalah satu, tidak bertambah dan berkurang.
Umpama malam dan siang seperti mereka yang syak (al-Syaakkiin) dan
mereka yang bertakwa (al-Muttaqiin). Aku telah berkata: Kenapa bulan
tidak disembah selain daripada Allah sebagaimana mereka menyembah
matahari? Beliau a.s telah berkata: Bulan adalah daripada hijab yang
paling dekat. Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan
semesta alam. Wa s-Salam.
al-Haft al-Syarif
64
BAB 30
☼Makrifat tentang bintang-bintang yang lima dan bintang-bintang
yang cahayanya menembus, sebutan langit yang ketujuh, penghunipenghuninya
dan keadaan-keadaannya (fi ma‘rifati al-Nujuum al-
Khamsah wa al-Nujuum al-Thaaqibah wa dhikr al-Samawaat al-
Sab‘ah wa sukkaani-ha wa ahwaali-ha)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya:
Apakah bintang-bintang yang lima yang malam dan siang berjalan di
atasnya? Beliau a.s telah berkata: Iaitu hijab-hijab yang lima yang
malam, siang, sembahyang, zakat dan binaan pada makhluk didirikan.
Aku telah berkata: Bintang-bintang yang cahayanya menembus (al-
Nujuum al-Thaaqibah) yang kita melihatnya di antara langit dan bumi
bermacam-macam dan tergantung? Al-Sadiq a.s telah berkata: Itulah
objek-objek yang bercahaya yang dijadikan untuk mukminin daripada
amalan-amalan mereka.
Begitu juga pada langit [terdapat] objek-objek seperti matahari dan
bulan dilihat oleh selain daripada mereka sebagaimana kamu melihat
“objek-objek yang dihormati” yang bercahaya.
Dan pada setiap langit yang tujuh ini ada Adam yang tetap sebagai
mana Allah telah menciptakan ciptaan yang pertama. Mereka
mempunyai martabat dan darjat yang bermacam-macam di langit. Aku
telah berkata kepada Maulaaya: Beritahu kepadaku adakah tujuh langit
itu semuanya satu atau sebahagiannya melebihi bahagian yang lain dan
siapakah penghuni-penghuni setiap langit?
Beliau a.s telah berkata: Langit pertama adalah tempat tinggal para
imam. Langit kedua adalah untuk nuqabaa’ (ketua-ketua). Langit ketiga
adalah untuk nujabaa’ (cerdik pandai). Langit keempat adalah untuk
mereka yang ikhlas. Langit kelima adalah untuk anak-anak yatim.
Langit keenam adalah untuk hijab-hijab. Langit ketujuh adalah untuk
abwaab (penjaga pintu makrifat). Semuanya mempunyai sebab-sebab
tertentu keberadaannya pada tempatnya di dalam bidang-bidang
tertentu dan bagaimana dia berperanan di langit-Nya. Wa s-Salam.
al-Haft al-Syarif
65
BAB 31
☼Makrifat tentang ‘Arasy dan tiang-tiangnya (fi ma‘rifati al-‘Arasy
wa arkaani-hi)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah membaca di hadapan
Maulaaya al-Sadiq a.s firman-Nya: “Alif laam raa’. Inilah ayat-ayat al-
Qur’an yang mengandung hikmah. Patutkah menjadi kehairanan bagi
manusia bahawa Kami mewahyukan kepada seorang lelaki di antara
mereka: “Berilah peringatan kepada manusia dan gembirakanlah orangorang
beriman bahawa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi
Tuhan mereka” Orang-orang kafir berkata:“Sesungguhnya orang ini
benar-benar adalah tukang sihir yang nyata”133 Dan firman-Nya: “Dan
Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa dan adalah
‘Arasy-Nya di atas air”134
Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, adakah anda
mengetahui sesuatu tentang ‘Arasy? Aku telah berkata: Tidak, wahai
Maulaaya, ‘Arasy pada batin adalah empat tiang. Iaitu empat orang.
Maka tiang (al-Rukn) yang pertama adalah Muhammad s.a.w, tiang yang
kedua adalah Amir al-Mukminin, tiang yang ketiga adalah al-Hasan dan
tiang yang keempat adalah al-Husain. Aku telah berkata: Apakah makna
firman-Nya: “Dan ‘Arasy-Nya di atas air”? Al-Sadiq a.s telah berkata:
Tidakkah anda mengetahui tafsirnya? Aku telah berkata: Tidak. Beliau
a.s telah berkata: Air (al-Maa’’) adalah ilmu.
Dan sabdanya s.a.w kepada Ali: Inilah ilmu (hadha al-‘Alm).
Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Dan Kami turunkan dari langit
air yang amat bersih, agar kamu menghidupkan dengan air itu negeri
yang mati dan agar Kami memberi minum dengan air itu sebahagian
besar dari makhluk Kami, binatang-binatang ternakan dan manusia yang
banyak”135 Dan Firman-Nya: “Dan sesungguhnya Kami telah
mempergilirkan hujan itu di antara manusia supaya mereka mengambil
pelajaran; maka kebanyakan manusia itu tidak mahu kecuali
mengingkari (nikmat)”136
133 Surah Yunus (10): 1-2
134 Surah Huud (11): 7
135 Surah al-Furqaan (25): 48-49
136 Surah al-Furqaan (25): 50
al-Haft al-Syarif
66
Dan makna “Dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih”
ialah ilmu yang telah disucikan Allah dan Dia memberinya secara
khusus kepada para wali-Nya, para nabi-Nya dan orang-orang pilihan-
Nya. “agar kami menghidupkan dengan air itu negeri yang mati” Kami
memberi minum dengan ilmu batin ini kepada para wali Kami. Dan
manakah nikmat137 yang lebih besar daripada ilmu ini, wa s-Salam.
BAB 32
☼Makrifat tentang gunung-gunung yang kukuh, lautan-lautan yang
dalam dan hijab-hijab Adamiyyiin (fi ma‘rifati al-Jibaal al-Rawaasi
wa al-Buhuur al-Zawaajir wa hujub al-Adamiin)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulana al-Sadiq
a.s tentang firman-Nya: “Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan
seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu
mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan
sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu”138
Maka beliau a.s telah menjawab: Tujuh langit (al-Samaawaat al-
Sab‘) adalah hijab-hijab cahaya (al-hujub al-Nuraaniyyah). Adapun tujuh
bumi adalah hijab-hijab Adamiyyiin yang tujuh. Kemudian beliau a.s
menerangkannya kepadaku.
Beliau a.s telah berkata: Adapun makna firman-Nya:
“Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi
dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya (andaadan)?
Demikian itulah Tuhan semesta alam. Dan Dia menciptakan di bumi
gunung-gunung yang kukuh (rawaasia) di atasnya Dia memberkatinya
dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanannya dalam masa
empat masa bagi orang-orang yang bertanya. Kemudian Dia menuju
kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia
berkata kepadanya dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya
menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa” Keduanya
menjawab: Kami datang dengan suka hati. Maka Dia menjadikannya
137 “Nikmat pertama” Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang mencintai kami
Ahlu l-Bait (man ahabba-naa Ahla l-Bait), maka hendaklah dia memuji Allah di
atas nikmat yang pertama (fa l-yahmudillaha ta‘aalaa awwal al-Ni‘am). Ditanya:
Apakah nikmat yang pertama? Baginda s.a.w bersabda: Baik kelahirannya (taib
al-Wilaadah). Justeru tidak mencintai kami kecuali mereka yang baik
kelahirannya (wa laa yuhibbu-naa illaa man taabat wilaadatu-hu) dan tidak
membencikan kami kecuali mereka yang buruk kelahirannya” Iaitu anak zina
(wa laa yabghudhu-naa illaa man khabuthat wilaadatu-hu). Al-Saduq, Ma‘aani al-
Akhbaar, bab ma‘na awwal al-Ni‘am” hlm. 160-161.
138 Surah al-Talaaq (65):12
al-Haft al-Syarif
67
tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada setiap langit
urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang
yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya.
Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui”139
Maka ambillah tafsirannya daripada batin ilmu kami (batin ‘ilminaa)
yang merupakan rahsia Allah yang tersembunyi (sirr Allah al-
Maknuun) dan khazanah ilmu-Nya. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
tafsirlah kepadaku sesuatu daripada ilmu ini secara khusus dan apakah
makna firman-Nya: “Andaadan” sekutu-sekutu? Maka beliau a.s telah
berkata: Iaitu kamu menjadikan hijab-hijab sebagai sekutu-sekutu,
kamu mentaati mereka sebagaimana kamu mentaati Allah Tuhan
semesta alam yang berlindung dengan hijab-hijab ini dan Dia telah
menjadikan padanya gunung-gunung di atasnya. Aku telah berkata:
Inilah yang melemahkan manusia dari tafsirannya.
Maka gunung-gunung (al-Rawaasia) adalah para imam, wahai
Mufadhdhal, jika tidak ada para imam,140 nescaya kamu mengsyaki
pada agama kamu, kamu telah sesat dan hawa nafsu memalingkan
kamu daripada jalan yang benar. Merekalah yang menghalang kamu
tergelincir sebagaimana firman-Nya: “Dan Dia memocakkan gununggunung
(rawaasia) di bumi (al-Ard) supaya bumi itu tidak goncang
bersama kamu”141 Iaitu bumi dan bumi adalah mukminun dan gununggunung
adalah para imam a.s. Wa s-Salam.
BAB 33
☼Makrifat tentang Adam yang lain dan zamannya (fi ma‘rifati Adam
aakhar wa‘asri-hi)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Sayyidii telah berkata: Sesungguhnya
Allah telah menurunkan Adam yang lain pada zaman-zaman yang lain
dan Dia telah menciptakan untuknya dan zuriatnya bumi, langit, udara,
air, syurga dan neraka sebagaimana Dia telah menciptakan Adam
sebelum mereka, kerana Allah telah menciptakan pada setiap langit itu
syurga daripada amalan-amalan baik Adam dan zuriatnya.
Dia telah menciptakan pada setiap bumi itu neraka daripada
maksiat-maksiat Iblis dan zuriatnya. Syurga-syurga berada di langit,
sementara neraka berada di bumi. Dia telah menciptakan mata air di
syurga dipanggil ‘Ain al-Hayaat (mata air kehidupan). Ia merupakan
tempat berehat mukminin. Apabila mukmin mati, rohnya dibawa
sehingga menaiki langit mengikut kadar imannya.
139 Surah Fussilat (41): 9-12
140 Imam Dua Belas a.s
141 Surah al-Nahl (16): 15
al-Haft al-Syarif
68
Kemudian dia dimasukkan ke dalam ‘Ain al-Hayaat, lalu dia
melupai segala dukacita yang berlaku ke atasnya di dunia dan dia
memakai badan daripada cahaya. Kemudian dia tinggal di syurga
bersama para malaikat. Kemudian dia dimasukkan ke dalam cahaya
yang lain ketika dirinya keluar, maka dia menjadi setitik air mani
(nutfah), kemudian rohnya dikembalikan kepada air mani pada masa
itu, iaitu ketika dirinya keluar, wa s-Salam.
BAB 34
☼Makrifat tentang mukmin, bagaimana mereka dilahirkan, di mana
tempat tinggal mereka dan bagaimana mereka dikembalikan selepas
kematian mereka (fi ma‘rifati al-mu’minin wa kaifa yuuladduun
wa iana yakuunu mustaqarra-hum wa kaifa yuradduuna ba‘da
mauti-him)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya tentang
kelahiran mukminin (miilaad al-Mu’minin)? Maka beliau a.s telah
berkata: Tidak seorang mukmin yang mati melainkan rohnya dibawa
kepada imam Ali, lalu beliau melihat padanya. Apabila rohnya diuji
bersih, maka malaikat naik ke langit dengan rohnya, lalu dia
memasukkanya ke dalam Mata Air (‘Ain) di pintu syurga yang bernama
‘Ain al-Hayaat. Apabila dia keluar, dia memakai badan daripada cahaya
dan dia tinggal di syurga bersama para malaikat dan para nabi.
Janin membesar di perut ibunya. Pada masa rohnya keluar
daripada badannya, maka air mani (nutfah) terjatuh pada perut ibunya.
Dan pada masa itu juga, air mani membesar di badan sehingga ia
menjadi segumpal darah (‘alaqatan). Apabila ia menjadi segumpal darah,
maka malaikat [hanya] mengambil roh kafir dan mengazabnya di dalam
rahim dengan [lumuran] darah, haid, kotoran dan kegelapan sehingga ia
menjadi janin. Roh mukmin di syurga bergembira, sementara roh kafir
diazab sehingga ia menjadi segumpal daging.
Apabila ia menjadi segumpal daging, lalu diambil roh kafir yang
terbalik (mankuus) dan diletakkan pada janin di rahim. Kemudian
dijadikan kedudukan yang bawah ke atas dan digantungkan roh yang
lemah pada badannya sehingga ia membesar. Roh kafir diazab dan
digantung dalam keadaan terbalik dengan lumuran darah dan apa yang
ada di perut sehingga badan menjadi matang.
Apabila sampai masa matangnya, maka malaikat berkumpul
kepada roh di syurga, lalu diambil perjanjian daripadanya dan diambil
seorang wanita untuk menahan rohnya142. Apabila roh itu lambat turun,
142 Menjadi tempat roh berada
al-Haft al-Syarif
69
maka wanita itu lambat melahirkan bayinya, justeru dia mengalami
kesakitannya dan pada ketika itu dibentangkan roh kepada Tuhan.
Lantas Dia mengambil perjanjiannya (wanita) untuk diri-Nya selepas
pengambilan malaikat. Kemudian malaikat dan imam turun bersamanya
(roh).
Apabila berakhir kepada wanita itu, maka malaikat menakutkan
bayi, lalu dia menggelentar kerana ketakutan kepadanya. Oleh itu,
kedudukan yang bawah ke atas. Lantaran itu, kepalanya keluar sebelum
kakinya. Apabila dia keluar, maka malaikat memasukkan roh ini kepada
mukmin. Demikian juga ketika dia dilahirkan.
Beliau a.s telah berkata: Alamat kelahiran mukmin, sesungguhnya
bayi apabila dilahirkan, maka roh dimasukkan padanya, lalu dia melihat
ke langit, kerana melihat kepada imamnya dan kepada malaikat yang
menurunkannya. Lantas mukanya berseri, tersenyum, dan bergembira
di hadapan imamnya dan malaikat. Mukanya tidak masam, maka itulah
alamat mukmin. Apabila imamnya dan malaikat pergi, dia menangis
kerana berpisah dengan mereka. Segala puji bagi Allah Petunjuk dan
Penunjuk, Wa s-Salam.
BAB 35
☼Makrifat tentang kelahiran kafir (fi ma‘rifati miilaad al-Kaafir)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya:
Bagaimana kelahiran kafir? Maka beliau a.s telah berkata: Kelahiran
kafir, apabila bayi dilahirkan, dia melihat ke langit kerana takut kepada
malaikat yang hadir di hadapannya, maka mukanya menjadi masam
dan terus menangis pada masa itu juga sehingga malaikat itu pergi.
Apabila ketakutannya hilang dan ketenangan datang kepada dirinya,
maka dia berhenti [daripada] menangis.
Alamat kelahirannya adalah apabila rohnya dikeluarkan daripada
jasadnya ketika matinya, maka air mani terjatuh pada masa itu pada
perut ibunya. Maka malaikat datang pada masa rohnya keluar daripada
badannya, kemudian mereka mengambilnya dan membawanya ke udara
pertama dari bumi pertama yang ada neraka padanya. Lantas dia
dimasukkan ke dalam Mata Air daripada neraka yang dinamakan Mata
Air Ardhaal. Kerana roh-roh dihina pada Mata Air itu, lalu ia diselam ke
dalamnya.
Lantas roh itu mengalami azab Allah. Jika ia diletakkan di bukit
Tihaamah, nescaya ia terbakar. Lantaran itu, ia melupai sebarang
kesenangan dan kelazatan di dunia. Kemudian roh itu berada di dalam
neraka itu selama 40 hari sehingga air mani (nutfah) bertukar menjadi
segumpal darah (‘alaqatan). Kemudian malaikat mengeluarkannya
al-Haft al-Syarif
70
daripada azab, lalu ia dipenjarakan di dalam rahim dan ia sentiasa
menghisap darah biasa, haid dan memakan kotoran sehingga datangnya
hari yang ditentukan143. Kemudian malaikat azab datang kepadanya.
Apabila roh melihat kepadanya, maka ia menjadi cemas kerana
menyangka bahawa ia akan dimasukkan kembali ke Mata Air itu.
Pada ketika itu, wanita itu melahirkan bayi dengan sukar
sedangkan malaikat hadir bukan dalam bentuk asalnya dan imam a.s
juga hadir, maka dia menakutkanya, maka kepalanya menjadi kebawah,
kerana takutkan kepada bentuk imam144. Lantas bayi itu keluar di
dalam keadaan menangis, bermuka masam. Kotoran keluar dari
halkumnya dan matanya, menundukkan mukanya kerana ketakutan.
Dia terus menangis sehingga imam dan malaikat pergi, was-Salam.
BAB 36
☼Makrifat tentang roh-roh yang ditahan di badan (fi ma‘rifati al-
Ruhiin al-Mahbusiin fi al-Badan)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya
al-Sadiq a.s: Beritahu kepadaku tentang roh-roh yang ditahan di badan
dan setiap roh ke mana perginya? Beliau a.s telah berkata:
Sesungguhnya salah satu daripada roh itu bernama al-Musyahirah dan
daripadanyalah berlaku bersin, menguap, syak, kegembiraan, dukacita
dan kecerdasan di badan.
Justeru apabila seorang itu bersin, maka mereka berkata
kepadanya: Yarhamu-kallahu kerana apabila dia menguap, ia
menimbulkan ketegangan di badan. Adapun roh yang akhir yang
tergantung, di antaranya ketika membuang air besar dan mengeluarkan
udara yang busuk. Lantaran itu, angin berjalan di mulut dan di hidung.
Oleh itu, ia menolak apa yang keluar dari bawah manusia dan tidak
mengeluarkan apa yang ada di atas kepala. Dan inilah di antara
perubahan roh, wa s-Salam.
BAB 37
☼Makrifat tentang kelahiran para nabi, para wasi, mereka yang
terpilih, para wali, abwaab dan hijab-hijab (fi ma‘rifati maulid al-
Nabiyyiin wa al-Ausiyaa’ wa al-Asfiyaa’ wa auliyaa’ wa al-Abwaab
wa al-Hujub)☼
143 Hari kelahirannya.
144 Imam a.s datang ketika bayi dilahirkan dan ketika dia mati.
al-Haft al-Syarif
71
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya a.s
tentang kelahiran para wasi? Beliau a.s telah berkata: Ia adalah lebih
jauh dari itu… ia adalah lebih jauh dari itu, wahai Mufadhdhal dan lebih
aneh …
Jika kelahiran mukminin di dalam bentuk yang dijelaskan
[dianggap aneh], maka bagaimana pula dengan kelahiran para nabi dan
para wasi? Maka al-Sadiq a.s telah berkata: Ketahuilah bahawa
kelahiran para wasi berbeza dengan kelahiran mukminin sebagaimana
kelahiran mukmin berbeza dengan kelahiran kafir kerana ibu-ibu para
wasi adalah tempat menyimpan rahsia (ummahaat al-Ausiyaa’
mustaudi‘a sirrin) dan perkara yang mulia daripada Allah (wa amrun
jaliilun mina llahi). Maka al-Mufadhdhal telah berkata: Beritahuku,
wahai Maulaaya, tentang kelahiran para wasi?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Keajaiban yang pertama bahawa ibu-ibu
para wasi adalah lelaki bukan perempuan (inna umahaat al-Ausiyaa’
zukuurun laa inaathan). Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
Subhaanallah bagaimana begitu?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya mereka adalah malaikat
di dalam bentuk wanita… Kemudian beliau a.s telah membaca Surah al-
Zukhruf (43): 19 “Dan mereka menjadikan malaikat-malaikat itu hambahamba
Allah Yang Maha Pemurah sebagai orang-orang perempuan.
Apakah mereka menyaksikan penciptaan malaikat-malaikat itu? Kelak
akan ditulis persaksian mereka dan mereka akan meminta
pertanggungjawaban” Adakah anda mengetahui, wahai Mufadhdhal,
siapakah yang dimaksudkan dengannya?
Aku telah berkata: Tidak, wahai Maulaaya. Beliau a.s berkata:
Dimaksudkan dengannya adalah Fatimah…Adakah anda mengetahui
siapakah Fatimah, wahai Mufadhdhal? Aku berkata: Maulaaya sahaja
yang mengetahuinya, maka beliau a.s telah berkata: Anda mengetahui,
wahai Mufadhdhal, sesungguhnya aku telah mengutamakan anda
dengan soalan-soalan anda daripada orang lain, maka al-Mufadhdhal
telah berkata: Segala puji bagi Allah yang telah kurniakan ke atasku
tentang perkara ini dan bersyukur di atas hidayat-Nya dan makrifat-
Nya.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Apa saja yang Allah
anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada
seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh
Allah, maka tidak seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya
sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”145 Aku
telah berkata: Wahai Sayyidii, apakah tafsir ayat ini?
145 Surah Faathir (35):2
al-Haft al-Syarif
72
Beliau a.s telah berkata: “Apa saja yang Allah anugerahkan kepada
manusia” daripada ilmu batin, maka ia adalah rahmat, kelebihan dan
keistimewaan untuk mereka, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya orang
ramai menyangka bahawa ibu-ibu para wasi melahirkan anak.
Tidakkah anda membaca Surah al-Balad, firman-Nya “wa waalidin wa
maa walada (Demi bapa dan apa yang diperanakkan)”146?
Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya ayat ini ada makna batinnya,
adakah anda melihat [di dalam ayat itu] bapa dan anak (a taraa-hu
waalidan wa mauluudan) atau bapa tanpa anak (waalid wa laa
mauluud) dan bagaimana dia menjadi mauluudan (diperanakkan)
sedangkan Allah berfirman: Maa walada (dia tidak beranak)? Aku telah
berkata: Wahai Maulaaya, ayat ini adakah khusus untuk para wasi
sahaja atau untuk semua manusia? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ayat ini
untuk para wasi secara khusus.
Dan aku telah berkata: Firman-Nya: “Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia berada dalam susah payah”147 Iaitu sesungguhnya
manusia (al-Insaan) dalam ayat itu adalah Abu al-Fadhl148, iaitu yang
pertama149 (inna al-Insaan Abu al-Fadhl wa huwa al-Awwal) dan setiap
sebutan tentang syaitan di dalam al-Qur’an adalah yang kedua (Kullama
kaana fi al-Qur’an min dhikri li-al-Syaitaan fa-huwa al-Thaani).150
Kemudian beliau a.s membaca daripada kitab Allah tentang yang
pertama dan yang kedua.
Beliau a.s telah menyebut yang pertama dengan kemanusiaan
(insaaniyyah) dan yang kedua dengan kesyaitanan (al-Syaitaaniyyah)
dalam firman-Nya: “Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim
menggigit dua tangannya seraya berkata: Aduhai kiranya (dulu) aku
mengambil jalan bersama-sama rasul. Kecelakaan besarlah bagiku,
kiranya aku dulu tidak menjadikan si polan itu teman akrab (ku).
Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Qur’an ketika al-Qur’an
itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong
manusia”151 Dimaksudkan dengan ayat itu bahawa yang kedua (Umar)
tidak mahu menolong Abu al-Fadhl (Abu Bakr).
Beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia berada dalam susah payah”152 Iaitu yang pertama
dalam keadaan syak, kepenatan, kesusahan pada tiga kegelapan: Perut
rahim dan syubhat. Di dalam keadaan ini dia memakan kotoran, darah
146 Surah al-Balad (90): 3
147 Surah al-Balad (90): 4
148 Dia dikenali juga dengan Abu al-Syuruur al-Munaafiq (Bapa segala kejahatan
yang munafik). Lihat, Ma‘aani al-Akhbaar, hlm. 110
149 Abu Bakr dikenali dengan sebutan al-Awwal (yang pertama).
150 Umar dikenali dengan sebutan al-Thaani (yang kedua).
151 Surah al-Furqaan (25): 27-29
152 Surah al-Balad (90): 4
al-Haft al-Syarif
73
[biasa] dan haid, wahai Mufadhdhal, mukmin adalah lebih mulia di sisi
Allah dari memakan perkara tersebut dan anda fikirlah dengan akal
anda, malah mukminin terlepas daripada perkara tersebut.
Adapun para wasi sebagaimana aku telah menceritakan kepada
anda tentang mereka. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya:
“Apakah dia menyangka bahawa tiada seorangpun yang melihatnya? Dia
mengatakan: “Aku telah menghabiskan harta yang banyak. Apakah
manusia itu menyangka bahawa sekali-kali tiada seorangpun yang
berkuasa atasnya”153
Malah Kami berkuasa ke atasnya dan mereka akan diazab. Aku
telah berkata: Maulaaya, Semua manusia binasa? Beliau a.s telah
berkata: Manusia itu adalah Syiah kita, malah binasalah mereka yang
mentaati musuh-musuh kita.
Aku telah berkata: Sayyidii, perkara yang aku paling suka adalah
tentang kelahiran para wasi. Maka al-Sadiq a.s telah berkata:
Sesungguhnya Allah menjadikan badan-badan para wasi atau para nabi
sebagai tempat untuk para malaikat (inna llaha ansya’a abdaan al-
Ausiyaa’ afkhaadhan ilaa al-Mala’ikati) sehingga mereka sampai masa
tertentu, ini berserta kesucian malaikat sebagaimana aku telah
menceritakannya kepada anda. Apabila Allah mahu menzahirkan
seorang imam pada zahir bagi memberi pengajaran kepada makhluk ini,
Dia mengutus roh dari sisi-Nya, lalu ia memasuki bayi (al-Mauluud) yang
kadang-kadang bersih daripada kekotoran, dilahirkan [secara aneh]
tanpa melalui rahim wanita, kerana kemasukan roh padanya untuk
mendidik umat manusia154 dan menzahirkan kebenaran.
Adakah anda mengerti, wahai Mufadhdhal, apakah umpamanya
itu? Aku telah berkata: Aku tidak mengerti, wahai Maulaaya, beliau a.s
telah berkata: Kelahiran seorang imam dan kematiannya bukanlah satu
kelahiran dan bukanlah pula satu kematian (innaa miilaad al-Imam wa
mauta-hu laisa bi-miilaadin wa laa mautin). Ia adalah seperti seorang
lelaki yang memakai baju dan mencabutnya apabila dia kehendaki (innama
mithlu-hu mithlu rajulin labisa qamiisan wa naza‘a-hu hiina-maa
sya’a). Lantaran itu, Dia berfirman: “Bagaimana kami akan berbicara
dengan anak kecil yang masih di dalam buaian?”155
Lantaran itu, tidakkah anda mendengar firman-Nya bahawa
bagaimana Dia berbicara dengan anak kecil yang masih dalam buaian?
Kemudian al-Sadiq a.s telah menjelaskan: Sesungguhnya aku bukanlah
kanak-kanak, kitab telah datang kepadaku sebelum kamu melihatku.
Sesungguhnya aku telah memasuki ke dalam badan secara aneh
(tahayyuran). Demikian juga dengan para wasi. Jika mereka masih
anak-anak, nescaya mereka tidak memahami atau tidak dapat berfikir
153 Surah al-Balad (90): 5-7
154 Supaya menerima utusan di kalangan mereka.
155 Surah Maryam (19): 29
al-Haft al-Syarif
74
sebagaimana aku telah menceritakan kepada anda tentang seorang
lelaki yang memakai bajunya dan mencabutnya. Segala puji bagi Allah
selama-lamanya, wa s-Salam.
BAB 38
☼Makrifat tentang pembunuhan imam (fi ma‘rifati qatl al-Imaam)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya
al-Sadiq a.s: Beritahu kepadaku tentang kematian imam dan
pembunuhannya dan bagaimana ianya terjadi? Maka beliau a.s telah
tersenyum sehingga ternampak gerahamnya, kemudian beliau a.s
berkata: Mudah-mudahan anda bertanya tentang al-Husain dan
pembunuhannya, pembunuhan Amir al-Mukminin, pembunuhan
Zakaria, Yahya, Isa dan lain-lain.
Aku telah berkata: Terlintas di hatiku sedemikian, wahai Maulaaya,
al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya mereka itu, wahai
Mufadhdhal, adalah pilihan Allah, para wali-Nya, tetapi anda
menyangka bahawa Dia merasakan mereka kepanasan besi di tangan
musuh-musuh mereka. Itu adalah pada zahirnya [sahaja] bagi
menguatkan hujah Allah ke atas mereka. Adapun sama ada mereka
dibunuh atau mereka disembelih, maka Allah menjaga para wali-Nya
dan pilihan-Nya daripada perkara tersebut. Wa s-Salam.
BAB 39
☼Makrifat tentang pembunuhan al-Husain pada batin (fi ma‘rifati
Qatl al-Husain fi al-Baatin)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaana al-Sadiq
a.s tentang firman-Nya: “Dan Kami tebus anak itu dengan penyembelihan
yang besar”156 Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Hasan pada
zaman Ibrahim adalah Ishaq dan al-Husain adalah Isma‘il. Aku telah
berkata: Wahai Maulaaya, beritahu kepadaku tentang kisah al-Masih?
Beliau a.s telah berkata: Adakah anda berpendapat bahawa al-Masih itu
lebih baik di sisi Allah daripada semua nabi, para rasul dan para wasi
yang disucikan?
Apabila Allah mahu menzahirkan sesuatu, maka Dia menzahirkan
sebahagiannya untuk menunjukkan yang zahirnya di atas yang
batinnya dan Dia menunjukkan sebahagiannya di atas kesemuanya
156 Surah al-Saafaat (37): 107
al-Haft al-Syarif
75
supaya mereka tidak menjadi takbur di atas kudrat Allah dan tidak
terputus kebesaran Allah daripada para nabi-Nya, para wasi-Nya dan
pilihan-Nya. Al-Husain bin Ali adalah lebih mulia di sisi Allah dari
merasakannya besi di tangan mereka yang kafir. Apatah lagi untuk
merasakannya kepanasan besi. Sesungguhnya di sisi Allah kehalusan
tadbir-Nya terhadap para wali-Nya dan Dia menyelamatkan mereka
daripada musuh-musuh-Nya.
Dia membinasakan musuh-musuh-Nya dan musuh-musuh para
wali-Nya dengan hujah yang menyampaikan. Sesungguhnya Allah Maha
Adil dan Dia tidak zalim. Dia Maha Penyantun tanpa cenderung kepada
kezaliman. Sesungguhnya Dia telah melakukan kepada al-Husain
perbuatan yang tidak dilakukan kepada al-Masih, Zakaria dan Yahya,
malah tidak kepada seorangpun daripada para nabi-Nya. Sesungguhnya
penyembelihan pada zahirnya adalah kepada Isma‘il yang ditebus
dengan penyembelihan yang besar, iaitu al-Husain itu sendiri, namanya
dan nasabnya. Dan tidak ada di antara kedua itu perbezaan seolah-olah
mereka berdua adalah satu.
Sesungguhnya beliau a.s telah disembelih pada zahirnya lebih
daripada 1000 kali mengikut sangkaan ahli kufur. Sesungguhnya
umpamakan al-Husain sepertilah al-Masih dan firman-Nya: “Dan kerana
ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih, Isa
putra Maryam, Rasulullah, pada hal mereka tidak membunuhnya dan
tidak (pula) menyalibnya, tetapi orang yang diserupakan dengan Isa bagi
mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang Isa
benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak
mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti
persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka
bunuh itu adalah Isa, tetapi Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya”157
Maka inilah sifat pembunuhan para nabi, para wasi dan para wali.
Allah melakukan apa yang Dia kehendaki. Kemudian al-Sadiq a.s
berkata: Apakah pendapat ahli Kufah tentang ayat ini, wahai
Mufadhdhal? “Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku
menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab” Hai
bapaku, kerjalah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu
akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya
telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya)
(nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: Hai Ibrahim,
sesungguhyn kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya
demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat
baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami
tebus anak itu dengan penyembelihan yang besar”158
157 Surah al-Nisaa’ (4): 157-158
158 Surah al-Saafaat ( 37): 102-107
al-Haft al-Syarif
76
Al-Mufadhdhal telah berkata: Adakah anda mahu, wahai Maulaaya,
pendapat Syiah anda atau pendapat selain daripadanya? Beliau a.s telah
berkata: Aku mahu pendapat selain daripada pendapat Syiahku. Maka
aku telah berkata bahawa mereka berkata: Sesungguhnya yang telah
menebus Isma‘il itu adalah penyembelihan yang besar iaitu kibas gemuk
(kabsyun amlah) yang telah keluar dari syurga159.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Subhanallah, sesungguhnya Allah tidak
menciptakan sesuatu di syurga, kemudian Dia mengazabnya pula
dengan pembunuhan. Sesungguhnya ini juga di antara kekafiran
mereka kerana menyangka bahawa Allah mengeluarkan kibas daripada
syurga, lalu menyembelihnya tanpa jenayah dan dosa. Allah Maha Adil
tidak zalim. Wahai Mufadhdhal, beritahu kepadaku tentang penebus (al-
Mufdii)160 dan orang yang ditebus (al-Mufdaa)161, manakah yang lebih
besar nilainya? Aku telah berkata: Bagaimana? Beliau a.s telah berkata:
“Dan Kami tebus anak itu dengan penyembelihan yang besar”162 Dia
telah menjadikan urusan yang besar kepada yang ditebus163.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Aduhai dukacitanya anda, wahai
Mufadhdhal, jika manusia mengetahui urusan penyembelihan yang
besar itu, nescaya lamalah kehairanan mereka dan hilanglah
pertimbangan mereka. Kekafiran dan permusuhan mereka makin
bertambah terhadap Allah dan Rasul-Nya, tetapi Dia telah menutup
mata mereka, mengunci mati hati mereka dan mengharamkan mereka
dari mengetahui simpanan rahsia-Nya.
Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya kibas yang telah menjadi
tebusan kepada al-Husain (Isma‘il) itu adalah al-Adlam; Adlam
Quraisy164 pada hari itu adalah seorang syeikh di dalam susunan seekor
kibas (wa-huwa yaima’idhin syaikhun fi tarkiib kabsyin).
Tidakkah anda melihat, wahai Mufadhdhal, dua tanduknya
tergantung di Bait Haram? Aku telah berkata: Ya, wahai Maulaaya:
Itulah dua tanduk kibas itu yang telah menjadi tebusan kepada al-
Husain165. Kemudian al-Sadiq a.s tersenyum sehingga ternampak
gerahamnya. Aku telah berkata: Apakah yang membuatkan anda
tersenyum?
Beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya
manusia apabila mereka berkumpul di Makkah al-Mukarramah pada
musim haji, mereka suka melihat kepada dua tanduk kibas ini dengan
kagum kerana ia dari syurga, tetapi kami melihat kepadanya dengan
159 Pendapat Ahlu s-Sunnah wa al-Jamaa‘ah
160 Syeikh al-Adlam di dalam bentuk kibas.
161 Isma‘il atau al-Husain a.s.
162 Surah al-Saafaat ( 37):107
163 Yang menjadi tebusan yang lebih besar iaitu al-Husain a.s pada zahirnya.
164 Pemuka Quriasy di dalam bentuk masukhiyyah.
165 Yang juga Isma‘il
al-Haft al-Syarif
77
hairan, sesungguhnya kedua-dua tanduk itu daripada al-Adlam. Orang
ramai kagum dengan suatu perkara sedangkan kami kagum dengan
perkara yang menyalahinya.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, apakah
pendapat Syiahku mengenainya? Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
diriwayatkan daripada Jabir daripada al-Baqir tentang firman-Nya: “Dan
Kami tebus anak itu dengan penyembelihan yang besar”166
Sesungguhnya Ishaq adalah al-Hasan dan al-Husain adalah Isma‘il.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Mereka telah berkata benar tentangnya.
Justeru al-Husain adalah lebih besar di sisi Allah dari disembelih, tetapi
manusia tidak mengetahui kedudukan para wali Allah sedangkan Syiah
kita mendengar ilmu kebatinan (al-Baatin) daripada kami tentang ilmu
Allah, ilmu wasi-Nya dan ilmu Rasul-Nya Muhammad, kemudian mereka
menyampaikannya kepada saudara-saudara mereka yang mukmin.
Mereka tidak mahu menerima kebatilan iaitu yang paling besar di
sisi Allah. Allah lebih mengetahui tentang penyantunan-Nya dan
pentadbiran-Nya, Dia berfirman: “Dia tidak ditanya tentang apa yang
diperbuat-Nya dan merekalah yang akan ditanya”167. Dia berfirman:
“Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya
mereka selalu ingat”168 Dia berfirman: “Perhatikan bagaimana Kami
menjelaskan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian
perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari ayat-ayat Kami)”169
Allah telah memberi perumpamaan-perumpamaan di dalam Kitab-Nya,
tetapi manusia tidak mengetahui.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, demi Allah, anda
telah menyembuhkan aku dan anda telah menghilangkan segala
dukacita dan keresahan daripadaku. Al-Sadiq a.s telah berkata:
Sesungguhnya Allah adalah penawar kepada apa yang ada di dada,
memberi hidayah dan rahmat-Nya kepada mukminin. Ilmu batin adalah
penawar kepada hati. Aku telah berkata: Segala puji bagi Allah di atas
perkara itu. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, inilah
sebab penyembelihan kibas, tidakkah aku telah menjelaskan kepada
anda tentang mereka yang telah berkumpul untuk membunuh al-
Husain? Aku telah berkata: Ya, wa s-Salam.
166 Surah al-Saafaat ( 37):107
167 Surah al-Anbiyaa’ (21): 23
168 Surah Ibrahim (14): 25
169 Surah al-Maa’idah (5):75
al-Haft al-Syarif
78
BAB 40
☼Makrifat tentang pembunuhan al-Husain secara batin pada zaman
Bani Umayyah (fi ma‘rifati qatl al-Husain ‘ala al-Baatin fi zamani
Bani Umayyah)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Beritahu kepadaku, wahai Maulaaya,
tentang kisah al-Husain dan bagaimana pembunuhan serta
penyembelihannya telah diserupakan dengan orang lain sebagaimana
pembunuhan al-Masih. Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal,
ini adalah rahsia di antara rahsia-rahsia Allah yang telah menimbulkan
tanda tanya,170 tetapi para wali-Nya dan hamba-hamba-Nya yang ikhlas
mengetahuinya.
Sesungguhnya imam memasuki pada badan-badan secara sukarela
atau paksaan dan dia keluar daripadanya apabila dia mahu secara
sukarela atau paksaan sebagaimana salah seorang daripada kamu
mencabut jubahnya dan bajunya tanpa keberatan dan syak. Manakala
mereka telah berkumpul kepada al-Husain untuk membunuhnya, maka
dia keluar daripada badannya dan Allah mengangkatnya kepada-Nya
dan menegah musuh-musuh daripadanya. Dialah Yang Maha Berkuasa,
Dia mampu mempercepatkan azab mereka, tetapi Dia Maha Penyantun,
Maha Bengis, tidak takutkan sebarang kekuatan. Dia tidak menyalahi
janji-Nya.
Dia berfirman apa yang Dia mahu dan Dia zahir pada hijab yang
dikehendakiNya. Sesungguhnya orang yang mempercepatkan balasan
adalah orang yang takutkan kekuatan. Adapun Allah, apabila Dia mahu
menciptakan sesuatu, Dia berfirman: “Jadilah, maka terjadilah ia”,171
justeru Dia tidak menyegerakan balasan-Nya. Sesungguhnya al-Husain
manakala beliau keluar ke Iraq, Allah melindunginya (muhtajibun bi-hi).
Beliau tidak bermalam di satu rumah melainkan Jibrail datang
kepadanya, bercakap kepadanya sehinggalah ke hari yang mana tenteratentera
berkumpul untuk memeranginya, kuda-kuda diatur di sisinya
dan bermulalah peperangan.
Ketika itu, Maulaana al-Husain telah menyeru Jibrail dan berkata
kepadanya: Wahai saudaraku, siapakah aku? Dia telah berkata: Anda
[hamba] Allah yang tiada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang
Perkasa, Yang Memati dan Yang Menghidup. Andalahlah yang
memerintahkan langit, maka ia mentaati anda begitu juga dengan bumi,
170 Oleh mereka yang mengingkarinya
171 Surah Yaasiin (36): 82
al-Haft al-Syarif
79
maka ia akan menyempurnakan perintah anda. Gunung menyahuti
seruan anda, begitu juga dengan lautan bersegera mentaati anda.
Tipu muslihat dan kemudaratan tidak akan sampai kepada anda,
al-Husain telah berkata: Wahai Jibrail, maka Jibrail telah berkata:
Labbaika ya Maulaaya, Al-Husain telah berkata: Tidakkah anda melihat
makhluk yang terbalik ini (al-Khalq al-Mankuus) bercakap untuk
membunuh tuan mereka (sayyida-hum) kerana kelemahan mereka,
tetapi mereka tidak sampai kepadanya dan tidak sampai kepada para
wali Allah sebagaimana mereka tidak sampai kepada Isa dan Amir al-
Mukminin Ali, tetapi mereka melakukan sedemikian untuk dikenakan
azab ke atas mereka selepas hujah dan keterangan.
Al-Husain telah berkata kepada Jibrail, pergilah kepada yang
terkutuk itu, yang sesat, penentang yang terbalik dan katakan
kepadanya: Siapakah mereka yang anda mahu perangi? Beliau a.s telah
berkata: Jibrail telah pergi di dalam bentuk seorang lelaki asing yang
tidak dikenali, lalu dia berjumpa dengan Umar bin Sa‘d ketika dia
sedang duduk di atas kursinya di kalangan penglima-penglima
tenteranya, pengawal-pengawal peribadinya dan penjaga-penjaga
pintunya, maka Jibrail telah menyeberangi saf-saf mereka sehingga dia
sampai kepadanya dan berdiri di hadapannya.
Manakala Umar bin Sa‘d melihat kepadanya, maka dia menjadi
takut dan berkata kepadanya: Siapakah anda? Jibrail telah berkata: Aku
adalah seorang hamba daripada hamba-hamba Allah, aku datang untuk
bertanya anda bahawa siapakah yang anda mahu perangi? Dia telah
berkata: Aku mahu memerangi al-Husain bin Ali, ini adalah surat
Ubaidillah bin Ziyad memerintahkan aku supaya aku membunuh al-
Husain bin Ali dan aku akan mengemukakan kepalanya kepadanya dan
menjauhi al-‘Askar. Maka dia telah berkata kepadanya: Celaka anda,
anda mahu membunuh [hamba] Tuhan semesta alam, Tuhan mereka
yang terdahulu dan mereka yang terkemudian.
Pencipta langit dan bumi dan di antara keduanya. Manakala Umar
bin Sa‘d mendengarnya, dia menjadi takut dan berkata kepada
penglima-penglimanya: Ambillah dia, maka bersegeralah kepada tiang
dan pedang172. Beliau a.s telah berkata: Dia telah meludah di muka
mereka, lantas mereka menudukkan muka mereka daripada kesankesannya
di dalam keadaan terbalik, kemudian Umar bin Sa‘d yang
terkutuk turut menundukkan kepalanya di atas kursi dalam keadaan
terbalik. Manakala dia dan para sahabatnya sedar kembali, tiba-tiba
Jibrail telah keluar dan mereka tidak melihatnya lagi, maka Umar bin
Sa‘d bertambah takut, lalu melihat kepada para sahabatnya sambil
berkata: Neraka Wail bagi kamu, adakah kamu mendengar apa yang
172 Supaya tindakan segera diambil
al-Haft al-Syarif
80
telah berlaku kepada kamu, adakah kamu melihat apa yang kamu telah
melihatnya?
Mereka telah berkata: Kami tidak melihat dan kami tidak
mendengar bahawa seorang lelaki berjumpa dengan raja seperti anda
yang mempunyai ramai penjaga pintu, askar dan penglimanya sehingga
seorang lelaki asing datang kepadanya yang mana tidak ada seorang
mengetahui dan menyedarinya sehingga dia berada di hadapan anda,
lalu bercakap sebagaimana dia telah bercakap dengan anda. Kemudian
anda dan kami hampir mengambilnya dan membunuhnya, lalu dia
meludah pada muka-muka kita, justeru kita menunduk [kepala kita]
dengan tercengang-tercengang.
Maka Umar bin Sa‘d telah berkata: Beritahu kepadaku apakah ini
semua dan bagaimana tindakannya? Maka seorang syeikh di kalangan
hadirin telah bercakap dan berkata: Semoga Allah memperbaiki amalan
anda, wahai Amir, janganlah terpengaruh dengan apa yang anda telah
melihatnya, mungkin Iblis telah menjelma kepada kami dan anda untuk
menakut-nakutkan kita.
Umar telah berkata: Celaka anda, sesungguhnya Iblis adalah di
kalangan pembantu-pembantu kita, sedangkan kami adalah di kalangan
partinya dan tenteranya bersetuju untuk membunuh anak lelaki kepada
anak perempuan Rasulullah, bagaimana dia mengkhianati kita dan
menakut-nakutkan kita pula?
Adapun urusan lelaki ini, maka ia merisaukan, lalu seorang lelaki
di kalangan mereka telah berkata: Semoga Allah memperbaiki anda,
wahai Amir, aku mengetahui lelaki itu dan tidak ada yang
mengetahuinya selain daripadaku. Dia telah berkata: Jelaskan
kepadaku apa yang ada pada sisi anda. Lelaki itu berkata:
Sesungguhnya al-Husain dan bapanya mengamal ilmu sihir, tentu sekali
perkara ini telah sampai kepada anda tentang Ali bahawa dia
menyangka sihirnya berkesan, dia berkata: Betul dan tepat sekali
pendapat anda.
Sesuatu tentang sihirnya telah sampai kepadaku, urusan kita ini
tidak boleh dilakukan melainkan dengan sihir sebagaimana anda telah
menyebutnya sehingga ke saat ini. Jika anda tidak mengingatkan aku
tentang sihirnya, nescaya ia terserlah kepadaku ketika memeranginya.
Sesungguhnya aku hampir meninggalkannya, tetapi bawakan kepadaku
busur panahku, kerana ia menguatkan hatiku dan menghilangkan
ketakutanku. Aku menjadikan kamu saksiku bahawa Ali bin Abu Talib
dan anak lelakinya al-Husain terlepas daripada ilmu sihir.
Kemudian dia melepaskan [anak] panahnya seraya berkata kepada
tentera-tenteranya: Sesungguhnya aku orang yang pertama melepaskan
[anak] panahnya kepada askar tukang sihir.
Dan dia telah memerintahkan tentera-tenteranya supaya bersiap
sedia dengan senjata mereka bagi memerangi anak lelaki kepada anak
al-Haft al-Syarif
81
perempuan Rasulullah s.a.w. Mereka yang pertama dalam barisan depan
adalah dua lelaki Habsyah yang berbadan besar, seolah-olah mata
mereka berdua seperti bara api. Manakala al-Husain melihat kepada
mereka berdua, beliau berkata: Wahai Jibrail, aku mahu anda
mendatangi aku dengan dua orang lelaki ini dalam bentuk
masukhiyyah.
Maka ketika itu Jibrail menghulur tangannya, lalu mengambil
mereka berdua daripada belakang kuda mereka berdua. Maka dia telah
membawa mereka berdua di hadapan Maulaana al-Husain. Tiba-tiba
mereka berdua adalah dua ekor kibas yang gemuk (humaa kabsyaani
amlahaani). Maka al-Husain telah memekik dengan kuat dan berkata:
Kembalilah kamu berdua kepada asal kamu, tiba-tiba mereka berdua
adalah dua lelaki hitam yang dilaknati, pada otak mereka berdua
dimasuki besi dan keluar ke dubur.
Al-Husain telah berkata: Wahai Jibrail, siapakah dua lelaki yang
dilaknati ini? Dia telah berkata: Wahai Maulaaya, ini adalah Sa‘d173 dan
Mu‘awiyah174. Al-Husain telah berkata: Dekatkan kepadaku, wahai dua
orang yang dilaknati, beliau a.s telah berkata: Bagaimana kamu berdua
telah melihat azabku dan dendamku di dalam masukhiyyah kamu
berdua? Mereka berdua berkata: Sesungguhnya kami telah melihat azab
yang pedih, maka kami dikeluarkan dari masukhiyyah kepada badanbadan
manusia, maka kami telah mengetahui jalan kebenaran.
Justeru kasihanilah kami dengan rahmat daripada Engkau, wahai
Yang Maha Pemurah. Al-Husain telah berkata: Tidak, Allah tidak akan
memberi rahmat kepada kamu berdua. Kamu berdua dikembalikan
kepada masukhiyyah selama 1000 tahun daripada lembaga ke lembaga
yang lain yang mengazab kamu berdua sebagai balasan apa yang kamu
berdua buat. Mereka berkata: Ampunilah kami, maka beliau a.s telah
berkata: Tidak ada keampunan untuk kamu berdua, kerana rahmat dan
173 Sa‘d bin Abi Waqqas
174 Muw‘awiyah bin Abi Sufyan. Oleh itu tidak hairanlah jika ramai sahabat telah
berubah selepas kematian Nabi s.a.w. Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab
fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para
sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda:
Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi).
Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang
dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi
murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit
daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya”
Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga,
Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa’il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan
32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah
dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku
bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah
(baddala) sunnahku selepasku”.
al-Haft al-Syarif
82
kemaafan-Nya untuk para wali dan mereka yang terpilih. Sesungguhnya
dendam, kebengisan dan azab-Nya adalah untuk musuh-musuh-Nya
yang zalim. Kemudian beliau a.s telah melaung kepada mereka berdua,
tiba-tiba mereka berada di tempat yang lain.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, di manakah mereka
berdua telah pergi? Maka al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya
mereka berdua telah pulang kepada sahabat mereka berdua untuk
memerangi al-Husain. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya,
adakah bersama al-Husain pada hari itu mukmin yang mentauhidkan
Allah? Al-Sadiq a.s telah berkata: Bersama-samanya seorang mukmin
muwahhid dan anda akan melihatnya bersama kami.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Abu al-Khattab telah hadir, maka aku
telah berkata: Dengarlah, wahai Abu al-Khattab apa yang dikatakan oleh
Maulaaya al-Sadiq a.s: Abu al-Khattab telah berkata: Ya, aku telah
berada bersama-samanya. Kemudian Maulaana Ja‘far al-Sadiq kembali
kepada percakapannya.
Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Husain manakala
mereka melingkunginya, meminta Jibrail, Mikail dan Israafil, lantas
mereka menyahuti seruannya: Labbaika, wahai tuan kami, maka beliau
a.s berkata: Bawakan aku ke udara, maka al-Husain dan Jibrail berada
di udara. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Mereka tidak
beriman kepada-Nya hingga mereka melihat azab yang pedih”175 Maka
Dia telah mengambil mereka dengan pengambilan yang kuat dan keras.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah aku akan
melihat Jibrail, Mikail dan Israafil?
Beliau a.s telah berkata: Ya, al-Mufadhdhal telah berkata: Adakah
dalam satu rupa atau rupa yang bermacam-macam? Beliau a.s telah
berkata: Malah dalam rupa kita. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai
Maulaaya, bilakah aku dapat melihatnya? Beliau a.s telah berkata:
Anda akan melihatnya pada hari ini. Al-Mufadhdhal telah berkata: Di
mana? Maka beliau a.s telah berkata: Di rumah kita ini. Aku telah
berkata: Bilakah masanya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sekarang juga, adakah anda mahu dia
bercakap dengan anda? Aku telah berkata: Ya, demi Allah. Beliau a.s
telah berkata: Wahai Abu al-Khattab, adakah anda Jibrail? Abu al-
Khattab telah berkata: Demi Allah, aku adalah Jibrail, akulah yang telah
diarahkan oleh al-Husain a.s kepada yang dilaknati Umar bin Sa‘d,
akulah, demi Allah, yang telah bercakap dengannya, akulah yang telah
memukul mukanya dan para sahabatnya di neraka. Akulah yang
mengendalikan azabnya dengan perintah-Nya.
Akulah sahabat Adam yang pertama dan Dia telah memerintahkan
aku, maka akulah yang memekik dengan pekikan yang pertama, lalu
175 Surah al-Syu‘araa’ (26); 201
al-Haft al-Syarif
83
aku telah memotong anggota-anggota dan mengikat mereka dengan
rantai dan belenggu. Akulah sahabat Nuh dan dakwah kaumnya kepada
penyembahan Allah dan keesaan-Nya, tetapi mereka tidak mahu
melakukan ikrar kepada-Nya, lalu aku pisahkan mereka dengan ribut
taufan.
Akulah sahabat Ibrahim ketika mereka menentangnya dan
mencampakkannya ke dalam api. Aku, demi Allah, telah berada
bersama-samanya, maka kepanasan api tidak membakarkan aku dan
dia. Akulah sahabat Danial, Tabut dan Mashaf-mashaf. Akulah, demi
Allah, telah menulisnya dengan tanganku dan khatku. Aku tidak pernah
syak tentang ketuhanan-Nya. Akulah sahabat Musa, Isa dan
Muhammad. Akulah Abu al-Khattab dan Abu al-Tayyibaat. Akulah yang
telah melaung dengan satu laungan kepada ahli Mu’tafikat, maka aku
telah memusnahkan mereka.
Aku di depanku, setiap imam pada setiap masa dan zaman di atas
rupa yang bermacam-macam dan nama yang pelbagai. Aku bersama al-
Qaim, aku memusnahkan mereka yang zalim dengan pedangnya, dia
menyuruhku, maka aku mentaatinya. Akulah yang menghidup dan
mematikan. Aku memberi rezeki dengan izin Tuhanku. Kemudian dua
orang lelaki yang aku tidak kenali datang, maka al-Sadiq a.s telah
berkata: Adakah anda kenal dua lelaki ini? Aku telah berkata: Tidak,
wahai Maulaaya.
Beliau a .s telah berkata: Inilah Mikail dan Israafi, salah seorang
daripada mereka berdua telah berada di timur dan seorang lagi di barat.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah mereka berdua buat? Maka
beliau a.s telah berkata: Aku telah mengarahkan mereka berdua di
dalam satu hajat (misi). Al-Mufadhdhal telah berkata: Adakah mereka
berdua telah berada bersama-sama anda pada masa Rasulullah dan
pada masa Amir al-Mukminin Ali? Abu al-Khattab telah berkata: Ya, di
masa Isa, Musa, Ibrahim dan Nuh. Dan sebelumnya mereka berdua
telah berada pada masa Adam a.s.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Maha Besar Tuhanku, alangkah
besarnya urusan-Nya. Maulaaya al-Sadiq a.s telah melihat kepadaku
dan berkata: Wahai Mufadhdhal, anda telah dikurniakan kelebihan yang
banyak dan anda telah mempelajari ilmu kebatinan. Justeru hendaklah
anda merahsiakan rahsia Allah dan tidak boleh mengetahuinya
melainkan seorang wali (hamba) yang ikhlas.
Jika anda mendedahkannya kepada musuh-musuh kita, maka
anda seolah-olah membunuh diri anda sendiri. Aku telah berkata:
Sesungguhnya aku akan mematuhinya. Dan aku, wahai Maulaaya,
melihat keanehan di dalam merahsiakannya kepada makhluk ini dan
manusia semuanya. Bagaimana anda berwasiatkan kami supaya
merahsiakannya? Beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal,
sesungguhnya Allah a.w lebih suka disembah secara rahsia (ahabba
al-Haft al-Syarif
84
subhaanahu an yu‘bada sirran). Aku telah berkata: Anda memang benar,
wahai Maulaaya wa Sayyidii. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta
alam. Wa s-Salam.
BAB 41
☼Makrifat tentang kisah Salman bersama Umar ketika diarah oleh
Amir al-Mukminin supaya membahagi-bahagikan hartanya dan
penjelasan keadaan yang berlaku(fi ma‘rifati qissati Salmaan ma‘a
‘Umar hiina wajjaha-hu amir al-Mu’minin li-yafukka qarni-hi wa
al-Haal fi dhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Maulaana al-Sadiq a.s telah berkata:
Sesungguhnya berita tentang Umar telah sampai kepada Amir al-
Mukminin Ali, lalu beliau a.s mengutus Salman al-Farisi kepadanya.
Manakala beliau melihatnya (Umar), maka beliau berkata: “Amir al-
Nihal176 bertanya anda tentang kata-kata anda dan polan pada hari ini?
Maka aku benci untuk mendedahkannya kepada kamu berdua, tetapi
kita mesti membahagi-bahagikan dua karung harta ini yang dibawa
kepada kamu berdua dari Khurasan”.
Salman telah berkata: Manakala aku telah berkata kepadanya
sedemikian, maka mukanya telah berubah iaitu al-Adlam177 dan barang
di tangannya terjatuh sementara anggotanya menggelentar. Maka
Umar178 telah berkata: Adapun tentang percakapan, wahai Salman, yang
telah berlaku pada pagi kelmarin, maka tidak ada seorangpun yang
mengetahuinya melainkan aku dan polan. Tidak ada seorangpun yang
akan membocorkan rahsia sahabatnya, maka di manakah sahabat anda
telah mengetahuinya?
Adapun harta yang dibawa kepadaku dari Khurasan, demi Allah,
tidak ada seorangpun mengetahui tentangnya bahawa ia ditujukan
kepadaku melainkan sahabatku itu.
Dan tidak seorangpun di kalangan ahli Madinah memahaminya
selain daripadaku. Aku tidak melihat Ali bin Abu Talib selain dari
tukang sihir yang mengetahui setiap sesuatu. Ya, aku akan
memberitahu kepada anda tentang sihirnya, wahai Salman, maka
Salman telah berkata. Maka aku telah memintanya supaya dia
menceritakannya kepadaku. Umar telah berkata: Sesungguhnya aku
membenarkan percakapan ini dan aku tidak menyembunyikan sesuatu
kepada anda.
176 Ali bin Abi Talib a.s
177 Umar
178 Untuk mengetahui salasilah Umar, lihat al-Kulaini, Raudhah al-Kaafi, hadis
no 372, hlm.283-286.
al-Haft al-Syarif
85
Aku wajib memberitahu anda tentang sihir anak lelaki Abu Talib
dan ramalannya. Adakah anak lelaki Abu Talib telah menceritakan
kepada anda tentang perkara ini sehingga aku menyebutnya pula?
Salman telah berkata: Tidak. Maka Umar telah berkata: Sesungguhnya
aku akan menceritakan kepada anda tentang satu cerita yang mana
anda menyaksikan bahawa tidak ada di timur dan di barat dunia tukang
sihir yang lebih pintar daripada Abu Talib.
Kemudian dua matanya menjadi merah dan berkata kepada
Salman…ianya jauh sekali… ianya jauh sekali, katakan kepada sahabat
anda Ali bahawa dia memakai baju yang bukan bajunya. Salman telah
berkata: Aku berpura-pura tidak memahaminya dan aku telah berkata
kepadanya: Wahai Umar, bagaimana dia memakai baju yang bukan
bajunya sedangkan dia mempunyai satu baju sahaja? Maka dia melihat
kepadaku dan menyangka bahawa aku tidak faham apa yang dikatakan
olehnya, lalu dia ketawa dan berlembut denganku.
Dia berkata: Wahai Salman, aku kasihan kepada anda,
mengabaikan apa yang menjadi hak anda. Sesungguhnya anda telah
meninggalkan kami dan sentiasa bersahabat dengan anak lelaki Abu
Talib. Jika anda cenderung kepada kami, nescaya anda akan memilliki
apa yang kami miliki, bertanggungjawab bersama, tanpa menolak atau
menentang anda. Sesungguhnya aku memberi peringatan kepada anda
tentang anak lelaki Abu Talib, janganlah anda tertipu dengan apa yang
anda lihat daripadanya. Adakah anda mengerti apa yang aku telah lihat
daripada sihirnya?
Aku telah berkata: Apakah yang anda telah lihat? Dia telah berkata:
Pada suatu malam aku telah berada di rumahku. Aku telah berada
bersamanya dalam suatu perkara di antara aku dan dia. Dalam keadaan
kami sedemikian, percakapan kami telah berlarutan. Maka dia telah
berkata kepadaku: Tinggallah pada tempat anda sehingga aku pergi dan
kembali kepada anda.
Maka diapun keluar daripadaku. Dia telah menghilangkan diri
seketika sehingga dia kembali lebih cepat daripada sekelip mata,
memakai serban putih di kepalanya dan di atasnya debu. Maka aku
telah berkata kepadanya: Di manakan anda telah pergi? Dia telah
berkata: Sesungguhnya sekumpulan malaikat telah tiba dalam [pakaian]
tentera dan bersama-sama mereka adalah Rasulullah yang mahu [pergi]
ke sebuah bandar di timur bernama Syakhur terletak di tempat
matahari naik.
Maka aku telah berdiri dan mengucap selamat datang kepada
Rasulullah. Kemudian aku telah memberi salam kepadanya. Debu-debu
yang anda melihatnya, wahai Umar, di atasku adalah daripada debudebu
malaikat. Maka aku telah ketawa, wahai Salman, daripada katakatanya
dan aku telah berkata kepadanya: Bagaimana berlaku demikian
al-Haft al-Syarif
86
sedangkan lelaki itu (al-Rajulu) 179telah mati semenjak lima tahun yang
lalu dan anda menyangka bahawa anda telah berjumpa dengannya pada
waktu ini dan anda telah memberi salam kepadanya? Ini tidak akan
berlaku selama-lamanya.
Maka dia telah melihat kepadaku dengan penglihatan yang ringan.
Kemudian dia telah berkata: Aduhai dukacitanya anda, adakah anda
membohongi aku? Maka aku telah berkata kepadanya: Janganlah anda
marah, wahai anak lelaki Abu Talib. Ini tidak akan berlaku dan tidak
[pernah] didengar seumpamanya. Dari mana anda membawanya? Maka
Amir al-Mukminin berkata: Adakah anda suka aku membentangkannya
kepada anda bersama-sama para malaikat?
Manakala aku mendengarnya, maka aku berkata kepadanya: Ya,
bagaimana aku tidak suka melihat perkara yang ajaib seperti ini. Maka
Ali telah berkata kepadaku: Berdirilah bersama kami, kemudian dia
telah mengeluarkan aku ke jalan Madinah. Lalu menyapu mataku dan
berkata kepadaku: Lihatlah. Maka akupun tiba-tiba melihat kuda-kuda
yang tidak terhitung bilangannya melainkan Allah, tiba-tiba Rasulullah
datang bersama-sama malaikat, maka aku tidak mengingkarinya
sesuatu selain dia mempunyai kepala dan janggut yang putih180
Kemudian aku terus hairan sehingga Rasulullah melintasi aku dan pergi
bersama-sama malaikat dan kuda-kuda.
Aku melihat kepada kesannya, lalu sahabat anda melihat kepadaku
dan berkata: Adakah anda melihat apa yang aku telah menceritakan
kepada anda? Aku telah berkata: Ya. Aku menjadi hairan apa yang aku
telah lihat. Kemudian dia telah menyapu dengan tangannya pada
mataku, tiba-tiba aku tidak melihat kepada debu-debu dan kuda-kuda
itu. Manakala dia melakukan apa yang dia telah melakukannya
kepadaku dan memperlihatkan kepadaku apa yang aku telah
melihatnya, maka aku menjadi takut kepadanya dan aku mengetahui
bahawa dia adalah tukang sihir yang alim.
Justeru janganlah sihirnya memperdayakan anda, wahai Salman,
jauhilah dia dan rahsialah apa yang berlaku di antara aku dan anda.
Jadilah daripada kami dan kepada kami sehingga aku menjadikan anda
gabenor dan aku berikan anda al-Madaa’in181. Apabila anda mahu aku
akan melantikkan anda gabenor di negeri Farsi. Aku harap anda tidak
memberitahu kepada anak lelaki Abu Talib apa yang aku telah
memberitahu kepada anda, kerana aku tidak terselamat daripada
179 Umar telah menyebut Rasulullah s.a.w dengan perkataan lelaki (al-Rajulu).
180 Umar mengakui bahawa dia telah melihat Rasulullah s.a.w dalam peristiwa
itu, hanya kepala dan janggutnya sahaja yang berubah menjadi putih, iaitu
selepas lima tahun kematiannya.
181 Al-Madaa’n adalah sebuah kawasan di Iraq sekarang yang mana Salman
akhirnya dilantik oleh Umar menjadi gabenor al-Madaa’in dengan persetujuan
Amir al-Mukminin Ali a.s.
al-Haft al-Syarif
87
sihirnya. Salman telah berkata: Adakah anda telah melihat perkara lain
daripadanya?
Umar telah berkata: Aku telah melihat perkara yang lebih aneh
daripada itu… Iaitu bahawa Ali apabila dia marah, dia mengeluarkan
busur panah, melontarnya ke tanah, tiba-tiba ia bertukar menjadi
seekor ular yang besar menyerupai ular Musa. Ia membuka mulutnya
sebagaimana ular membuka mulutnya di sisi Fir‘aun. Jika Ali mahu
menyuruh ular ini menelan bukit Tihaamah, nescaya ia menelannya.
Lantaran itu, wahai Salman, aku menjadi takut kepadanya dan berhatihati
dengannya.
Salman telah berkata: Adakah anda telah melihat keajaibankeajaiban
ini daripadanya? Dia telah berkata: Ya, wahai Salman, jika
aku tidak melihatnya, nescaya aku tidak menunjukkannya kepada
anda. Salman telah berkata: Bagaimana anda telah melihatnya,
ceritakan kepadaku…Umar telah berkata: Pada suatu hari Ali datang
kepadaku dalam keadaan marah membawa busur panah yang mana
aku telah menceritakannya kepada anda.
Maka dia telah berkata kepadaku: Wahai Umar, wahai musuh Allah
dan musuh Rasul-Nya, musuh wasinya dan musuh zuriatnya yang baikbaik
dan para wali-Nya. Anda bertanggungjawab terhadap Syiah anda
yang zalim182 supaya tidak menentang Syiahku yang mukminin. Aku
menentang anda dan parti anda yang zalim. Kemudian dia telah
memperdengarkan aku percakapan yang banyak yang berlaku di antara
aku dan dia.
Maka aku telah berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Abu Talib,
adakah anda melupai betapa ihsan aku kepada anda pada masa
pemerintahan Abu Bakr ketika mereka telah menerkam di atas anda,
kerana mahu memaksa anda supaya anda memberi baiah kepada Abu
Bakr. Manakala Fatimah al-Zahraa’ melihat perkara itu, maka dia telah
meminta pertolongan di kubur.183Dia telah berkata: Wahai bapaku, aku
tidak bertemu dengan anda [selepas kematian] dan dia menangis.
Manakala dia menangis, maka aku merasa kasihan kepadanya.
Aku tidak menyangka anda menentangnya ketika Khalid bin al-
Walid berazam untuk membunuh anda. Manakala aku telah berkumpul
bersama mereka berdua, maka aku tidak mengetahui sesuatu yang
dirahsiakan oleh mereka. Khalid bin al-Walid telah berazam, ketika Abu
Bakr menamatkan sembahyang, untuk membunuh anda. Lantas Abu
Bakr menyeru sebelum memberi salam daripada sembahyang supaya
Khalid tidak melakukannya sebagaimana aku telah menyuruhnya.
Sedangkan anda, wahai Ali, hanya berdiri di sisinya.
182 Ahlu s-Sunnah wa al-Jamaa‘ah, kaum Salafi (Wahabi) dan seumpamyanya.
183 Di kubur bapanya, beliau telah menerangkan kepadanya apa yang berlaku.
al-Haft al-Syarif
88
Aku telah merasai dengan kejahatan184itu, aku telah mengetahui
bahawa ia adalah daripada kami kepada Khalid dan aku menentang
Khalid lebih kuat daripada anda kerana perbuatan-perbuatannya
terhadap mereka yang murtad, pembunuhannya terhadap anak lelaki
Nuwairah185 dan perbuatannya kepada isterinya.186 Aku telah berazam
untuk melakukan kisas, tetapi Abu Bakr telah menegahku daripadanya,
justeru aku tidak melakukannya sekalipun ramai saksi-saksinya. Aku
telah berkata bahawa baiah Abu Bakr adalah suatu fitnah yang mana
Allah telah menjaga mukminin dari kejahatannya. Sesiapa yang
mengulangi seumpamanya, maka bunuhlah dia, tetapi kamu, Bani
Hasyim, tidak berterima kasih kepada sesiapapun di atas pertolongan
dan kebaikan [yang diberikan].
Adapun apa yang telah sampai kepada anda tentang aku daripada
Syiah anda, maka sesungguhnya mereka telah mengoyakkan kulitku
dan menunggang belakangku serta mereka mengambil marwahku. Demi
Allah, jika tidak kerana kedudukan anda, nescaya aku mengasari
mereka atau membunuh mereka, tetapi selepas hariku ini, aku tidak
akan membentangkannya kepada kamu.
Manakala sahabat anda mendengar, wahai Salman, kata-kataku ini,
dia ketawa dan melontar panahnya ke bumi, tiba-tiba ia menjadi seekor
ular yang besar, maka ia membuka mulutnya dan datang ke arahku
sedangkan Ali hanya melihat kepadaku dan ketawa sambil berkata
kepadaku: Wahai musuh Allah, apakah yang anda mahu aku lakukan
untuk anda? Aku telah berkata kepadanya: Anda telah mengetahui dan
melihatnya, justeru ambillah, wahai Ali, busur panah anda dan
palinglah ular anda dariku.
Maka dia telah melaung dengan laungan yang kuat, kemudian dia
mengambil panahnya, lantas ia kembali sebagaimana sebelumnya,
tanpa ular. Justeru aku, wahai Salman, sentiasa takut kepadanya dan
aku berhati-hati dengannya sehingga hari ini. Maka Salman al-Farisi
telah menjadi hairan dan berkata: Dengan keajaiban-keajaiban ini dan
mukjizat-mukjizat yang bersifat ketuhanan ini, kita telah mengenali Ali,
kemudian Umar telah berkata: Wahai Salman, jika mataku tidak
melihatnya, wahai Salman, aku tidak akan mempercayainya, tetapi aku
telah melihatnya dan menyaksikannya.
Dan akhirnya aku mengangkat ketakutanku di antara aku dan
anda dan aku berharap anda menolak anak lelaki Abu Talib dan
memilih untuk bergaul dengan kami. Aku telah memberitahu kepada
anda tentangnya. Mudah-mudahan anda telah mendengarnya daripada
184 Perbuatan untuk membunuh Ali
185 Malik bin Nuwairah
186 Khalid telah meniduri isteri Malik bin Nuwairah selepas membunuh
suaminya Malik bin Nuwairah. Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm.241, Abu al-Fidaa’,
Tarikh, I, hlm. 158, Ibn Kathir, Tarikh, vi, hlm. 321 dan lain-lain.
al-Haft al-Syarif
89
orang lain. Salman telah berkata: Tambahlah cerita tentang Ali? Aku
mahu membentangkannya dan mengeluarkan apa yang ada di sisinya.
Maka Umar telah berkata: Wahai Salman, bapaku al-Khattab telah
memberitahu kepadaku tentang Abu Talib bahawa dia telah melihat
sihir daripadanya. Sedikit sekali dia telah melihatnya daripada seorang
tukang sihir atau mendengarnya seumpamanya. Bapaku telah
menyebutkan bahawa Abdul Muttalib pernah melakukan sihir ini. Dan
yang paling aneh ialah Bani Hasyim mewarisi sihir ini, seorang demi
seorang dan daripada generasi kepada generasi yang lain.
Salman telah berkata: Beritahu kepadaku, wahai Umar, apakah
yang telah diceritakan oleh bapa anda tentang ‘Imraan187. Maka dia
telah berkata: Pada suatu hari bapaku telah keluar bersama-sama
‘Imraan dalam perjalanannya dan bersama-sama mereka kumpulankumpulan
yang ramai. Tiba-tiba sekumpulan badwi yang bersenjata
mahu merompak mereka.
Maka bapaku telah berkata: Kafilah kami pada hari itu besar
saiznya, ia mengadungi binatang-binatang yang berkaki empat
(dawwaab) dan unta-unta yang banyak. Manakala kami melihat
kumpulan badwi itu, urusan kami menjadi kelam-kabut dan kami
menjadi takut. Maka berlakulah tempikan dan setiap orang mengambil
senjatanya dan kami memakai semua yang ada pada kami. Kami
menjadi takut dan lemah.
Manakala kami mengambil senjata untuk berperang dan kami
berkumpul, maka bapaku dan kumpulan[nya] melihat kepada ‘Imraan
tanpa senjata (bi-laa silaah), maka mereka telah berkata kepadanya:
Wahai Abu Talib, tidakkah anda melihat kepada kumpulan badwi itu
telah mara ke arah kita dan mereka mahu merompak kita? Maka
ambillah senjata anda sehingga kita dapat menegah mereka dari
menyakiti kita. Abu Talib telah ketawa dan berkata: Apakah aku akan
buat dengan senjata bagi memerangi mereka? Apabila kita memerangi
mereka dan mengenakan mereka, kita akan menguasai mereka?
Aku telah berkata: Tidak. Maka Abu Talib telah berkata: Apakah
makna memerangi mereka? Al-Khattab telah berkata: Apakah helahnya?
Maka ‘Imraan telah berkata: Helahnya hendaklah kita memasuki
pulau188 ini (al-Jaziirah) yang di belakang kita sehingga mereka
memotong [perjalanan kita] dan berpisah daripada kita. Al-Khattab telah
berkata: Aku telah menjadi hairan tentang kata-kata Abu Talib yang
menyebut pulau sedangkan di sana tidak ada pulau. ‘Imraan telah
berkata: Aduhai dukacitanya anda, lihatlah ke belakang anda, maka
akupun melihat di belakangku, tiba-tiba aku, demi Allah, berhampiran
sebuah pulau daripada pulau-pulau lautan, aku tidak pernah
187 Abu Talib
188 Atau semenanjung
al-Haft al-Syarif
90
melihatnya sebelum ini. Aku telah berkata: Demi Allah, inilah apa yang
diceritakan tentang sihir ‘Imraan dan bapanya Abdul Muttalib.
Sesungguhnya mereka berdua telah melakukan kebaikan pada
kami. Maka bapaku al-Khattab telah berkata kepada Abu Talib:
Katakanlah kepadaku bagaimana kita akan sampai ke pulau itu
sedangkan laut di antara kita dan kita tidak mempunyai kapal-kapal
untuk menyeberangi lautan? Abu Talib telah berkata: Aduhai
dukacitanya anda, lihatlah dengan kedua mata anda kepada jalan yang
kering ini yang [terletak] di tengah lautan. Al-Khattab telah berkata:
Maka akupun melihat kepadanya, tiba-tiba ia, demi Allah, adalah jalan
yang kering lagi mudah.
Manakala kami melihatnya, muka-muka kami berseri kegembiraan
dan kami mengetahui bahawa kami telah berjaya dengan sihir ‘Imraan.
Al-Khattab telah berkata: Kemudian Abu Talib telah melalui satu jalan di
hadapan kami dan kami berjalan di belakangnya sehingga kami sampai
ke pulau itu. Kemudian dia telah berkata: Turunlah di tempat ini,
kerana tidak seorangpun akan memasuki tempat ini. Dan tidak sesuatu
dari tipudaya mereka yang akan sampai kepada kita. Pada ketika itu
kumpulan badwi itu sedang berjalan di belakang kami menjejaki kesan
kami sehingga mereka berakhir di laut, maka terpisahlah di antara kami
dan mereka.
Kemudian sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain
dengan hairan dan tercengang-cengang. Mereka telah berkata kepada
sebahagian mereka: Kita tidak pernah melihat di dalam hidup kita di
sini lautan dan air, maka seorang syeikh di kalangan mereka berkata:
Adakah di kalangan mereka seorang daripada anak-anak Abdul
Muttalib? Mereka berkata: Ya, pada mereka ada ‘Imraan. Maka syeikh
itu berkata: Pulanglah kamu semua, kamu tidak akan sampai kepada
mereka, justeru janganlah kamu menyusahkan diri kamu. Sebahagian
badwi itu berkata: Kita tidak boleh meninggalkan mereka sehingga kami
memusnahkan mereka pada pulau ini.
Seorang daripada mereka berkata kepada para sahabatnya:
Masuklah lautan dari jalan yang kering ini dan kami akan mengikuti di
belakang kamu. Maka merekapun mengikuti di belakang sebahagian
mereka sehingga mereka berada di tengah lautan, lalu semua mereka
tenggelam. Maka syeikh itu telah berkata: Aku telah memberi nasihat
kepada anda, tetapi kamu tidak menerima nasihatku dan aku telah
berkata kepada mereka: Janganlah kamu menentang mereka selama
pada mereka Bani Abdul Muttalib, kerana anak-anak Abdul Muttalib di
bawah jagaan dan peliharaan daripada Allah. Maka tidak ada
seorangpun di kalangan manusia yang mampu sampai kepada mereka
dengan kejahatan, maka mereka telah menjaga aku.
Al-Khattab telah berkata: Wahai syeikh, yang berada di tepi laut,
tidak berada bersama-sama kaumnya yang telah tenggelam, apakah
al-Haft al-Syarif
91
yang anda tahu, wahai syeikh, tentang Bani Abdul Muttalib? Maka dia
telah berkata: Pada suatu hari kami telah berjalan-jalan di padang pasir.
Tiba-tiba kami terserempak dengan sekumpulan Arab dengan kudakuda
yang banyak, maka sebahagian kami telah berkata kepada
sebahagian yang lain: Apakah pendapat kamu jika kita lakukan
[rompakan] kepada kafilah ini dan harta-harta bersama mereka?
Mereka telah berkata: Ya, maka kami mula memerangi mereka
sehingga kami hampir kalah, lalu kami melarikan diri di hadapan
mereka, kami terus berjalan selama tiga hari. Mereka menjejaki kesan
kami dan kami melihat kepada mereka, tetapi setiap kali kami berkata:
Kami telah mendapatkan mereka (khalatnaa-hum), maka jarak kami di
antara mereka makin jauh, dan kami tidak mengetahui sebabnya.
Kemudian kami lapar dan dahaga, tetapi kami tidak sampai kepada
mereka sebagaimana mereka juga tidak sampai kepada kami. Pada
mereka terdapat saudara lelaki Abu Talib yang bernama Abdullah189 bin
Abdul Muttalib.
Dia berkata kepada sebahagian daripada para sahabatnya:
Berjalanlah, janganlah kamu takut jika Allah kehendaki, mereka tidak
akan sampai kepada kamu. Maka seorang lelaki di kalangan kami
berkata: Berehatlah kamu, kami telah binasa (halak-naa) dan binasalah
binatang-binatang ternakan kami [kerana kelaparan] sesungguhnya
mereka adalah tukang-tukang sihir dan kami tidak akan bersama-sama
mereka. Pendapatku bahawa kita meninggalkan mereka sedikit waktu
sehingga mereka hilang daripada [pandangan] kita dan berhenti dari
perjalanan mereka. Kemudian kita menyerang mereka ketika mereka
lalai; ketika mereka tidak sedar.
Maka kami telah berkata: Ya, lalu kami meninggalkan mereka
sehingga kami hilang daripada pandangan mereka dan mereka
mengambil tempat untuk berehat, tetapi Abdullah tidak lalai tentang
kaumnya. Maka dia telah membuat garisan di sekeliling tempat berehat
mereka sambil berkata: Wahai golongan Quraisy, janganlah seorang pun
daripada kamu keluar dari garisan ini, kerana ia adalah pengaman
kepada kamu daripada musuh-musuh kamu. Kaumnya telah berkata:
Kami mendengar dan kami patuh.
Manakala kami mengetahui bahawa mereka telah membuat garisan
pada tempat mereka berehat dan mereka lalai, kamipun menunggang
dan berazam untuk menyerang mereka. Manakala kami menghampiri
garisan garisan yang dibuat oleh Abdullah, tiba-tiba kami melihat di
antara kami dan mereka ada benteng yang mana kami tidak pernah
melihat benteng yang lebih kuat daripadanya dan kami telah tinggal
selama tiga hari, berfikir bagaimana kami boleh sampai kepada mereka.
189 Bapa Rasulullah s.a.w
al-Haft al-Syarif
92
Maka kami tidak mampu dan kami kembali dengan dukacita
selepas kami binasa (halak-na) dan binasa kumpulan yang ramai di
kalangan kami. Manakala al-Khattab mendengar kata-kata syeikh itu,
maka dia menjeling kepada ‘Imraan.
Al-Khattab telah berkata: Wahai Abu Talib, kamu anak-anak Abdul
Muttalib, kamu telah mewarisi daripada bapa kamu ilmu yang banyak
(warastum min abii-kum ‘ilman jamman). Maka Abu Talib telah berkata:
Wahai al-Khattab, apa yang diceritakan oleh syeikh itu, maka aku telah
berada bersama-sama mereka, aku pada masa itu seorang kanak-kanak
yang masih kecil (ghulaamun saghiirun).
Syeikh ini berada di atas unta memegang senjatanya, dan dia
tentangnya 190adalah hujah.191 Syeikh itu telah berkata: Demi Allah,
anda telah benar dan aku telah berada bersama-sama mereka pada
masa itu, mereka telah meminta kami pulang. Manakala mereka pulang,
kami pergi dari tempat kami.
Maka kami tidak melihat lautan, pulau dan air pada jalan yang
kami lalui sehingga kami sampai di Syam. Sesungguhnya kami telah
melalui jalan itu lebih daripada dua puluh kali, maka demi Allah, kami
tidak pernah melihat lautan, pulau dan air. Maka al-Khattab telah
berkata kepada syeikh: Sesungguhnya aku telah menceritakannya
kepada kumpulan yang banyak, maka aku tidak menceritakannya
kepada seseorang melainkan dia kagum dengannya. Dan dia telah
berkata kepadaku: Sesungguhnya kita telah melalui jalan itu sebanyak
dua kali, maka kami tidak melihat sesuatupun daripadanya.
Umar telah berkata kepada Salman al-Farisi: Adakah anda telah
mendengar atau melihat sihir seumpama ini? Sesungguhnya orang
ramai mengetahui bahawa Ahlu l-Bait192mewarisi sihir. Maka Salman
telah berkata: Wahai Umar, aku tidak menyangka seorangpun percaya
apa yang anda katakan bahawa sahabat aku Ali bin Abu Talib seorang
tukang sihir dan dia tidak layak semua itu. Maka Umar telah berkata:
Aku melihat anda menyangka bahawa aku seorang pembohong. Salman
telah berkata: Tidak, wahai Umar, demi Allah, semua ini adalah benar
dan dia bukanlah seorang tukang sihir. Umar telah berkata: Wahai
Salman, sesungguhnya anak lelaki Abu Talib telah menyihir anda, maka
Salman telah berkata: Apa pendapat anda tentang pembahagian dua
karung harta yang diberikan kepada anda dari Khurasan?
Umar telah berkata: Adakah sahabat anda Ali telah memberitahu
kepada anda tentang dua karung harta? Salman telah berkata: Ya, dia
telah memberitahu kepadaku…Umar telah berkata: Tanyalah sahabat
anda anak lelaki Abu Talib dan beritahulah kepadanya sesungguhnya
aku akan membahagi-bahagikannya pada setiap suatu yang dia mahu
190 Di dalam hal ini adalah hujah
191 Ceritanya adalah hujah yang kuat.
192 Rasulullah s.a.w
al-Haft al-Syarif
93
aku melakukannya. Salman telah berkata: Akupun kembali kepada Amir
al-Mukminin Ali. Apabila aku datang kepadanya, beliau melihat
kepadaku sambil berkata: Apa yang telah berlaku di antara anda dan
Umar aku telah mengetahuinya. Jika anda mahu, aku akan
memberitahu kepada anda tentangnya.
Maka Salman telah berkata: Aku telah mengetahui bahawa
suatupun tidak tersembunyi daripada anda. Sesungguhnya aku telah
memberitahu Umar bahawa anda bukanlah seorang tukang sihir atau
seorang ahli nujum. Sesungguhnya Umar telah berkata kepadaku
bahawa sahabat anda telah menyihir anda. Adapun tentang dua karung
harta, maka dia telah memberi jaminan ke atas dirinya bahawa dia akan
membahagi-bahagikannya dan membelanjakan harta yang diterimanya
dari Khurasaan kepada siapa yang anda perintahkannya untuk tujuan
pengagihan. Maka Amir al-Mukminin telah berkata: Aku telah melihat
bahawa dia akan membahagi-bahagikannya kepada mereka yang kaya
di kalangan Muhajiriin dan Ansaar.
Justeru pergilah kepadanya, wahai Salman, dan katakanlah
kepadanya supaya dia membawanya ke Masjid Rasulullah dan
membahagi-bahagikannya di sana. Salman telah berkata: Dengar dan
patuh wahai Maulaaya. Kemudian dia telah pergi kepada Umar dan
menyebut kepadanya apa yang diperintahkan oleh Abu al-Hasan. Lalu
dia membawa harta itu dengan segera ke Masjid sebagaimana
diperintahkan oleh Ali.
Amir al-Mukminin membahagi-bahagikan pada setiap bulan harta
yang banyak hasil daripada dua karung harta itu. Umar tidak boleh
memperlewatkan apa yang diperintahkan oleh Amir al-Mukminin kerana
takutkan busur panahnya (faz‘an min al-Qaus) dan ular besar yang
dilihatnya. Kemudian al-Mufadhdhal telah berkata kepada al-Sadiq a.s:
Berapakah bilangan Syiah pada masa Amir al-Mukmin Ali di kalangan
para sahabatnya pada masa pemerintahan Umar al-Khattab? Al-Sadiq
a.s telah berkata: Bersama-samanya empat puluh orang muwahhidiin
yang dekat dengan Allah.
Begitulah bilangan mereka pada setiap imam. Al-Mufadhdhal telah
berkata: Wahai Maulaaya, adakah empat puluh lelaki itu satu? Al-Sadiq
a.s telah berkata: Di kalangan mereka ialah dua puluh lapan nujabaa’
(mereka yang bijak) pada setiap masa dan zaman dan dua belas
nuqabaa’ (ketua). Al-Mufadhdhal telah berkata: Apakah batasan (had)
mereka? Al-Sadiq a.s telah berkata: Dengan merekalah berdirinya para
nabi dan merekalah yang dinamakan al-Ibdaal 193pada zahir dan jika
mereka tidak ada, wahai Mufadhdhal, nescaya bumi dan penduduknya
terbalik. Mereka tidak meninggalkan imam dan merekalah pasak-pasak
bumi. Sesungguhnya seorang daripada mereka berjalan di bumi dalam
193 Perantaraan atau perutusan
al-Haft al-Syarif
94
satu hari dari barat ke timur dan dari timur ke barat. Mereka adalah
hijab-hijab (hujub) dan pintu-pintu (abwaab) dan dengan merekalah
Allah menolak bala dari penduduk bumi.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Empat puluh lelaki itu tidak
bertambah dan berkurangan bilangan mereka? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Mereka tidak bertambah dan berkurangan seorang lelakipun,
mereka adalah para wali Allah dan pilihan-Nya dan merekalah utusan
imam. Bumi dilipatkan untuk mereka dan mereka berjalan di siang hari,
masyhur dengan makrifat, tidak ada ahli makrifat yang boleh
menandingi mereka. Mereka mencapainya dengan amalan dan
kesejahteraan dada mereka daripada hasad dengki. Mereka telah sampai
[kepadanya] dengan amalan yang baik.
Justeru Allah telah membebaskan amalan mereka yang zahir194
dengan kesabaran dan mereka tidak makan dan minum dan tidak
mengambil berat dengan urusan dunia. Mereka tampil dengan jiwa
mereka untuk berkhidmat kepada yang Maha Pemurah dengan kurnian
makrifat yang murni, ikrar ketuhanan dan keesaan kepada Yang Maha
Tinggi. Al-Mufadhdhal telah berkata: Adakah anda melihat mereka,
wahai Maulaaya, pada setiap hari?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, wahai Mufadhdhal, aku melihat
mereka dan mengutus mereka di seluruh pelusuk dunia kepada [semua]
umat-umat. Mereka sentiasa berjalan, merekalah para wali kami dan
para wali kepada para wali mukminin. Maka al-Mufadhdhal telah
berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan aku untuk
mengenali mereka dan aku memohon kepada-Nya supaya melimpahkan
nikmat-Nya ke atas kami supaya dapat bersama-sama mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Besar bagi-Nya kepujian yang berkekalan,
wa s-Salam.
BAB 42
☼Makrifat tentang berapa lamakah kafir tinggal dalam susunan
masukhiyyah selepas kematian, pembunuhan dan penyembelihan (fi
ma‘rifati kam yalbath al-Kaafir fi taraakiib al-Masukhiyyah ba‘da
mauti-hi wa qatli-hi wa zabhi-hi)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-
Sadiq: Berapa lamakah orang kafir dari kematian, pembunuhan dan
penyembelihannya dalam susunan masukhiyyah? Maka beliau a.s telah
berkata: Bagi kafir 1000 kali pembunuhan dan 1000 kali penyembelihan
194 Mereka beribadat kepada Allah dengan secara mereka sendiri dan diterima
oleh Allah.
al-Haft al-Syarif
95
dalam susunan masukhiyyah dan 1000 kali kematian. Al-Mufadhdhal
telah berkata: Apakah perbezaan di antara pembunuhan dan
penyembelihan?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Di antara keduanya adalah sebab
penghalalan dan pengharaman (‘illah al-Tahliil dan al-Tahriim), tidakkah
anda mengetahui, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya setiap sesuatu
yang dibunuh tidak halal dimakan dan yang disembelih halal dimakan.
Demikianlah kafir apabila berada di dalam susunan[binatang] yang halal
dimakan akan disembelih dalam susunannya. Demikianlah setiap
mereka yang dibunuh atau mati, kerana pembunuhan adalah saudara
kematian. Mudah-mudahan pengharaman dan penghalalan pada
Adamiyyiin (manusia) adalah daripada sebab ini dan sebab yang lain
pula adalah dalam musukhiyyah. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai
Maulaaya, apakah dia? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ia mungkin dalam
perubahan rupa (al-Maskh) yang melampau, hina dan penat yang
menyusahkan.
Kemungkinan ia diberi nikmat dalam kehidupannya atau ia
menghadapi kesusahan dan kemiskinan atau menjadi ikhtisas, tetapi
susah atau ia menjadi pemberontak yang kuat. Al-Mufadhdhal telah
berkata: Wahai Maulaaya, sesungguhnya aku lemah untuk
memahaminya? Al-Sadiq a.s telah berkata: Tidakkah anda mengetahui
bahawa di kalangan mereka ada yang jahil dan alim dan ada di kalangan
mereka yang cenderung kepada agama. Al-Mufadhdhal telah berkata:
Wahai Maulaaya, bagaimana dia cenderung kepada agama sedangkan
dia seorang kafir? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya orang jahil
dan arif adalah orang yang bertasbih kepada Allah mengikut kadar
makrifatnya dan ilmunya.
Allah telah berfirman di dalam kitab-Nya: “Tidak ada suatupun
melainkan bertasbih dengan memujiNya”195 Al-Mufadhdhal telah berkata:
Wahai Maulaaya, adakah mereka diberi pahala di atas perkara itu? Al-
Sadiq a.s telah berkata: Ya, mereka menerima [ganjaran] pahala mereka
di dunia ini. Justeru apabila anda melihat, wahai Mufadhdhal, kafir
yang mewah hidupnya, murah rezekinya adalah kerana amalannya di
dalam kekafirannya daripada amalan-amalan baik untuk mukminin.
Maka Allah menunaikan ganjaran pahalanya di dunia, meluaskan
rezekinya dan menyihatkan badannya sehingga menerimanya di
dunianya, kerana Dia Maha Adil tidak zalim.
Jika Dia menunaikan ganjaran pahalanya dalam susunan
kemanusiaannya (Nasutiyyah), maka Dia akan mengembalikan azab
kepadanya dalam musukhiyyah. Lantaran itu, anda melihat di kalangan
mereka mempunyai kehidupan yang baik kerananya. Adapun kekayaan
dan kemiskinan adalah daripada amalan-amalan mereka, kerana Allah
195 Surah al-Israa’ (17): 44
al-Haft al-Syarif
96
tidak akan menghilangkan pahala dari pelakunya sama ada lelaki atau
perempuan sekalipun mereka disusun dalam masukhiyyah.
Maka tinggallah sesuatu daripada amalan-amalan mereka, maka
Allah memberi nikmat kepada mereka yang kamu melihatnya suatu
keadilan, keinsafan, kebijaksanaan, pemutus dan qadha’ yang pemutus
dengan kehendak yang terlaksana dalam ibadat kepada Allah yang
memiliki urusan dan ketinggian yang besar. Bagi-Nya segala pujian dan
bertasbihlah kepada-Nya siang dan malam. Wa s-Salam
BAB 43
☼Makrifat tentang keturunan kafir dan apa yang menimpanya
daripada kebaikan, kejahatan, kefakiran, penyakit, bala, bahaya
pada hartanya dan apakah sebabnya (fi ma‘rifati nasl al-Kafir wa
ma yusiibu-hu min khairin wa syarrin wa faqrin wa suqmin wa
balaa’ wa aafati fi maali-hi wa ma al-‘illatu fi dhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaana al-Sadiq
a.s tentang orang-orang kafir dan pernikahan mereka dalam
masukhiyyah? Dan tentang keturunan yang keluar daripada mereka dan
apa yang menimpa mereka daripada kebaikan, kejahatan, bala,
kesihatan dan apakah sebabnya?
Maka Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sebahagian
daripada mereka yang kafir ada yang disusun dalam bentuk manusia196,
di antara mereka di susun dalam bentuk binatang berkaki empat
(bahiimah) iaitu sebagai balasan di atas amalan-amalan yang
dilakukannya dalam susunan yang pertama (al-Tarkiib al-Awwal). Al-
Mufadhdhal telah berkata: Bagaimana begitu? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Tidakkah anda mengetahui sebahagian binatang (bahiimah)
menikmati kehidupan yang mewah dan mati tanpa penyembelihan atau
patah pada badannya. Di kalangan mereka ada yang disembelih dan ada
di kalangan mereka yang tidak dibunuh dengan memecahkan anggotaanggotanya.
Di kalangan mereka ada yang diazab dengan bermacammacam
azab dan ditimpa dengan bahaya-bahaya yang banyak.
Demikian juga kafir dalam rupa manusia197, Allah melakukannya
sedemikian. Di kalangan mereka ada yang mati di atas hamparannya
dalam kehidupan yang mewah. Di kalangan mereka ada yang dibunuh
dan disembelih dengan bermacam-macam azab seperti kepenatan,
keletihan dalam mencari kehidupan, maka dia di dalam azab yang pedih
dan usaha yang keras. Inilah perbezaan di antara kafir dalam bentuk
196 Selepas susunan yang pertama
197 Selepas susunan yang pertama
al-Haft al-Syarif
97
manusia dan kafir dalam bentuk binatang. Perbezaan di antaranya dan
binatang-binatang adalah dalam makanan, minuman, pakaian dan
kelebihan di kalangan mereka adalah dengan amalan-amalan.
Sesiapa yang mana amalan-amalannya yang baik seperti tasbih,
sembahyang dan zakat mendahuluinya, sesungguhnya Dia menunaikan
pahalanya mengikut kadar ihsan dan kejahatannya. Demikianlah pada
dunia ini.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah bagi kafir
sembahyang, zakat, puasa dan haji? Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, tidakkah anda melihat sembahyang kumpulan Nasrani,
puasa dan haji mereka? Demikian juga kumpulan Yahudi, semua
penganut-penganut agama dan syariat yang bermacam-macam serta
amalan agama mereka yang terkenal? Sebahagian mereka cenderung
kepada amalan-amalan yang baik dan sebahagian mereka pula
cenderung kepada amalan-amalan yang jahat.
Adapun yang cenderung kepada amalan yang baik, maka dia adalah
berbeza dengan yang lain. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah sekalipun, nescaya
dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan
seberat zarrah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya”198
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, ayat ini khusus
untuk mukminin bukan untuk mereka yang kafir, tidakkah
dikhususkan mukmin daripada kafir dalam amalan-amalan yang
tertentu dan apakah balasan mereka yang kafir? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Diringankan azab daripada kafir dalam masukhiyyah dan
sesungguhnya Dialah Maha Penyayang di antara para penyayang. Wa s-
Salam.
BAB 44
☼Makrifat tentang adakah kafir dihina oleh mukmin dan mukmin
dihina oleh kafir? (fi ma‘rifati hal yudhallu al-Kafir min al-Mu’min
wa al-mu’min min al-Kafir?)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaayna al-
Sadiq a.s: Adakah musuh-musuh [Allah] di hina dan bukan para wali-
Nya [di hina] atau para wali-Nya dihina dan bukan musuh-musuh-Nya
di hina di dalam membuat kebaikan dan kejahatan? Maka beliau a.s
telah berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa mukmin berada
dalam bentuk nasutiyyah sedangkan kafir dalam bentuk masukhiyyah
dan di dalam susunan yang bermacam-macam sehingga setiap orang
198 Surah al-Zalzalah (99): 7-8
al-Haft al-Syarif
98
daripada mereka berdua membuat kebaikan atau kejahatan kepada
yang lain sebagaimana dilakukan kepadanya.
Jika dia baik, maka baiklah dia dan jika dia jahat, maka jahatlah
dia. Begitulah berlakunya sunnah Allah pada makhluk-Nya daripada
semua jenis supaya mereka mengetahui sesungguhnya Allah Maha Adil
dan tidak zalim. Sesungguhnya Dia telah menciptakan makhluk di atas
keadilan dan keinsafan tanpa kengkangan ke atas seseorang di sisi Allah
dan Tuhan engkau tidak menzalimi seorangpun. Justeru sebarang
penghinaan [kemudaratan] yang berlaku kepada mukmin daripada kafir
di dunia ini, maka ia kembali kepada sebabnya.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, ini menimbulkan
kehairanan. Al-Sadiq a.s telah berkata: Kehairanan, wahai Mufadhdhal,
adalah pada rahsia Allah, simpanan ilmu-Nya dan perbuatan-Nya
berhubung dengan sebab-sebab keadilan dan keinsafan. Sesungguhnya
apa yang wajib ke atas mukmin adalah penyerahan kepada suruhan-
Nya dan reda dengan hikmah-Nya sebagaimana yang difirmankanNya.
Maka setiap sebab ada hikmahnya sebagaimana aku telah memberitahu
kepada anda. Dan anda melihat kafir menyakiti mukmin untuk
menzahirkan sebab bagi mukmin ke atas kafir sehingga dia dapat
mencari sebab yang terdahulu. Urusan kembali kepada Allah. Dan
bagiNya segala pujian. Wa s-Salam.
BAB 45
☼Makrifat tentang perbuatan mereka yang zalim kepada para wali
dan tanda hama daripada manusia (fi ma‘rifati fi‘li al-Tughaat bi al-
Auliyaa’ wa dallati al-Hawaam min al-Naas)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya kepada Maulaana
al-Sadiq a.s tentang kejahatan mereka yang zalim (tughaat) lagi jahat
terhadap para wali yang baik? Maka beliau a.s telah berkata:
Sesungguhnya tughaat apabila mereka disusun dalam masukhiyyah
dengan rupa manusia (surah insaaniyyah), mereka menzahirkan perkara
yang lama (al-Amr al-Qadiim) terhadap para wali.
Dan para wali kepada mereka sebelumnya dalam susunan yang
terdahulu adalah dalam rupa manusia. Tidakkah anda lihat, wahai
Mufadhdhal, mukmin telah memukul seorang kafir, mencacinya dan
berkemungkinan membunuhnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Begitu juga dia dihina. Al-Mufadhdhal
telah berkata: Ya, aku telah melihat banyak terjadi sedemikian. Al-Sadiq
a.s telah berkata: Dia telah menghinanya dalam susunan masukhiyyah
kemudian dia telah menghinanya pula. Al-Mufadhdhal telah berkata:
Bagaimana mukmin dihina? Al-Sadiq a.s telah berkata: Sebagaimana
al-Haft al-Syarif
99
juga dia dihina. Al-Mufadhdhal telah berkata: Ini aku tidak
memahaminya, wahai Maulaaya, tetapi bagaimana dihina [orang] yang
bukan di dalam susunannya yang bukan di dalam rupa manusia,
apatah lagi jika dia seorang mukmin? Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia
dihina olehnya dengan menzahirkannya kepadanya.
Tidakkah anda melihat, wahai Mufadhdhal, seekor binatang
menyerang seorang lelaki dengan kakinya lalu membunuhnya atau
menggigitnya atau mengenakan kakinya di atasnya dan kemungkinan ia
mencabut kulit kepalanya sedangkan lelaki itu tidak melakukan
sebarang dosa atau jenayah kepadanya, malah tidak membencinya,
maka inilah sebab yang aku telah kemukakannya kepada anda. Dan
sebab [penghinaan] daripada lelaki mukmin kepada lelaki kafir iaitu
ketika dia di dalam susunan yang terdahulu sebelum susunannya yang
mana mukmin dihina, maka inilah semuanya.
Demikian juga mukmin ini, kemungkinan dia telah memukul
binatang itu, lalu membunuhnya dengan pedang atau dia menikamnya
dengan kuat. Maka ini, wahai Mufadhdhal, semuanya. Adapun
seumpamanya, maka dia telah berada di dalam susunan-susunan
sebelum susunan masukhiyyah ini. Al-Mufadhdhal telah berkata:
Ceritakan kepadaku, wahai Sayyidi, jenis-jenis ini, lalu beliau a.s telah
menceritakan kepadanya sehingga sampai kepada sebutan anjing-anjing
(al-Kilaab).
Maka beliau a.s telah berkata: Tidakkah anda melihat seekor anjing
sedang tidur, lalai atau terlupa bagaimana apabila seorang lelaki melalui
di hadapannya, dia memukulnya, atau melontarnya atau menikamnya
sedangkan anjing itu tidak melakukan sebarang jenayah atau perkara
yang tidak disukainya kepadanya? Al-Mufadhdhal telah berkata: Ya,
wahai Maulaaya, aku telah melihat banyak dari jenis ini dan apakah
sebabnya dan ceritalah kepadaku, wahai Maulaaya? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Demikian juga seorang lelaki melalui [di hadapan] seekor
anjing, lalu anjing itu mengikorinya.
Kemudian dia menendang kakinya atau melompat di atas
belakangnya, lalu dia menggigitnya. Sesungguhnya lelaki itu ketika
melalui anjing itu, tidak mengenalinya dan tidak pernah melihatnya
sebelum hari itu atau kemungkinan lelaki itu telah berkahwin dengan
perempuan (imraah) anjing ini, kerana dia di dalam susunan rupa
manusia. Kehidupan permulaannya seperti manusia dari segi makanan,
minuman, pakaian, tunggangan dan lain-lain. Maka Allah
membinasakannya dengan azab penyembelihan atau pembunuhan
sehingga dia sampai kepada kecelakannya di dunia.
Lelaki itu kemungkinan telah mengahwini perempuannya,
mendiami rumahnya dan memakai pakaiannya, lantas anjing itu
mengenalinya dalam susunan masukhiyyahnya. Justeru apabila anjing
itu melihatnya, dia menyalak, melompat ke atasnya atau menggigitnya
al-Haft al-Syarif
100
di mukanya. Demikianlah dengan binatang-binatang buas (al-Sibaa’)
dan binatang-binatang yang membunuh manusia kemungkinan
sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain.
Sebahagian manusia tidak memakannya dan sebahagian mereka
memakannya. Sesungguhnya manusia akan disoal tentang kadar
jenayahnya dan dosanya, maka ambillah, wahai Mufadhdhal, semua
jenis binatang yang merayap (hawaam) 199 sebagai contoh dalam hal ini,
maka ia adalah sama sahaja. Al-Sadiq a.s telah menceritakan semuanya
sehingga kepada pepijat, nyamuk, semut, tebuan dan lebah.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, musim
panas pergi disebabkan musim sejuk dan musim sejuk pergi disebabkan
musim panas, pembangunan daripada kehancuran dan kehancuran
daripada pembangunan, air daripada api dan api daripada air.
Sesungguhnya demam yang menimpa manusia mempunyai rahsia yang
tersimpan dan ilmu yang dirahsiakan.
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi daripada sesuatu, sama ada
di bumi atau di langit dan Dia tidak disibukkan oleh sesuatu perkara
kerananya. Tuhan engkau tidak menzalimi sesiapapun. Dia tidak
menyuruh sesiapa di dalam kezaliman dan sesungguhnya Dia
mengambil binatang daripada lelaki supaya dia meludah ke mukanya.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, binatang ini
dikembalikan dalam bentuk masukhiyyah sehingga dia meludah di
muka mukmin.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya binatang
(bahiimah) adalah daripada amalan mukmin itu dan binatang diciptakan
daripada maksiat-maksiat mukmin. Binatang-binatang itu pada
pusingan yang pertama adalah di dalam rupa manusia. Maka mukmin
telah melakukan jenayah atau dosa terhadap binatang-binatang
tersebut, maka Dia mewajibkan kisas [ke atasnya] dengan bermacammacam
azab. Wa s-Salam.
BAB 46
☼Makrifat tentang susunan masukhiyyah pada kafir dan susunan
nasutiyyah pada mukmin serta kelebihan di antara keduanya (fi
ma‘rifati taraakiib al-Masukhiyyah fi al-Kafir wa taraakiib al-
Nasutiyyah fi al-Mu’min wa al-Fadhl baina-huma)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Sayyidi tentang
susunan kafir dalam masukhiyyah dan susunan mukmin dalam
nasutiyyah? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal,
199 Hama
al-Haft al-Syarif
101
sesungguhnya mukmin kadangkala di susun dalam nasutiyyah dengan
rupa manusia,200 kemudian dia disusun dalam rupa manusia yang lain
pada setiap pusingan (fi kulli adwaar). Aku telah berkata: Kafir apakah
keadaannya ketika dalam susunan-susunan?
Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya kafir apabila disusun dalam
masukhiyyah, maka dia tidak akan disusun dengan rupa manusia yang
asal. Malah dia disusun dalam rupa binatang (bahiimah) atau binatangbinatang
yang buas (al-Sibaa’) atau binatang-binatang yang liar (al-
Wuhuuth) sehingga kepada rupa yang lebih teruk daripadanya.
Dan inilah keadaannya hingga beberapa abad lamanya. Dia tidak
akan dikembalikan kepada rupa manusia. Adapun mukmin, maka Allah
telah menyelamatkannya dari disusun dalam rupa binatang-binatang
(bahaa’im) ternakan atau binatang-binatang buas dan lain-lain. Wahai
Mufadhdhal, sesungguhnya mereka yang dimasukkan ke dalam
masukhiyyah, tidak akan dikembalikan kepada [rupa] manusia.
Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Pada hari ketika mereka
diazab di atas api neraka”201 Dan Dia berfirman: “Rasakanlah azab
neraka yang dahulu kamu mendustakannya”202 Iaitu azab di badanbadan.
Dan Allah berfirman: “Sesungguhnya mereka yang bertakwa
berada di dalam taman-taman dan di mata air-mata air sambil mengambil
apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya
mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik”203
Dan makna firman-Nya: “Pada hari ketika mereka diazab di atas api
neraka”204 Rasakanlah fitnah kamu, fitnah yang mereka merasakkanya,
wahai Mufadhdhal, mereka merasakannya dalam masukhiyyah seperti
kepenatan, keletihan, perubahan rupa dan lain-lain azab seperti
pembunuhan, penyembelihan dan kesakitan. Kemudian beliau a.s
membaca firman-Nya: “Iaitu hari yang seorang karib tidak dapat memberi
manfaat kepada karibnya sedikitpun dan mereka tidak akan mendapat
pertolongan”205 dan firman-Nya: “Sesungguhnya mereka yang bertakwa
berada di dalam taman-taman dan di mata air-mata air sambil mengambil
apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya
mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik”206
Wahai Mufadhdhal, firman-Nya: “Sambil mengambil apa yang diberikan
kepada mereka oleh Tuhan mereka”
200 Pada kali kedua dan seterusnya
201 Surah al-Dhaariyaat (51): 13
202 Surah al-Sajdah (32): 20
203 Surah al-Dhaariyaat (51): 15-16
204 Surah al-Dhaariyaat (51): 13
205 Surah al-Dukhaan (44): 41
206 Surah al-Dhaariyaat (51): 15-16
al-Haft al-Syarif
102
Iaitu keamanan daripada masukhiyyah dan berhubung dengan
mereka kepada darjat nuqabaa’207 , nujabaa’208 dan abwaab 209sehingga
bertemu dengan mereka yang terpilih (al-Asfiyaa’), berjabat tangan
dengan malaikat, menaiki langit dan turun ke bumi, tidak ada
sesuatupun yang menghalang mereka. Dan firman-Nya: “Sesungguhnya
mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik”210
Iaitu mereka mengakui keesaan-Nya, menyerah diri kepada Yang Maha
Tinggi yang dapat menzahirkan dalam bentuk yang dia kehendaki,
memasuki ke dalam hijab yang dikehendakinya, Dialah Yang Maha
Tinggi lagi Maha Besar. Wa s-Salam.
BAB 47
☼Makrifat tentang adakah mukmin menjadi hamba kepada kafir dan
kafir menjadi hamba kepada mukmin serta apakah sebabnya? (fi
ma‘rifati hal yakunu al-mu’min ‘abdan lil-kafir wa al-Kafir ‘abdan
li-al-Mu’min?)☼
Al-Mufadhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaana al-Sadiq
a.s tentang mukmin adakah dia menjadi hamba kepada mukmin dan
kafir serta sebabnya? Maka al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, sesungguhnya makna perhambaan (al-‘Ubudiyyah) ada dua
makna: Pertama: Mukmin menjadi hamba milik seorang mukmin
saudaranya dan dia tidak menjadi hamba milik kafir. Sebabnya bahawa
mukmin pada pusingan yang pertama adalah saudara bagi mukmin ini
yang telah memilikinya pada pusingan yang kedua.
Maka mukmin ini adalah lebih luas dunianya dan lebih senang
daripadanya, tetapi dia tidak menolongnya, tidak mengemukakan apa
yang wajib dilakukannya kepadanya dengan sewajarnya. Mukmin ini
telah berharap bahawa dia akan mendapat kebaikan daripadanya, tetapi
mukmin ini telah mengabaikannya dalam menunaikan haknya ke
atasnya.
Maka dia mulai memenatkannya beberapa hari, tanpa mendapat
kebaikan daripadanya sehingga apabila dia berada di pusingan yang
kedua (al-Karrati al-Thaaniyati) maka Allah menghina mukmin ini
kerana tidak menunaikan haknya ke atas saudara-saudaranya sehingga
terputus harapannya. Justeru mukmin yang susah tadi memiliki
perhambaan mukmin ini untuk memenatkannya pula di dalam
perhambaan dengan kadar kepenatan dan kesusahan yang diterima
207 Ketua-ketua
208 Mereka yang cerdik
209 Penjaga-penjaga
210 Surah al-Dhaariyaat (51): 15-16
al-Haft al-Syarif
103
olehnya [dahulu], kerana Allah Maha Adil tidak zalim dan Maha
Bijaksana sebagaimana aku telah memberitahukan anda.
Aku telah berkata: Ceritakan kepadaku makna perhambaan yang
kedua, al-Sadiq a.s telah berkata: Makna kedua adalah perhambaan di
antaranya dan Tuhannya, kerana mukmin mempunyai darjat yang
banyak dan setiap batas daripada darjat-darjatnya ada alamat yang
tersendiri. Darjat yang paling rendah adalah apa yang diwajibkan ke
atasnya pada zahir seperti sembahyang, puasa, haji, zakat, jihad dan
lain-lain syariat menurut batas perhambaan (‘ubudiyyah) sehingga dia
sampai ke darjat kemerdekaan (ahraar). Al-Mufadhdhal telah berkata:
Apakah darjat kemerdekaan, wahai Maulaaya? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Apabila dia mengetahui hak Allah dengan sebenarnya dan
berakhir pada makrifat, maka dia pada ketika itu bebas, sesungguhnya
dia telah merdeka dan dibebaskan daripada belenggu serta keluar
daripada kesesatan.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, ceritakan kepadaku
makrifat kepada Allah dengan sebenarnya dan kesudahan makrifat? Al-
Sadiq a.s telah berkata: Apabila dia mengetahui Allah secara ikhlas
tanpa syak dan ragu dan mengakui Tuhannya Yang Maha Tinggi.
Mengakui ketuhanan-Nya dan keesaan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha
Kaya lagi Maha Mulia (ghaniyyun ‘aziizun). Al-Mufadhdhal telah berkata:
Apakah makna Maha Kaya lagi Maha Mulia? Al-Sadiq a.s telah berkata:
Kaya dengan diri-Nya tanpa orang lain, Dia tidak berhajat kepada
seorangpun daripada makhluk-Nya sedangkan semua makhluk berhajat
kepada-Nya, mereka berhajat kepada kekuasaan-Nya, kebesaran-Nya
dan kemuliaan-Nya.
Maka ketika itu mukmin mengetahui Allah dengan sebenarnya dan
berakhir kepada makrifat. Sesiapa yang tidak mengetahui Allah dengan
sebenarnya, dengan sifat ini, maka dia adalah seorang hamba yang
dimiliki, tetapi apabila dia mengetahui Allah dengan sifat ini, maka dia
telah berakhir kepada makrifat dan menjadi merdeka lagi ditaati di
mana saja dia pergi dari bumi atau langit. Al-Mufadhdhal telah berkata:
Adakah dia layak ke langit? Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia tidak ditaati
melainkan dilangit? Tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, tidak
ada nabi yang diutus, tidak ada sahabat dan syahid melainkan
mengetahuinya, mentaatinya dan mengetahuinya bahawa dia adalah
seorang lelaki yang ikhlas kepada Allah.
Kebanyakan tempat tinggalnya dilangit bersama-sama para
malaikat, dia naik kepada mereka apabila dia kehendaki dan turun
apabila dia kehendaki, bumi dilipatkan untuknya, semua pokok, gunung
dan lain-lain mengetahuinya bahawa dia adalah seorang wali yang
ikhlas. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah ada jalan
pada zaman ini seorang tertentu boleh mencapai sifat ini?
al-Haft al-Syarif
104
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, wahai Mufadhdhal, terdapat manusia
yang ramai, kemungkinan seorang daripada mereka memberi salam
kepadaku dan hadir di sisiku sedangkan anda hadir sama dalam
majlisku, tetapi anda tidak mengetahui mereka. Al-Mufadhdhal telah
berkata: Sesungguhnya anda telah bermurah hati kepadaku, wahai
Maulaaya, anda telah mengajarku, justeru aku mahu berkata sesuatu.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Aku telah mengetahui apa yang terlintas di
hatimu. Sesungguhnya telah terlintas di hati anda bahawa anda mahu
bertanyaku supaya aku membentangkan kepada anda sebahagian
mukminin. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, demi Allah,
ia begitulah sebagaimana kata-kata anda.
Maka beliau a.s telah berkata: Katalah apa yang anda mahu… Demi
Allah, belum sempat aku menyempurnakan soalanku, tiba-tiba seorang
lelaki telah mendatanginya dan beliau a.s telah membuka pintu. Al-
Sadiq a.s telah berkata: Ini adalah daripada mereka, maka dia telah
masuk dan memberi salam. Justeru kami telah menjawab salamnya dan
dia terus duduk di sisi Maulaaya al-Sadiq a.s dan beliau a.s telah
berkata: Wahai Mufadhdhal, tanyalah dia, wahai Mufadhdhal, apa yang
anda mahu. Maka aku telah berkata: Dari manakah anda telah datang,
wahai saudaraku? Dia telah berkata: Dari langit.
Kemana anda mahu pergi? Dia telah berkata: Aku telah datang
untuk memberi salam kepada Sayyidi dan Maulaaya, al-Sadiq a.s. Aku
telah berkata: Sesungguhnya Maulaaya telah menceritakan kepadaku
bahawa gunung-gunung, lautan-lautan dan pokok-pokok jika anda
menyuruh mereka, maka mereka akan mentaati anda. Lelaki itu telah
berkata: Ya, lebih banyak perkara mentaatiku. Iaitu bumi dan langit.
Begitu juga syurga dan neraka. Lantas Maulaaya al-Sadiq a.s tersenyum
dan berkata kepadanya: Anda memang benar. Al-Mufadhdhal telah
berkata: Subhaanallahi Rabbi l-‘Aalamiin. Dia telah berkata: Adakah
anda bertasbih kerana hairan kepada kata-kataku?
Aku telah berkata: Ya, demi Allah. Dia telah berkata: Allah memberi
kepadaku lebih besar daripada langit, bumi, syurga dan neraka. Aku
telah berkata: Apakah dia? Dia telah berkata: Allah Tuhan semesta alam
mentaati aku (yuti‘uni llahu rabbu al-‘aalamiin), Dialah Pencipta perkaraperkara
ini dan menetapkannya. Aku telah berkata: Apakah ketaatan
Allah kepada anda? Dia telah berkata: Aku meminta [sesuatu] daripada-
Nya (asalu-hu fa-yu‘tii-nii), lalu Dia memberinya kepadaku, aku
menyeruNya, maka Dia menyahuti seruanku, justeru manakah ketaatan
yang lebih daripada itu (fa-ayyu taa‘atin akbar min-dhalika)?
Aku telah berkata: Maulaaya al-Sadiq a.s memang benar. Al-Sadiq
a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya anda merasa
hairan dan membenar kata-katanya. Berita tidaklah sama dengan
penglihatan [anda sendiri], kemudian aku memintanya supaya
menunjukkan sesuatu kepadaku tentangnya. Al-Mufadhdhal telah
al-Haft al-Syarif
105
berkata: Maka aku telah melihat bahawa tidak ada perkara yang lebih
dekat kepadaku selain daripada pohon [anggur] di rumah Maulaaya,
maka aku telah memintanya supaya dia memerintahkan pohon itu
dalam urusan yang dia memilihnya.
Maka dia telah berkata kepadanya: Wahai pohon, datang ke mari,
maka pohon itu datang menembusi bumi kerana takut sehingga ia
berdiri di hadapannya. Kemudian dia telah berkata: Wahai pohon,
berilah kami makan daripada buah-buahan anda yang segar. Pada masa
itu bukanlah musim buah-buahan. Maka pohon itu menggerakkan
dahan-dahannya sementara pelepahnya mendekati daun-daunnya
sehingga ia memberi makan [buahnya] kepada kami, tiba-tiba di atasnya
buah-buahan yang banyak. Kemudian Maulaanya telah menghulurkan
tangannya dan memetiknya dengan tangannya yang mulia, kami telah
mengambilnya dan memakannya. Ia mempunyai tiga jenis buah-buahan
yang segar. Kemudian dia telah berkata kepada pohon itu:
Bertebaranlah, lalu ia bertebar sehingga ia memasuki setiap sudut
rumah.
Kemudian dia telah berkata kepadanya: Kembalilah, maka ia
kembali kepada tempatnya. Maka dia telah berkata kepadaku: Wahai
saudaraku, wahai Mufadhdhal, adakah anda hairan apa yang anda telah
melihatnya? Aku telah berkata: Ya, demi Allah. Maulaaya al-Sadiq a.s
telah berkata: Janganlah anda menjadi hairan, wahai Mufadhdhal, jika
dia memerintahkan gunung-gunung yang kukuh supaya berjalan
bersama-samanya, nescaya ia berjalan. Jika dia memerintahkan lautanlautan
supaya bergelora, nescaya dia bergelora. Jika dia memerintahkan
langit supaya menurunkan hujan, nescaya ia menurunkan hujan.
Jika dia memerintahkan bumi supaya menumbuhkan [sesuatu],
nescaya ia menumbuhkan[nya]. Wahai Mufadhdhal, dia telah
melakukan pada hari kita ini lebih banyak daripada itu ketika anda
bertanya kepadaku tentang para wali, mukminin, sifat-sifat mereka dan
darjat-darjat mereka. Wali ini, wahai Mufadhdhal, di langit ketujuh,
maka dia turun pada jam ini. Ini adalah melebihi apa yang aku telah
ceritakan kepada anda dan anda telah melihatnya di kalangan para wali.
Aku telah berkata: Berapa lamakah baginya untuk mencapai tahap ini,
wahai Maulaaya? Al-Sadiq a.s telah berkata: Dalam 21 pusingan
(karratan). Wa s-Salam.
BAB 48
☼Makrifat tentang berapa lamakah mukmin akan sampai sehingga
menjadi seorang yang ikhlas, kemudian dia naik ke langit dan turun
ke bumi (fi ma‘rifati kam yablughu al-Mu’min hattaa yakuna
mukhlisan thumma ya‘ruju ila al-Samaa’ wa yanzili ila al-Ardh)☼
al-Haft al-Syarif
106
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-Sadiq
a.s berapa lamakah mukmin akan sampai dan meningkat kepada darjatdarjatnya
sehingga dia menjadi seorang yang ikhlas, naik ke langit dan
turun ke bumi? Beliau a.s telah berkata: Dalam 21 pusingan. Aku telah
berkata: Berapakah kadar pusingan tahun, wahai Maulaaya? Beliau a.s
telah berkata: Selama 1077 tahun, mukmin berpusing padanya
sebanyak 21 kali.
Justeru setiap seratus tahun daripada tahun-tahun ini berlaku dua
pusingan (karrataini). Apabila dia berada dalam satu pusingan itu
melebihi 50 tahun, maka umurnya akan berkurangan pada pusingan
kedua mengikut kadar kelebihan umurnya yang melebihi 50 tahun pada
pusingan yang pertama. Apabila dia hidup pada pusingan yang pertama
kurang daripada 50 tahun, maka umurnya akan bertambah mengikut
kadar umurnya yang kurang daripada 50 tahun pada pusingan yang
pertama di atas kiraan ini sehingga ia menjadi 21 pusingan pada 1077
tahun dan 7 jam. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, kadang-kadang
seorang itu boleh hidup selama 120 tahun dan kemungkinan ia melebihi
umur tersebut?
Maka beliau a.s telah berkata: Ini juga kemungkinan dia akan mati
pada masa itu juga atau kemungkinan pada hari ajalnya sedangkan dia
masih berada pada pusingan yang pertama211. Kemungkinan baginya 2
pusingan dan dia hidup dalam 2 pusingan selama 1 tahun atau kurang
daripada 1 tahun. Apa yang melebihi 100 tahun, maka ia membawa
kepada kekurangan 2 pusingan. Ini jika tidak berlaku kekurangan atau
kelebihan pada pusingan. Adapun pusingan 21, maka ia tidak melebihi
1077 tahun dan 7 jam. Demikianlah sehingga tidak tinggal sekalipun
kafir yang telah mengemukakan kebaikan atau kejahatan atau sesuatu
daripada amalannya melainkan dia mendapatinya di dunia. Kemudian
al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, dunia ini adalah tempat
balasan, tempat ganjaran dan [tempat] membalas dendam.
“Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna
terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak
dizalimi”212 Maka pada kadar ini masukhiyyah berubah pada kali
keduanya dan sebelum kali keduanya, berpusing kepada setiap yang
mati, yang hidup, yang diazab dan yang dibunuh sehingga mereka
binasa di dalam waktu-waktu ini. Dan yang lainnya, pedang diletakkan
pada mereka, maka ia menjadi balasan mereka yang terakhir dengan
kepanasan besi sehingga tidak ada yang tinggal melainkan setiap
mukmin yang ikhlas imannya dan bersih hatinya. Ia berlaku ketika
kedatangan al-Qaim a.s. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya,
211 Sekalipun dia berumur 120 tahun, maka dia masih di dalam pusingan
pertama menurut kiraan tersebut. Sepatutnya dia berada di dalam pusingan
ketiga.
212 Surah al-Baqarah (2): 281
al-Haft al-Syarif
107
bagaimana perkara ini menjadi tersembunyi [sekarang] sedangkan
ketika zahirnya al-Mahdi ia menjadi zahir lagi terdedah?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, ia tidak boleh
ditimbangkan dengan langit dan bumi, gunung dan laut, zaman dan
semua ciptaan Allah bahawa dia akan mendedahkan perkara-perkara
Bani Adam dan perkara Bani Adam tidak akan terdedah melainkan
ketika zahirnya al-Qaim. Tidakkah anda mengetahui apa yang
disabdakan oleh Rasulullah s.a.w? Baginda s.a.w telah bersabda: Al-
Qaim akan membunuh setiap taghut 213yang angkuh, memecahkan salib
dan agama semuanya menjadi milik Allah sehingga mukmin melalui di
gunung sedangkan kafir sedang bersembunyi?
Apabila mukmin melaluinya, maka gunung menyerunya: Wahai
mukmin, sesungguhnya kafir ini sedang bersembunyi di sebalikku,
datanglah dan bunuhlah dia. Dan mukmin melalui di hadapan pokok,
maka ia berkata sedemikian, kerana al-Qaim diutus ketika zahirnya
dengan pedang, pendedahan dan kezahiran. Dan Allah Maha
Mengetahui, Maha Bijaksana melakukan sesuatu apa yang Dia
kehendakiNya. “Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan
merekalah yang akan ditanya”.214 Segala puji bagi Allah, Maulaana,
Pemberi petunjuk kami dan Penunjuk kami. Wa s-Salam.
BAB 49
☼Makrifat tentang apa yang dikenali sebagai penyakit dan bala
yang berlaku kepada mukmin dan kafir serta sebab berlakunya
kepada mereka berdua (fi ma‘rifati ma yu‘rafu min al-‘aahaat wa
al-aafaat al-lati tu‘radhu lil-mu‘min wa al-Kaafir wa al- ‘illatu fihi-
maa)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-Sadiq
a.s tentang mukmin yang diturunkan bala, penyakit dan bencana pada
keluarganya, dirinya dan anaknya. Kita melihat penyakit-penyakit ini
juga berlaku kepada kafir, maka apakah sebabnya? Beliau a.s telah
berkata: Adapun penyakit, bencana dan lain-lainnya yang berlaku pada
mukmin, maka mukmin, wahai Mufadhdhal, yang terlintas di hatinya
perasaan jahat terhadap hak-hak saudara-saudaranya dan dia
mendengar perkataan jahat tentang mereka, lalu dia meraguinya,
kemudian orang lain menyebutnya pula di sisinya, lantas dia mengambil
berat tentangnya.
213 Orang zalim
214 Surah al-Anbiyaa’ (21): 23
al-Haft al-Syarif
108
Kemudian terlintas di hatinya bahawa asal perkataan itu
menyentuh tentang keturunannya, bercampur-aduk daripada saudarasaudaranya,
justeru mukmin itu menyangka jahat terhadap saudaranya
mukmin tanpa bukti yang kukuh di sisinya, maka ketika itu dia
menyembunyikan kejahatan dan kemarahan dalam dirinya terhadap
saudaranya yang mukmin. Adapun mukmin yang lain, maka dia
melupainya dan menziarahinya dalam keadaan ini. Dia
menyembunyikan sesuatu di dalam dirinya terhadapnya, kemudian dia
mengabaikannya dan melahirkan perasaan dingin terhadapnya kerana
berita yang tidak berasas telah sampai kepadanya sedangkan
saudaranya yang mukmin tidak bersalah terhadapnya.
Kemungkinan saudaranya yang pertama telah menzaliminya dan
mengaitkannya dengan perkara yang tidak ada kaitan dengannya.
Kemudian dia tidak reda apa yang dilemparkan kepada saudaranya
sehingga dia menyembunyikan kejahatan dan hasad di hatinya
terhadapnya. Justeru kezaliman tertumpu ke atas saudaranya,
pertamanya sangkaan buruk terhadapnya yang mana dia tidak pernah
berkata sedemikian dan keduanya kejahatan yang disembunyikan di
dalam hatinya terhadapnya.
Kemudian dia tidak reda sehingga dia berjumpanya dengan muka
yang masam, maka dia mengabaikannya dan melahirkan kedinginannya
terhadapnya sedangkan dia wajib bertanya kepada saudaranya dan
membebaskannya daripda perkara tersebut. Justeru ini adalah suatu
kezaliman dan kejahatan. Kemungkinan ia membawa kepada
berlakunya perbalahan di antara mereka, lalu dia menyebutnya apa
yang tidak layak baginya.
Lantas dia menyebut saudaranya dengan cacian. Semuanya
disebabkan kejahilan urusannya tanpa membenarkan saudaranya di
sisinya mengambil haknya. Ini adalah langkah syaitan yang menunjang
di hatinya sehingga dia tidak fikir ada orang lain yang lebih layak
daripadanya. Kemungkinan ia membawa kepada terputus
perhubungannya dan penghinaannya di sisi saudara-saudaranya. Dia
menyangka buruk terhadap saudara-saudaranya jika mereka menyebut
perkara itu sehingga orang ramai pula menyebutnya dan bercakapcakap
tentangnya di majlis-majlis atau di jalan-jalan.
Maka mukmin yang pelupa, tidak ada dosa baginya jika dia
menyebut saudaranya dengan sesuatu sehingga ia sampai kepadanya
dan berkata: Aduhai dukacitanya anda bahawa orang ramai berkata:
Sesungguhnya anda telah berkata kepadaku itu dan ini, maka dia
berkata: Subhaanallah, anda menuduh aku dengan perkara ini, maka
dia berkata: Ya, kemudian dia berdukacita dan berkata: Wahai
Tuhanku, sesungguhnya anda mengetahui bahawa aku tidak berkata
sedemikian, malah ia tidak terlintas dihatiku. Sesungguhnya aku telah
berkata sesuatu kepada anda, maka cukuplah anda buatku. Kemudian
al-Haft al-Syarif
109
dia menyimpan dendam terhadap saudaranya yang mukmin: Wahai
Mufadhdhal, sesungguhnya Tuhan anda Maha Adil, tidak zalim. Justeru
Dia mengenakan halangan-halangan kepada mukmin ini, kemungkinan
fitnah akan berlaku kepada keluarganya.
Itu disebabkan kejahilannya terhadap saudaranya tanpa
menggunakan akal dan bukti di sisinya. Pendapat ada yang betul dan
ada yang salah dan sebahagian sangkaan itu adalah dosa: Inilah
penyakit-penyakit dan bencana-bencana di dunia ini dan kerananyalah
berlakunya fitnah. Dan ianya berlaku pada jiwa, keluarga, harta dan
anak sebagaimana aku telah membacanya kepada anda.
Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya Allah membalas dendam
daripada tuannya dan bala ini adalah untuknya dan dengannya untuk
kebaikannya di dunia dan di akhirat. Kerana semua penyakit dan
bencana yang dibentangkan kepadanya adalah untuk membersihkan
dirinya daripada dosa kesalahan yang terlintas di hatinya. Kemungkinan
dia menuduh mukmin dengan sangkaan yang jahat tanpa bukti.
Kemungkinan dia mengalami dukacita dan kesusahan sebagaimana
dialami oleh saudaranya yang mukmin. Sesungguhnya polan telah
mengatakan kepada anda itu dan ini, lalu dibentangkannya kepada
saudara-saudaranya, maka dia berdukacita kerananya. Dukacita dan
kesusahan makin bertambah ke atas mukmin yang kedua, maka ia
akan berlaku kepada mukmin yang pertama jika ia tidak berlaku kepada
mukmin yang kedua, wahai Mufadhdhal, semua penyakit dan bencana
ini jika tidak berlaku kepada mukmin yang pertama, nescaya mukmin
sebelumnya mengikutinya. Apabila Allah membalas dendam-Nya
kepadanya, maka segala perbuatan Allah kepada mukmin adalah untuk
kebaikannya.
Justeru mukmin yang sempurna apabila berlaku musibah
kepadanya berkata: Mudah-mudahan ini akan mendatangkan kebaikan
kepadaku di dunia dan di akhirat. Dan aku tidak menyangka jahat
terhadap Tuhanku pada hukum-Nya. Kemungkinan saudaranya yang
lain berkata kepada saudaranya yang mukmin: Janganlah anda
berdukacita tentang perkara itu dan janganlah memberi perhatian
kepadanya. Mudah-mudahahn ia untuk kebaikan anda. Janganlah anda
mengambil berat tentangnya dan janganlah anda menyangka jahat
kepada Tuhan kamu tentang penetapan-Nya dan redalah dengannya,
maka mukmin ini menjadi tenang dengan kata-kata ini.
Kemudian hati mukmin ini mendengarnya dan berkata kepada
dirinya sebagaimana kata-kata anda, segala puji bagi Allah. Dia berkata:
Wahai Tuhanku, bagi-Mu segala pujian. Maka ketika itu segala kotoran
dosa yang disebabkan oleh kejahilannya terkeluar daripadanya, maka
fahamilah, wahai Mufadhdhal, ia menjadi cepat dan kecepatan itu ada
sebabnya dan penangguhan juga ada sebabnya. Aku telah berkata:
Wahai Sayyidi, mukmin ini bersama saudaranya mukmin aku telah
al-Haft al-Syarif
110
mengetahuinya dan aku telah mengetahui sebab semua penyakit dan
bencana, justeru beritahulah kepadaku, wahai Maulaaya, tentang kafir
yang dikenakan penyakit dan bencana sehingga kepada keluarganya,
hartanya dan anaknya, apakah sebabnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhal, sesungguhnya kafir
yang dikenakan penyakit dan bencana adalah [seperti] sahabat mukmin
yang telah menyebut saudaranya mukmin dengan kejahatan dan dia
menerima akibatnya. Dia adalah sebagai lawan mukmin yang dikenakan
bencana dan dia telah mengabaikan urusannya ke atas mukmin, tetapi
Allah, tidak ada yang tersembunyi daripada-Nya dan dia telah melanggar
hak mukmin itu dan berhak menerima balasan. Justeru mukimin
diambil daripada kejahatannya dan kejahilannya.
Oleh itu, kehairanan yang terlintas di hati mukmin ini terhadap
saudaranya yang mukmin adalah satu kesalahan. Sesungguhnya ia
adalah balasan kerana kafir ini. Sesungguhnya ditutup daripada
mukmin urusannya dan dosanya. Semuanya tidak tersembunyi
daripada Allah. Lantas Allah memarahi wali-Nya yang mukmin. Lalu dia
membalas dedam kepada kafir ini tanpa taubat ke atasnya.
Apabila diturunkan bencana, maka dia akan diganti daripada dosa
tanpa taubat dan berlakulah apa yang menimpanya. Aku telah berkata:
Wahai Maulaaya, apa yang akan dibentangkannya? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Dia akan ditamatkan dengan kejahatan dan akan dikembalikan
kepada susunannya dalam masukhiyyah yang [melakukan] zina. Maka
ini adalah sebab yang menimpa kafir dan mukmin. Adapun bencanabencana
yang dibentangkan kepada mukmin sama ada merupakan
penyakit-penyakit dan bencana-bencana adalah untuk
membersihkannya di akhirat. Adapun bencana yang dikenakan kepada
kafir, maka ia adalah satu pembalasan dendam.
Allah memarahinya dan menamatkannya dengan masukhiyyah
sebagaimana aku telah memberitahu anda tentangnya. Sesungguhnya
ilmu ini, wahai Mufadhdhal, adalah rahsia Allah dan rahsia simpanan-
Nya yang tidak diketahui oleh seorangpun di kalangan hamba-hamba-
Nya melainkan para wali-Nya yang khusus. Justeru Allah telah
mewajibkan supaya ilmu ini tidak diketahui oleh orang yang hina lagi
najis. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Yang Mengetahui
perkara ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun
tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredai-Nya, maka
sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga di muka dan di
belakangnya”215
Wahai Mufadhdhal, anda dan Syiah kita, ilmu-ilmu kami tidak
keluar melainkan sedikit sahaja di dunia ini dan kepada mereka yang
215 Surah al-Jinn (72): 26-27
al-Haft al-Syarif
111
tertentu pula216. Lantaran itu, janganlah kamu bersimpati, janganlah
kamu cenderung dan janganlah kamu menyeleweng. Al-Mufadhdhal
telah berkata: Wahai Maulaaya, apa makna penyelewengan (al-Inhiraaf)?
Beliau a.s telah berkata: Bersimpati iaitu jika dia cenderung, nescaya
kamu cenderung kepadanya. Dan bagi-Nya pujian yang berterusan. Wa
s-Salam.
BAB 50
☼Makrifat tentang bagaimana mukmin menjadi kaya atau miskin di
dunia sementara kafir demikian juga (fi ma‘rifati kaifa yakun al-
Mu’min muwassa‘an wa muqtarran ‘alai-hi fi al-Dunia wa al-Kaafir
kadhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-Sadiq
a.s tentang mukmin di dunia ini menjadi miskin, berhajat sesuatu
daripada orang ramai kerana terpaksa lagi mengeluh, menghabiskan
tenaga yang banyak, dukacita dan sangsara yang berterusan. Kadangkadang
dia melihat orang lain di kalangan saudara-saudaranya hidup
mewah tidak berhajat kepada harta orang lain. Dia juga melihat orang
kafir yang memenatkan hidupnya tanpa kemewahan. Apakah sebab
terjadinya sedemikian?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, adapun mukmin
yang anda melihatnya di dunia ini miskin, maka sesungguhnya mukmin
ini pada salinannya217 (naskhu-hu) yang pertama, seorang yang kaya di
sepanjang hidupnya mempunyai ramai saudara-saudaranya mukminin
yang wajib ke atasnya menjaga mereka, memberi mereka makan dan
pakaian. Kemudian dia mengabaikan apa yang wajib ke atasnya,
kemudian melupai mereka pula sehingga dia tidak menjaga wasiat Allah
pada saudara-saudaranya mukminin.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah wajib di
atas mukmin ke atas saudaranya yang mukmin bersyarikat dengannya
dalam perkara-perkara ini? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, wahai
Mufadhdhal, bacalah ayat ini: “Dan apa saja musibah yang menimpa
kamu, maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah
memaafkan sebahagian besar (dari kesalahanmu)”218 Tidakkah anda
mengetahui, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya mukmin baginya hakhak
ke atas saudara-saudaranya yang mukminin dan mereka juga sama
dalam hak-hak ini?
216 Sedikit sahaja ilmu yang diberikan kepada kamu.
217 Kejadiannya yang pertama
218 Surah al-Syuura (42): 30
al-Haft al-Syarif
112
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah hak-hak ini? Al-Sadiq
a.s telah berkata: Wajib ke atas mukmin tidak memakan makanan
melainkan dengan izin saudaranya yang mukmin. Dia tidak membuat
sesuatu yang mewah di dunia ini melainkan dengan izinnya. Aku telah
berkata: Wahai Sayyidi, adakah hak-hak ini wajib ke atas semua
mukminin? Beliau a.s telah berkata: Tidak. Sesungguhnya hak-hak ini
wajib bagi mukmin yang miskin, berhajat kepada orang ramai. Adapun
mukmin yang sama dengan saudaranya dari segi harta, maka tidak
wajib ke atasnya sesuatupun daripada perkara itu.
Dan sesiapa yang memiliki sesuatu di sisinya, tetapi saudaranya
tidak memiliki sedemikian sekalipun satu dinar atau seekor binatang,
maka menjadi hak orang yang mendapat keuntungan dalam perniagaan
menjaga hak mukmin kerana dia adalah daripada zuriatnya dalam
keimanan. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, perkara ini adalah sulit
dan apakah sebabnya?
Al-Sadsiq a.s telah berkata: Perkara ini adalah sulit, wahai
Mufadhdhal, sesungguhnya mukmin adalah saudara mukmin daripada
bapanya dan ibunya, dia bersyarikat dengannya pada setiap yang
dikumpulkan oleh dua tangannya, anggota-anggotanya dan apa yang
lebih besar daripada itu. Aku telah berkata: Apakah dia, wahai
Maulaaya? Beliau a.s telah berkata: Ketaatan mukmin kepada
saudaranya mukmin, ketaatan Allah dan Rasul-Nya kepada hambahamba-
Nya. Aku telah berkata: Siapakah yang maqmpu melakukannya
atau siapakah yang mampu melaksanakan hak-hak ini?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesiapa yang suka
memasuki Dar al-Salam dan merindui kepada Yang Maha Tinggi dan
mengeluarkan dirinya daripada kekotoran kegelapan dan memasuki
cahaya yang terang akan dipermudahkan untuknya sebagaimana aku
telah memberitahu kepada anda. Al-Mufadhdhal telah berkata:
Bagaimana untuk melakukannya? Al-Sadiq a.s telah berkata: Setiap
mukmin yang menjaganya akan meningkat dalam darjat-darjat
ketinggian dan sesiapa yang tidak menjaganya, maka dia akan
dikembalikan kepada sifat yang anda telah bertanya kepadaku
tentangnya, menjadi miskin, hina, berhajat kepada apa yang ada pada
tangan-tangan manusia dan saudara-saudaranya.
Dia menghadapi dukacita sepenuhnya sejajar dengan apa yang di
lakukannya dalam susunan yang pertama kepada saudara-saudaranya
yang mukminin. Al-Mufadhal telah berkata: Bagaimana dikembalikan
mukmin yang telah melakukan perubahan ini? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Dia dikembalikan sebagai raja yang mewah, menyeru dan
melarang: Jika dia menjaga Allah dan hak-hak-Nya dan hak-hak
saudara-saudaranya mukminin, dia akan meningkat kepada darjatnya
yang pertama dan tinggal di dalam nikmat[-Nya].
al-Haft al-Syarif
113
Sebab ini, wahai Mufadhdhal, berlaku kepada semua mukminin
pada setiap keadaan sebagai balasan kepada mereka. Kemudian al-
Sadiq a.s telah berkata: Adapun kafir, wahai Mufadhdhal, yang hidup
mewah, maka dia melakukan kebaikan di dunia. Jika kafir suka kepada
kebaikan atau dia melakkukan ihsan kepada mukmin dengan sesuatu
daripada dunianya atau percakapan yang baik atau menunaikan hajat
anda atau hajat orang lain, maka dia akan mendapat kesihatan badan di
dunia ini atau pertambahan pada hartanya.
Apabila dia mati, maka dia akan disusun dalam masukhiyyah dan
akan menikmati nikmat kerana kebaikan yang dilakukannya di dunia.
Adapun kafir yang hidup dalam kemiskinan, maka dia telah melakukan
kejahatan kepada mukmin dengan mengambil hartanya. Justeru Allah
mengazabnya dengan azab yang setimpal.
Sesungguhnya Allah tidak menzalimi sesiapapun. Ini adalah apa
yang aku telah memberitahu kepada anda tentang “membuat kebaikan”
di kalangan mukminin sesama mereka di dunia: Mereka yang kafir pula
dengan amalan-amalan mereka. Inilah sebab yang anda telah
bertanyaku, wahai Mufadhdhal, tentang rezeki dan bagi Allah nikmat
dan ihsan, wa s-Salam.
BAB 51
☼Makrifat tentang sedikit bilangan mukmin dan banyak bilangan
kafir (fi ma‘rifati qillati al-Mu‘minin wa kathrati al-Kafiriin)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-Sadiq
a.s, kenapa bilangan mukminin menjadi berkurangan sedangkan
bilangan mereka yang kafir menjadi ramai di dunia ini? Al-Sadiq a.s
telah berkata: Kerana mukmin apabila dia menjadi bersih, naik ke langit
menjadi malaikat. Lantaran itu, mereka menjadi ramai di langit dan
berkurangan di bumi. Adapun ramainya bilangan mereka yang kafir di
bumi, kerana kafir apabila meningkat darjat kekafirannya, maka dia
menjadi zalim, kemudian dia berulang dan menjadi pemberontak. Dia
terus berulang sehingga dia menjadi bab (pintu)219.
Maka pada masa itu dia menjadi iblis, kemudian dikembalikan
kepada masukhiyyah dan tinggal di bumi. Dia tidak naik ke langit,
kerana tidak ada maskhun (perubahan rupa)220 di langit. Sesungguhnya
maskhun hanya dikenali dibumi dan berpindah daripada satu lembaga
kepada lembaga yang lain. Setiap kali dia dikitar dalam mana-mana
susunan, dia diazab dengan bermacam-macam azab dan azabnya makin
219 Menjaga pintu kejahatan
220 Maskhun atau masukhiyyah mempunyai makna yang sama iaitu perubahan
rupa atau bentuk asal.
al-Haft al-Syarif
114
bertambah di sepanjang zaman. Lantaran itu, fahamilah sebab ramainya
bilangan mereka yang kafir dan berkurangan bilangan mukminin.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Wa s-Salam.
BAB 52
☼Makrifat tentang roh-roh cahaya (fi ma‘rifati al-Arwaah al-
Nuraaniyyati)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-
Sadiq a.s tentang firman Allah: “Dan Dia menentukan padanya kadar
makanan-makanannya dalam empat masa bagi mereka yang
bertanya”221 Al-Sadiq a.s telah berkata: Makanannya (aqwaata-ha) iaitu
ilmu yang merupakan makanan roh-roh yang hidup bersamanya.
Adakah anda mengetahui tafsir firman-Nya: “Empat masa bagi orangorang
yang bertanya”222? Beliau a.s telah berkata: Iaitu hari-hari yang
mana Allah menciptakan padanya bumi iaitu Muhammad, Ali, al-Hasan
dan al-Husain dan merekalah empat hari yang disebutkan Allah di
dalam kitab-Nya yang mulia yang Dia telah menetapkan padanya rohroh
cahaya dalam empat hari bagi mereka yang bertanya.
Dan setiap roh mempunyai cahaya ilmu daripada ilmu keluarga
Muhammad. Lantaran itu, dia hidup dengan cahaya mereka yang
menunjuk kepada kebaikan agamanya dan makrifat Tuhan-Nya. Roh
kafir tidak mempunyai cahaya ini, kerana mereka yang kafir adalah
gelap, tidak dapat petunjuk kepada jalan Allah dan mereka tidak
mengetahui kebenaran sebagaimana Dia berfirman di dalam kitab-Nya:
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Qur’an ataukah hati
mereka terkunci? Sesungguhnya mereka yang kembali ke belakang
sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka
mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka”223
BAB 53
☼Makrifat tentang pondan dan sebabnya (fi ma‘rifati al-Ma’buun wa
al-sabab fi dhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-
Sadiq a.s tentang bagaimana seorang lelaki suka bernikah [dengan
lelaki] sebagaimana perempuan menyukainya [dengan perempuan] dan
221 Surah Fussilat (41): 10
222 Surah Fussilat (41): 10
223 Surah Muhammad (47): 24-25
al-Haft al-Syarif
115
dia terus melakukannya? Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya
anda telah bertanya, wahai Mufadhdhal, tentang ahli najis kemudian
ahli kotoran, sesungguhnya Allah tidak menguji seorang daripada para
wali-Nya, Syiah kita dan mukminin dengan perkara tersebut.
Wahai Mufadhdhal, penyakit ini terlepas daripada mukminin selain
daripada musuh kita dan musuh Syiah kita. Bagaimana Allah menguji
mukmin dengan penyakit ini sedangkan mereka suci? Adapun
perempuan mukminat di kalangan Syiah kita, mereka adalah suci dan
jauh daripada najis. Sesiapa yang mengingkari wilayah Amir al-
Mukminin atau memarahi di dalam hatinya seorang daripada para wali-
Nya, maka Allah mengujinya dengan penyakit najis ini. Al-Mufadhdhal
telah berkata: Wahai Maulaaya, berita telah sampai kepadaku tentang
seorang lelaki yang mempunyai penyakit ini, tetapi dia menyebut di
dalam percakapannya bahawa dia mewalikan Amir al-Mukminin,
apakah anda fikir tentang kata-katanya itu?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia telah berbohong, demi Yang telah
memecahkan biji-bijian dan membebaskan jiwa-jiwa, sesungguhnya
Amir al-Mukminin kadang-kadang dicintai juga oleh kafir. Kafir dan
mukmin yang mencintainya bebas daripada penyakit ini.
Nama ini tidak layak untuk orang lain dan orang yang menamakan
dengan nama ini diuji anaknya. Aku telah berkata: Wahai Sayyidi,
apakah nama ini? Beliau a.s telah berkata: Nama Amir al-Mukminin,
kerana seorang itu tidak harus menamakan dirinya [Amir al-Mukminin]
melainkan Ali bin Abi Talib. Sesungguhnya asal perkara ini, wahai
Mufadhdhal, telah berlaku pada pusingan yang pertama. Al-Mufadhdhal
telah berkata: Apakah yang telah berlaku kepada lelaki pondan ini? Al-
Sadiq a.s telah berkata: Asalnya dia adalah seorang perempuan jahat
yang terkenal dengan kejahatan pelacurannya, tidakkah anda telah
mendengarnya?
Al-Mufadhdhal telah berkata: Ya, wahai Maulaaya, maka al-Sadiq
a.s telah berkata: Sesungguhnya perempuan ini jika dikembalikan
kepada pusingan kedua, dia dikembalikan sebagai seorang lelaki, lalu
dijadikan qubulnya (farajnya) sebagai duburnya, maka ia menjadi
[tempat] syahwat nikah ke atasnya daripada perempuan yang pertama
dan inilah perempuan jahat itu. Dan apa yang anda telah mendengarnya
tidak berlaku melainkan pada benda kotor (najis)224 sebagaimana aku
telah memberitahu kepada anda. Sebabnya, sebagaimana aku telah
memberitahu kepada anda, kerana memarahi Amir al-Mukminin Ali bin
Abu Talib, memarahi Syiahnya dan mencintai musuh-musuhnya.
Allah tidak menjadikan najis ini pada seorang yang dikhususkan
dengan makrifat dan mengakui keesaan-Nya dan mencintai Ahlul Bait.
Maka inilah apa yang aku telah memberitahu kepada anda mengenainya
224 Persetubuhan dilakukan pada tempat najis (dubur) sebagai ganti farajnya.
al-Haft al-Syarif
116
daripada soalan anda tentang cinta orang yang mengaitkannya dengan
Amir al-Mukminin. Cinta ini tidak menjadi bersih, kerana hatinya
mempunyai perasan hasad kepadanya. Dan Allah Maha Alim dan
kepada-Nya kita bertawakal. Wa s–Salam.
BAB 54
☼Makrifat tentang mukmin adakah dia dikembalikan dalam rupa
perempuan mukminah dan adakah dikembalikan perempuan
mukminah dalam rupa lelaki mukmin? (fi ma‘rifati al-Mu’min hal
yuraddu fi suurati imra’atin mu’minatin wa hal turaddu al-
Mar’atu al-Mu’minatu fi suurati al-Rajul al-Mu’min?)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya al-Sadiq a.s:
Adakah lelaki mukmin dikembalikan kepada rupa perempuan
mukminah ataupun tidak? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, demi
Allah, ia tidak berlaku sedemikian, wahai Mufadhdhal, adapun
perempuan mukminah, maka dia dikembalikan dalam rupa lelaki
mukmin jika Allah menetapkan kesempurnaan untuknya. Adapun
mukmin, maka dengan kehormatan Allah, tidak dikembalikan dalam
rupa perempuan atau Allah menurunkan darjatnya yang tinggi yang
dicapainya?
Maka ini tidak akan terjadi selama-lamanya: Malah perempuan
mukminah meningkat kepada darjat yang lebih tinggi daripada
kedudukannya. Adapun mukmin, maka dia meningkat kepada darjat
yang lebih tinggi. Malah mukmin, wahai Mufadhdhal, darjatnya
bertambah tinggi sehingga dia berakhir kepada darjat yang lebih baik
daripada darjatnya [dahulu] dan mendapat kedudukan yang istimewa.
Adapun kafir, maka darjatnya menurun kepada darjat yang lebih rendah
sehingga dia termasuk di dalam jenis-jenis masukhiyyah yang ditakuti
oleh manusia.
Aku telah berkata: Wahai Sayyidi, adakah perempuan dalam rupa
lelaki atau dalam rupa perempuan? Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia tidak
dalam rupa perempuan selepas dia dikembalikan kepada rupa lelaki
mukmin. Sesungguhnya dia adalah dalam rupa yang mana dia
ditingkatkan kedudukannya di sepanjang abad. Adapun lelaki mukmin,
maka aku telah memberitahu kepada anda bahawa dia tidak
dikembalikan kepada rupa perempuan, tetapi dia berpindah kepada
rupa yang lebih baik daripada sebelumnya dan kepada kedudukan yang
lebih tinggi daripada kedudukan sebelumnya sebagaimana perempuan
dikembalikan [kepada rupa perempuan] selepas dia dikembalikan
kepada rupa lelaki. Malah kedudukannya meningkat kepada kedudukan
lelaki mukmin.
al-Haft al-Syarif
117
Dan jika berlaku sedemikian, nescaya darjat mukmin menurun
kepada darjat yang lebih rendah. Mukminat apabila dia meningkat
kepada darjat lelaki iaitu darjatnya lebih tinggi daripada darjatnya [yang
terdahulu]. Justeru sebabnya adalah sama dengan sebab lelaki mukmin
yang meningkat daripada satu darjat kepada darjat yang lain; kepada
darjat yang lebih tinggi daripadanya. Dan perempuan pula meningkat
kepada darjat lelaki mukmin. Inilah sebab [berlaku] pada perempuan,
sementara lelaki dikembalikan kepada rupa lelaki [sahaja] sebagaimana
aku telah memberitahu kepada anda mengenainya, wa s-Salam.
BAB 55
☼Makrifat tentang lelaki kafir adakah dikembalikan kepada
perempuan kafir dan adakah perempuan kafir dikembalikan kepada
lelaki kafir? (fi ma‘rifati al-Kaafir hal yuraddu imraatan
kaafiratan wa al-Kaafiratu hal turaddu rajulan kaafiran?)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-
Sadiq a.s tentang lelaki kafir dan perempuan kafir. Maka beliau a.s telah
berkata: Ya, lelaki kafir dikembalikan dalam rupa perempuan kafir dan
perempuan kafir tidak dikembalikan dalam rupa lelaki kafir
sebagaimana mukminin dan mukminat meningkat darjat-darjat mereka
sehingga menjadi lelaki mukminin pada umumnya, manakala lelaki
mukminin meningkat kepada darjat yang lebih tinggi daripada itu.
Demikian juga lelaki kafir menurun daripada darjat lelaki sehingga
mereka menjadi perempuan kafir pada umumnya.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, diriwayatkan
daripada bapa anda bahawa beliau a.s telah berkata: Perempuan adalah
lebih jahat (asyarru) dan lebih licik daripada lelaki. Al-Sadiq a.s telah
berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya asal segala kejahatan adalah
perempuan225 dan ketika bapa kita Adam dikeluarkan dari syurga
adalah disebabkan oleh Hawaa’ [seorang perempuan) ketika Adam
“disesatkan”226 untuk memakan biji-bijian (al-Habbah)227 sebagaimana
225 Pada umumnya sahaja
226 Surah Taahaa (20): 121 “Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah
ia” Al-Mufadhdhal berkata: Aku telah bertanya al-Sadiq a.s tentang firman-Nya
Surah al-Baqarah (2): 124: “Dan ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa
kalimat, lalu dia menunaikannya” Apakah kalimat-kalimat tersebut? Beliau a.s
berkata: Kalimat-kalimat yang diterima oleh Adam daripada Tuhanya, lalu Dia
menerima taubatnya: Beliau (Ibrahim) berkata: Wahai Tuhan, aku memohon
kepada Engkau dengan hak Muhammad, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain
melainkan Engkau menerima taubatku”. Maka aku bertanya lagi kepadanya:
Wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah s.a.w: Apakah Allah
al-Haft al-Syarif
118
maksudkan dengan firman-Nya: “Lalu dia menunaikannya”? Beliau a.s berkata:
Iaitu dia menunaikannya (atammahunna) sehingga kepada al-Qaim a.s 12 imam
[kesemuanya], 9 daripada anak-anak al-Husain sehingga hari Kiamat. Al-
Mufadhdhal berkata: Wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah
s.a.w, beritahu kepadaku tentang firman-Nya Surah al-Zukhruf (43): 28 : “Dan
Dia menjadikan kalimat itu kekal pada keturunannya” Beliau a.s berkata: Dia
maksudkan dengannya adalah imamah yang mana Allah telah menjadikannya
pada keturunan al-Husain sehingga hari Kiamat. Maka aku berkata kepadanya:
Wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah s.a.w, bagaimana
imamah pada anak-anak al-Husain sahaja, tidak pada anak-anak al-Hasan
sedangkan mereka berdua adalah anak-anak lelaki Rasulullah, keduanya
pemuda ahli syurga? Maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Musa dan Harun
adalah nabi dan rasul, mereka berdua adalah bersaudara, tetapi Allah
menjadikan kenabian (al-Nubuwwah) pada salbi Harun, tidak salbi Musa, maka
tidak ada seorang yang berkata: Kenapa Allah telah melakukan sedemikian?
Sesungguhnya imamah adalah khilafah Allah a.w, justeru tidak ada yang
berkata: Kenapa Allah telah menjadikannya pada salbi al-Husain, tidak salbi al-
Hasan kerana Allah adalah Maha Bijaksana pada perbuatan-Nya. Dia tidak akan
ditanya apa yang dilakukan-Nya sedangkan mereka akan ditanya. Al-Saduq,
Ma‘aani al-Akhbaar, bab “ma‘na al-Kalimaat” hlm. 126-127.
227 “Tentang makna pohon atau biji-bijian yang dimakan oleh Adam dan
Hawaa’“. Daripada Abd al-Salam (Abu al-Salt) bin Salih al-Harawiy berkata: Aku
telah bertanya al-Ridha a.s : Wahai anak lelaki Rasulullah, beritahu kepadaku
tentang pohon atau biji-bijian yang dimakan oleh Adam dan Hawaa’. Manusia
telah berselisih faham padanya, ada yang menyatakan bahawa ia adalah pohon
gandum (al-Hantah), ada yang menyatakan pohon anggur (al-‘Inab) dan ada yang
menyatakan pohon hasad dengki (syajarah al-Hasad).? Al-Ridha a.s telah
berkata: Semuanya betul. Aku berkata: Apakah penjelasan kepada perselisihan
itu? Beliau a.s berkata: Wahai Abu al-Salt, sesungguhnya pohon-pohon di
syurga bermacam-macam, ada pohon gandum, ada pohon anggur, tetapi ia
bukan seperti pohon-pohon di dunia. Sesungguhnya Adam manakala Allah
memuliakannya dengan sujud malaikat kepadanya dan memasukkannya ke
syurga, maka beliau telah berkata kepada dirinya: Adakah Allah telah
menciptakan manusia yang lebih baik daripadaku? Lalu Allah mengetahui apa
yang terlintas di hatinya, lantas menyerunya: Angkatlah kepala anda, wahai
Adam, maka lihatlah kepada tiang ‘Arasy-Ku, lalu Adam mengangkat kepalanya
dan melihat kepada tiang ‘Arasy, lalu beliau mendapatinya tertulis di atasnya:
Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah, Ali bin Abi Talib Amir al-
“Mukminin, isterinya Fatimah penghulu wanita alam semesta, al-Hasan dan al-
Husain kedua-duanya penghulu pemuda syurga”, maka Adam berkata: Wahai
Tuhanku, siapakah mereka itu? Maka Allah a.w berfirman: Wahai Adam, mereka
itu adalah zuriat anda dan mereka adalah lebih baik daripada anda dan
daripada semua makhluk-Ku. Jika mereka tidak ada (laulaa-hum), nescaya Aku
tidak menciptakan anda (ma khalaq-tu-ka), Aku tidak menciptakan syurga,
neraka, langit dan bumi, justeru janganlah anda melihat kepada mereka dengan
mata hasad, nescaya Aku akan mengeluarkan anda dari “berjiran” dengan-Ku.
Maka beliau telah melihat kepada mereka dengan mata hasad (bi-‘ain al-Hasad)
dan berangan-angan terhadap kedudukan mereka, lalu syaitan menguasainya
al-Haft al-Syarif
119
Qabil telah membunuh saudaranya Habil disebabkan seorang
perempuan. Tidakkah anda mendengar firman Allah di dalam kitab-Nya
tentang isteri Nuh, Lut dan bagaimana mereka berdua telah
mengkhianati [suami] mereka berdua228.
Demikian juga Yahya bin Zakaria dibunuh disebabkan seorang
perempuan yang jahat (imraatin baaghiyatin). Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w telah bersabda bahawa sewaktu baginda s.a.w telah melihat
neraka, baginda s.a.w dapati kebanyakan penghuninya adalah
perempuan. Kemudian al-Sadiq a.s telah berkata: Bagaimana ia tidak
boleh terjadi sedemikian sedangkan mereka lebih licik daripada lelaki
dan Allah berfirman: “Sesungguhnya itu adalah di antara tipu daya
kamu, sesungguhnya tipu daya kamu (perempuan) adalah besar”229
Beliau a.s telah berkata: Syaitan-syaitan adalah di kalangan perempuan
(al-syayaatiin min al-marati).
Sesungguhnya manusia apabila meningkat di dalam kekafiran dan
kedegilannya, maka dia menjadi iblis dan dikembalikan dalam rupa
perempuan. Aku telah berkata: Subhaanallah, wahai Maulaaya, aku
tidak mengetahuinya dan aku tidak pula menyangka ia membuatkan
aku menangis. Al-Sadiq a.s telah berkata: Tidakkah anda membaca
firman-Nya: “Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah”230 dan
Dia berfirman: “Sesungguhnya tipu daya kamu (perempuan) adalah
besar”231 Kerana mereka di dalam bentuk manusia. Aku telah berkata:
Memang benar kata-kata Maulaaya. Kemudian beliau a.s telah berkata:
Wahai Mufadhdhal, inilah susunan-susunan (al-Taraakiib) lelaki kafir
dalam bentuk perempuan kafir, wa s-Salam.
sehingga beliau memakan pohon yang dilarang daripadanya. Dan syaitan
menguasai Hawaa’ kerana beliau melihat kepada Fatimah dengan mata hasad
sehingga beliau memakan daripada pohon itu sebagaimana Adam telah
memakannya, kemudian Allah mengeluarkan mereka berdua daripada syurga-
Nya dan menurunkan mereka berdua daripada berjiran dengan-Nya ke bumi .
Al-Saduq, Ma‘aani al-Akhbaar, bab “Ma‘naa al-Syajarati al-Lati akala min-ha
Adam wa Hawaa’” hadis. No 1, hlm 124.
228 Surah al-Tahriim (66): 10 “Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut
perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan
dua hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami, lalu kedua isteri itu
berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat
membantu mereka sedikitpun dari (seksa) Allah dan dikatakan (kepada
keduanya) “Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk neraka”.
229 Surah Yusuf (12): 28
230 Surah al-Nisaa’ (4): 76
231 Surah Yusuf (12): 28
al-Haft al-Syarif
120
BAB 56
☼Makrifat tentang susunan binatang-binatang ternakan adakah yang
jantan dikembalikan kepada betina dan yang betina kepada jantan
atau ia tidak dikembalikan? (fi ma‘rifati tarkib al-bahaa’im wa hal
yuraddu al-Dhakaru al-Unthaa wa al-Unthaa dhakaran amla
yuraddu?)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-Sadiq
a.s tentang binatang-binatang ternakan adakah yang jantan
dikembalikan kepada bentuk betina dan yang betina kepada jantan atau
ia tidak dikembalikan? Maka beliau a.s telah berkata: Apa yang halal
dimakan daripada keduanya, maka yang jantan dikembalikan kepada
betina dan yang betina kepada jantan. Dan binatang-binatang ternakan
yang tidak halal dimakan adalah daripada dosa-dosa mukminin kerana
dia telah menyakiti mukmin.
Apabila binatang-binatang itu telah pergi (mati) dan dikembalikan,
maka ia tidak halal dimakan sesuatupun daripadanya. Kerana mereka
telah disusun dalam masukhiyah yang lain yang tidak halal dimakan
oleh orang yang lain pula. Maka ketika itu yang jantan dikembalikan
kepada bentuk jantan dan yang betina dikembalikan kepada bentuk
betina.
Justeru yang jantan tidak dikembalikan kepada bentuk bentina dan
begitu juga yang betina tidak dikembalikan kepada bentuk jantan.
Kemudian mereka keluar daripada masukhiyah kepada masukhiyah
yang lain yang lebih menakutkan daripadanya (auhasyu min-hu)
sehingga mereka dikembalikan kepada masukhiyyah yang ditakuti oleh
semua binatang lebih-lebih lagi manusia. Mereka di dalam keadaan
sedemikian di dalam semua susunan, ditukar rupa mereka dan diazab.
Dan mereka berterusan begitu dalam susunan-susunan masukhiyyah
dengan bermacam-macam azab yang aku menjangka anda mampu
menyebutnya.
Semuanya telah berlaku kerana perbuatan jahat mereka kepada
para wali Allah sehingga mereka dikembalikan dalam perubahan rupa
(masukh) yang semua binatang ternakan dan binatang buas memusuhi
mereka. Dalam permusuhan mereka sesama mereka, mereka memakan
mereka (binatang-binatang), kemudian membunuh mereka pula. Di
dalam permusuhan sesama mereka pula adalah lebih parah daripada
permusuhan kafir kepada mukmin dan mukmin kepada kafir sehingga
mereka diubah rupa mereka kepada binatang laut, lalu dia menentang
semua binatang di laut sementara binatang-binatang di laut pula
menentangnya kerana kejahatan dan kezalimannya.
al-Haft al-Syarif
121
Perubahan rupa (al-maskh) yang paling teruk adalah satu farsakh
jaraknya232. Kemungkinan bunga api yang keluar daripada rongganya
setinggi satu farsakh atau lebih. Kemungkinan binatang yang diubah
rupa dalam keadaan ini adalah ular sawa (thu‘baan) yang mempunyai
kepala yang banyak dan bunga api yang keluar daripada rongganya
membakar pokok apabila dia melaluinya. Ini adalah contoh yang paling
menakutkan dan yang paling dibenci. Justeru kita memohon
keampunan daripada Allah tentang jenayah-jenayah kita sesungguhnya
Dia Maha Pengampun. Wa s-salam.
BAB 57
☼Makrifat adakah mukmin menjadi hamba kepada kafir atau adakah
kafir menjadi hamba kepada mukmin dan bagaimana mukmin
dikembalikan kepada kemerdekaan? (fi ma‘rifati hal yakun al-
Mu’min mamluukan li-al-Kaafir wa hal yakun li-al-Kaafir
mamluukan li-mu’min wa kaifa yuradd al-Mu’min ila al-
Hurrriyyah?)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Adakah dikembalikan hamba yang
dimiliki menjadi tuan (maulan) dan dikembalikan tuan menjadi hamba
yang dimiliki dan adakah mukmin menjadi hamba kepada kafir dan
kafir pula menjadi hamba mukmin? Al-Sadiq a.s telah berkata: Adapun
mukmin, maka dia tidak akan menjadi hamba kepada kafir dan kafir
tidak henti-henti memerlukan perkhidmatan mukmin, tetapi dia tidak
perlu kepada perkhidmatan kafir: Sesungguhnya mukmin dikembalikan
sebagai tuan yang mulia dan raja yang kuat.
Aku telah berkata: Adakah dia dikembalikan sebagai seorang raja
yang menyuruh dan melarang? Beliau a.s telah berkata: Hamba
[mukmin] kepada mukmin dikembalikan sebagai raja kerana dia adalah
di antara hamba-hambanya yang istimewa dan yang paling dekat
kepadanya; dia tidak memutuskan sesuatu tanpanya, dia merupakan
orang yang dipercayainya sama ada suruhan atau larangannya. Dia
hanya menerima perkhidmatannya sahaja. Justeru dia akan diberi
ganjaran mengikut kesetiannya kepada tuannya.
Aku telah berkata: Sayyidi, bagaimana dia dikembalikan padanya?
Beliau a.s telah berkata: Dikembalikan dua orang yang mulia kepada
keturunan mereka berdua (insabu-hu-ma). Dikembalikan setiap mereka
berdua kepada Quraisy. Aku telah berkata: Sebagai seorang Quraisy?
Beliau a.s telah berkata: Ya, sebagai seorang Hasyimi. Tidakkah anda
232 Ukuran panjang yang sama dengan 3 batu atau 4.8 kilometer. Kamus Dewan
(cetakan ketiga), hlm 349.
al-Haft al-Syarif
122
mengetahui, wahai Mufadhdhal, bahawa keturunan ini adalah untuk
mereka yang kafir dan mukminin? Al-Mufadhdhal telah berkata:
Bagaimana ia untuk mukminin dan kafiriin?
Beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya
mukminin dan kafiriin memasuki keturunan ini yang terdiri daripada
Hasyimi dan Quraisyi dengan kebaikan dan keburukan mereka.
Mukmin memasukinya dengan kebaikan, justeru dia menjadi Hasyimi
dan mukmin: Sementara kafir menjadi zalim dan Quraisy. Al-
Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah berlaku sedemikian
kepada orang yang telah berulang (takarrara) dan disusun? Beliau a.s
telah berkata: Ya, aku telah berkata: Sehingga bila?
Beliau a.s telah berkata: Pada mayat yang ketujuh dalam rupa
manusia: Kemudian kafir memasuki dalam susunan mengikut kadar
kebaikan dan kejahatnnya. Jika dia telah mengemukakan kebaikan
kepada seseorang, dia akan mendapat pertolongan yang kuat dan
ditakuti atau seumpamanya. Jika dia telah melakukan dosa-dosa, maka
dia akan disusun sebagai serigala atau kera atau khinzir atau anjing.
Kami pohon perlindungan dengan Allah daripada demikian itu. Dan
segala puji bagi Allah di atas keampunan-Nya. Wa s-Salam.
BAB 58
☼Makrifat tentang susunan kafir yang baik dengan keluarganya dan
orang lain serta apakah sebabnya? (fi ma‘rifati tarakiib al-Kaafir albaar
bi-ahli baiti-hi wa ahli-hi wa ghairi-him wa al-‘Illatu fi
dhalika?)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya, al-
Sadiq a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Kemungkinan terdapat
dalam [masyarakat] kita kafir yang baik kepada keluarganya sama ada
yang dekat atau yang jauh, malah semua manusia dan kafir yang
menyakiti keluarganya dan orang lain? Beliau a.s telah berkata: Adapun
kafir yang baik kepada keluarganya dan orang lain, maka dia menjadi
sopan dan senang didekati. Dan terdapat di dalam [masyarakat] kita
kafir yang menyakiti saudara-saudaranya dan orang lain.
Lantaran itu, pada apakah mereka berdua akan disusun dan
dikembalikan? Beliau a.s telah berkata: Adapun kafir yang baik kepada
keluarganya, maka dia akan disusun dalam bentuk seekor singa atau
harimau atau seumpamanya yang bertepatan dengan kekuatan dan
kebengisan, justeru ia menjadi kuat dan kukuh pada pandangan
manusia kerana kebaikan yang dilakukannya kepada mereka
sebagaimana aku telah menyebutnya.
al-Haft al-Syarif
123
Maka dia di dalam susunannya digeruni. Tidakkah anda melihat
lelaki apabila dia memuji lelaki, dia berkata: Bagi Allah kebaikannya,
seolah-olah dia adalah seekor singa yang dihormati. Ini dan
seumpamanya adalah sebagai balasan kepada kebaikan yang
dilakukannya. Adapun kafir yang menyakiti keluarganya dan orang lain,
maka dia akan disusun sebagai binatang yang berkaki empat, khinzir
atau kera dan seumpamanya. Justeru dia menjadi buruk lagi lemah di
sisi kami dan pandangan manusia.
Tidakkah anda melihat bahawa manusia apabila dia menghina
seseorang, dia berkata: Allah melaknatinya, alangkah kotornya seolaholah
dia seekor binatang yang berkaki empat atau khinzir atau anjing,
lalu dia menghinanya dan mengaitkannya kepada najis? Semuanya itu
merupakan akibat yang dia telah lakukan kepada saudara-saudaranya,
jirannya dan kaum kerabatnya. Dan bagi Allah segala urusan dengan
hukum-hukum-Nya dan segala pujian adalah untukNya. Wa s-Salam.
BAB 59
☼Makrifat tentang huruf-huruf, fasal, wasal dan percakapan (fi
ma‘rifati al-Huruuf wa al-fasl wa al-Wasl wa al-Kalaam)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata: Allah tidak menjadikan nama (ism)
melainkan Dia menjadikan makna untuknya. Dia tidak menjadikan
makna melainkan Dia menjadikan baginya syabhan (imej samaran) . Dia
tidak menjadikan imej samaran melainkan Dia menjadikan untuknya
batas-batas. Dia tidak menjadikan untuknya batas-batas melainkan Dia
menjadikan untuknya pecahan-pecahan. Dia tidak menjadikan
pecahan-pecahan melainkan baginya bahagian dan sambungan:
Pecahan (al-Mafsuul) tidak dapat diketahui melainkan dengan mausul
(alat penyambung).
Jika manusia bercakap secara mafsul, nescaya mereka tidak
menemui sambungannya (mausul). Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
bagaimana ia terjadi sedangkan manusia tidak memahami percakapan
dan makna-maknanya? Aku telah berkata: Apakah itu? Beliau a.s telah
berkata: Potongan huruf sebanyak 28 huruf, maka mereka
menggunakannya sebagai alat perhubungan. Aku telah berkata:
Bagaiaman ia berlaku, wahai Maulaaya? Semoga Allah menjadikan
diriku tebusan anda. Al-Sadiq a.s telah berkata: Tidakkah anda
mengetahui, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya percakapan mempunyai
28 huruf sebagai [alat] perhubungan di kalangan makhluk dan Makrifat
untuk mereka terutamanya jika mereka menentang-Nya.
Jika kita berkata kepada seorang lelaki: Alif, nescaya dia tidak
memahaminya, tetapi jika anda mengumpulkan semuanya, anda
al-Haft al-Syarif
124
mengarang satu karangan yang terhad umpamanya, maka anda telah
mengumpulkan makrifat. Maka dikatakan kepadanya bahawa Allah
lebih mengetahui, Dia adalah Allah atau anda tidak melihat di sini sifat
dan nama yang disifatkan dengan sifat? Tidakkah anda melihat bahawa
nama (al-Ism) bukanlah [huruf] al-Hijaa’ dan huraian (tafsil) bukanlah
mausul? Tidakkah anda mengetahui bahawa percakapan (al-Kalaam)
adalah salinan kitab dan kitab tidak harus [terjadi] melainkan dengan
[huruf] al-Hijaa’.
Tidakkah anda mengetahui bahawa al-Hijaa’ tidak boleh (yajuzu)
melainkan dengan huruf-huruf? Tidakkah anda mengetahui bahawa
percakapan semuanya keluar daripada 28 huruf iaitu huruf-huruf yang
tersusun. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah
dengan ini tamatnya makrifat?
Beliau a.s telah berkata: Adapun[bahasa] Arab telah tamat
makrifatnya233. Adapun selain daripadanya belum tamat. Al-Mufadhdhal
telah berkata: Kenapakah begitu? Maka beliau a.s telah berkata: Kerana
bahasa-bahasa, wahai Mufadhdhal, telah bercampur-aduk pada zaman
Ibrahim, justeru lahirlah bahasa ‘Ibraaniyyah234. Sesungguhnya tiang
percakapan adalah empat dan bertambah dalam percakapan itu ialah
[percakapan kanak-kanak] yang kecil, tempikan dan tiupan di kalangan
huruf secara huraian dan bercakap dengannya diketahui oleh bahasabahasa
yang bercampur-aduk dan bahasa burung yang halus.
Sesiapa yang mengetahuinya, nescaya dia mengetahui percakapan
burung dan setiap burung ada bahasa yang tersendiri pula. Tidakkah
anda mengetahui apabila anda bersiul pada burung, maka ia [turut]
bersiul, jika anda menyeru merpati, nescaya ia mengeluarkan kukurnya.
Begitu juga dengan binatang-binatang yang lain jika anda menempikkan
mereka, maka mereka lari daripada anda. Jika anda tidak memahamkan
mereka, nescaya mereka tidak memahaminya melainkan dengan
tempikan, panggilan, tiupan, siulan, salakan dan lain-lain.
Justeru apa yang membukakan fahaman adalah tempikan dan apa
yang keluar dari mulut, maka ia adalah siul. Dan apa yang anda
kembalikan ke udara, maka ia adalah tiupan. Apa yang anda buka dari
mulut anda dan keluar dari halkum, maka ia adalah tempikan,
fahamilah perkara itu, jika Allah kehendaki, kepada-Nya kita bertawakal
dan kepada-Nya kita bertaubat. Salam ke atas para rasul dan segala puji
bagi Allah Tuhan semesta alam. Wa s-Salam.
233 Dengan 28 huruf.
234 Bahasa kaum Yahudi
al-Haft al-Syarif
125
BAB 60
☼Makrifat tentang tujuh Adamiyyiin, kitaran dan bilangan mereka
(fi ma‘rifati bayaan al-Sab‘ah al-Adamiyyiin wa al-Adwaar wa al-
‘adad)
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sebelum kita ada tujuh Adam (sab‘ah
awaadim) dan tujuh pusingan (sab‘ah adwaar) yang telah berlalu dan
kami adalah pada pusingan yang kelapan daripada Adam kelapan. Dan
setiap zuriat Adam dibangkitkan: Kemudian hisab, pahala dan balasan.
Maka pada perhimpunan yang lebih besar (al-Jam‘ al-Akbar) Muhammad
s.a.w akan datang. Apabila seruan datang pada pusingan yang akhir,
maka pahala ahli pusingan itu menjadi tiga golongan.
Golongan yang bercahaya, golongan yang dikembalikan kepada
tempat bala (dar al-Balaa’) dan golongan yang menjadi al-Qasysyas. Dan
pada pusingan yang kedua golongan ahli balasan menjadi tiga golongan:
Golongan yang dibakar, golongan yang dikembalikan kepada tempat
bala dan golongan pada pusingan yang ketiga menjadi maskhun. Jika ia
menjadi naskhun, maka ia adalah daripada ahli pahala dan jika ia
daripada maskhun, maka ia adalah daripada ahli balasan. Kemudian
maskhun dan naskhun akan berada pada perhimpunan yang lebih besar
dan pusingan yang terakhir, wa s-Salam.
BAB 61
☼Makrifat tentang tujuh Adamiyyiin (fi ma‘rifati sab‘ah al-
Adamiyyiin)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata: Kiamat telah berlaku kepada mereka dan
mereka telah menjadi ahli pahala (ahl al-Thawaab) menurut kedudukan
mereka: Dan ahli balasan (ahl al-‘Iqaab) menurut kedudukan mereka
pula pada empat pusingan; azab, kehinaan, neraka Sa‘ir yang pedih dan
api neraka yang membakar (al-Hariq). Manakala ahli pahala dan ahli
balasan menerima kadar pahala atau balasan mereka masing-masing,
maka mereka keluar daripadanya sebagaimana firman Allah: “Mereka
tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya, mereka tidak merasakan
kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air
yang mendidih dan nanah sebagai pembalasan yang setimpal”235
235 Surah al-Nabaa’ (78): 23-26
al-Haft al-Syarif
126
Sejajar dengan amalan mereka yang jahat dan berita tentang
pusingan (al-Daur) sebagaimana firman-Nya: “Tiap-tiap sesuatu pasti
binasa, kecuali Allah”236 Dan neraka adalah jawapan yang paling cepat
kepada dua tempat tersebut sebagaimana firman-Nya: “Mereka kekal di
dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu
menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana
terhadap apa yang Dia kehendaki”237 Manakala ahli balasan
dikeluarkan, maka mereka menjadi tiga golongan. Satu golongan
dikembalikan kepada tempat yang paling terseksa, mereka kekal
padanya. Satu golongan dikembalikan ke tempat bala.
Dan satu golongan dikembalikan kepada qasysyaasy yang
berpindah di dalam bentuk ulat sebagaimana firman-Nya: “Kemudian
belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.
Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha
Besar”238 Iaitu belitlah dia dengan bermacam-macam kesusahan di
dalam tujuh puluh rupa. Dan Dia berfirman: “Maka dengan serta merta
mereka hidup kembali dipermukaan bumi”239 Sementara ulat berjaga
malam tanpa tidur dan berkahwin sehingga tidak ada makhluk yang
tidak mempunyai anak dan telur sepertinya.
Kemudian Allah berfirman: “Kemudian Kami kembalikan dia ke
tempat yang serendah-rendahnya”240 iaitu ulat yang tidak ada zuriat dan
tidak ada makhluk yang lebih jahat daripadanya. Apabila berlaku hari
Kiamat iaitu hari Muhammad, maka bertaburanlah qal-Qasysyaas.
Kemudian ahli pahala keluar pada empat pusingan, maka mereka
menjadi tiga golongan. Satu golongan dikembalikan kepada pahala yang
paling baik (afdhal) iaitu kepada syurga Firdaus iaitu syurga yang kekal.
Satu golongan dikembalikan kepada tempat pembersihan (dar al-
Tasfiah).
Dan satu golongan di hujung kuku burung (hawaasil al-Tair), dan di
perut ikan (butun al-Samak), kemudian ditukar bentuknya sebanyak
tujuh puluh kali, maka ia bertaburan pada hari perkumpulan yang lebih
besar. Dan al-Qasysyaas terbahagi kepada tujuh jenis: Burung, ikan,
binatang berkaki empat yang haram dimakan (bahiimah), binatang buas
(al-Sibaa‘), binatang yang merayap (hawaam), batu dan tumbuhtumbuhan.
Tujuh puluh jenis ikan dan binatang (bahaaim) daratan dan
ternakan dan tujuh puluh jenis binatang buas daratan dan ternakan
sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-An‘aam (6): 38 “Dan
tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang
236 Surah al-Qasas (28): 88
237 Surah Huud (11):108
238 Surah al-Haaqqah (69): 32-33
239 Surah al-Naazi‘aat (79): 14
240 Surah al-Tiin (95): 5
al-Haft al-Syarif
127
terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti
kamu”.
Binatang ternakan yang paling bersih adalah yang paling baik
dagingnya dan susunya. Dan burung yang paling bersih adalah yang
mempunyai tembolok (tekak), Ikan yang paling bersih adalah ikan yang
baik dagingnya dan mempunyai sisik. Justeru ikan yang mempunyai
sisik adalah naskhun sementara ikan yang tidak mempunyai sisik
adalah maskhun. Jika ia daripada Qasysyaas yang dilahirkan melalui
rahim, maka ia mempuyai taring dan jika ia ditetaskan daripada telor,
maka ia mempunyai ekor.
Dan apa yang dilahirkan melalui rahim disusukan dan apa yang
ditetaskan melalui telor, maka ia mematuk: Apa yang asalnya adalah
naskhun maka memakannya adalah baik. Dan apa yang asalnya
maskhun, maka memakannya adalah haram seperti binatang-binatang
buas, burung-burung liar, hama-hama adalah maskhun telah bertukar
kepada permata yang berasal daripadanya: Permata-permata besar,
yakut, jed adalah naskhun. Sementara besi, tembaga dan timah hitam
adalah maskhun: Iaitu apa yang telah diceritakan oleh Allah di dalam
kitab-Nya: “Dan tidak ada sesuatupun melainkan bertasbih dengan
memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun”241
Dan Dia berfirman: “Katakanlah: “Jadilah kamu sekalian batu atau
besi, atau suatu makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut fikiranmu”.
Maka mereka akan bertanya: “Siapa yang akan menghidupkan kami
kembali?” Katakanlah: “Yang telah menciptakan kamu pada kali yang
pertama. Lalu mereka akan menggelenggelengkan kepala mereka
kepadamu dan berkata: Bilakah itu akan terjadi?” Katakanlah: “Mudahmudahan
waktu berbangkit itu dekat”242 Dan Dia berfirman: “Dan
apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah
diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri
dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka berendah diri?”243
Dan firman-Nya: “Masing-masingnya telah mengetahui (cara)
sembahyang dan tasbihnya”244 Keterangan ini adalah tentang pusinganpusingan,
wa s-Salam.
BAB 62
☼Makrifat tentang tabiat, keanehan dan ragam (fi ma‘rifati al-
Tabaa’i‘ wa al-Taraa’if wa al-Qidad)‘☼
241 Surah al-Israa’ (17): 44
242 Surah al-Israa’ (17): 50-51
243 Surah al-Nahl (16): 48
244 Surah al-Nuur (24): 41
al-Haft al-Syarif
128
Al-Sadiq a.s telah berkata: Fahamilah, mudah-mudahan Allah
meneguhkan anda dengan ucapan yang teguh245, sesungguhnya Allah
telah membentangkan cahaya-Nya, kemudian Dia telah menciptakan
daripadanya bermacam-macam tabiat dan bentuk.
Kemudian Dia memerintahkannya supaya membentuk rupa yang
bermacam-macam di atas cahaya yang dibentangkan-Nya, lantas
mereka mendirikan bentuk-bentuk yang bermacam-macam di atas
cahaya yang dibentangkan-Nya, kemudian mereka menyembah Allah
dan tidak menderhakaiNya. Kemudian Dia memerintahkan supaya
diciptakan api yang dibentangkan, lalu memerintahkannya supaya
membentuk daripadanya bermacam-macam bentuk dan dijadikan
daripadanya burung-burung yang bermacam-macam. Lalu mereka
menyembah Allah.
Kemudian cahaya diperlengkapkan untuk bercampur dengan api,
lalu sebahagiannya bercampur. Maka terserlah satu ciptaan daripada
dua ciptaan, kemudian Dia memerintahkannya supaya menciptakan
angin. Maka ia diciptakannya. Kemudian Dia memerintahkannya
dengan cara dan bentuk yang bermacam-macam, lalu mereka
menyembah Allah. Kemudian Dia memerintahkan api supaya tidak
bercampur dengan angin, maka sebahagiannya telah bercampur. Maka
Dia meratakan tanah yang bercampur, lalu Dia memerintahkan supaya
ia menciptakan air dengan bermacam-macam bentuk dan rupa.
Kemudian Dia memerintahkan angin supaya tidak bercampur dengan
air, tetapi ia telah bercampur.
Kemudian Dia telah menciptakan tanah daripada dua laut yang ini
tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit246. Kemudian Dia
memerintahkan air supaya tidak bercampur dengan tanah, tetapi
sebahagiannya telah bercampur dalam bentuk yang bermacam-macam.
Justeru Dia telah membentangkan daripadanya permulaan penciptaan
makhluk empat yang telah dicampurkan iaitu cahaya, api, angin dan
air. Dan Dia telah mengambil tanah Adam daripadanya.
Kemudian Dia menciptakannya untuk akhirat, lalu tabiat disusun
yang sebahagiannya diciptakan tinggi dan sebahagiannya diciptakan
rendah dari batu besar dan dengannyalah bumi menjadi teguh, kerana
datarannya di atas ikan paus dan ikan paus di atas air. Dan air pula di
atas batu besar dan batu besar itu berwarna putih pula [berada] di
udara dan di sana ada jin dengan bermacam-macam rupa. Kemudian
Dia menciptakan Adam dan meletakkannya di permukaan bumi,
menyuruh dan melarangnya dan menjadikan pahalanya pada suruhan
dan larangan-Nya di dunia dan akhirat. Di permukaan bumi Allah
245 Maksud Surah Ibrahim 9 14): 27
246 Maksud Surah al-Furqaan (25): 53
al-Haft al-Syarif
129
memperlakukan Adam dan zuriatnya dan daripadanyalah tempat makan
dan minumnya, tidur dan tuntutan perkahwinan.
Kemudian Dia membuka padanya syahwatnya, perhiasannya dan
permainannya. Kemudian Dia berfirman di dalam kitab-Nya: “Harta dan
anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan
yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta
lebih baik untuk menjadi harapan”247 Adapun “Amalan-amalan yang
kekal lagi soleh” adalah menyuruh kepada kebaikan dan melakukan
ketaatan kepadaNya termasuk isteri-isteri dan harta-hartanya. Dia
berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara
isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka
berhati-hatilah kamu terhadap mereka”248
Kemudian Allah berfirman: “Sesungguhnya hartamu dan anakanakmu
hanyalah cubaan (fitnah) dan di sisi Allahlah pahala yang
besar”249 Dia telah menggalakkan mereka pada amalan-amalan yang
kekal lagi soleh dan Dia telah menjadikan apa yang binasa sebagai
fitnah bagi mereka dan Dia telah menyuruh mereka supaya berhati-hati
terhadap keluarga mereka sendiri. Adapun mereka yang telah berakhir
daripadanya (mati), maka segala balasan, bahaya, bala daripada
penyakit yang bermacam-macam, kekurangan anak dan jiwa kerana
mereka tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah, maka
Dia mengenakan azab kepada mereka sebagaimana Dia telah
menjanjikan mereka sama ada dalam bentuk perubahan rupa (maskhun)
atau ditelan bumi (khasfun).
Allah telah berfirman kepada zuriat Adam yang terdahulu bahawa
Dia telah membinasakan mereka dengan azab dunia dan dengan azab
akhirat. Di kalangan mereka ada yang terkena taufan, ditelan bumi,
ditukar rupa kepada kera, khinzir dan lain-lain daripada azab akhirat.
Kemudian Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada
mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih
besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang
benar)”250 Iaitu mereka melakukan apa yang terlarang dan firman-Nya:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah
(nikmat-Ku) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nya), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”251
Firman-Nya: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan
menambah (nikmat-Ku) kepadamu” Iaitu pahala di dunia dan akhirat,
pertambahan dari segi harta, anak-anak dan kehidupan. Sesungguhnya
Nuh telah berkata: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya
247 Surah al-Kahf (18): 46
248 Surah al-Taghaabun (64): 14
249 Surah al-Taghaabun (64): 15
250 Surah al-Sajdah (32): 21
251 Surah Ibrahim (14): 7
al-Haft al-Syarif
130
Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan
kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu
dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan untukmu
sungai-sungai”252
Allah berfirman secara cepat dan lambat, lantas mereka
menghormati Allah secara cepat dan lambat. Justeru bagi mereka
hujah-hujah dan para rasul yang menceritakan kepada mereka tentang
Tuhan mereka dan had yang dilarang untuk mereka. Manakala mereka
menentang para rasul mereka, maka Dia menamatkan apa yang Dia
telah membukakannya untuk mereka, kemudian mereka bertaubat
kepada-Nya dengan taubat yang sejati. Maka Dia berfirman:
“Sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana
kamu Kami ciptakan pada mulanya”253
Dan Dia berfirman: “Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui
penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil
pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?”254 Dan Dia berfirman: “Dan
tidakkah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa
menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah
Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya Keadaan-Nya
apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:
“Jadilah” maka jadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya
kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu
dikembalikan”255
Maka kekuasaan (malakut) iaitu kekuasaan pada jalan yang
bermacam-macam, kekuasaan pada ilmu yang kadim. Maha Suci Allah
daripada apa yang dikatakan oleh mereka yang zalim. Dan bagi-Nya
kepujian yang berterusan dan abadi serta kepadaNyalah mukminin
bertawakal. Wa s-Salam.
BAB 63
☼Makrifat tentang seseorang dan dirinya dengan empat tabiat,
empat tiang dan empat rukun (fi ma‘rifati al-Mar’i wa nafsi-hi biarba‘
i tabaa’i‘ wa arba‘ da‘aaim wa arba‘i arkaan)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata di dalam penerangannya tentang
perkara-perkara tersebut bahawa tabiat manusia ialah: Hitam, kuning,
kahak (balgham) dan darah. Rukun-rukunnya ialah: Cahaya, api, angin,
air dan bentuk tanah. Dia melihat dengan cahaya, dia makan dan
252 Surah Nuh (73): 10-12
253 Surah al-An‘aam (6): 94
254 Surah al-Waaqi‘ah (56): 62
255 Surah Yaa Siin (36): 81-83
al-Haft al-Syarif
131
minum dengan api. Dia bersetubuh (jimak) dan bergerak, dengan cita
rasa dan air.
Maka ini adalah sebahagian daripada bentuknya, tetapi apabila ia
turun kepada diri, maka rukun-rukun ini menjadi sembilan. Akalnya
menjadi petunjuknya, jalannya, anak kuncinya dan dengannyalah akan
sempurna apa yang diturunkanNya. Apabila ia disokong oleh akalnya
daripada cahaya, maka dia menjadi alim, berwawasan lagi cerdik. Dia
mengetahui semuanya dengan kematangannya dan kemuliaannya
tentang “bagaimana” dan “kenapa”. Manakala dia mengetahui
tatacaranya, maka dia memahami apa itu kebinasaan, lalu dia hidup
dengan ikhlas kepada keesaan-Nya, [melakukan] peradaban dengan
ketaatan kepada-Nya.
Apabila dia melakukannya, maka dia memahami apa yang telah
berlalu, bertambah tanggungjawabnya sehingga dia mendapati yang
kuning hanya pada kekuningannya, yang merah hanya pada
kemerahannya, yang hitam hanya pada kehitamannya, yang putih
hanya pada keputihannya. Dia hanya mendapati rasa atau kemanisan
atau kepahitan atau masam atau masin. Apabila dia mengetahui yang
merah tanpa kemerahannya, yang kuning tanpa kekuningannya, yang
putih tanpa keputihannya dan yang hitam tanpa kehitamnnya, maka
makrifatnya menjadi sempurna.
Dia boleh memperbaharui imiginasinya dengan sokongan akalnya.
Kadang-kadang dirinya di dalam keadaan panas dan kadang-kadang di
dalam keadaan sejuk. Justeru apabila kepanasan memasuki dirinya di
dalam keadaan sejuk, maka dia menjadi gembira. Dan apabila
kesejukan memasuki dirinya ketika dirinya di dalam keadaan sejuk,
maka dia berdukacita dan merasa berputus asa. Dan ia menjadi sebab
kepada beberapa penyakit. Dan cara mengatasinya adalah dengan
pemakanan dan minuman yang seimbang dengan suhu badan sama ada
sejuk atau panas. Jika tidak, ia akan menyebabkan bermacam-macam
kesakitan dan penyakit, wa s-Salam.
BAB 64
☼Makrifat tentang ciptaan Allah yang bermacam-macam (fi
ma‘rifati ma khalaqa llahu wa aqadda min-hu al-Qidada)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menyediakan
berbagai perkara, membentuk berbagai rupa dan menciptakan cahaya.
Kemudian Dia telah mendindingkan api dengan angin. Kemudian Dia
menciptakan air, lalu mendindingkannya dengan angin. Dia telah
menciptakan tanah daripada buih laut, lalu Dia mendindingkannya
al-Haft al-Syarif
132
dengan air. Dan daripada cahaya Dia telah menciptakan malaikat
dengan berbagai rupa.
Dan daripada api, Dia telah menciptakan jin dengan berbagai rupa.
Dan daripada tanah, dia menciptakan rupa Adam. Dia telah
menciptakan Adam daripada tanah, api, angin dan air. Dan ini adalah
dari urusan dunia. Dia telah menciptakan cahaya dan angin dari urusan
akhirat sebagaimana firman Allah: “Dan sesungguhnya di antara kami
ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak
demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza”256
Iaitu Dia membentuk kamu daripada asal kejadian kamu.
Justeru malaikat melihat semua makhluk sedangkan makhluk
tidak melihat mereka kecuali jin kerana mereka dijadikan daripada api
sebagaimana firman-Nya: “Dan Kami telah menciptakan jin sebelum
(Adam) dari api yang sangat panas”257 Jin dan manusia tidak dapat
melihat mereka kecuali orang yang dimuliakan Allah.
Sesungguhnya manusia melihat mereka pada mutu cahaya yang
diceritakan sahaja (jauhar al-Nuur). Justeru manusia makan dan minum
dengan api. Dia melihat dan mengetahui dengan cahaya, dia mendengar
dan mencium dengan angin. Dia mendapati kelazatan makanan dengan
air dan dia bergerak dengan angin. Jika tidak ada api pada tali
perutnya, nescaya keadaan makanan dan minuman tidaklah bermakna
pada perutnya.
Tanpa angin, nescaya api pada tali perut tidak menyala, dan
keberatan pada perutnya dan kesejukan air tidak keluar. Tanpa cahaya,
dia tidak melihat penglihatannya. Tanpa roh, necaya dia tidak ada,
justeru tanah adalah bentuknya dan tulang pada jasadnya sepertilah
kedudukan pokok dan bumi. Darah pada jasadnya sepertilah
kedudukan air di bumi. Tidak ada kekuatan bagi bumi melainkan
dengan air, tidak ada kekuatan bagi jasad manusia melainkan dengan
darah.
Rambut di atas jasadnya sepertilah kedudukan rumput di
permukaan bumi. Otak adalah turunnya darah dan buih untuknya.
Begitulah manusia diciptakan dari keadaan dunia dan akhirat. Allah
telah mengumpulkan di antara kedua untuk kehidupannya di bumi,
kerana dia turun dari langit kepada dunia adalah keadaan akhirat.
Apabila Allah memisahkan di antara keduanya, maka perpisahan itu
adalah dengan kematian kerana rohnya turun ke dunia adalah dari
keadaan akhirat.
Justeru kehidupan adalah di bumi sementara kematian adalah di
langit. Maka Dia telah memisahkan di antara roh dan jasad apabila ia
adalah dari keadaan dunia. Dan apabila dia mati, maka roh, cahaya dan
256 Surah al-Jin (72): 11
257 Surah al-Hijr (15): 27
al-Haft al-Syarif
133
api dikembalikan kepada kejadian yang pertama dan dia meninggalkan
jasad di dunia. Kerana angin mengeringkan tanah sehingga ia menjadi
reput. Dan dikembalikan sesuatu kepada asal ciptaannya. Kemudian
roh bergerak dengan nafas dan nafas pergerakkannya daripada roh.
Apabila ia daripada nafas mukmin, maka ia adalah daripada cahaya
panas yang dibantu dengan akal. Apabila ia daripada nafas kafir, maka
ia menjadi sejuk dibantu dengan api. Justeru mukmin bentuknya
adalah cahaya dan kafir bentuknya adalah api. Dan pergerakan pada
keduanya adalah dengan roh.
Apa yang bergerak dengan cahaya dan roh dari kanannya dan apa
yang bergerak dengan api, maka ia adalah kirinya sebagaimana firman-
Nya: “Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari
sebelah kanannya”258 Maka dia membacanya. Adapun orang-orang yang
diberikan kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia tidak dapat
membacanya dengan baik. Kematian adalah rahmat Allah kepada
hamba-Nya yang mukmin dan ia merupakan seksaan daripada Allah
kepada kafir. Sesungguhnya Allah apabila mahu mengeluarkan hamba-
Nya yang mukmin dari dunia kepada akhirat, maka Dia merahmatinya
dan memaafinya.
Dia mengeluarkannya dari penjaranya dan menyerunya kepada
rahmat-Nya dan mengembalikannya kepada cahaya-Nya kerana dunia
adalah penjara mukmin dan syurga kafir. Apabila Allah mahu kehinaan
kepada kafir, maka Dia mengazab dirinya dan merosakkan asalnya,
kemudian Dia mengeluarkannya dari kenikmatan-Nya, kemudian
dikembalikan dirinya ke neraka.
Allah mempunyai dua balasan di dunia. Satunya daripada roh pada
azab di akhirat dan kedua penguasaan sebahagian ke atas sebahagian
yang lain sebagaimana firman-Nya: “Demikianlah Kami jadikan
sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebahagian
yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan”259 daripada dosadosa.
Maka setiap balasan (‘uquubah) adalah untuk roh dan
sesungguhnya itu adalah suatu kesakitan dan kefakiran dan semuanya
itu bagi mukmin merupakan balasan dan bagi kafir pula sebagai
dendam (nuqmah); azab yang buruk di akhirat dan dendam di dunia.
Tidak ada bagi mukmin dendam di dunia dan tidak ada azab di
akhirat kerana ia berlaku dengan dosa dan dosa berlaku disebabkan
syahwat. Jika ia berlaku kepada mukmin, maka ianya adalah kerana
kesalahan dan lupa. Dan jika ia berlaku kepada kafir, maka ianya
adalah disebabkan keingkaran, permusuhan dan hasad dengan sengaja
sebagaimana firman-Nya: “Kami telah melemparkan padanya semua
258 Surah al-Haaqqah (69): 19
259 Surah al-An‘aam (6): 129
al-Haft al-Syarif
134
orang yang sangat ingkar dan keras kepala kerana hasad dengki mereka
selepas kebenaran terserlah”260
Makhluk yang pertama menyembah Allah adalah malaikat, bentuk
mereka ada daripada cahaya, mereka tidak melakukan kesalahan dan
mereka tidak pula tersilap, mereka tidak melampaui apa yang
diperintahkan kepada mereka. Mereka mentaati semua perjanjian dan
amanah Allah 261ke atas mereka dan mereka tidak mengubah atau
menukarkan apa yang diperintahkan kepada mereka dalam keadaan
mengetahui bahawa tiada tuhan Melainkan Allah. Manakala jin
diciptakan, maka berlakulah fitnah di kalangan mereka, lalu
dilemparkan kepada mereka penutup.
Lantaran itu, mereka tidak lagi melihat malaikat yang tidak
melakukan perbuatan seperti mereka. Justeru Dia telah menjadikan
dinding (hijab) di antara mereka. Maka hijab ada tujuh. Hijab di antara
seseorang dan roh, hijab di antara roh dan malaikat, hijab di antara
malaikat dan jin, hijab di antara jin dan manusia, justeru orang yang
percaya kepada kemakmuran bumi adalah jin, tetapi mereka telah
melakukan kerosakan dan menumpahkan darah padanya.
Mereka telah melupai perjanjian dan amanah, lalu tinggal di bumi,
kemudian mereka binasa sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seseorang khalifah di muka bumi” Mereka berkata:
“Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang
akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan
Engkau? Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
tidak kamu ketahui”262 Dia telah mengajar semua nama-nama kepada
Adam. Justeru Dia telah menciptakan Adam dan mengajar kepadanya
nama-nama, bilangan tahun dan hisab.
Kemudian Dia telah menurunkan Adam ke bumi dan
memerintahkan cakerawala (al-Falak) supaya berpusing, kerana
cakerawala pada masa jin tidak berpusing. Maka tinggallah jin dan
zuriatnya pada satu iklim yang terputus daripada hisab Arab, orang
Ajam, rome dan India. Di beberapa iklim digunakan hisab India yang
mempunyai lapan hisab. Tujuh daripadanya (cakerawala) berpusing
sementara satu tidak bergerak iaitu iklim jin. Oleh itu, dijadikan
260 Maksud Surah Qaaf (50): 23 “Lemparkanlah oleh mu berdua ke dalam
neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala”. Teksnya
berbeza dengan teks di dalam mushaf Uthman iaitu al-Qur’an yang ada
sekarang.
261 Wilayah Ahlu l-Bait a.s
262 Surah al-Baqarah (2): 30
al-Haft al-Syarif
135
cakerawala tujuh iklim yang berpusing. Lantaran itu, malam dan siang
diketahui.
Kemudian dijadikan dengannya dua belas gugusan bintang. Justeru
tahun dan bulan-bulan diketahui. Kemudian diketahui bulan-bulan tiga
puluh hari, kerana matahari menaiki atau melalui setiap gugusan
bintang (burj) selama tiga puluh hari. Dan dijadikan siang hari seperti
setahun, kerana siang hari dijadikan dua belas jam. Maka dijadikan
jam-jam seperti bulan-bulan. Sesungguhnya malam tidak dihisab umur
manusia kerana tudur (al-Naum) adalah saudara kematian (akhu al-
Maut). Dan daripadanya dibuat dalil bahawa mayat boleh dihidupkan
kerana orang yang tidur akan bangun.
Sesungguhnya kematian diketahui dengan tidur, kebangkitan (al-
Ba‘thu) daripada kehidupan selepas kematian daripada kesedaran.
Diketahui perangai manusia daripada tabiatnya dari pusingan
cakerawala, kenaikan gugusan bintang-bintang yang beredar dan
terbenam. Apabila tamatnya pusingan, maka ketika itu tidak diketahui
malam daripada siang dan siang daripada malam dan dikawal dunia
dengan kekuasaan Allah bagi-Nya penciptaan dan perintah. Wa s-
Salam.
BAB 65
☼Makrifat tentang kesahihan tujuh Adam (fi ma‘rifati ma jaa’a fi
tashiih al-Aadamiyyiin al-Sab‘ah)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya
al-Sadiq a.s: Sesungguhnya aku telah mendengar sesuatu daripada
Syiah yang hatiku berat untuk mempertahankannya. Beliau a.s telah
berkata: Ceritakan kepadaku sebahagian daripada apa yang anda telah
mendengarnya daripada mereka, anda telah menyebut sesuatu
kepadaku.
Kemudian beliau a.s berkata: Anda mahu, wahai Mufadhdhal,
berkata sesungguhnya mereka berkata bahawa di bumi ada tujuh Adam
(sab‘ah awaadim) sebelum Allah menciptakan Adam (kita). Aku berkata:
Ya, wahai Maulaaya, itu adalah di antara kata-kata mereka. Beliau a.s
telah berkata: Mereka adalah benar, kerana di bumi ada tujuh Adam
(adamiyyiin) sebelum Allah menciptakan Adam (kita). Sesungguhnya
Jibrail daripada kurun yang pertama dan Mikail adalah dari kurun yang
kedua.
Dan sesungguhnya setiap pusingan adalah 50 ribu tahun. Apabila
Allah memulakan penciptaan Adamiyyiiin (manusia), maka Dia
menetapkan mereka di syurga selama 50 ribu tahun. Maka apabila Allah
memulakan penciptaan Adam, Dia menjadikan ahli syurga malaikat dan
al-Haft al-Syarif
136
Dia menjadikan ahli neraka di tempat yang lain pula. Kemudian Dia
menciptakan Adamiyyiin, kami adalah utusan pertama kepada mereka
(kunna awwala mab‘uuthiin ila dhalika al-Khalq) sebagai hujah-hujah.
Daripada Muhammad bin Nusair daripada Ya‘qub bin Salim
berkata: Sesungguhnya al-Sadiq a.s telah bertanya seorang lelaki sedang
aku di sisinya tentang firman-Nya: “Adapun mereka yang celaka, maka
(tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka mengeluarkan nafas
dan menariknya dengan merintih, mereka kekal di dalamnya selama ada
langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain).
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia
kehendaki. Adapun mereka yang berbahagia, maka tempatnya di dalam
syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali
jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai kurnia yang tiada putusputus”
263
Maka beliau a.s telah berkata: Iaitu kurnia yang tidak terlarang.
Kemudian beliau a.s berkata: Wahai polan, mudah-mudahan anda
mahu hadis al-Haft? Aku telah berkata: Wahai Sayyidi, apakah hadis al-
Haft itu? Beliau a .s telah berkata: Sesungguhnya di bumi ini ada tujuh
Adam (Adamiyyiin) sebelum bapa anda Adam, semua mereka telah
hidup di bumi (kullu-hum qad ‘aasyuu fi al-Ardh) dan Kiamat-Kiamat
telah berlaku ke atas mereka (wa qaamat ‘alai-him al-Qiyaamaat).
Mereka telah dihisab dan mereka telah memasuki syurga dan neraka.
Kemudian mereka dikeluarkan daripadanya264.
Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, di
manakah mukminin? Beliau a.s telah berkata: Adapun mukminin, maka
mereka berkecimpung bersama malaikat. Maka aku telah berkata: Ahli
neraka? Beliau a.s berkata: Mereka akan berkecimpung dalam
masukhiyyah. Tidakkah anda membaca firman-Nya: “Tidakkah mereka
melihat berapa banyak Kami membinasakan umat-umat sebelum mereka,
pada hal mereka berjalan (di bekas-bekas) tempat tinggal umat-umat
itu?”265 Mereka adalah Qasysyaasy yang anda melihat mereka. Mereka
merupakan khinzir, binatang yang berkaki empat, anjing [biasa], anjing
liar dan lain-lain.
Daripada al-Hasan bin Ali bin Abi al-Hamzah daripada bapanya
daripada Abi Basir berkata: Kami telah berada di sisi Abi Ja‘far al-Baqir
a.s, maka berlakulah sebutan tentang mereka. Abu Ja‘far a.s telah
berkata: Laknat Allah ke atas mereka. Sesungguhnya mereka berdua
adalah sesat lagi menyesatkan (fa-inna-humaa dhallaani mudhillaani) 266
263 Surah Huud (11): 106-108
264 Ke tempat yang lain pula
265 Surah Taahaa (20): 128 Dalam mashaf Uthman iaitu al-Qur’an sekarang
dengan lafaz afalam yahdi la-hum bererti “Maka tidakkah menjadi petunjuk bagi
mereka”.
266 Abu Bakr dan Umar
al-Haft al-Syarif
137
Demi Allah, kurun yang pertama merupa permulaan Adam diutus oleh
Allah di permukaan bumi, sesungguhnya Allah telah mengutus tujuh
Adamiyyiin sebelum Adam.
Maka dia (Adam) berterusan (wujud) pada umat-umat yang
terdahulu dan kurun-kurun yang lalu sehingga Allah mengutus
Muhammad, kemudian Dia telah melakukan apa yang kami telah
menceritakannya [kepada kamu] dan kamu telah mengetahuinya.
Demikianlah Allah menghendaki mereka berdua sehingga Allah
mengutus al-Qaim mereka267, lalu beliau a.s mengeluarkan mereka
berdua268 secara segar, kemudian membakar mereka berdua. Demi
Allah, mereka berdua merupakan fitnah kepada manusia, tetapi fitnah
mereka berdua pada masa dahulu adalah lebih besar daripada fitnah
mereka pada hari ini269.
Kemudian mereka berdua ditiup angin270. Kemudian Allah menukar
langit dengan langit yang lain dan menukar bumi dengan bumi yang
lain. Maka ketika itu, dunia yang lurus untuk kami. Daripada Ibn
Abdillah al-Barqi daripada Ibn Umar daripada Khalid bin Salim, mereka
berdua berkata: Kami telah duduk di sisi Maulaana Ja‘far al-Sadiq a.s,
maka beliau a.s telah menyebut seorang lelaki kepada kami. Maka
beliau a.s telah berkata: Aku tidak mengenalinya. Mereka telah berkata:
Sesungguhnya seorang lelaki telah mendapat kejayaan [menawan]
Khurasan yang membangun sebanyak tujuh kali.
Beliau a.s telah berkata: Berapa banyakkah kamu melihat
kemusnahannya pula? Al-Sadiq a.s telah ditanya oleh para hadirin
tentang dunia. Beliau a.s telah berkata: Ia adalah 400 pusingan (al-
Daur). Dan setiap pusingan itu adalah 400 ribu tahun. Dan setiap
pusingan itu tujuh Adamiyyiin dan setiap pusingan itu pula ada Adam,
Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad a.s.
Daripada Muhamamd bin Isma‘il daripada al-Bidayah, berkata: Aku
telah datang kepada bapaku dan aku telah berkata kepadanya: Aku
telah menjadikan diriku tebusan anda, sebelum Adam kita adakah
sudah ada Adam? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya dunia
diciptakan hanya beberapa hari yang dekat dengan permulaannya
sebelum Adam kamu ini, ada Adam-Adam yang ramai selain
daripadanya. Tidakkah anda membaca firman-Nya: “Kami telah
menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat
dikalahkan”271 Penentuan itu hanya diketahui oleh Allah sahaja.
Muhamamd bin Isma‘il telah berkata: Setiap Adam, wahai Maulaaya,
dengan pusingannya ada Muhammad, Ali, al-Hasan, al-Husain, Abu
267 Imam al-Mahdi a.s
268 Abu Bakr dan Umar
269 Pada pusingan ini.
270 Selepas tulangnya reput
271 Surah al-Waaqi‘ah (56): 60
al-Haft al-Syarif
138
Bakr, Umar, Uthman dan kamu para imam sendiri dan datuk kamu
Muhammad itu sendiri (bi-‘aini-hi) atau nama yang menyerupai namanama
mereka?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Kami sendiri (nahnu bi-a‘yuni-na), datuk
kami Muhammad sendiri, Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain sendiri, Abu
Bakr, Umar, Uthman sendiri. Kemudian beliau a.s berpaling dan
berkata: Wahai lelaki, sesungguhnya di kalangan kami rasul-rasul
selama Allah ada “hajat” pada makhluk-Nya (innaa minnaa rusulullah
maadaama-llahu fi khlqi-hi haajatan).
Apabila Allah mulai membinasakan mereka, Dia mengangkat kami
kepada-Nya (fa-idha bada’a llahu an yuhlika-hum rafa‘a-naa ilai-hi). Jika
Dia mulai menciptakan makhluk yang lain, kami Ahlu l-Bait dan para
imam adalah rasul-rasul-Nya kepada mereka (wa in bada’a an yakhluqa
khalqan aakhara kunnaa nahnu al-Rusulu ilai-him). Kemudian al-
Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, sesungguhnya Salman
memiliki pada setiap pusingan 4 ribu tahun272. Daripada al-Mufadhdhal,
berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah, aku telah berkata: Wahai
Maulaaya, bersama-sama dunia kita ini ada dunia yang lain? Beliau a.s
telah berkata: Wahai Mufadhdhal, Dia telah menciptakan seperti kubah
(dunia) kamu ini 12 ribu kubah. Jika diambil kubah kamu ini dan
diletakkannya di tengah kubah-kubah tersebut, nesacaya ia tidak
terserlah padanya273. Setiap kubah mempunyai 12 ribu pintu.
Dan lebar setiap daun pintunya adalah 12 ribu tahun perjalanan.
Padanya beberapa saf, [mereka] berdiri di atas kaki-kaki mereka. Jika
satu jarum dicampak, maka ia tidak jatuh melainkan di atas kepala
seorang lelaki daripada mereka. Mereka bertasbih kepada-Nya dan
mentakdiskanNya dan menyampaikan [laknat] kepada polan274 dan
polan275 dalam tasbih mereka. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
mereka itu daripada zuriat Adam? Beliau a.s telah berkata: Mereka tidak
mengetahui Adam dan zuriatnya. Aku telah berkata: Mereka mengetahui
kamu, para imam, wahai Maulaaya. Beliau a.s telah berkata: Kami di
sisi mereka lebih dikenali dari kami di sisi kamu.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya
al-Sadiq a.s, apakah akan terjadi kepada mukminin apabila mereka
berakhir” 276Beliau a.s telah berkata: Malaikat yang dekat dengan
Tuhan, berjiran dengan Yang Maha Pemurah “bercakap” dengan mereka
dan mereka pula “bercakap” dengan-Nya dan Dia mendedahkan kepada
mereka syurga-syurga[-Nya]. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai
Maulaaya, di manakah perginya mereka yang dilaknati? Beliau a.s telah
272 Kedatangannya
273 Kubah mereka lebih baik daripada kubah kamu.
274 Abu Bakr
275 Umar
276 Di syurga
al-Haft al-Syarif
139
berkata: Mereka diubah rupa (mamsukhiin) menjadi hama-hama, ularular
dan kala-jengking.
Daripada Ibn Sinan, daripada Kharasy al-Nahri, daripada Zurarah,
berkata: Pada suatu hari, aku telah berada di sisi Abi Ja‘far al-Baqir a.s,
maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Zurarah, anda tidak
mempunyai sesuatu tentang hadis tujuh Adam? Aku telah berkata: Ya,
wahai Maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tetapi
diriku, demi Allah, bercakap kepadaku supaya aku bertanya anda. Maka
al-Baqir a.s telah berkata kepadaku: Maksud anda, wahai Zurarah,
tentang tujuh Adamiyyiin. Sesungguhya sebelum bapa kita Adam a.s
ada enam Adamiyyiin yang Kiamat-Kiamat telah berlaku, mereka telah
dihisab. Maka mereka telah memasuki syurga atau neraka, wahai
Zurarah.
Mereka tidak mengetahui malaikat ketika malaikat berkata:
“Mengapakah Engkau hendak menjadikan (khalifah) padanya orang yang
akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah?”277
sekiranya Dia tidak menetapkan perkara yang besar lagi lama itu [pada
azali lagi]278. Dan daripada al-Sadiq a.s berkata: Apabila Allah
menempatkan para wali-Nya ke syurga dan musuh-musuh-Nya ke
neraka, maka mereka akan menjadi mengikut apa yang dikehendaki
Allah. Apabila Allah suka mengembalikan mereka, nescaya Dia
menjadikan ahli syurga malaikat ruhani dan kami adalah para rasul-
Nya kepada makhluk-Nya.
Di dalam al-Qur’an terdapat tujuh ayat [untuk tujuh Adam]
berlaianan yang membicarakan tentang Musa dan Fir‘aun. Setiap Adam
ada Musa dan Fir‘aunnya sehingga berlalunya enam [atau tujuh] Adam
[dan seterusnya], maka Allah melakukan kepada mereka apa yang Dia
kehendaki dan yang ketujuh [atau kelapan] mereka adalah Adam kita.
Daripada Ali bin Yusuf daripada Ibrahim bin Hisyam daripada Ismail bin
‘Abd al-Aziz berkata: Aku telah berkata kepada Imam Ja‘far al-Sadiq a.s:
Maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Adam telah ada
sebelum Adam bapa kita?
Beliau a.s berkata: Ya, Adam sebelum Adam, beliau a.s menyebut
sehingga dua puluh satu Adam sehingga setiap Adam [disebut] tentang
umurnya dan umur anak lelakinya di dunia, syurga dan neraka selama
50 ribu tahun, kemudian ahli syurga bertukar menjadi malaikat
sementara ahli neraka bertukar menjadi Qasysyaasy.
Ibrahim telah berkata: Isma‘il bin Abd al-‘Aziz telah berkata: Aku
telah bertanya al-Sadiq a.s, maka aku telah berkata: Aku telah
menjadikan diriku tebusan anda, maksudku adalah hadis al-Haftiyyah.
Beliau a.s telah berkata: Ya, Allah berfirman tentang tujuh langit dan
277 Surah al-Baqarah (2): 30
278 Mengenai penciptaan makhluk dan tahap-tahapnya.
al-Haft al-Syarif
140
tujuh bumi dan pada setiap bumi ada Adam dan Nuh seperti Nuh kamu.
Safwan bin Safwan bin Yahya daripada al-Husain a.s: Dua orang lelaki
telah berada bersama-samanya. Seorang daripadanya berkata: Polan
telah menceritakan apa yang aku telah mendengarnya dan aku telah
menceritakannya kepada anda kelmarin.
Dia telah berkata: Sesungguhnya sebelum kita ada tujuh
Adamiyyiin yang telah hidup begitu juga anak-anak mereka. Mereka
telah menyempurnakan rezeki-rezeki mereka, Kiamat-Kiamat telah
berlaku kepada mereka dan mereka telah memasuki syurga dan neraka.
Lelaki itu merasa ia adalah suatu perkara yang besar, lalu dia berkata
kepadanya: Ini dia al-Husain, maka tanyalah dia. Sesungguhnya aku
tidak berbohong kepada anda. Maka al-Husain a.s telah berkata:
Sesungguhnya Kiamat telah berlaku kepada mereka, kemudian mereka
memasuki syurga dan neraka.
Kemudian bumi dikembalikan dan tidak ada seorang yang
menyembahNya. Daripada Muhammad bin Sinan, daripada Muhammad
bin al-Hayyi al-Khth‘i daripada Kathir al-Nuway, berkata: Aku telah
berkata kepadanya, celaka anda, wahai Kathir, alangkah banyaknya
perselisihan anda dengan Abi Ja‘far? Dia telah berkata: Sesungguhnya
aku telah mendengar sesuatu yang tidak menggembirakan selamalamanya.
Dia telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Celakalah
anda, anda tidak mendengarnya daripadanya?
Dia telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Mereka itu
adalah Adamiyyiin semuanya dibukakan dengan Muhammad dan
keluarganya. Daripada Muhammad bin Isma‘il, daripada sahabatnya,
daripada Abu Hamzah al-Thumali, berkata: Aku telah berkata kepada
Abi Abdillah a.s: Allah telah menjadikan aku tebusan anda, ceritakan
kepadaku, wahai Maulaaya, tentang firman Allah: “Tiap-tiap sesuatu
pasti binasa kecuali wajah Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan”279
Beliau a.s telah berkata: Wahai polan, tiap-tiap sesuatu akan binasa dan
tidak tinggal melainkan wajhullah.
Iaitu lebih besar daripada apa yang diceritakan, tetapi makna tiaptiap
sesuatu binasa melainkan agama-Nya dan kami para imam adalah
wajhullah yang tidak dapat didatangi melainkan daripadanya, kami
sentiasa dalam ibadat kepada-Nya (la nazalu fi ‘ibadatillah) selama Allah
ada ru’ya (hajat). Lelaki itu berkata: Allah telah menjadikan diriku
tebusan anda, apakah itu ru’ya, wahai Maulaaya? Beliau a.s telah
berkata: Hajat.
Apabila Allah tidak ada hajat kepada mereka, Dia mengangkat kami
kepada-Nya dan Dia melakukan kepada mereka apa yang Dia suka.
Daripada Muhammad bin Sinan, Abu Abdillah a.s telah berkata:
Sesungguhnya di kalangan kamilah, para rasul daripada Allah kepada
279 Surah al-Qasas (28): 88
al-Haft al-Syarif
141
makhluk-Nya apabila Dia ada hajat pada makhluk-Nya. Dan apabila Dia
tidak ada hajat kepada mereka, Dia mengangkat kami kepada-Nya
sehingga Dia kehendaki memulakan penciptaan yang lain. Kamilah
utusan yang pertama kepada mereka dan pertunjuk kepada makhluk
dan hujah-hujah ke atas mereka.
Daripada al-Hasan bin Mahmud, daripada Habil al-Dharraab dan
bapanya Isma‘il bin Hasan, daripada Abi Rafi‘ al-Mausuliy daripada
Jabir, Abu Ja‘far al-Baqir a.s telah berkata: Wahai Jabir, hujah-hujah
Allah sentiasa pada makhluk-Nya apabila Dia ada hajat kepada mereka.
Apabila Dia tidak ada hajat kepada mereka, Dia mengangkat kami
kepada-Nya. Kemudian Dia membinasakan mereka secara pembakaran
(harqan) atau penenggelaman (gharqan). Kami para imam adalah hujjah
selepas mereka.
Daripada Abi Abdillah al-Barqiy dan daripada Muhammad bin Sinan
dan daripada Salih bin Ziyad al-Nailiy, daripada Yunus bin Dhubyaan
berkata: Aku telah bertanya Maulaana al-Sadiq a.s tentang firman-Nya:
“Maka Sesungguhnya Kami akan menayai umat-umat yang telah diutus
rasul-rasul kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan menanyai
(pula) rasul-rasul (Kami) maka sesungguhnya akan Kami kabarkan
kepada mereka, sedang (Kami) mengetahui (keadaan mereka) dan Kami
sekali-kali tidak jauh (dari mereka)”280
Al-Sadiq a.s telah berkata: Mereka yang akan kami tanyakan itu
adalah selepas mereka berpisah daripada dunia dan mereka akan
mengetahuinya. Daripada Husain bin Yusuf daripada saudaranya
daripada bapanya Saif bin Umairah al-Hanafi berkata: Aku telah
bertanya Maulaana Ja‘far a.s tentang firman-Nya: “Tiap-tiap sesuatu
akan binasa melainkan wajah-Nya”281 Maka beliau a.s telah berkata:
Kami para imam adalah hamba-hamba-Nya, lidah-Nya yang bercakap
dan tangan-Nya pada makhluk-Nya dan kami adalah wajah-Nya yang
didatangi daripada-Nya, kami sentiasa dalam ibadat kepada-Nya selama
Allah ada ru’yah kepada mereka. Lelaki itu bertanya: Apakah itu ru’yah,
wahai Maulaaya?
Beliau a.s telah berkata: Hajat. Apabila Dia tidak ada hajat kepada
mereka, Dia mengangkat kami kepadanya mengikut kehendak-Nya.
Kemudian dia telah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah berkata:
Allah tidak menciptakan makhluk sebelum Muhammad yang lebih mulia
di sisi-Nya daripada Muhammad. Daripada Muhammad bin Abi Abdillah
al-Barqiy, daripada Ishaq bin ‘Ammaar telah bertanya Abu Abdillah
ketika duduk, maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai Maulaaya,
aku bertanya anda dengan yang mempunyai perjanjian ulama di sisinya
supaya memberitahu kepada manusia dan mereka pula tidak
280 Surah al-A‘raaf (7): 6-7
281 Surah al-Qasas (28): 88
al-Haft al-Syarif
142
merahsiakannya, hendaklah anda memberitahu kepadaku perkara yang
aku akan bertanya anda tentangnya. Maka al-Sadiq a.s telah berkata
kepadanya: Tanyalah apa yang anda kehendaki.
Beliau telah berkata: Maulaaya, tentang firman-Nya: “Setiap waktu
Dia dalam kesibukan”282 Apakah hijab-hijab-Nya (ma hujubu-hu) dalam
kesibukan-Nya yang berlaku. Al-Sadiq a.s telah berkata: Kami para
imam adalah hijab-hijab-Nya (nahnu al-Aimmatu hujubu-hu).
Sesungguhnya daripada kami para rasul-Nya kepada semua makhluk-
Nya selama Allah ada hajat kepada makhluk-Nya. Apabila Allah mahu
membinasakan makhluk-Nya, Dia mengangkat kami kepada-Nya.
Apabila Dia mahu menciptakan makhluk yang lain, maka kamilah yang
pertama diutus dan kamilah para wali kepada makhluk itu (kunnaa
wulaat dhalika al-Khalq).
Daripada Abdillah al-Qasim berkata: Aku telah mendengar Abu
Abdillah al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya daripada kamilah para
rasulullah kepada makhluk (innaa minnaa rusulullah li- al-Khlaq) selama
Allah ada hajat kepada makhluk-Nya (ma daama li-llahi fi khalqi-hi
haajat). Daripada Imam al-Baqir a.s, berkata: Sesungguhnya Allah telah
memulakan dengan pusingan matahari dan Dia membuat matahari
berjalan selama 40 pagi daripada pagi hingga ke malam. Tidak ada
bersamanya matahari (lain) dan bulan, maka cahayanya adalah
daripada cahayanya, tidak ada darah haram ditumpahkan di atasnya
dan tidak ada amalan yang sia-sia. Dan mereka tidak mengetahui
bagaimana Allah menciptakan Iblis. Daripada bapaku, beliau berkata:
Aku telah datang kepadanya, lalu beliau bertanya kepadaku: Apakah di
sisi anda, wahai anakku, hadis-hadis tentang tujuh Adam?
Aku telah berkata: Di sisiku banyak (hadis), sesungguhnya aku
telah berangan-angan untuk menyalakan api dan membakarnya. Beliau
berkata: Kemukakan apa yang anda mengingkarinya? Kemudian
terlintas di hatiku tentang Adamiyyiin. Beliau telah berkata: Malaikat
tidak mengetahui ketika berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan
(khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darahi”283
Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah melalui di
hadapan beberapa lelaki yang sedang bercakap-cakap, lalu baginda
s.a.w bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu sedang fikir? Mereka
telah berkata kepadanya: Wahai Rasulullah, kami sedang memikir pada
bulan bagaimana ia tidak berjalan di langit sebagaimana berjalannya
bintang-bintang di langit.
Maka baginda s.a.w bersabda: Ya, tentang inilah yang kamu
memikirnya, sesungguhnya bagi Allah 39 bumi, tidak ada padanya
282 Surah al-Rahmaan (55): 29
283 Surah al-Baqarah (2): 30
al-Haft al-Syarif
143
matahari dan bulan. Bumi itu bersinar dengan cahayanya sendiri dan
tidak seorangpun mengetahui bahawa seseorang melakukan maksiat
dan bumi kamu ini genap 40. Kemudian baginda s.a.w bersabda:
Sesungguhnya aku menyangka bahawa tidak ada bumi yang dipijakdengan
izin Allah-melainkan terdapat malaikat yang sedang sujud atau
dua kakinya sedang berdiri [kerana sembahyang].
Daripada Muhammad al-Baqir bahawa beliau a.s telah berkata
kepada Zurarah: Wahai Zurarah, sesungguhnya bagi Allah bumi yang
bersinar, sinarannya daripada cahayanya, tidak ada padanya matahari
dan bulan. Padanya makhluk yang tidak diketahuinya melainkan Allah.
Mereka tidak menderhakai Allah walaupun sekelip mata. Maka Zurarah
telah berkata: Dan Iblis di mana ?
Al-Baqir a.s telah berkata: Mereka tidak mengetahui bahawa Allah
telah menciptakan Iblis. Beliau berkata: Aku telah menjadikan diriku
tebusan anda, siapakah mereka anak-anak Adam? Beliau a.s telah
berkata: Mereka mengetahui bahawa Allah telah menciptakan Adam.
Daripada al-Sadiq a.s bahawa bapa kita Adam berkata: Sesungguhnya
Allah telah membuat 39 kubah 284untuk anak-anak Adam. Daripada
Humairan telah berkata: Aku telah bertanya al-Baqir a.s tentang katakata
malaikat “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi
itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan
darahi”285
Dari mana malaikat itu mengetahuinya melainkan [berdasarkan]
apa yang sebelumnya? Daripada al-Baqir a.s bahawa beliau a.s telah
berkata: Seorang lelaki telah datang kepada bapa kami Amir al-
Mukminin Ali bin Abi Talib, lalu beliau berkata kepadanya: Wahai Amir
al-Mukminin, apakah nasab-nasab yang dikaitkan manusia kepadanya,
lalu beliau a.s menyerunya dan berkata: Ceritalah nasab (keturunan)
anda, maka beliau telah berkata: Ya, aku akan menyebut penasabanku
kepada ‘Aad, Thamud, Qarun dan banyak lagi. Maka beliau a.s telah
berkata: Sesungguhnya anda tidak mengetahui untuk melakukan
penasaban, aku boleh melakukannya, aku adalah Ali yang ketujuh,
tujuh Adamiyyiin.
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah mempunyai
18 ribu alam dan dunia hanya satu alam. Dan di dunia ada 1 ribu umat
selain daripada jin dan manusia, 600 di lautan dan 400 di daratan.
Daripada al-Sadiq a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Tiga pusingan
adalah 700 ribu tahun, satu pusingan 70 ribu tahun dan satu pusingan
lagi 7 ribu tahun. Daripada al-Baqir a.s telah berkata: Aku telah
bercakap tentang Bani Israel, seorang lelaki berkata: Aku telah
menjadikan diriku tebusan anda, demi Allah, hadis-hadis tujuh (Adam)
284 Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi, viii, hlm 257, hadis no. 301
285 Surah al-Baqarah (2): 30
al-Haft al-Syarif
144
adalah lebih menarik daripada hadis-hadis mereka. Al-Baqir a.s telah
berkata: Mudah-mudahan anda maksudkan hadis al-Haftiyyah286 Beliau
berkata: Ya, maka al-Baqir a.s telah berkata: Percayalah dengannya,
kerana ia adalah satu kebenaran (fa-inna-ha haqqun).
Daripada Muhammad Ali, daripada Amir al-Mukminin a.s berkata:
Sesungguhnya selepasku akan berlaku fitnah yang gelap gelita,
bermasalah dan tidak tinggal padanya melainkan al-Nuumah. Ditanya
apakah itu al-Nuumah? Beliau a.s telah berkata: Orang yang tidak
diketahui oleh manusia apa yang ada pada dirinya287. Daripada al-Baqir
a.s berkata: Dua perkara di hadapanku: Gerhana bulan lima [kali] dan
gerhana matahari lima belas [kali] semenjak Adam turun ke bumi. Maka
pada ketika itu hisab ahli nujum tidak diambil kira288. Daripadanya
daripada Yahya bin ‘Imraan berkata: Aku telah mendengar Ali bin al-
Husain berkata: Siapa yang mendapati Qaim kami dan dia mempunyai
penyakit, maka dia akan disembuhkan daripada penyakitnya.
Ibn al-Husain telah berkata: Anak-anak Abbas289akan binasa di
tangan Qaim kami. Daripada Yahya bin ‘Imraan berkata: Aku telah
bertanya Abu Abdillah Ja‘far tentang ghaibnya sahabat urusan ini290,
bilakah ia akan berlaku dan apakah alamat ghaibnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Gegaran di Nahwan dan ketika wafatnya
al-Husain selepas Hilwan, gempa bumi akan berlaku ke atas ahli
Faris291 dan gegaran akan berlaku kepada ahli Rome. Apabila anda
melihat sedemikian atau anda mendengarnya, maka yakinlah ghaibnya
sahabat urusan ini292. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, aku telah
menjadikan diriku tebusan anda, ghaibnya adalah satu kepastian
daripada Allah? Beliau a.s telah berkata: Begitulah diberitahu kepada
kami dan urusannya kembali kepada Allah.
Jika Dia kehendaki, Dia meneruskannya dan jika Dia kehendaki
Dia menangguhkannya. Beliau telah berkata: Maulaaya, dimanakah
ghaibnya? Al-Sadiq a.s telah berkata: Di sebalik kawasan kamu ini? Aku
berkata: Maulaaya, tidak ada sesuatupun di sekeliling kawasan kita ini.
Kemudian al-Sadiq a.s tersenyum sambil berkata: Aku akan
menceritakan perkara itu kepada anda dan aku tidak menegah anda
daripadanya jika Allah kehendaki. Maka di sebalik kawasan anda ini
terdapat bandar-bandar yang bermacam-macam di mana setiap bandar
mempunyai dua belas ribu pintu dan di atas setiap pintu pada malam
286 Tujuh Adam
287 Al-Saduq, Ma‘aani al-Akhbaar, bab “Ma’na al-Nuumah”, hlm. 166
288 Di antara tanda kedatangan Imam Al-Mahdi a.s
289 Bani Abbas yang telah menzalimi Ahlul Bait a.s dan penyokong-penyokong
mereka di sepanjang zaman.
290 Imam Mahdi
291 Penduduk-penduduk di Parsi
292 Imam Mahdi a.s
al-Haft al-Syarif
145
dan siang dua belas ribu lelaki yang menjaganya sehingga hari Kiamat.
Aku berkata: Wahai Maulaaya, berapakah bilangan bandar-bandar itu?
Al-Sadiq a.s berkata: 39 kubah selain daripada kubah Adam.
Aku berkata: Wahai Maulaaya, mereka daripada anak-anak Adam
(aulaad Adam)? Al-Sadiq a.s berkata: Mereka tidakpun mengetahui
bahawa Allah telah menciptakan Adam. Aku berkata: Adakah mereka
didahului oleh Iblis, wahai Maulaaya, dengan bala tenteranya? Al-Sadiq
a.s berkata: Mereka tidak mengetahui bahawa Allah telah menciptakan
Iblis. Aku berkata: Wahai Maulaaya, aku telah menjadikan diriku
tebusan anda, bagaimana al-Qaim mendatangi mereka? Al-Sadiq a.s
berkata: Al-Qaim datang dari dunia menurut kehendaknya atau
menurut kehendak Allah untuk dia berada di kalangan mereka.
Aku berkata: Wahai Maulaaya, ghaibnya di mana dan pada bandar
manakah dia diami? Al-Sadiq a.s berkata: Dia tinggal di mana saja Allah
kehendaki. Aku berkata: Wahai Maulaaya, adakah seorang di kalangan
kamu akan datang kepada mereka? Al-Sadiq a.s berkata: Ya, kamilah
hujah-hujah Allah pada mereka dan ke atas mereka dan mereka pula
memberikan khumus mereka kepada kami, mereka tidak menderhakai
Allah sekalipun sekelip mata. Aku berkata: Wahai Maulaaya, waktu
manakah perjalanan kamu kepada mereka? Al-Sadiq a.s berkata:
Apabila kami berada di sini (idha kunnaa haa-hu-naa), maka kami
berada di sana (fa-nahnu hunaa-ka) dan apabila kami berada di sana
(wa idh kunnaa hunaa-ka), maka kami berada di sini (fa-nahnu haahunaa).
Aku berkata: Wahai Maulaaya, tanpa perpindahan dan tanpa
musafir? (min ghairi naqlatin wa-la safarin).
Lantas al-Sadiq a.s tersenyum (fa-tabassama) sambil berkata: Cinta
anda kepada kami tidak membuat anda berkata pada kami menyalahi
kebenaran, kami adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan (nahnu
‘ibaadullah al-Mukramuun), kami tidak mendahuluiNya dengan
perkataan (la nasbiqu-hu bi-l-Qaul) dan kami dengan perintah-Nyalah
kami melakukan sesuatu (wa nahnu bi-amri-hi na‘malu),293 kami takut
kepada-Nya tentang perkara-perkara yang ghaib dan kami kerana
takutkan-Nya mengharapkah kasihan belas-Nya.
Subhana llah, Dia tidak memberikan kebaikan kepada kami kecuali
dengan kepujian-Nya. Kami adalah penyimpan ilmu-Nya (nahnu
khazzaanu ‘ilmi-hi), tempat rahsia-Nya (maudhi‘ sirri-hi), tempat simpan
ilmu-Nya, pewaris-pewaris para nabi-Nya dan para rasul-Nya dan
kamilah hujah-hujah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya daripada
makhluk-Nya. Allah telah memilih kami sedangkan kami tidak mampu
293 Maksud firman-Nya Surah al-Anbiyaa’ (21); 26-27 “Sebenarnya mereka
(malaikat-malaikat) adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka tidak
mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-
Nya”
al-Haft al-Syarif
146
ke atas diri kami sendiri untuk melakukan sebarang kemudaratan dan
sebarang manfaat melainkan apa yang dikendakiNya.
Sesungguhnya apa yang aku telah menceritakan kepada anda itu
adalah dengan kuasa Tuhan kami (bi-qudrati rabbi-na). Beliau berkata:
Wahai Maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, dari
manakah al-Qaim kamu akan keluar? Al-Sadiq a.s berkata: Dari
Baitullah al Haram dan Jibrail adalah yang pertama memberi baiah
kepadanya dengan 70 ribu malaikat bersamanya.
Tidak ada malaikat di langit melainkan dia turun dan memberi
baiah kepadanya. Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, aku ada
beberapa soalan yang aku segan untuk bertanya anda kerana kehibatan
dan kemulian anda, beliau a.s berkata: Allah memberi rahmat kepada
anda, Allah telah memerintahkan kami supaya menjelaskan kepada
kamu setiap kali kamu berhajat kepadanya, maka bertanyalah apa yang
terlintas di hati anda. Dia berkata: Maulaaya, semenjak bilakah Allah
telah menciptakan dunia dari mulanya sehingga ia berakhir?
Beliau a.s berkata: 50 ribu daur (pusingan masa) dan setiap daur
adalah 400 ribu kur (hitungan masa). Setiap kur adalah 400 ribu tahun.
Dia berkata: Wahai Maulaaya, Allah telah menjadikan diriku tebusan
anda, perkara ini akan berakhir? Beliau a.s berkata: Ilmunya di sisi
Allah sebagaimana firman-Nya “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-
Nya sajalah Makrifat tentang hari Kiamat”294. Beliau a.s berkata: Mereka
melihatnya jauh, tetapi kami melihatnya dekat. Dia berkata: Wahai
Maulaaya, di manakan syurga?
Beliau a.s berkata: Di sini (ha-huna), aku berkata: Maulaaya, di
dunia, beliau a.s berkata: Ya, aku berkata kepadanya: Di manakah
neraka? Beliau a.s berkata: Mengikut kehendak Allah sebagaimana Dia
berfirman “Dan tidak ada seorangpun daripada kamu, melainkan
mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian
yang sudah ditetapkan”295
Aku berkata: Syurga di bumi? Beliau a.s berkata: Ya, maka aku
menjadi syak, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah berfirman
“Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan
telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan)
menempati tempat di dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki;
maka syurga itu adalah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang
beramal”296 Aku berkata: Wahai Maulaaya, syurga dan neraka akan
berakhir?
Beliau a.s berkata: Ya, kerana Allah berfirman tentang syurga dan
neraka “Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali
294 Surah Luqman (31): 34
295 Surah Maryam (19) 71
296 Surah al-Zumar (39): 74
al-Haft al-Syarif
147
jika Tuhanmu mengehendaki (yang lain)297. Aku berkata: Apakah akan
terjadi pada ahli syurga dan ahli neraka? Beliau a.s berkata: Ahli neraka
akan menjadi qasyaasy, aku berkata: Maulaaya, apakah itu qasyaasy?
Beliau a.s berkata: Pepijat, lalat, semut dan seumpamanya. Aku berkata:
Wahai Maulaaya, mereka berpindah daripada satu bentuk kepada
bentuk yang lain? Beliau a.s berkata: Ya, mereka berpindah daripada
satu kejadian kepada kejadian yang lain, maka ini adalah azab yang
lebih besar.
Aku berkata: Wahai Maulaaya, Allah telah menjadikan aku tebusan
anda, apakah akan terjadi kepada ahli syurga? Beliau a.s berkata:
Malaikat, aku berkata: Malaikat yang sebenar? Beliau a.s berkata:
Manusia ruhani. Aku berkata: Mereka tidak berpindah daripada satu
bentuk kepada bentuk yang lain? Beliau a.s berkata: Tidak, aku berkata:
Wahai Maulaaya, apakah akan terjadi kepada wanita-wanita dan
bidadari-bidadari dan di manakan tempat tinggalnya ahli syurga? Beliau
a.s berkata: Allah akan kurniakan setiap mukmin satu syurga yang
sesuai untuknya dan akan memberikan kepadanya istana-istana di
syurga.
Sementara wanita-wanita dan bidadari-bidadari akan kembali
kepada pasangan mereka. Aku berkata: Wahai Maulaaya, di manakah
Dia akan mengambil syurga-syurga untuk mereka di dunia dan di
manakah tempatnya? Beliau a.s berkata: Antara tiang-tiang ‘Arasy. Aku
berkata: Wahai Maulaaya, di manakah tiang-tiang ‘Arasy itu?
Beliau a.s berkata: Kursi panjangnya 100 ribu tiang, jarak
perjalanan antara tiang kepada tiang yang lain adalah 100 ribu tahun.
Begitu juga lebarnya, setiap Mauqif atau tempat berhenti [memuatkan]
70 ribu pelawat dan setiap kali mereka melawatnya dan kembali kepada
tempat tinggal mereka, maka ia bertambah kepada 70 kali ganda
[ukurannya] seumpamanya. Aku berkata: Wahai Maulaaya, inilah
kelebihan yang besar dan mulia.
Adakah mereka lebih menikmati syurga-syurga ini atau syurga yang
pertama? Maka al-Sadiq a.s tersenyum, kemudian berkata: Wahai
Basysyaar, adapun syurga pertama adalah berjiran dengan Allah, maka
ia adalah lebih baik daripada syurga yang kedua. Tidakkah anda
mengetahui bahawa Allah telah menukarkan mereka ke syurga-syurga
yang pertama kerana berdekatan dan berjiran dengan-Nya, lalu Dia
telah memilih mereka untuk “melihatNya”298.
Beliau berkata: Wahai Maulaaya, adakah wanita-wanita berpindah
dari satu keadaan kepada keadaan yang lain? Al-Sadiq a.s berkata: Ya,
wahai Basysyaar, mereka berpindah daripada satu jenis kepada jenis
yang lain, daripada kebaikan kepada kebaikan yang lain. Daripada
297 Surah Hud (11): 107-108
298 Bukan dengan penglihatan mata. Ia adalah satu gambaran yang istimewa
buat mereka.
al-Haft al-Syarif
148
cahaya kepada cahaya yang lain. Daripada nikmat kepada nikmat lain
yang lebih baik.
Beliau berkata: Wahai Maulaaya, Segala puji bagi Allah yang tidak
mengurniakan ilmu-Nya kepada sesiapapun selain daripada kamu yang
mana Dia telah memberi keistimewaan kepada kamu dengan kelebihan-
Nya, bukan kepada semua makhluk-Nya. Al- Sadiq a.s telah berkata:
Wahai Basysyaar, Allah akan merahmati anda, sembunyilah rahsia yang
mana aku telah menyimpannya kepada anda daripada simpanan rahsia
Allah. Kemudian al-Sadiq a.s telah berkata: Urusan al-Qaim dan
kemunculannya terserah kepada Allah sahaja. Aku telah berkata: Wahai
Maulaaya, tidakkah ada baginya alamat-alamatnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, ada berbagai-bagai alamat. Aku telah
berkata: Apakah alamat-alamat itu, wahai Maulaaya, al-Sadiq a.s telah
berkata: Api akan datang dari sini dan beliau a.s telah memberi isyarat
dengan tangannya ke arah kiblat dan ke arah timur. Aku telah berkata:
Wahai Maulaaya, semuanya dalam satu malam? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Ya, perubahan rupa (maskhan) akan berlaku di India dan Sind
sementara al-Husain akan memasuki Hilwan. Aku telah berkata: Wahai
Maulaaya, di manakah tempat tujunya? Beliau a.s akan menuju ke
sebuah bandar yang baru di pantai Saihan, Basrah.
Aku telah berkata: Tidakkah ia al-Zauraa’? Beliau a.s telah berkata:
Tidak. Aku telah berkata: Maulaaya, apakah yang akan berlaku? Beliau
a.s telah berkata: Turunnya askar di pantai Saihan di Basrah dan
seorang lelaki daripada anak [keturunan] bapaku a.s akan keluar di
pantai Dajlah dari Basrah ingin memasukinya, tetapi dihalang dengan
kuat, lalu dia kembali keluar darinya, tentera-tentera daripada Bani
Mirdas menyerangnya. Dan akan berlaku beberapa pertempuran di
antaranya dan mereka. Mereka berterusan dalam kedaan sedemikian,
demi Allah, sehingga 60 ribu orang terbunuh di tangannya.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, kemudian apakah yang akan
berlaku? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ia berterusan sedemikian sehingga
beliau a.s memasukinya dan membunuh gabenornya dan gabenor Bani
Mirdas. Kemudian beliau a.s akan bermukim padanya sehingga
dikendaki Allah. Kemudian penduduknya akan memberi baiah
kepadanya dalam keadaan terpaksa dan menunaikan bayaran a’l-‘Usyur
299
Apabila beliau a.s300 merasa tenang dan kuat, maka mereka
menipunya, lalu mereka mengepung rumahnya pada waktu malam,
lantas mereka membunuh para sahabatnya dan menggelidah rumahrumah
mereka, tetapi beliau dapat melepaskan dirinya dan melarikan
diri daripada para sahabatnya dan penduduk-penduduknya, keluar
299 Satu per sepuluh dari hasil pendapatan.
300 Imam Mahdi a.s
al-Haft al-Syarif
149
dalam keadaan lari darinya. Kemudian para sahabatnya mengangkat
satu kepala daripada Bani Mirdas di satu perairan, maka mereka
menyangka bahawa “mereka” telah membunuhnya. Jika anda melihat
satu perempat kepalanya di atas katilku atau di tanganku, maka anda
tidak membenarkan pembunuhannya, kerana beliau keluar di dalam
keadaan lari daripadanya dan diserahkan kepalanya, lalu beliau pergi
sehingga ke Yaman.
Lantas manusia daripada kabilah-kabilah yang bermacam-macam
dan Mawaali 301 yang berakhlak mulia berkumpul kepadanya. Kemudian
beliau keluar bersama-sama mereka sehingga beliau melaksanakan
tugasannya dan tinggal padanya sehingga dikehendaki Allah. Kemudian
sebahagian daripada ahli Kufah berkumpul kepadanya dan beliau
keluar daripadanya sehingga beliau mendatangi Basrah. Lalu beliau
memasukinya pada waktu malam, membunuh ramai orang dan
membakar kabilah-kabilah yang ramai, kemudian beliau kembali ke
Kufah.
Al-Basysyaar telah berkata: Wahai Maulaaya, selepas itu apakah
yang akan berlaku? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ia akan berlaku
mengikut kehendak Allah. Beliau telah berkata: Aku telah menjadikan
diriku tebusan anda, cepatlah menjawab kerana aku tidak bertanya
melainkan mahu sedemikian. Al-Sadiq a.s telah berkata: Ketahuilah
bahawa seorang daripada pengikut kita masih berada di Kufah
menghidupkan kharajnya dan memberikannya kepada para sahabatnya,
mengeluarkah khumusnya dan membayarnya kepada yang berhak.
Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, di manakah Sahib al-Amr
302pada hari itu ketika ghaibnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Mengikut kehendak Allah. Aku telah
berkata: Maulaaya, diriwayatkan kepada kami daripada bapa kamu
Muhammad al-Baqir a.s bahawa ghaibnya Sahib al-Amr di lorong-lorong
rumah kamu? Lalu al-Sadiq a.s tersenyum, kemudian berkata: Memang
benar kata-kata bapaku bahawa Sahib al-Amr di sebalik bandar-bandar
kamu yang diliputi ilmu di lautan dan daratan. Kemudian al-Sadiq a.s
telah berkata: Malah pada bandar-bandar yang banyak. Beliau telah
berkata: Wahai Maulaaya, apakah yang kita akan lakukan kepada orang
yang telah meriwayatkannya daripada bapa anda itu? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Ketahuilah anda dan saudara-saudara anda, sesungguhnya
kedudukan perawi-perawi (al-Rijaal) di sisi kami mengikut kadar
tanggungjawab mereka terhadap kami.
Khalilullah Ibrahim telah berkata: Sesungguhnya aku sakit dan
kenapa beliau sakit? Adakah anda melihatnya sebagai pembohong?303
301 Bekas-bekas hamba
302 Imam Mahdi a.s
303 Al-Saduq, Ma‘aani al-Akhbaar, “innii saqiim”, hlm. 210
al-Haft al-Syarif
150
Tidak, demi Allah, malah beliau304 adalah benar dan lebih mengetahui
tentang sabda Rasulullah s.a.w. Kemudian beliau telah berkata: Wahai
Maulaaya, siapakah di kalangan anak-anak Adam di bandar-bandar itu?
Beliau a.s telah berkata: Mereka tidak mengetahui bahawa Allah telah
menciptakan Iblis. Al-Basysyaar telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah
mereka mengetahui kamu dengan sebenarnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, mereka membawa buah-buahan
kepada kami sebelum masanya dan memberi khumus kepada kami yang
difardukan Allah dan diwajibkannya untuk kami di dalam kitab-Nya.
Malah mereka lebih taat kepada kami daripada kamu (hum atwa‘u lanaa
min-kum). Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah mereka
bernikah dan beranak? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, sepertilah Adam
dan Hawa.
Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah Allah telah
mengutus para rasul kepada mereka sebagaimana Dia telah mengutus
kepada anak Adam? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, Dia telah mengutus
para rasul kepada semua makhluk, kepada mereka di sebalik ‘Arasy,
malah kepada semua makhluk. Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya,
mereka telah memperakui wilayah kamu? Al-Sadiq a.s telah berkata:
Mereka tidak mengingkari kami, sesiapa yang mengingkari seorang
daripada kami, maka dia [kembali] kepada kami, justeru dia tidak
mewalikan [kesemua] kami. Kamilah menara Allah yang bercahaya di
bumi-Nya, kemudian kamilah penyimpan amanah-Nya kepada makhluk-
Nya. Maka aku telah berkata: Segala puji bagi Allah kerana anda telah
memperkenalkan kemuncak kelebihan kamu kepadaku.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Allah merahmati anda, Allah tidak
memperkenalkan kepada seseorang tentang kemuncak kelebihan kami
melainkan sekadar bulu yang berwarna putih di lembu jantan yang
berwarna hitam305. Adapun kadar kelebihan kami dan ilmu kami pada
ilmu Allah dan kelebihan-Nya hanya sekadar apa yang dibawa oleh
seekor burung di muncungnya dari lautan306 yang disebutkan oleh Allah
di dalam kitab-Nya. Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, segala puji
bagi Allah yang tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya, tiada tuhan
melainkan Allah.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Tuhan kami sebelum kepada
sesuatu dan pencipta sebelum sesuatu dan selepasnya, pencipta kepada
yang jauh dan penghujung kepada segala matlamat, pembuat kepada
sesuatu, penciptanya, memulakan sesuatu dan menghilangakan yang
terakhir. Kemudian al-Sadiq a.s telah melekatkan pipinya ke tanah,
demi Allah, aku telah mendengarnya berkata sedemikian: Tuhanku dan
penolongku, Tuanku, tempat aku berpegang, penciptaku, pemberi rezeki
304 Bapanya al-Baqir a.s
305 Betapa sedikitnya mereka yang mengetahui kelebihan para imam a.s.
306 Betapa sedikitnya ilmu kami dibandingkan dengan ilmu Allah.
al-Haft al-Syarif
151
kepadaku. Jika Dia mahu, Dia boleh mengazabku, maka dia
menghalangku. Jika Dia mahu, Dia menegahku. Dan jika Dia mahu, Dia
merahmatiku dengan kelebihan-Nya.
Maka neraka wail pada hari itu untuk pembohong-pembohong.
Kemudian al-Sadiq a.s mulai memalingkan pipinya di atas tanah dan
sesungguhnya beliau a.s telah berkata: Aku adalah hamba Engkau dan
anak lelaki hamba Engkau dan cucu lelaki kepada hamba perempuan
Engkau. Anak lelaki kepada hamba perempuan Engkau. Aku
memerlukan kepada rahmat Engkau, mempercayai janji anda sebagai
tawanan dengan amalanku. Wahai Tuhanku, kasihanilah kesalahanku
dan kefakiranku, rahmatilah kemiskinanku, wahai Maulaaya, dengan
kemenangan ke atas musuh-musuh-Ku tanpa pertolongan anda,
nescaya aku di kalangan yang dikalahkan.
Kemudian al-Sadiq a.s telah mengangkat kepalanya dan berkata
percakapan yang tidak dapat didengari. Maka beliau telah berkata:
Labbai-ka, wahai Maulaaya, kemudian al-Sadiq a.s: Sembunyilah apa
yang kami telah mendedahkannya kepada anda tentang ilmu Allah yang
Dia telah menyembunyikannya daripada malaikat. Beliau telah berkata:
Wahai Maulaaya, bilakah penutupannya didedahkan? Lantas Abu
Abdillah menangis sehingga air matanya mengalir. Kemudian beliau a.s
telah berkata: Wahai Ruba‘i, jika Allah kehendaki bagi-Nya kepintaran
dan kekuatan. Penciptaan dan urusan, jika Allah kehendaki.
Daripada Abi Abdillah a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Apabila
kematian menghampiri Muhammad Rasulullah s.a.w, maka baginda
s.a.w bersabda: Wahai Ali, jika aku mati, maka mandilah aku, lakulah
tahnit, pakailah aku dan buatlah aku duduk, nescaya aku akan
menceritakan kepada anda apa yang akan berlaku sehingga hari
Kiamat.
Manakala baginda s.a.w mati, maka Ali telah memandikannya,
melakukan tahnit kepadanya, memakaikannya pakaian, kemudian
beliau mendudukkannya, lalu Muhammad s.a.w menceritakan
kepadanya apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat. Diriwayatkan
daripada Abd al-Muttalib bin Hasyim bahawa beliau telah berkata
tentang kisah Ibrahim bin al-Asyram beberapa bait untuknya iaitu
sebagai penyempurnaan yang menenangkan untuk difahami:
Wahai penyeru, anda telah memperdengarkan aku
Setiap kali anda berkata, aku tidak tuli
Allah menguatkan seseorang yang menjadi hak-Nya
Sunnah-Nya pada satu kaum dan bukan kepada semua umat
Sesungguhnya bagi al-Bait Tuhan yang mencegah
Siapa yang datang kepadanya suatu hari akan menilainya
Aku telah berkata kepada al-Asyram untuk menenangkan hatinya
Sesungguhnya al-Asyram akan mengalami penyesalan
Ramai pengikut dalam tenteranya
al-Haft al-Syarif
152
Humair dan al-Hayyi daripada keluarga Qidam
Anda telah memusnahkannya pada parti mereka
Selepas Ta‘i dan Khidasy yang musnah
Dia berpaling daripadanya dan pada pelananya
Orang yang terluka dua pipinya, tidak boleh bercakap
Begitulah perkara yang telah diciptakan
Tidak ada urusan Allah urusan yang tersembunyi
Kami mengetahui Allah dan pada kami tanda
Silaturahim kami melakukannya sekalipun dengan celaan
Dan bagi kami pada setiap pusingan ada ulangan
Kadang-kadang dengan (rupa) Arab dan dengan (rupa) bukan Arab
Kami adalah keluarga Allah (aalillah) yang telah berlalu307
Sentiasa pada kami semenjak dahulu kala
Kamilah keluarga Allah308 pada negeri-Nya309
Kami sentiasa keluarga Ali (aali ‘Ali) dan Ibrahim
Kamilah penghuni langit-langit yang tinggi
Kami membahagi-bahagikan cahaya dan kegelapan
Kami telah mengutus rasul penasihat
Dalam beberapa kurun semenjak Thamuud yang musnah
Kamilah yang telah memusnahkan Thamuud secara kekerasan
Kemudian ‘Aad sebelumnya semenjak dulu lagi
Kami telah mnegutus para nabi kepada
Kaum ‘Aad, Thamuud dan Lakham
Dan bagi kami petunjuk yang soleh
Arab asli, Qur’an percakapan
Bagi kami Taurat dibaca rahsianya
Bagi kami Injil diriwayatkan untuk umat-umat
Bagi kami alim yang kami dapat pertunjuk daripadanya
Dan imam baginya kelebihan hikmah
Dan Kitab yang menerangkan ayat-ayatnya
Padanya berita-berita pendapat umat-umat
Di atas kami hak dan tulisan yang
Ditulis kandungannya pada nilainya
Bagi kami urusan yang mulia ilmunya
Bagi kami cahaya-cahaya daripada Pencipta bayu
Segala kelebihan daripada Allah, kepada-Nya kami bertawakal.
Sebahagian ahli makrifat telah bertanya tentang berita-berita batin,
maka beliau telah berkata kepadanya: Siapa yang tidak mengetahui
307 Di abad-abad yang lalu
308 Ahli Allah atau keluarga Allah adalah mereka yang tinggi di dalam makrifat
dan kedudukan mereka adalah lebih tinggi daripada ahli syurga (ahlu l-Jannah).
Abd al-Muttalib dan anak-anaknya Abdullah (bapa Nabi s.a.w), Abu Talib (bapa
Ali a.s) adalah di kalangan keluarga Allah yang dimaksudkan oleh bait-bait
tersebut.
309 Abd al-Muttaib mengakui ada pusingan dan pengulangan di dalam
penciptaan Allah.
al-Haft al-Syarif
153
urusan ini daripada sudutnya,310 maka dia adalah daripada badanbadan
manusia311 sehingga dia sampai kepada makrifat yang terakhir312.
Dia di kalangan orang yang ditutup di atasnya, lalu dia diambil [kira]
dibawah kuasa isterinya313. Kemudian dia keluar dari rumah makrifat
kepada rumah ingkar, justeru dia adalah di kalangan mereka yang rugi.
Daripada Abi Ali al-Kufi, berkata: Aku telah berada di sisi al-Baqir
a.s, tiba-tiba seorang lelaki yang kemerahan kulitnya, memakai pakaian
hijau telah datang kepadanya, lalu beliau berkata: Al-Salam ‘alaikum,
wahai Abu Ja‘far, wa rahmatullahi wa barakaatuh, maka al-Baqir a.s
telah menjawab salamnya dengan sebaik-baik salam. Maka aku telah
berkata kepadanya: Siapakah anda, wahai lelaki, Allah merahmati anda?
Maka beliau telah berkata: Aku adalah saudara anda dan sahabat anda
ketika aku telah datang ke Khurasan, lalu anda telah menjadikan aku
tetamu anda pada malam itu.
Maka Abu Ali al-Kufi telah berkata kepada Abi Ja‘far a.s: Aku tidak
melihatnya di dalam keadaan ini, wahai Maulaaya. Lalu al-Baqir a.s
tersenyum sambil berkata: Beliau adalah di kalangan al-Mahjuubiin,314
beliau boleh menyerupai (yahtajibu) apa yang beliau kehendaki. Maka
beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah yang telah dicapai oleh
hakikat imannya? Al-Baqir a.s telah berkata: Wahai Duwwaal315, tidak
ada halangan lagi di atas Allah kerana dekatnya kepada-Nya. Aku telah
berkata: Wahai Maulaaya, alangkah lalainya manusia terhadap lelaki
seperti ini, kemudian lelaki itu menghilangkan diri.
Maka al-Baqir a.s telah berkata: Hamba [Allah] ini, jika anda
bertanya [ku], beliau telah dikurniakan dengan enam hijab yang mana
beliau boleh menggunakannya apabila beliau kehendaki daripada
kerajaan langit dan bumi. Maka aku telah berkata: Alangkah besarnya
hak mukmin di sisi Allah. Al-Baqir a.s telah berkata: Wahai Duwwaal,
janganlah anda takbur terhadap hamba Allah, justeru anda menjadikan
pahala anda kepada [kebinasaan] dan anda akan binasa. Kerana setiap
mukmin yang diamanahkan ada tujuh hijab apabila ia keluar daripada
badan-badannya [yang asal] dan terdedah daripadanya, maka dia
menjadikannya dekat kepada-Nya.
Al-Duwwaal telah berkata: Wahai Maulaaya, ceritakan apa yang
anda telah merasai tentang kemanisan iman dan apa yang akan terjadi
kepada mukminin di akhirat apabila mereka berakhir? Al-Baqir a.s telah
310 Keseluruhannya
311 Beribadat secara zahir
312 Beribadat secara zahir dan batin
313 Ibadatnya tidak secara merdeka.
314 Orang yang tidak dapat dilihat dengan mata biasa di dalam keadaan tertentu
kerana hijab yang digunakannya.
315 Namnya yang sebenar adalah Abu Ali al-Kufi, tetapi al-Baqir a.s telah
memanggilnya dengan al-Duwwaal.
al-Haft al-Syarif
154
berkata: Malaikat yang dekat kepada Allah (muqarrabiin), berjiran
dengan Yang Maha Pemurah, Dia “bercakap” dengan mereka dan
mereka pula bercakapa dengan-Nya di syurga-syurga-Nya. Beliau telah
berkata: Wahai Maulaaya, apakah yang akan terjadi kepada mereka
yang dilaknati yang menyalahi kamu?
Beliau a.s telah berkata: Hama-hama (hawaam) dan perubahan
bentuk daripada hama-hama kepada ular-ular sawa, kala jengking,
khinzir dan bentuk-bentuk lain yang tidak ada kebaikan padanya
selepas azab yang pedih316. Allah Maha mengetahui, sesungguhnya
rahmat-Nya meliputi semua dan Dia Maha Penyayang di antara semua
penyayang. Wa s-Salam.
BAB 66
☼Makrifat tentang apa yang telah berlaku pada bayang-bayang dan
bentuk-bentuk yang kabur (fi ma‘rifati ma jaa’a fi al-Azilah wa al-
Isybaah)☼
Sesungguhnya Allah telah memilih di antara roh-roh pada al-
Azillah, kemudia Dia menempatkannya di badan-badan. Apabila Qaim
kita keluar, saudara lelaki yang Allah telah mempersaudarakan di
antara keduanya pada al-Azillah akan mewarisi sementara saudara
lelaki daripada peranakan badan (al-Wilaadah al-Jismaaniyyah) tidak
akan mewarisi. Ketahuilah perkara itu dan sesiapa yang mengetahuinya
maka dia tidak perlu kepada saksi.
Daripada Muhammad bin Ali, berkata: Apabila pusingan berlaku,
maka ia berlaku pada satu kumpulan selepas satu kumpulan, dari satu
kurun kepada satu kurun sehingga mukminin menjadi bersih
sebagaimana bersihnya emas. Kemudian Abu al-Hasan berpaling kepada
seorang tukang kayu yang bekerja (menukang) di rumahnya, maka
beliau a.s telah berkata: Tukang kayu ini pada pusingan yang pertama
(al-Daur al-Awwaal) adalah seekor ayam jantan (diikan) dan dia pada
hari ini adalah seorang tukang kayu (al-Najjaar).
Daripada Ibn Sinan daripada al-Mufadhdhal, berkata: Aku telah
bertanya Maulaaya al-Sadiq a.s, maka aku telah berkata: Ceritakan
kepadaku, wahai Maulaaya, tentang firman-Nya: “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seseorang khalifah di muka bumi” Mereka berkata:
“Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang
akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan
316 Selepas azab neraka.
al-Haft al-Syarif
155
Engkau? Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
tidak kamu ketahui”317
Al-Sadiq a.s telah berkata: Tidakkah kamu mengetahui bahawa
anak Adam (manusia) merosakkan di bumi? Al-Mufadhdhal telah
berkata: Wahai Maulaaya, dengan ilmu atau tanpa ilmu? Beliau a.s
telah berkata: Dengan ilmu, wahai Mufadhdhal. Al-Mufadhdhal telah
berkata: Wahai Maulaaya, dari mana dia telah mengetahuinya, adakah
ada Adam sebelum bapa kita Adam? Al-Sadiq a.s telah berkata: Sebelum
Adam sudah ada Adam-Adam sehingga beliau menghitung tujuh Adam
(sab‘a awaadim). Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, tujuh. Al-Sadiq
a.s telah berkata: Ya, Mufadhdhal, malah 1000 Adam juga.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, di manakah kamu
pada masa itu? Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, kami
telah berada di ‘Arasy Yang Maha Pemurah (kunnaa fi ‘Arsy al-
Rahmaan), maka kami telah bertasbih (fa-sabbih-naa), lalu malaikat
bertasbih dengan tasbih kami (fa-sabbihat al-Malaa’ikatu bi-tasbiihi-naa).
Kami telah bertahlil (wa hallal-naa), maka malaikat turut bertahlil
dengan tahlil kami (fa-hallalat al-Malaa’ikatu bi-tahliili-naa).
Kami telah mentakdiskan-Nya, maka malaikat turut mentakdiskan-
Nya dengan takdis kami (wa qaddas-naa fa-qaddasat al-Malaa’ikatu bitaqdiisi-
naa). Apabila Allah mahu menciptakan makhluk yang lain, Dia
menurunkan kami kepada makhluk itu, lalu kami menguruskan mereka
dan kami mengajar mereka. Apabila Allah mahu makhluk itu sesuatu
(amran) maka sesungguhnya Dia menganggkat kami kepada-Nya,
kemudian Dia melakukan kepada mereka apa yang dikehendakiNya.
Daripada Abdillah bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal, daripada al-
Sadiq a.s berkata: Dua orang yang mungkir janji (yarkabu al-
Naakithaani) berada di dalam bentuk dua ekor musang (dhab‘aini)
sementara mereka pula mendatangi satu kawasan yang mana mereka
318berdua sedang memasuki dinding di sebuah Bandar (al-Madinah).
Sementara mereka berdua sedang berpusing-pusing, tiba-tiba
seekor singa menerkam kepada mereka berdua, lalu membunuh mereka
berdua. Kemudian mereka berdua berada di dalam bentuk atau rupa
Bani Qazaazah, lantas seorang lelaki daripada Bani Qazaazah
menyerang mereka berdua, lalu membunuh mereka berdua. Kemudian
mereka [berdua] disusun di dalam bentuk masukh daratan seperti ular
sawa, kala jengking dan kumbang. Kemudian mereka berdua diubah
rupa kepada setiap burung (al-Tair) dan binatang-binatang ternakan (al-
Bahaa’im) yang tidak halal dimakan.
Daripada al-Sadiq a.s telah berkata: Adakah ‘Adasii319 dan Hafsah
diubah rupa menjadi binatang sembelihan? (a tumsakhu ‘Adasii wa
317 Surah al-Baqarah (2): 30
318 Talhah dan al-Zubair
319 ‘Aisyah
al-Haft al-Syarif
156
Hafsah dhabiihaini). Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah itu al-
Dhabhu (penyembelihan)? Maka beliau a.s telah meletakkan (berkata)
sedemikian kerana “cemburu” kepada Allah dan daripada Nabi-Nya
kerana tidak ada sesuatupun yang menerangkan bahawa mereka
[berdua] ditukar kepada binatang buas. Diriwayatkan daripada Ja‘far a.s
bahawa beliau a.s telah memerintahkan supaya disembelihkan seekor
lembu jantan. Lalu beliau a.s berkata: Adapun lembu jantan (thaur) ini
adalah seorang sahabat (qariin) masukhiyyah pada masanya320.
Lalu seorang yang berada bersamanya telah bertanya kepadanya
tentang perkara itu. Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya apabila
kulitnya dikupas, maka terdapat di antara kulit dan dagingnya satu alat
untuk menggulung benang. Diriwayatkan daripada Maulaana Amir al-
Mukminin Ali a.s bahawa manakala beliau duduk, tiba-tiba sebahagian
sahabatnya telah melaluinya, maka beliau a.s telah berkata: Lelaki ini
adalah unta jantan (jamalun) di sebahagian wadi di Yaman. Lantas
sekumpulan orang-orang Ansar ketawa, maka beliau a.s telah berkata:
Adakah kamu bersenda dengan hadis Rasulullah s.a.w?
Sama ada roh seorang daripada kamu disusun pada seekor keldai,
kemudian [lelaki] ini [pula] telah menaikinya kelmarin” Beliau telah
membuat isyarat kepada sebahagian sahabatnya. Daripada al-Sadiq a.s,
berkata: Sesungguhnya beliau a.s telah melintasi seorang lelaki buta
separuh lumpuh, lalu beliau a.s telah berdiri di hadapannya, kemudian
seorang lelaki telah berkata kepadanya: Tidakkah anda dahulu seorang
yang zalim lagi degil, lantas lelaki buta itu melompat ke atasnya sambil
berkata: Maulaaya, dia berpusing-pusing dan meminta daripadanya
[supaya datang].
Kemudian al-Sadiq a.s telah pergi ke tempatnya, maka sebahagian
sahabatnya telah berkata kepadanya: Siapakah lelaki yang separuh
lumpuh ini, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah? Al-
Sadiq a.s telah berkata: Lelaki ini dahulunya seorang daripada raja-raja
bukan Arab (al-‘Ajam) memaksa orang ramai membayar kharaj sehingga
dia mencabut tengkuk mereka berdua.
Maka dia telah mati, lalu Allah telah mengubah rupanya dengan
dua puluh jenis masukhiyyah, kemudian dia mengazabnya pula dengan
azab yang pedih daripada api neraka. Daripada al-Mufadhdal, berkata:
Aku telah bertanya Maulaaya al-Sadiq a.s tentang Kiamat, lalu beliau
a.s telah berkata: Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Dan
dengarlah (seruan) pada hari penyeru menyeru dari tempat yang dekat.
(Iaitu) pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya
itulah hari keluar. Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan
dan hanya kepada Kamilah tempat kembali. (Iaitu) pada hari bumi
320 Pernah menjadi sahabatnya sebelum dia diubah rupa menjadi seekor lembu
jantan. Buktinya satu alat untuk menggulung benang terdapat di antara kulit
dan dagingnya.
al-Haft al-Syarif
157
terbelah-belah menampakkan mereka dengan cepat. Yang demikian itu
adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami”321
Al-Sadiq a.s telah berkata: Bapa322 kami Ali bin Abi Talib akan
keluar, lalu beliau a.s menyeru dengan suara Allahu akbar , lantas
dijawab oleh mereka di daratan dan di lautan, kemudian Allah
membangkitkan mereka semua. Kemudian Ali datang dan terus bersama
orang ramai dan beliaulah yang membuat tanda mukmin sebagai
mukmin di depan dua matanya. Dan beliaulah yang membuat tanda
kafir menjadi kafir di depan kedua matanya. Dan di atas makna inilah
firman-Nya: “Sambil menundukkan pandangan-pandangan mereka”323
Iaitu tanda (al-Wasm) di antara mata-mata mereka. Dan firman-
Nya: “Keluar dari kuburan seakan akan mereka belalang yang
berterbangan, mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu”324
Sehingga dia berjumpa dengan mukmin, lalu berkata: Wahai mukmin,
dari mana anda telah datang? Beliau dikenali dengan tanda. Demikian
juga beliau akan bertemu dengan kafir, lalu berkata: Wahai kafir, dari
mana anda telah datang?
Beliau dikenali dengan tanda. Demikian juga firman-Nya: “Dan
apabila perkataan telah jatuh di atas mereka, Kami keluarkan sejenis
binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka
bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat
Kami. Dan hari Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan mereka
yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibahagi-bahagikan
(dalam kelompok-kelompok). Hingga apabila mereka datang, Allah
berfirman: “Apakah kamu telah mendustakan ayat-ayat-Ku, pada hal
ilmu kamu tidak meliputinya atau apakah yang telah kamu kerjakan”325
. Daripada Abd al-Samad daripada Abi al-Hakim berkata: Aku telah
bertanya Muhammad al-Baqir a.s tentang firman-Nya: “Dan sesiapa
321 Surah Qaaf (50): 41-44
322 Makna penderhakaan kepada dua ibu bapa, Nabi dan para iman a.s.
Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: “Aku dan anda adalah dua bapa umat
ini (ana wa anta abawaa hadhi-hi al-Ummati), maka Allah melaknati mereka
yang menderhakai kami (fa-la‘ana-llahu man ‘aqqanaa), katakanlah: Amin, maka
aku berkata: Amin. Kemudin baginda s.a.w bersabda lagi: “Aku dan anda adalah
dua tuan umat ini (ana wa anta maulayaa ha-dhi-hi al-Ummati), maka Allah
melaknati mereka yang melarikan diri daripada kami (fa-la‘anallhu man abiqa
‘annaa). Maka katakanlah: Amin, maka aku berkata: Amin. Kemudian baginda
s.a.w bersabda lagi: Aku dan anda adalah dua pengembala umat ini (ana wa
anta raa‘iyaa hadhi-hi al-Ummati), maka Allah melaknati mereka yang tersesat
daripada kami (fa-la ‘anallahu man dhalla ‘annaa). Katakanlah: Amin, maka aku
berkata: Amin”. Al-Saduq, Ma‘aani al-Akhbaar, bab “ma‘na ‘uquuq al-Waalidaini”
hlm 118.
323 Surah al-Qamar (54): 7
324 Surah al-Qamar (54): 7-8
325 Surah al-Naml (27): 82-84
al-Haft al-Syarif
158
yang mengerjakan amal-amal yang soleh dan ia dalam keadaan
beriman”326 Maka al-Baqir a.s telah berkata: Beriman dengan raj‘ah:
“Maka tidak ada pengingkaran terhadap amalannya itu, sesungguhnya
Kami menuliskan amalan itu untuknya”327 Maka al-Baqir a.s telah
berkata: Dia telah menyebut Kiamat, inilah ia. Tidakkah anda melihat
kepada firman-Nya: “Orang-orang yang tidak beriman kepada hari
Kiamat meminta supaya hari itu segera didatangkan dan orang-orang
yang beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahawa
Kiamat itu adalah benar”328
Fasal tentang al-Asybaah dan al-Azillah:
Daripada al-Mufadhdhal bin Umar al-Ja‘fi, al-Sadiq a.s telah
berkata: Sesungguhnya perkara yang pertama diciptakan Allah adalah
mukminin329. Dia telah menciptakan mereka sebagai bentuk-bentuk
yang kabur (asybaah) sebelum Dia menciptakan mereka sebagai
bayang-bayang (azillah). Maka Allah telah bertasbih dan bertahlil kepada
diri-Nya. Al-Asybaah pada hari itu seperti perkara yang tidak jelas.
Dalilnya bahawa gema yang dijadikan Allah di dunia, apabila
seorang lelaki bercakap atau melaung, maka ia menjawabnya seperti
suaranya. Demikianlah Allah telah menjadikannya sebagai dalil ke atas
Asybaah. Sesungguhnya Asybaah menyahuti seruan Allah; apa yang
Dia firmankan sedangkan tidak ada kehidupan padanya. Ia merupakan
susunan kehidupan yang mudah lagi lembut sebagaimana gema
menyahuti seruan yang dikatakan oleh manusia sedangkan tidak ada
kehidupan padanya (laa hayaata fi-haa).
Kemudian Allah menciptakan Azillah, maka Allah telah bertasbih
dan bertahlil kepada diri-Nya, lalu dijawab oleh Asybaah, kemudian
Azillah. Dalil tentang Asybaah, anda melihat pada cermin apabila anda
bercakap, maka ia bercakap seolah-olah ia bercakap dan [seolah-olah]
ada roh padanya. Kemudian Allah menciptakan roh-roh. Ia dinamakan
arwaah (roh-roh) kerana kepulangannya kepada makrifat Allah dari satu
sudut dan dari sudut yang lain pula kerana ia telah pulang (raahat)
kepada Allah [akhirnya]. Kemudian roh-roh berkata: Wahai Tuhan,
bagaimana Engkau telah menciptakan kami, bagimana Engkau telah
memulakan kami sehingga kami mengetahui permulaan penciptaan
kami dan penciptaan Engkau?
Maka Dia telah berfirman kepada mereka: Daripada-Ku bermulanya
Asybaah, kemudian Azillah, kemudian kamu iaitu arwaah. Lantas
mereka berkata: Wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau telah mengajar
326 Surah Taahaa (20): 112
327 Surah al-Anbiyaa’ (21): 94
328 Surah al-Syuuraa (42): 18
329 Pada umumnya. Dan para imam a.s mendahului mereka.
al-Haft al-Syarif
159
kami bagaimana Engkau telah menciptakan kami, justeru kami telah
mengetahui bagaimana kami membesar dan bagaimana kami mati.
Maka Dia telah berfirman kepada mereka: Kamu membesar di dalam
ketaatan kepada-Ku, kemudian kamu menderhakai[Ku].
Kemudian Aku telah menjadikan hijab-Ku di kalangan kamu. Aku
menciptakan badan-badan yang melindungi (tahjibu) sebahagian kamu
akan sebahagian yang lain. Aku menyeru kamu kepada diri-Ku; kepada
apa yang Aku telah menjadikannya sebagai hijab-Ku di kalangan kamu,
justeru kamu menyembahKu. Dan hijab-hijab-Ku adalah banyak.
Apabila Aku telah memilih hijab daripada makhluk-Ku, Aku tidak
berpisah daripadanya dan ia pula tidak berpisah daripada-Ku. Justeru
sesiapa yang menyembahKu dengannya, maka dia adalah mukmin yang
sebenar.
Dan sesiapa yang menyembahKu dengan hijab-hijab-Ku330
kesemuanya adalah kafir: Kerana hijab-hijab-Ku adalah banyak,
semuanya aku telah menempatkannya; iaitu Aku telah
menempatkannya selain daripada-Ku. Semuanya sebagai ujian kepada
anak-anak syaitan (aulaad al-Syaitaan) kerana mereka tidak
mengenaliKu dan mereka tidak menyembahKu dengan sebenarnya
(haqiiqat al-Ma‘rifati). Justeru sesiapa yang menyembahKu dengan
keimanan dan keyakinan, Aku akan memberi ganjaran dengan hijab
yang mana Aku tidak berpisah daripadanya dan ia tidak berpisah
daripada-Ku331.
Lantaran itu, Aku telah mewajibkan di atas diri-Ku; Aku mahu
supaya syaitan dan anak-anaknya tidak menyembahKu. Jika kamu
menyembahKu, kamu adalah lebih berhak dengannya, kerana ia adalah
hakikat keimanan. Maka mukminun berkata: Wahai Tuhan, bagaimana
kami menderhakai Engkau, bagaimana Engkau menciptakan musuh
dan dari apakah Engkau menciptakannya? Maka Allah berfirman:
Sesungguhnya Aku telah menciptakan kamu dari Asybaah dan
kesilapan kamu tidak boleh dipegang. Beliau (perawi) berkata: Dia telah
membiarkan mereka [dalam keadaan sedemikian] selama 51 ribu tahun.
Kemudian Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seseorang khalifah di muka bumi”332: Iaitu dia adalah musuh Engkau.
Mereka berkata: Wahai Tuhan, apakah musuh itu akan buat? Allah
berfirman: Jika kamu menyebutKu dengan hijab-Ku, nescaya dia
(musuh) membunuh kamu. Dan jika kamu beriman dengan-Ku melalui
hijab-hijab-Ku, dia akan mengazab kamu. Semua itu tidak ada yang
tinggal kerana kamu mengsyakkiKu, kamu telah menyembah hijabhijab-
Ku dan kamu tidak mengetahui Aku dengan sebenarnya: Al-Hijab
adalah nama tanpa makna, adakah kamu menyembah nama tanpa
330 Yang tidak dipilih oleh Allah
331 Hijab para imam a.s
332 Surah al-Baqarah (2): 30
al-Haft al-Syarif
160
makna? Maka mukminun telah berkumpul supaya Allah berehat apabila
Dia berfirman kepada mereka: “Setiap waktu Dia dalam kesibukan”333
Mereka telah berkata: Tidak wajib ke atas kita untuk membuat
Allah berehat334, maka ia adalah kesilapan pertama yang dilakukan oleh
mukminun tanpa ilmu dan tanpa pegangan, sesungguhnya perkara itu
adalah untuk Allah. “Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak
menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”335
Sesungguhnya mereka telah menjadi takut ketika Dia berfirman
kepada mereka: Sesungguhnya hijab-hijab-Ku semuanya Aku telah
menempatkan mereka selain daripada-Ku336: Sesungguhnya Aku telah
menutupi diri-Ku daripada kamu (ahtajibu-kum) dan Aku menutupi
sebahagian kamu akan sebahagian yang lain337. Lantaran itu, mereka
menjadi lemah dan takut pada ketika itu. Kemudian Allah telah
berfirman: Sesungguhnya ilmu-Ku pada kamu, jika kamu tidak
merujukkannya kepada-Ku, nescaya terbatallah ilmu-Ku [pada kamu].
Justeru hijab diciptakan, lalu Aku menutupi diri-Ku dengannya
daripada mereka. Iaitu [dengan] huruf-huruf seperti hijab Adam.
Kemudian diciptakan setiap hijab daripada kesilapannya mengikut
kadar penolong-penolongnya338, kemudian hijab-hijabnya daripada
sahabatnya. Dan diciptakan daripada [kesalahan] hijabnya yang
pertama adalah Iblis dan syaitan: Yang membisikkan (kejahatan) di
dalam dada manusia dan syaitan syurga yang diciptakan daripada
kesilapan mukminin. Kemudiaan Allah telah menciptakan setiap
makhluk itu roh dan syaitan ke atas musuh mereka.
Maka penciptaan Iblis dan anak-anaknya adalah daripada maksiat
mukminin. Sesungguhnya Allah telah menciptakan hijab-hijab yang
banyak daripada hijab-hijab mukminin. Kemudian Allah telah menyeru
Iblis dan zuriatnya supaya beribadat kepada-Nya. Mereka telah berkata:
Beritahulah kepada kami bagaimana permulaan penciptaan dan
bagaimana Dia telah menciptakan kami sehingga kami mengetahui
perkara itu? Maka Dia telah memberitahu kepada mereka dari apakah
Dia telah menciptakan mereka, tetapi Dia tidak memberitahu kepada
mereka daripada apakah Dia telah menciptakan mukminin. Mereka
tidak bertanya kepada-Nya tentang permulaan maksiat dan permulaan
333 Surah al-Rahmaan (55): 29
334 Rujukan kepada ayat tersebut.
335 Surah al-Baqarah (2): 30
336 Adam umpamanya adalah hijab-Nya yang pertama.
337 Penentangan mereka kepada para imam a.s.
338 Mengikut bilangan pengikut-pengikutnya yang membuat kesilapan yang
sama.
al-Haft al-Syarif
161
penciptaan mereka sebagaimana ditanyakan oleh mukminun:
Sesungguhnya mukminun telah derhaka, tetapi Dia memaafkan mereka.
“Tidak ada dosa ke atas kita jika kita menderhaka [kepada-Nya]
satu kali, kemudian Dia memaafkan kita”. Maka Iblis dan zuriatnya
percaya bahawa itu adalah maksiat kepada Allah. Manakala Allah
menutupi diri-Nya dengan hijab yang pertama (al-Hijab al-Awwal) yang
dinamakan Adam iaitu al-‘Aliyyu (yang tinggi darjatnya), Dia telah
berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam. Dia
berfirman: Sujudlah kamu kepada-Ku dari sudutnya (Adam). Dia
berfirman dari sudut al-Bait (baitullah) iaitu lembaga Adam, lantas
malaikat pun sujud. Justeru mereka adalah mukminun dari sudut
Adam sebagaimana diperintahkan Allah.
Sesungguhnya mereka telah sujud kepada Allah dan bukan kepada
Adam: Maka Iblis telah berkata: Aku adalah lebih baik daripadanya,
Engkau telah menciptakan aku daripada api iaitu daripada hijab
Engkau, lalu Dia telah menjadikan cahaya (al-Nuur) sebagai api (al-
Naar). Jika dia berkata: Engkau telah menciptakan aku daripada
sesuatu yang ada takwilnya, [maka keadaannya berbebeza], tetapi dia
telah menyalahi [perintah-Nya] dan sesat. Dia berfirman: Aku telah
menciptakan Adam daripada tanah. Dia berfirman: Aku telah
menciptakannya dan mereka yang mewalikannya iaitu mukminin [juga
daripada tanah].
Lantaran itu mereka telah sujud: Aku sujud kepada Engkau, bukan
kepada Adam kerana aku daripada Engkau dan aku bukanlah
daripadanya sementara mereka pula sujud kepada Adam kerana mereka
daripadanya. Kemudian Allah telah menyembunyikan hijab-Nya
daripada yang pertama, daripada Iblis yang dilaknati Allah dan Dia telah
menciptakan daripada maksiatnya hijab-hijab masukhiyyah iaitu apa
yang diharamkan dagingnya.
Manakala Iblis melihat mukminin telah melakukan kesilapan tanpa
sengaja dan mereka menutupi diri mereka atau mereka memakai hijabhijab,
maka dia khuatir jika dia disusun339 pada hijab-hijab yang
diciptakan daripada maksiatnya atau dia memakai [hijab] sebagaimana
mukminun memakainya. Kemudian dia dan zuriatnya memakai hijabhijab
maksiat mukminin. Kemudian dia meminta untuk sujud kepada
Allah selepas badan yang telah disujud oleh mukminun tidak ada lagi,
tetapi dia tidak mendapatinya340, maka pada ketika itu Iblis dan
zuriatnya sujud kepada semua perkara yang berjisim.
Oleh itu, ia menjadi sunnah Iblis dan zuriatnya. Mereka sujud
kepada api, air, bintang-bintang, matahari, bulan, malam, siang, pohon
dan semua yang diciptakan. Iblis telah berkata: Jika salah satu daripada
339 Dijelmakan padanya
340 Selepas dia enggan sujud kepada Adam
al-Haft al-Syarif
162
jenis-jenis ini tidak ada, nescaya dia tidak mengetahui hijabnya, lalu
Iblis menyangka bahawa dia mendapatinya (hijab) dengan melakukan
sujud kepada setiap sesuatu, lalu Allah membutakannya daripada
perkara itu.
Lantaran itu, manusia menyembah masa (al-Dahr), kegelapan dan
cahaya, kerana Iblis sujud kepada mereka dan berkata: Mudahmudahan
Allah telah menutupi dirinya dengan hijab itu, kemudian
manusia sujud kepadanya. Iblis telah kembali kepada hijab yang
dilihatnya, lalu dia menutupi dirinya dengan bentuk anak Adam. Dan
dia berkata: Mudah-mudahan dia menjadikan manusia sebagai
hijabnya. Lantaran itu, sebahagian mereka menutup sebahagian yang
lain, justeru dia tidak dapat melakukan sujud itu. Mukminun telah
berkata kepada Iblis: Apakah yang menegah anda daripada sujud
sedangkan anda tidak mengetahui Allah dengan sebenarnya.
Maka anda telah sujud kepadanya kerana hijabnya dan dia telah
hilang daripada anda. Maka pada masa itu, Iblis menjadikan mukminin
sebagai musuh dan ingin membunuh mereka kerana hasad kepada
mereka sebagaimana mereka telah menyebutnya. Iblis dan anakanaknya
telah mengetahui bahawa urusan mereka yang akhir adalah
masukhiyyah341. Lantaran itu, mereka tidak mencapai apa yang mereka
buat, lalu dia menggoda mukminin apabila dia tidak dapat melakukan
sujud, lantas Allah menolak godaannya terhadap mereka kerana dosadosa
mereka dan kecuaian mereka di dalam tauhid kepada-Nya.
Mereka syak kepada Allah yang telah menciptakan mereka.
Lantaran itu, Dia telah mengambil perjanjian daripada mereka, maka
Dia berfirman: “Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anakanak
Adam dari salbi mereka” Iaitu perkara yang mereka telah
menzahirkannya ke atas-Nya; tauhid kepada Allah. “Dan Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka “bukankah Aku ini
Tuhnamu?” Mereka menjawab: Betul” Iaitu zuriat atau jiwa-jiwa yang
mengetahuiNya ketika Dia menutupi diri-Nya daripada mereka sebelum
Dia ghaib.
Dia berfirman: “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah
terhadap ini”342 ketika Dia menutupi diri-Nya dan bagaimana Dia telah
menciptakan hijab, bagaimana Dia telah menciptakan Iblis yang
akhirnya ia akan menjadi masukhiyyah kerana ia diciptakan daripada
maksiatnya (mukmin), maksiat zuriatnya sebagaimana diciptakan
badan-badan mukminin dan dan roh-roh syaitan daripada maksiat
mukminin, dia menguasai ke atas mereka dengan pembunuhan. Iblis
tidaklah membunuh mereka di dalam ertikata yang sebenarnya, tetapi
[mereka] dibunuh dengan dosa-dosa mereka yang lalu. Maka Dia telah
341 Perubahan rupa
342 Surah al-A‘raaf (7): 172
al-Haft al-Syarif
163
membentangkan kepada sebahagian manusia bagi membalas dendam
daripada orang zalim dengan kezalimannya.
Dan ia bukanlah balasan pembunuhan. Lantaran itu, mukminin
membunuh sesama mereka pada badan-badan yang bermacam-macam
yang tidak dikenali. Sesungguhnya Iblis mahu membunuh badan
[manusia] kerana dia membuat mereka membunuh sesama mereka dan
dia menzalimi mereka. Sesungguhnya syaitan diciptakan daripada
maksiat mukminin.
Oleh itu, sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain
sebagai dendam ke atas mereka dan membalas dendam daripadanya.
Adapun kefakiran yang menimpa mukminin adalah kerana keingkaran
mereka tentang hak mukminin dan pengambilan apa yang bukan hak
mereka.
Adapun nama-nama pembunuhan pada orang-orang kafir, maka
mereka dibunuh oleh mukminin pada badan-badan yang bermacammacam.
Adapun yang dimaksudkan dengan kafir-kafir itu adalah
mereka yang telah melakukan kebaikan kepada mukminin pada badanbadan
yang bermacam-macam. Justeru sesiapa yang membuat kebaikan
di kalangan kafir sama ada kepada kafir atau mukmin, nescaya Dia
memberi kebaikan pada badan yang lain dengan sewajarnya.
Demikian jika Dia memberikan kepada seorang naqib (ketua) atau
najib (yang cerdik), nescaya Dia akan memberi tujuh [kali ganda
kebaikan] yang tidak dapat dipertikaikan oleh seorangpun. Demikian
juga apabila dia membuat kebaikan pada mukmin yang lain, maka dia
diberikan kadar kebaikan yang diberikan kepadanya. Dan Allah Maha
megetahui dan Dia Maha Penyayang di kalangan mereka yang
penyayang. “Ingatlah, menciptakan dan memerintah adalah hak Allah.
Maha Suci Allah Tuhan semesta alam dan sebaik-baik pencipta” 343 Wa s-
Salam.
Bab 67
☼Makrifat tentang hak-hak Ikhwan dan kelebihan mukminin serta
ditambah padanya tentang khabar percampuran (fi ma‘rifati huquuq
al-Ikhwaan wa fadhl al-Mu’minin wa uziida fi-hi khabar al-
Mizaaj)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata kepada sebahagian sahabatnya: Pisahlah
keluarga anda344 dan bahagilah harta anda kepada saudara anda yang
mukmin345, maka bergembiralah kerana ilmu adalah umum (musyaa‘)
343 Surah al-A‘raaf (7): 54
344 Hak keluraga telah ditetapkan di dalam al-Qur’an.
345 Hak kerabat telah galakkan di dalam al-Qur’an di atas budi bicara.
al-Haft al-Syarif
164
tidak dibahagi-bahagikan di antara mukminin. Lantaran itu, Allah
berfirman: “Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari
Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezeki
yang baik?”Katakanlah: Sesungguhnya itu bagi orang-orang yang
beriman dalam kehidupan dunia, khusus di hari Kiamat. Demikianlah
Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui”346
Demikian juga ia keluar daripada datukku Rasulullah Muhammad
bahawa baginda s.a.w bersabda: Semua yang diciptakan Allah di dunia
untuk mukminin adalah umum (musyaa‘) tidak dibahagi-bahagikan dan
tidak ada bahagian bagi musuh-musuh Allah. Daripada Ya‘qub al-Siraaj
berkata: Manakala aku berjalan-jalan di al-Haram al-Syarif, tiba-tiba
aku dikejutkan oleh seruan dari (arah) atas kepalaku yang berkata:
Wahai Ya‘qub, berilah berita gembira kepada para wali Allah bahawa
Allah telah mengampunkan untuk mereka semua dosa yang mereka
telah lakukannya selain hak hamba-Ku yang mukmin kerana Aku telah
menciptakannya dengan tangan-Ku dan Aku telah menempatkannya
daripada roh-Ku.
Maka sesiapa yang menyakitinya, tidak melayaninya dengan baik
(jafaa-hu) dan meringan-ringankan haknya, maka dia tidak akan masuk
di dalam kerajaan-Ku (malakuutii). Dan Aku telah menulis di sisi-Ku
bahawa dia daripda para wali musuh-musuh-Ku yang dilaknati Allah
dan para pelaknat. Maka neraka Wail bagi mereka yang mengabaikan
saudara-saudara mereka yang mukminin. Sesungguhnya mukminin
adalah mereka yang menyinarkan kebesaran-Ku dan ketinggian
kedudukan-Ku.
Sesiapa yang menyalahinya, maka dia telah menentangKu dan
melahirkan permusuhan terhadap-Ku. Sebahagian ahli ‘Arifiin telah
bertanya al-Sadiq a.s, maka beliau berkata: Wahai Maulaaya, apakah
hak mukmin di atas Allah?
Hak yang paling keras bahawa dia tidak bercakap melainkan
dengan izinnya, dia tidak makan dan minum melainkan dengan izinnya.
Ketaatan setiap orang daripada mereka adalah fardu di atas sahabatnya
yang mukmin seperti ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau
berkata: Wahai Maulaaya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda,
siapakah yang mampu semua ini? Beliau a.s telah berkata: Siapa yang
mahu mengetuk pintu syurga dan memasukinya dengan aman dan
sejahtera, berjiran dengan Yang Maha Tinggi.
Lalu orang yang bertanya itu berkata: Jika aku telah
mengetahuinya, nescaya aku telah mendidiknya pada diriku dan aku
tidak bertanya pada anda tentang golongan ini. Maka al-Sadiq a.s telah
berkata: Sesungguhnya seorang lelaki daripada saudara-saudara anda
telah bertanya kepadaku sebagaimana anda bertanya tentangnya, maka
346 Surah al-A‘raaf (7): 32
al-Haft al-Syarif
165
aku telah memberitahu kepadanya sebagaimana aku telah memberitahu
kepada anda.
Dia adalah seorang pemuda yang masih bersemangat, maka dia
keluar dari sisiku dengan kepala dan janggutnya yang putih sambil
berkata: Demi Allah, sesungguhnya kami sehingga hari ini, kami
meninggalkan hak ikhwan mukminin. Dan sesungguhnya kami di dalam
kesesatan yang nyata. Justeru aku merahmatinya dan aku telah
memohon kepada Tuhanku supaya mengampuninya.
Lantas lelaki yang bertanya kepada al-Sadiq a.s berkata: Adapun
pemuda itu, maka anda telah merahmatinya dan anda telah memohon
kepada Tuhanku supaya mengampuninya dan bagaimana dengan
keadaanku? Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai lelaki, berbuat baiklah
kepada ikhwan anda mengikut kadar pengetahuan anda tentang Allah
dan para wali-Nya. Lelaki itu telah berkata: Wahai Maulaaya, aku
mengulangi [nya] bagi menuntut keampunan daripada-Nya.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah mengampuni
anda. Maka aku mengetahui bahawa rahmat telah mendatangiku347.
Daripada Ahmad bin Ahmad daripada Muhammad bin Sulaiman
daripada Abu Ali Muhammad bin Mihraan berkata: Aku telah bertanya
Maulaaya Muhammad al-Baqir a.s, maka aku telah berkata: Beritahuku
tentang mukmin yang terbuka mata hatinya (mustabsyir) daripada Syiah
kamu apabila dia menyempurnakan makrifat adakah dia akan berzina?
Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan mencuri?
Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan meliwat?
Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan melakukan
dosa?
Beliau a.s berkata: Ya, kerana apabila dia melakukan dosa (idha
adhnaba), maka dosa itu tidak dikaitkan (tidak melekat) kepadanya (lam
yalhaq-hu min al-Dhanbi syai’un). Aku berkata: Subhaanallah,
bagaimana begitu? Baqir a.s berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya
mukmin adalah campuran semua umat (mizaaj al-Umam), lantaran itu,
sesuatupun tidak mengaitkannya dengan dosanya (dosa tidak melekat
padanya). Aku berkata: Sayyidi, terangkan kepadaku perkara itu, wahai
anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah, tentang umat-umat (al-
Umam) dan campuran tertentu (al-Mizaaj al-Mu‘ayyan) yang tersembunyi
daripadaku?
Al-Baqir a.s berkata: Aduhai dukacitanya anda! Adakah anda telah
mendengar firman Allah di dalam kitab-Nya348 “(Yaitu) orang-orang yang
menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain daripada “al-
Lamama”. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya. Dan Dia
lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari
347 Diterima taubatku
348 Surah al-Najm (53): 32
al-Haft al-Syarif
166
tanah dan ketika kamu masih janin di dalam perut ibumu; maka
janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui
tentang orang yang bertakwa”
Seorang sahabat al-Baqir a.s bernama Ibrahim telah bertanya al-
Baqir a.s di majilis tersebut, berkata: Maulaaya, kami mengagumi
pertanyaan Muhammad bin Mihraan kepada anda, kami telah
menjadikan diri kami tebusan anda, apakah makna al-Lumam? Al-Baqir
a.s berkata: Adakah anda mengetahui, wahai Ibrahim, apakah al-Lumam
itu? Dia berkata: Tidak, wahai Maulaaya, beliau a.s berkata: Campuran
[tiinah] mukmin yang tidak bercampur dengan salinan atau campuran
[tiinah] kafir semasa di alam bayangan (azillah) dan alam roh (asybaah).
Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, berilah penjelasannya kepadaku, aku
tidak mengetahuinya. Maka beliau a.s berkata: Wahai Ibrahim, adakah
sesuatu yang menggerunkan di hati anda? Ibrahim berkata: Ya, al-Baqir
a.s berkata: Apakah dia?
Ibrahim berkata: Aku tidak mengetahuinya. Al-Baqir a.s berkata:
Tidak ada sesuatupun yang mengotorinya iaitu Syiah kamu, ketahuilah
bahawa seorang mukmin yang terbuka mata hatinya (al-Mu’min al-
Mustabsyir) lagi arif tidak dikotori oleh amalannya yang buruk. Dia
(perawi) berkata: Ibrahim telah menjadi bingung dan berkata:
Subhaanallah wa bi-hamdi-hi.
Al-Baqir a.s berkata: Aku telah mengetahui kebingungan anda
mengenainya, lantaran itu, bertanyalah, wahai Ibrahim, mintalah
penerangannya, nescaya anda akan memahaminya dan mintalah
kesimpulannya, nescaya anda akan mengetahuinya.
Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, penjelasan anda kepadaku telah
banyak membingungkan aku dan apakah aku akan berkata bahawa
kami melihat di kalangan Syiah kamu dan pencinta-pencinta kamu
secara jujur mencintai kamu, kadang kala mereka meminum arak,
melakukan dosa-dosa besar, meringan-ringankan sembahyang, puasa,
zakat, haji dan kebajikan, sedangkan anda, wahai Maulaaya,
menyangka bahawa sesungguhnya dia tidak dikaitkan dengan dosa.
Al-Baqir a.s berkata: Aduhai dukacitanya anda! Wahai Ibrahim,
tidakkah aku telah menyebutkannya kepada anda dan matlamatnya?
Lantaran itu, fahamilah, aku tidak akan menambahnya lagi untuk anda.
Maka sesungguhnya setiap pencinta kami mestilah mendirikan
sembahyang pada waktunya, menunaikan zakat yang difardukan ke
atasnya, gigih melakukan amalan yang baik dan mencintainya pula.
Ibrahim berkata: Kenapa dan bagaimana perkara itu, wahai Sayyidi?
Beliau a.s berkata: Wahai Ibrahim, aku telah banyak menerangkannya
kepada anda dan menjawab soalan-soalan anda, bagaimanakah
kepercayaan anda dan apakah yang anda telah pelajari?
Ibrahim berkata: Maulaaya, seorang pencinta kamu dan Syiah
kamu menurut apa yang kamu ceritakan (ahadu muhibbii-kum wa
al-Haft al-Syarif
167
syi‘ati-kum ‘alaa ma wasaf-tum bi-hi)), jika diberikan kepadanya apa
yang ada antara timur dan barat yang merupakan emas dan perak (lau
u‘tiya ahadu-hum ma baina al-Masyriq wa al-Maghrib dhahaban wa
fidhdhatan) supaya dia tidak mencintai kamu dan tidak mewalikan
kamu(‘alaa an yazuula ‘an mahabbati-kum wa wilaayati-kum), maka dia
akan meneruskannya (fa-ma zaala) sekalipun hidungnya dipukul
dengan pedang (wa lau dhuribat khiyaasyimu-hi bi al-Saif).
Seorang Naasibi kepada kamu, mewalikan musuh kamu, menurut
apa yang kamu ceritakan tentang amalan-amalan kebaikan yang
dilakukan olehnya, (Naasibi), jika seorang daripada mereka diberikan
emas dan perak (lau u‘tiya ahadu-hum mil’a al-Ardh dhahaban wa
fidhdhatan) supaya berhenti dari mewalikan tawaaghit (an yazuula ‘an
wilaayati al-Tawaaghiit), dia akan meneruskannya (ma zaala) sekalipun
hidungnya dipukul dengan pedang (wa lau dhuribat khiyaasyimu-hu bi
al-Saif).
Lalu al-Baqir a.s tersenyum sambil berkata: Wahai Ibrahim, dari
sinilah binasanya orang ramai (halakat al-‘Aammatu) dan mereka yang
buta mata (hati) sebagaimana diceritakan oleh Allah dalam kitab-Nya 349
“Bekerja keras lagi menentang (naasibah), memasuki api yang sangat
panas” Dan firman-Nya350 “Dan kami hadapi segala amal yang mereka
kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan”
Aduhai dukacitanya anda, adakah anda mengetahui, wahai Ibrahim,
apakah sebab sedemikian? Ibrahim berkata: Tidak, wahai anak lelaki
kepada anak perempuan Rasulullah s.a.w, maka terangkanlah
kepadaku, sesungguhnya aku telah berjaga sepanjang malam tanpa
mengetahui sebabnya.
Al-Baqir a.s berkata: Wahai Ibrahim, sesungguhnya Allah sentiasa
mengetahui dan qadim, Dia telah menciptakan semua perkara bukan
daripada sesuatu. Justeru sesiapa yang menyangka bahawa Allah telah
menciptakan semua perkara daripada sesuatu, maka dia menjadi kafir.
Ianya dari tanah yang baik. Kemudian Dia memancarkan padanya air
yang manis, lalu Dia membentangkan ke atasnya wilayah kami Ahlul
Bait351, maka ia menerimanya. Kemudian Dia mengalirkan air ke
349 Surah al-Ghaasyiah (88): 3-4
350 Surah al-Furqaan (25): 23
351 Syeikh al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm.277. “Wilayah Ali a.s” Imam Ja‘afar al-Sadiq
a.s berkata: Wahai Mufadhdhal, demi Allah, sesungguhnya Adam tidak berhak
diciptakan Allah dengan tangan-Nya, (ma istaujaba Adam an yakhluqa-hu l-Lahu
bi-yadi-hi) dan dihembuskan padanya roh-Nya melainkan dengan wilayah Ali a.s
(illa bi-wilayati Ali). Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan
melainkan dengan wilayah Ali a.s. Dan Allah tidak memperkuatkan Isa ibn
Maryam sebagai bukti (ayatan) bagi alam semesta melainkan dengan khudhu’
kepada Ali a.s, kemudian beliau berkata: Makhluk Allah tidak layak “melihat”
Allah melainkan dengan mentaati kami.
al-Haft al-Syarif
168
atasnya selama tujuh hari sehingga ia menjadi rata dan lembut,
kemudian Dia mengambil daripadanya tanah yang bersih, lalu
menjadikannya tanah para imam (tiin al-Aimmah).
Kemudian Dia mulai membasuh tanah itu, maka Dia menciptakan
daripadanya Syiah kami, kemudian pencinta-pencinta kami. Jika tanah
kamu ditinggalkan, wahai Ibrahim, seperti tanah kami, nescaya kamu
dan kami adalah sama352. Maka Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya,
apakah Dia lakukan kepada tanah kita? Al-Baqir a.s berkata: Jika
begitu aku akan memberitahu anda: Sesungguhnya Allah telah
menciptakan tanah, maka ia telah menjadi buruk lagi busuk (khabiithah
wa muntinah), kemudian dipancarkan air ke atasnya, lalu dibentangkan
ke atasnya wilayah Ahlu l-Bait, tetapi ia tidak menerimanya.
Kemudian dimasukkan air ke atasnya selama tujuh tahun.
Kemudian dikeluarkan air daripadanya. Kemudian diambil tanah itu
dan dicampurkan dengan tanah kamu, lalu diciptakan tawaaghit dan
pemimpin-pemimpin kafir. Beliau a.s berkata kepada Ibrahim: Jika
tanah kamu ditinggalkan dan tidak dicampurkan dengan tanah mereka,
nescaya mereka tidak mengucap dua kalimah syahadat atau melakukan
sembahyang atau berpuasa atau mengeluarkan zakat atau mengerjakan
haji atau melaksanakan amanah dan mereka tidak pula menyerupai
bentuk kamu.
Tidak ada perkara yang lebih besar ke atas mukmin dari melihat
bentuk musuhnya seperti bentuknya. Ibrahim berkata: Wahai
Maulaaya, apakah Allah telah melakukan dengan tiinah? Imam al-Baqir
a.s berkata: Dia telah mencampurkan kedua-duanya dengan air yang
pertamanya bersih dan air keduanya masin, lalu menggaulkan keduaduanya.
Kemudian Dia mengambil daripada kedua-duanya satu genggam
dan berfirman: Mereka akan ke syurga dan Aku tidak peduli. Kemudian
Dia mengambil satu genggam yang lain dan berfirman: Mereka akan ke
neraka dan Aku tidak peduli. Kemudian Dia mencampurkan daripada
kudua-duanya pula dan meletakkan salinan mukmin (naskh al-Mu’min)
dan tiinahnya di atas salinan kafir dan tiinahnya.
Lantaran itu, apa yang dilakukan oleh seorang Syiah kami sama
ada zina, liwat, khianat, meninggalkan sembahyang, puasa, haji atau
jihad, maka ia adalah daripada salinan kafir. Dan apa yang dilakukan
oleh oleh Naasibi terhadap kami daripada musuh-musuh kami sama
ada sembahyang, puasa, haji, jihad dan amalan-amalan kebajikan
adalah daripada salinan mukmin dan tiinahnya, kerana salinan mukmin
adalah sembahyang, puasa, haji, jihad dan amalan-amalan kebajikan.
352 Dari segi campuran tanah, tetapi ia tidak sama kerana ia tidak ditinggal atau
dilakukan seperti tanah para imam a.s.
al-Haft al-Syarif
169
Sementara salinan Naasibi terhadap Ahlu l-Bait dan para Imam adalah
zina, liwat, minuman arak, melakukan dosa dan segala kekejian.
Apabila dibentangkan amalan-amalan ini kepada Allah, Dia
berfirman: Al-Naatiq (yang bercakap) mengetahuinya dan qadha’nya
yang terdahulu, lalu berfirman: Aku Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana dan Aku Adil, Aku tidak zalim. Aku tidak menzalimi hak-hak
dan amalan-amalan, maka ia dikaitkan kepada bahannya yang asal,
kerana ia adalah daripadanya.
Dan dikaitkan amalan yang baik kepada salinan mukmin dan
tiinahnya yang bersih, kerana ia daripadanya. Kemudian al-Baqir
membaca firman-Nya 353 “Berkata Yusuf: “Aku mohon perlindungan
kepada Allah daripada menahan seorang, kecuali orang yang kami
ketemukan harta benda kami padanya, jika kami berbuat demikian,
maka benar-benarlah kami orang-orang yang zalim” Wahai Ibrahim,
inilah, demi Tuhan, tafsirnya pada batin ilmu kami.
Kemudian al-Baqir a.s berkata: Wahai Ibrahim, beritahuku tentang
matahari apabila cahayanya naik dilihat di seluruh negeri, ia terang
daripada bulatannya atau ia tersembunyi daripadanya? Aku berkata:
Wahai Maulaaya, adapun ketika naiknya, maka ia terang, adapun ketika
jatuhnya, maka ia bersambung dengannya. Al-Baqir a.s berkata:
Tidakkah apabila matahari jatuh, cahayanya bersambung dengan
bulatannya? Ibrahim berkata: Ya, cahayanya kembali kepadanya. Al-
Baqir a.s berkata: Begitulah setiap sesuatu kembali kepada jenisnya,
salinannya dan asalnya.
Apabila tiba hari Kiamat, amalan-amalan dibentangkan kepada
Allah, maka Dia mencabut salinan Naasibi dan tiinahnya yang
bercampur dengan tiinah mukmin dan mencabut daripada mukmin
dosa-dosa dan bebanannya, lalu Dia memulangkannya kepada Naasibi
kerana keburukan tiinahnya telah bercampur dengan tiinah mukmin.
Dia akan memberi Naasibi segala dosa dan bebenan jika dosa dan
bebanan itu daripada salinan Naasibi, bahannya dan unsurnya.
Allah akan mencabut tiinah mukmin daripada Naasibi berserta
sembahyangnya dan kebaikannya, lalu Dia memberinya kepada mukmin
apabila amalannya daripada salinan mukmin, bahannya dan unsurnya.
Kamu fikir, wahai Ibrahim, di sini aku tidak memberitahu kepada anda
secara zalim, permusuhan, kezaliman dan pembohongan. Ibrahim
berkata: Aku pohon perlindungan daripada Allah, sesungguhnya Allah
dengan hamba-hamba-Nya, amalan mereka, ilmu mereka, salinan
mereka, bahan mereka, dan sesungguhnya ini, wahai Maulaaya, adalah
hukum pemutus pada hari Pembalasan. Maka al-Baqir a.s berkata:
Wahai Ibrahim, sesungguhnya hukum daripada-Nya adalah hukum
pemutus dan hukuman yang adil.
353 Surah Yusuf (12): 79
al-Haft al-Syarif
170
Demi Yang telah Membelah biji-bijian dan Melepaskan jiwa, aku
tidak memberitahu kepada anda melainkan dengan kebenaran, aku
tidak menceritakan kepada anda melainkan dengan ketelusan dan tidak
dipersoalkan apa yang Dia buat sedangkan mereka dipersoalkan.
Tuhan kamu tidak menzalimi seorangpun dan Tuhan tidak menzalimi
hamba-hamba-Nya.
Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, aku telah menjadikan diriku
tebusan anda, sesungguhnya aku telah percaya dengan rahsia kamu,
zahir kamu dan batin kamu, kemudian rahsia kamu yang tersembunyi,
pada zahir anda dan batin anda, kemudian rahsia anda yang
tersembunyi, demi Allah, wahai Maulaaya, sesungguhnya aku hairan
tentang apa yang telah sampai kepadaku daripada seorang di kalangan
kamu, wahai Maulaaya, al-Baqir a.s berkata: Apakah yang
menghairankan anda?
Ibrahim berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, aku hairan dengan
Allah, hikmat-Nya, ilmu-Nya bahawa Dia mengambil kebaikan semua
Naasibi; musuh-musuh kamu, maka Dia memulangkannya kepada
Syiah kamu. Dan Dia mengambil segala kejahatan Syiah kamu dan
memulangkannya kepada musuh-musuh kamu.
Al-Baqir a.s berkata: Ya, Demi Tuhan Yang telah Membelah biji-bijin
dan Melepaskan jiwa, Dia telah menciptakan syurga dan menciptakan
langit dan bumi, wahai Ibrahim, sesungguhnya aku tidak memberitahu
kepada anda melainkan ianya terdapat di dalam al-Qur’an semuanya.
Ibrahim berkata: Maulaaya, ini betul-betul di dalam al-Qur’an. Al-Baqir
a.s berkata: Allah telah menjadikan kami di kalangan hamba-hamba-
Nya, Amin. Ya, wahai Ibrahim, ini betul-betul ada di dalam al-Qur’an,
anda suka aku membacanya kepada anda?
Ibrahim berkata: Ya, demi Allah, wahai anak lelaki kepada anak
perempuan Rasulullah, kemudian beliau a.s membaca firman-Nya354
“Dan berkatalah orang-orang kafir kepada orang-orang yang beriman:
“Ikutilah jalan kami dan nanti kami akan memikul dosa-dosamu” dan
mereka (sendiri) sedikitpun tidak (sanggup) memikul dosa-dosa mereka.
Sesungguhnya mereka benar-benar orang pendusta”
Mereka akan memikul dosa-dosa mereka di samping dosa-dosa
orang lain dan Dia akan bertanya mereka pada hari Kiamat tentang apa
yang mereka lakukan. Iaitu, wahai Ibrahim, mereka memikul dosa-dosa
mereka berserta dosa-dosa mukminin, kerana dosa-dosa itu daripada
salinan mereka, tabiat mereka, jenis mereka dan bahan mereka. Ibrahim
berkata: Tambah lagi untukku, wahai Maulaaya.
Al-Baqir a.s berkata: Allah berfirman 355 “Mereka memikul dosa-dosa
dengan sepenuhnya pada hari Kiamat dan sebahagian dosa-dosa orang
354 Surah al-Ankabut (29): 12
355 Surah al-Nahl (16): 25
al-Haft al-Syarif
171
yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahawa
mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu”
Iaitu orang-orang yang menzalimi mereka tanpa ilmu.
Wahai Ibrahim, anda tahu apa yang Dia telah berfirman kepada
pencinta-pencinta kita dan Syiah kita? Ibrahim berkata: Tidak, wahai
Maulaaya. Al-Baqir a.s berkata: Merekalah orang-orang yang telah
beriman, Allah berfirman356“ Allah menggantikan kejahatan mereka
dengan kebaikan. Dan Adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”.
Sesungguhnya Allah menggantikan kejahatan Syiah kita dengan
kebaikan pada hari Kiamat357. Sesungguhnya aku bersumpah dengan
Ibrahim, wajah Allah, kemulian Allah bahawa sesungguhnya ini adalah
daripada keadilan-Nya pada makhluk-Nya, tanpa menolak qadha’-Nya
dan mengubah hikmat-Nya!
Adakah anda suka, wahai Ibrahim, aku membaca firman Allah
tentang campuran (al-Mizaaj), dua tanah, bumi yang baik dan yang
busuk? Ibrahim berkata: Ya. Al-Baqir a.s membaca firman-Nya: 358
“(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji
yang selain daripada “al-Lamama”. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas
ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia
menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin di dalam perut
ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang
paling mengetahui tentang orang yang bertakwa”
Beliau a.s telah berkata: Janganlah seorang daripada kamu
berhujah dengan puasanya, sembahyangnya, hajinya dan jihadnya
kerana Allah Maha Kaya daripada semuanya.
Dia mengetahui hamba-hamba-Nya yang baik daripada yang jahat.
Seorang daripada kamu tidak akan mendapat kemenangan dengan
sembahyang dan puasanya yang banyak jika dia tidak mengetahui
Allah, para wali-Nya, musuh-musuh-Nya, imamnya dan hujjahnya di
antaranya dan Tuhannya. Beliau a.s telah berkata: Adakah aku [perlu]
menambah untuk anda, wahai Ibrahim, beliau berkata: Ya, wahai
Maulaaya.
Al-Baqir a.s telah berkata: Bacalah ayat ini: “Sebagaimana Dia telah
menciptakan kamu pada permulaan, kamu akan kembali (kepada-Nya).
Sebahagian diberinya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan
bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan
pelindung selain Allah dan mereka mengira bahawa mereka mendapat
356 Surah al-Furqaan (25): 70
357 Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang mati kerana cintakan keluarga
Muhammad, maka dia mati syahid” “Siapa yang mati kerana cintakan keluarga
Muhammad, maka dia mati diampuni dosanya” dan “Mati sebagai seorang yang
bertaubat” Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, 11, hlm 67.
358 Surah al-Najm (53): 32
al-Haft al-Syarif
172
petunjuk”359 Iaitu sebagaimana Dia telah mengambil kamu daripada
tanah yang baik dan tanah yang busuk, kamu kembali kepada asal
kamu. Justeru sesiapa yang tanahnya baik, nescaya dia kembali kepada
ciptaan asalnya.
Dan firman-Nya: “Sesungguhnya mereka menjadikan syaitansyaitan
pelindung selain Allah” Iaitu mereka menyangka sembahyang,
zakat dan haji mereka yang banyak, malah semua amalan mereka: Iaitu
mereka mengira mereka mendapat petunjuk. Ambillah kepada anda,
wahai Ibn Ishaq, kepelikan hadis-hadis kami dan keitimewaan hak kami,
kamilah para imam (a.s), para wali Allah, tidak ada sesuatu yang
memutuskan ilmu-Nya kepada kami.
Tidak di bumi dan tidak juga di langit. Kamilah tangan Allah
(yadullah), dan kamilah di sebelah-Nya (nahnu junbu-hu), kamilah
wajah-Nya dan mata-Nya (nahnu wajhu-hu wa ‘ainu-hu), di mana
mukmin melihat (aina-ma nazara al-Mu’min), dia melihat kami (yaraanaa),
jika kami kehendaki, maka Allah kehendaki (in syi’naa sya’a Allah)
dan janganlah anda memberinya360 melainkan kepada ahlinya. Segala
puji bagi Allah yang telah memilih kami daripada tanah cahaya
kekuasaan-Nya. Dia telah kurniakan kami rahsia ilmu kehendak-Nya.
Dia telah memerintahkan kami supaya memperkenalkan kepada
Syiah kami hak hakikat makrifat dan amanah-Nya. Kami membersihkan
jiwa mereka daripada kekotoran azab dengan wilayah-Nya. Kami
menamatkan mereka di dalam hidayah dengan seruan kepada Dar al-
Salam dan kebaikannya, Berjiran dengan Yang Maha Pemurah lagi
Penyayang di syurga-syurga-Nya.
Kami merendamkan roh-roh mereka pada mata ketenangan yang
cerdik lagi diredai dengan rahmat-Nya. Alangkan beruntungnya ‘Arifiin
yang faham tentang mereka sehingga niatnya yang ikhlas hanya kepada
Allah.
Selawat dan salam kepada Muhammad yang menunjuk kepada
kebenaran dengan risalahnya yang mana Allah telah menciptakannya
sebelum sesuatu (qabl al-Qabl) dan menentukannya untuk menerangkan
kebenaran yang nyata. Selawat dan salam juga kepada keluarganya
yang baik lagi suci serta zuriat daripada keturunan mereka semua.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Tamatlah kitab yang tersembunyi AL-HAFT Al-SYARIF yang
menerangkan sebahagian kelebihan Maulaana Ja‘far al-Sadiq a.s. Ia
menceritakan tentang permulaan makhluk, asalnya dan akhirnya, cara
huraiannya, perpindahan jiwa-jiwa dari satu keadaan kepada keadaan
yang lain sempena dengan hidayah dan penghujungnya, wa s-Salam.
359 Surah al-A‘raaf (7): 29-30
360 Hadis-hadis kami
al-Haft al-Syarif
173
BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1348 H.
Al-Bukhari, Sahih, Chicago, 1987
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1958.
____________,Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Hasan bin ‘Ali bin al-Husain bin Syu‘bah , Tuhaf al-‘Uqul
‘an Ali al-Rasul , al-Najaf , 1380 H.
Al-Kasyi, al-Rijal , Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abual-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo,1340 H
al-Kulaini , Usul al-Kafi , Beirut 1413 H
al-Haft al-Syarif
174
__________ , al-Raudhah min al-Kafi , Beirut, 1412
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1950.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1345 H.
____________,Fath al-Bari, Cairo, 1
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1412
Muslim, Sahih, Cairo, 1339H.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Baghdad,1958.
al-Nasa’i, al-Khasa’is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H.
al-Saduq , al-Amali ,al-Najaf, 1389 H
_________, Ma ani al-Akhbar ,al-Najaf , 1
al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1963.
____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368
al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1956
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 13
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.
al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, Cairo, 1957.
al-Haft al-Syarif
175
INDEKS
A D
Abdullah bin ‘Abbas, 34 dhimmah, 28
Abu Bakr, 22 ,30 ,33, 40, 55, 57, 58
Abu Basir,18, 23, 24 F
Abu Ja‘far al-Baqir, 34,
Abu Hamzah al-Thumali, 32 , al-Fadhl bin Ibrahim,10
31.36, 38, 39, 33,37, 49, 58 al-Fadhl bin Rabi‘, 70
Abu Hanifah,10, 23,56 al-Fadhl bin Syadhan, 40
Abu al-Hasan Musa, 21, 38, 65 al-Fadhl bin Yunus, 34
66 al-Farazdaq,12 20, 21
Abu al-Hasan al-Ridha, 30, 32 farsi,18,17, 25, 30, 38
10,14,18, 28, 27,36,36 Fadak, 20, 23,25
Ahl l-Bait,17, 23, 25
10,12,13,14,16,25,26,
281,63,65 G
Ali bin Abu Talib, 9,17, 22, 31,44, 58
88, 93, gabenor,15,16,13,28, 27
Al-Asbagh bin Nabatah, 30, 31, 32, 33
34, 34
B H
Baiah, 22, 28,
Baligh,17, 29 Hamraan bin A‘yan, 26, 24
Bani Hasyim,17,18 , 28 Harun al-Rasyid, 25, 50, 62
al-Hasan bin Ali, 30,31, 32
C al-Husain bin Ali, 13, 20, 28,
20, 26, 26
Celaan, 21, 23, 24, 38
Cinta, 32, 48 35
I N
Ibn Di’bin, 12,16, Nizamiyyah, 9, 63
Imamah,19 , 26, 25
al-Haft al-Syarif
176
J P
Jabir bin Abdullah,16,53,54, penyelewengan,17, 60
24,33
Jammaz, 30 Q
K al-Qaim, 21, 31, 18, 29
21, 22, 26, 39, 36, 37, 37
Khalid bin al-Walid,20, 26
Karbala’, 7, 6, 28 R
Kathir al-Nuwa, 14 , 28, 36
334,353 Rusyaid al-Hajari,17, 20, 37, 61
Khidir,15, 26, 28,
37, 59 S
Kufah, 21, 22, 27,41
29 ,31, 35, 37 Salman al-Farisi,16, 17, 21
Khuzaimah bin Thabit, 23, 34
L T
Luqman,10,11,270,35 taqiyyah, 32
Laknat, 42, 44, 63 Turki, 21, 20, 28
65
U
M
Umar bin al-Khattab,14,15,17
Madinah, 27,63, 64 Ummu Salamah, 30, 35, 36
1 3, 20 , 21 Uthman bin ‘Affan,144
Makkah, 10 ,13,16,17
65, 66, 67 W
Malik bin al-Harith bin al-Asytar al-Nakh‘i,
13,15, 57 wasiat,10,1 6,12,19,30,32
al-Makmun,16,17
mashaf,5, 16, 31, 34 Z
al-Miqdad bin al-Aswad,16,17,18, 21, 23, 25,
11, 23, 24 Zaid bin Sauhan, 15 ,34
al-Mirzaban bin Imran, 2, 10 Zakaria bin Adam,10,13